Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2009

  • Uploaded by: setiausaha kurikulum
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,588
  • Pages: 8
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2009 SEK. MEN. KEB. TANAH PUTIH KUANTAN

Tarikh

: 10hb. Januari 2009

Masa

: 8.30 pagi

Tempat : Bilik BTV 2 (Blok A)

Jumlah kehadiran : 53 orang Ketidakhadiran: 1. Encik Rangasamy A/L Muthusamy (bersebab) 2. Puan Yip Wai Lin (bersebab) 3. Puan Yin Yoke Chan (bersebab) 4. Puan Rohana Asmawi (bersebab)

Agenda: 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi. Pengerusi mengucapkan selamat pagi dan selamat datang kepada AJK kurikulum. Perkara utama yang akan dibincangkan ialah rancangan panitia sesi 2009 dan post mortem peperiksaan PMR.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat. 2.1 Cadangan : Puan Ezmah @ Hasanah Mahmud 2.2 Disokong : Puan Nurshuhadah bt Mohammad

3. Perkara Berbangkit: 3.1 Perbelanjaan tahunan panitia 2008 telah habis dibelanjakan.

1

3.2 Penyelaras tingkatan dapat melicinkan proses kemasukkan data ujian 2008 3.3 Kehadiran pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum hendaklah dicatatkan (5.1) 3.4 Program Pra SPM (5.2) hendaklah dirancang lebih awal pada tahun 2009.

3.5 Hari Karnival telah dirancang akan diadakan pada hujung sesi pertama. 3.6 Penjimatan penggunaan elektrik dan penggunaan kertas reso atau fotostat. 3.7 (5.3) Penetapan pelajar tingkatan 4 telah dijalankaan dengan lancar oleh

Encik Chan Seng Fook. Beliau juga telah dapat menyelesaikan masalah pelajar yang ingin memilih kelas dengan mewujudkan sebuah kelas Prinsip Akaun dan mengurangkan satu kelas sastera. Puan Zuraidah bt Ahmad, selaku Penyelaras SPBT inginkan kepastian bilangan pelajar kelas Prinsip Akaun untuk mengagihkan buku teks. 3.8 (5.4) Puan Lee Nyit Fong telah membuat penyusunan semula kelas tingkatan

3 pada tahun 2009 ini.

4. Post Mortem Analisis Peperiksaan PMR 2008.

4.1 Analisis Keputusan PMR 2008 (Berdasarkan GPMP dan GPS) Gred/ Mpel B. Malaysia B.Inggeris Sejarah Geografi Matematik Sains K. Hidup 1 K. Hidup 2 Pen. Islam B. Cina B. Tamil Jumlah Bil x Gred

Jum. Calon 428 428 428 428 428 428 293 135 95 309 6 3406

Bil. A 61 66 80 71 183 125 90 48 14 83 1 822 822

Bil. B 157 114 71 64 63 77 58 29 30 78 1 743 1485

2

Bil. C 73 75 73 100 55 52 98 43 21 39 3 632 1894

Bil. D 95 81 145 134 91 118 43 14 19 70 2 812 3248

Bil. E 37 88 55 55 32 50 4 1 9 37 1 369 1845

GPMP/ GPS 2.71 3.00 3.03 3.06 2.33 2.70 2.36 2.19 2.72 2.66 3.50 2.73 14048 2

T/R 5 4 4 4 4 6 0 0 2 2 0

4.2 Peratus keseluruhan bagi semua kertas / mata pelajaran A

24.10%

B

21.79%

E

10.83%

C 18.53% D 23.84% Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.73. Kedudukan sekolah berdasarkan GPS ialah tangga ke 17 dan tangga ke 11 berdasarkan kecemerlangan. Secara keseluruhan terdapat peningkatan dalam beberapa mata pelajaran. Target PPD pada tahun 2009 ini sebanyak 5% peningkatan dalam semua mata pelajaran berdasarkan anggaran bilangan pelajar seramai 402 orang. Peratus lulus yang diharapkan pada tahun ini meningkat kepada 74 % daripada 69 %. Manakala target GPS pula daripada 2.75 kepada 2.25 (2009). 4.2 Jika dibandingkan dengan keputusan PMR 2007,pencapaian PMR 2008

amat membanggakan kerana ada peningkatan dari segi peratus dan kualiti. Bilangan pelajar yang mendapat semua A telah meningkat kepada 27 orang.

