KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU MATEMATIK SK MERPATI JEPANG
1. PENDAHULUAN Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik SK Merpati Jepang mengambil inisiatif menganjurkan program “Minggu Matematik” yang melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai aktiviti matematik yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.
2. RASONAL Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik yang sering dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasai. Program ini dirancang ekoran keputusan peperiksaan lalu yang kurang memuaskan, khasnya mata pelajaran Matematik. Berdasarkan analisa dan pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang kukuh dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab dan bahagi). Masalah ini, memberi kesan kepada murid untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik. Lantaran itu, Panitia Matematik merancang untuk menjalankan program ‘ Minggu Matematik’ agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik adalah menyeronokkan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Diharap program ini memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan datang.
3. MATLAMAT Program Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa akan datang.
4. OBJEKTIF
Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Matematik
Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran Matematik pada ujian dan peperiksaan akan datang.
Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.
Menguji kemahiran murid dalam Matematik.
5. Teras PIPP :
Teras 2- Membina Modal Insan
6. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua SK Merpati Jepang
7. PELAKSANAAN Tarikh
: 7 Hingga 12 Mei 2018
Hari
: Isnin hingga Sabtu
Tempat
: SK Merpati Jepang
8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU MATEMATIK
Penasihat
: En Talip b Joperi (Guru Besar)
Pengerusi 1
: En Madehi b Dolhan (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1
: En Awang Zainal b Awang Madian (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2
: En Azman b Hamdan(GPK Ko-Kurikulum)
Penyelaras
: En. Swandi Anton (Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha
: Pn. Norhasmah Hayati bt Samad
Bendahari
: Pn. Naimah bt Julaihi
Ahli Jawatankuasa
: Semua Guru Matematik
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Kertas Kerja
: Pn. Nurmimi bt Uteh
Hadiah
: Pn. Naimah bt Julaihi
Juruacara
: En. Ibrahim b Tahir En. Swandi Anton
Persiapan Tempat
: Semua Guru Matematik
Hakim Pertandingan : Semua Guru Matematik Dokumentasi
: Pn. Norhasmah Hayati bt Samad
Kawalan Disiplin
: En Awang Zainal b Awang Madian En. Ibrahim b Tahir
10. JADUAL PELAKSANAAN TARIKH / MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
HARI
7.30 am 7 MEI 2018
–
Majlis Pelancaran Taklimat tentang minggu
En. Swandi Anton
Matematik
( ISNIN )
Merpati
8.30 am
8.00 am 8 MEI 2018
-
(SELASA)
9.00 am
Dewan Dato
Pertandingan mewarna /kuiz ( Tahun 1 hingga 3) Kuiz bertulis
Guru Matapelajaran
Bilik Darjah
& Guru Matematik
(Tahun 4 hingga 6) Meneka bilangan gula-gula 7.30 am 9 MEI 2018 ( RABU ) 1.15 pm
( Tahun 1 hingga 3) Meneka ukuran panjang &
Guru Matapelajaran
Bilik darjah
& Guru Matematik
isipadu cecair (Tahun 4 hingga 6)
10 MEI
8.00 am
2018
–
(KHAMIS)
10.00 am
2018 ( SABTU )
10.00am
En. Swandi Anton & semua Guru
(Tahun 4 hingga 6)
8.00 am 12 MEI
Treasure Hunt
Majlis Penutupan
Dewan
Matematik
Pertandingan Bijak Sifir (Tahun 4 hingga 6)
Sekitar Sekolah &
Tapak En Awang Zainal b
Perhimpunan di
Awang Madian &
depan Bilik Guru
semua Guru Matematik
11. SUMBER KEWANGAN PCG Panitia Matematik
12. ANGGARAN KOS Bil
1.
Perkara
Kos Perbelanjaan
Hadiah Pertandingan Kuiz dan
Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3)
Mewarna
Tempat pertama 6 orang x RM 7 = RM 42.00 Tempat kedua 6 orang x RM 5 = RM 30.00 Tempat ketiga 6 orang x RM 3 = RM 18.00 Jumlah
= RM90
Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6 ) Tempat pertama 6 orang x RM 7 = RM 42.00 Tempat kedua 6 orang x RM 5 = RM 30.00 Tempat ketiga 6 orang x RM 3 = RM 18.00 Jumlah
= RM90
Bil
2.
Perkara
Kos Perbelanjaan
Hadiah Pertandingan Treasure
Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6 )
Hunt
Tempat pertama RM 20.00 Tempat kedua RM 15.00 Tempat ketiga RM 10.00 Jumlah
3.
Hadiah Pertandingan Bijak Sifir
= RM45
Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6 ) Tempat pertama RM 10.00 Tempat kedua RM 8.00 Tempat ketiga RM 6.00 Tempat keempat RM 4.00 Tempat kelima Rm 2.00 Jumlah
= RM30
Bil
Kos Perbelanjaan
Perkara
4.
Peralatan
= RM 50.00
5.
Dokumentasi
= RM 50.00
JUMLAH
= RM355.00
13. Penutup Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk kecemerlangan murid.
Disediakan Oleh ,
Disemak oleh,
_____________________
____________________
( PN. Nurmimi bt Uteh )
(En. Swandi Anton)
Guru Matematik
Ketua Panitia Matematik
SK Merpati Jepang
SK Merpati Jepang
Disahkan Oleh,
____________________ (En Talip b Joperi) Guru Besar, SK Merpati Jepang