5. Laporan Ketua Panitia. 5.1 Bahasa Melayu. Terdapat peningkatan sebanyak 3.29 % berbanding dengan tahun sebelumnya. Antara perancangan untuk meningkatkan prestasi tahun 2009 ialah guru-guru Bahasa Melayu akan mengenalpasti para pelajar yang tidak tahu membaca, mengadakan kelas intervensi,mewujudkan kelas pemulihan pada bulan Mac dan ceramah teknik menjawab serta program Pra PMR. Selain itu Program Seuntai Kata Seindah Bahasa akan diteruskan. Pengetua mencadangkan agar para pelajar tingkatan 3 yang sangat lemah akan diturunkan ke kelas tingkatan 2 selama sebulan, begitu juga para pelajar tingkatan 5 yang sangat lemah diturunkan ke kelas tingkatan 4 selama sebulan. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk berubah.

5.2 Bahasa Inggeris

3

Bilangan pelajar yang memperoleh A telah meningkat berbanding dengan tahun 2007. Antara perancangan panitia ialah memberi penekanan kepada Kertas 1 iaitu 40 soalan objektif. Meneruskan kelas pemulihan seperti biasa. Memaksimumkan penggunaan buku latihan dan buku kerja. Program Learn A Word A Day diteruskan walaupun hanya kelas baik sahaja yang memberi sambutan . Pengetua mencadangkan supaya guru-guru Bahasa Inggeris mengenalpasti para pelajar yang pandai Bahasa Inggeris untuk menjayakan program ‘Spell-it-right’.

5.3 Sejarah

Ketua Panitia Sejarah merancang untuk mengadakan program kelas tambahan dan pemulihan. Selain itu menjalankan bengkel menjawab soalan kepada para pelajar tingkaan 3 disamping meneruskan Program Pra PMR. Malahan program memperkenalkan istilah sejarah akan ditampal di papan kenyataan.Kursus Dalaman untuk guru-guru akan diadakan untuk memantapkan pengetahuan mereka. Pengetua mencadangkan agar kelas tambahan di awalkan dan beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan dan pemulihan.

5.4 Geografi Bilangan A telah meningkat berbanding tahun 2007. Cadangan ketua panitia ialah mengadakan kelas tambahan lebih awal. Disamping itu panitia akan membuat modul untuk pelajar cemerlang dan pelajar yang berpotensi lulus. Pengetua mengharapkan agar guru-guru geografi memberi perhatian kepada pelajar yang lemah dan gagal.

5.5 Matematik Terdapat peningkatan yang baik dalam keputusan PMR 2008. Panitia telah mensasarkan 94.0% kelulusan tahun 2009 dan seramai 200 orang akan memperoleh A. Perancangan yang dicadangkan ialah menghabiskan Sukatan Pelajaran lebih awal supaya dapat membuat ulangkaji yang mencukupi. Disamping mengadakan kelas pemulihan untuk memantapkan lagi penguasaan para pelajar terutama pelajar lemah. Menyediakan modul

4

soalan seperti soalan topikal dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Juga Bengkel Kecemerlangan pada masa cuti penggal pertama akan diadakan. Kursus Dalaman akan diadakan untuk guru-guru yang tidak pernah menanda PMR.

5.6 Sains Menunjukkan peningkatan yang baik dalam keputusan PMR 2008. Panitia akan mengenalpasti para pelajar yang berpotensi dan menyediakan modul untuk mereka. Bagi guru-guru pula akan diadakan Kursus Dalaman terutama bagi guru-guru tingkatan 1 dan 2. Panitia mensasarkan bilangan A tahun ini sebanyak 150 orang dan peratus kelulusan sebanyak 90 %.

5.7 Kemahiran Hidup Antara perancangan yang dicadangkan ialah menyediakan modul bagi para pelajar yang cemerlang dan yang berpotensi lulus, iaitu modul PMR bagi pelajar cemerlang dan modul khas bagi yang berpotensi lulus. Seterusnya, menghabiskan Sukatan Pelajaran lebih awal iaitu pada bulan Jun (6) dan mengulangkaji pada bulan Julai (7). Menyelesaikan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan. Panitia mensasarkan kelulusan 100 % dan bilangan memperoleh A sebanyak 40 %.

5.8 Pendidikan Islam Pencapaian agak menurun kerana 9 pelajar telah gagal. Kegagalan ini disebabkan tidak hadir,tidak tahu membaca,dibuang sekolah dan masalah guru. Selain itu skop terlalu luas. Antara cadangan untuk meningkatkan prestasi ialah mengadakan kelas tambahan, kelas iqra’ dan projek gemilang anjuran JPN. Panitia mensasarkan 20 orang memperoleh A dan 93 % kelulusan pada tahun 2009.

5.9 Bahasa Cina Antara perancangan ialah menambahkan bilangan penulisan esei, terutama kelas lemah. Memberi penekanan penulisan kaligrafi iaitu satu masa diperuntukkan untuk aktiviti penulisan kaligrafi itu. Mencatatkan laporan

5

membaca ke dalam buku catatan selain buku NILAM. Menggunakan papan kenyataan untuk aktiviti pengukuhan tatabahasa. Begitu juga latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan daripada sekolah-sekolah lain. Sasaran kelulusan sebanyak 92 % dan bilangan A seramai 100 orang tahun 2009.

5.10Bahasa Tamil Panitia merancang program kelas tambahan dan pemulihan, latih tubi menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Tahun 2009 seramai 3 pelajar sahaja dan sasaran kelulusan sebanyak 100 %.

6. PKKP ( Peningkatan Kurikulum Kemajuan Pendidikan) 6.1 Penggunaan borang yang sama seperti tahun 2008. Pelunjuran selama 5

tahun diadakan, PMR bermula dari tahun 2003 hingga 2008 dan SPM bermula dari 2002 hingga 2007. 6.2 Perancangan Strategik. Setiap ketua panitia akan memasukkan segala maklumat dalam excel. Folio A ialah keputusan dan unjuran 4 tahun dan Folio B ialah ;swat’, carta gantt. 6.3 Ketua panitia dikehendaki melengkapkan ‘head count’. Terdapat beberapa

borang yang mesti diisi iaitu Ketua Panitia mengisi 3 borang, guru mata pelajaran mengisi 2 borang, pentadbir mengisi 1 borang dan guru peperiksaan satu borang.

7. Hal- hal lain 7.1 Pengetua memberitahu tentang Pertandingan Kecemerlangan Sekolah seperti berikut: a. PKKP

6

b. PPSMI c. Infrastruktur bilik darjah d. Infrastruktur makmal computer e. Infrastruktur makmal sains f. Infrastruktur bilik sains g. Infrastruktur bengkel KH Pengetua mengharapkan guru-guru bilik khas ini melengkapkan segala infrastruktur dan mencadangkan sekolah masuk bertanding.Sekolah juga telah merancang untuk menambah dana dengan cara mengadakan Hari Karnival dan Jamuan Amal.Pihak sekolah akan masuk bertanding dalam PPSMI. 7.2 Pengetua memberitahu tentang Pertandingan Guru Inovatif 2009 dan Anugerah Gading Bersilang. 7.3 Rombakan Jadual Waktu akan diadakan selepas perayaan Tahun Baru

Cina,menurut Encik Chan Seng Fook. 7.4 Puan Lee juga mengatakan bahawa sesi petang juga akan melakukan

rombakan jadual waktu dan guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran tertentu. 7.5 Puan Zuraidah ingin menyatakan bahawa pihak pentadbir menetapkan kelas 4M2 dari 1.05 hingga 1.40 petang kerana sesi petang telah bermula. Encik Chan akan mengambil tindakan menetapkan kelas 4M2 di makmal atau BTV. 7.6 Pencerapan dan pemantauan oleh ketua bidang dan pengetua dengan cara

rondaan atau pemeriksaan buku latihan. 7.7 Pengetua memberitahu Ketua Panitia supaya mencatat nama guru yang tidak hadir tanpa sebab mesyuarat panitia di dalam buku yang disediakan. 7.8 Pengetua juga akan menjalankan penyemakan buku yang dikutip secara

rambang sebanyak lima buah 7.9 Guru-guru yang tidak dapat hadir mesyuarat dikehendaki memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu.

7

7.10Cik Fuziellah meminta ketua panitia memastikan ahli panitia menyerahkan markah secepat mungkin untuk memudahkan penyelarasan memasukkan markah dalam komputer. 7.11Pengetua memberitahu bahawa Pusat Sumber Sekolah telah mendapat 3

bintang sahaja kerana belum lengkap dari segi peralatan seperti komputer. Beliau mengharapkan para pelajar memaksimumkan penggunaan pusat sumber terutama semasa peperiksaan. 7.12Pengetua mengharapkan ketua panitia mengadakan mesyuarat pertama

secepat mungkin. 7.13Pengetua juga mengharapkan para guru melengkapkan buku rekod dan register secepat mungkin dan mesti dimasukkan refleksi.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-tt-------------------------------

-----tt----------------------------

Pn Wan Bahiah bt Wan Nik

En. Moy Wah Goon

Setiausaha Kurikulum SMKTP

Pengetua SMKTP.

8

Related Documents


More Documents from "noraimi"