MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA PERANCANG STRATEGIK SEKOLAH TAHUN 2010 Tarikh Masa Tempat
: 7 Oktober 2009 : 9.45 pagi : Bilik Gerakan
Kehadiran : Pengerusi
: En. Abdul Samad b. Hj. Abd. Rahman (Guru Besar)
Naib Pengerusi
: En. Nadzri b. Bustani (PK Pentadbiran) : Pn. Choo Sow Wan (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha
: En. Arzmi b. Mohd Ghazali (PK Kokurikulum)
Naib Setiausaha
: En. Sajali b. Mohamad Hashim
Pen. Naib Setiausaha: En. Mohd Saufi b. Salleh AJK
: 1. Pn. Zubaidah bt. Mustaffa 2. Pn. Rohayu bt. Shabidin 3. Pn. Mimunah bt. Zakaria
UCAPAN PENGERUSI – GURU BESAR -
Memberi kuasa kepada jawatankuasa dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Berharap tidak berlaku lagi situasi ‘ad-hock’. Berharap tidak berlaku lagi sebarang kesilapan dalam perancangan. Pemilihan jawatankuasa adalah berdasarkan kepada faktor-faktor senioriti, bebanan tugas dan juga bagi mewujudkan pelapis. Jawatankuasa yang dilantik mungkin akan ada rombakan pada masa akan datang. Memaklumkan agenda-agenda dan komponen-komponen yang perlu dibincangkan.
UCAPAN SETIAUSAHA – PK KOKURIKULUM -
Memaklumkan bahawa pemilihan jawatankuasa adalah keputusan yang dibuat selepas perbincangan oleh pihak pentadbir. Tugas jawatankuasa adalah memurnikan perancangan strategik sekolah mewakili semua guru. Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa akan dibentangkan oleh Guru Besar dalam mesyuarat guru. Berharap sekolah akan menjadi lebih baik dalam semua aspek khususnya guruguru, pelajar-pelajar dan juga ibu bapa. Berharap sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang dibanggakan oleh guruguru,pelajar-pelajar dan ibu bapa.
AGENDA 1 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1.1 1.2 1.3 1.4
Peperiksaan Tahun 5 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak ditetapkan pada 27.10.09. Pelan A – Semua pelajar akan menjalani peperiksaan pada 27.10.09 jika sekolah menerima soalan daripada Majlis Guru Besar (MGB) sebelum 27.10.09. Pelan B – Sekiranya soalan daripada Majlis Guru Besar tidak diterima sebelum 27.10.09. Kedudukan murid dalam kelas berdasarkan jumlah markah semua subjek teras dan elektif.Sekiranya lebih daripada seorang murid mendapat jumlah markah yang sama maka murid yang mendapat jumlah markah yang tertinggi untuk subjek teras akan dikira mendapat kedudukan yang lebih baik.
AGENDA 2 - HARI ANUGERAH TAHUN 2009 2.1 2.2 2.3
Tarikh ditetapkan pada 12.11.09. Tidak ada cuti. Dijalankan pada waktu petang.
AGENDA 3 - KENAIKAN KELAS TAHUN 2010 3.1
Pelajar-pelajar akan naik kelas untuk tahun 2010 pada 16.11.09.
AGENDA 4 - PENEMPATAN KELAS TAHUN 2010 4.1 4.2 4.3
Guru Besar memaklumkan kedudukan kelas-kelas daripada prasekolah hingga tahun 6 untuk tahun 2010. Tahap 1 akan bermula daripada pelajar-pelajar prasekolah. Tahap 1 akan diletakkan ditingkat bawah (blok kayu) supaya tidak berlaku gangguan pada waktu rehat dan pelajar-pelajar ini juga tidak perlu menaiki tangga.
4.4 4.5
Tahun 6 diletakkan ditingkat satu iaitu sama tingkat dengan pejabat bagi memudahkan pihak pentadbir memantau pelajar-pelajar tahun 6. Di kelas tahun 1 mesti ada LCD, skrin, troli. Tindakan : En. Shaiful Nizam
AGENDA 5 - PENYERAHAN BUKU SPBT 5.1 5.2
Penyerahan buku teks dijalankan selepas peperiksaan. Buku teks akan diberi semula kepada pelajar-pelajar tahap 2 sahaja untuk tahun 2010 pada 17.11.09.
AGENDA 6 - MESYUARAT AKHIR TAHUN 6.1
Guru Besar mencadangkan tarikh mesyuarat akhir tahun pada 11.11.09.
AGENDA 7 - JAMUAN AKHIR TAHUN 7.1
Dijalankan pada minggu akhir persekolahan dan jamuan akan diadakan di luar.
AGENDA 8 - EDARAN SENARAI BUKU DAN YURAN 8.1 8.2
Senarai buku termasuk buku kerja diedarkan kepada pelajar-pelajar pada 16.11.09. Tindakan : En. Mustaffa Kamal Guru subjek tahun 2009 perlu memilih buku kerja yang sesuai (jika perlu) untuk digunakan oleh pelajar-pelajar pada tahun 2010.Pilih buku kerja berdasarkan tahun semasa yang diajar.
AGENDA 9 - PENJUALAN BUKU 9.1 9.2 9.3
Guru Besar mencadangkan penjualan buku bermula pada 23.12.09. Tempat penjualan buku adalah di Bilik Tayangan. Paparkan papan tanda yang menunjukkan arah tempat jualan buku. Tindakan : En. Mustaffa Kamal
AGENDA 10 - GURU KELAS TAHUN 2010 10.1
Guru Besar membacakan senarai guru kelas untuk tahun 2010 : 1 Maju - Pn. Zubaidah 1 Jaya - Pn. Nuraznida 2 Maju - Pn. Mimunah 2 Jaya - En. Mustaffa Kamal 3 Maju - Pn. Roslaily 3 Jaya - Pn. Norijah
4 Maju 4 Jaya 5 Maju 5 Jaya 6 Maju 6 Jaya
- Cik Rafidah - En. Charles - Cik Jagjer Kaur - En. Saifun Nizam - Pn. Noorhazatul Azura - En. Saufi
AGENDA 11 - JADUAL WAKTU GURU TAHUN 2010 11.1 11.2
Guru Besar membacakan nama setiap guru dan subjek-subjek teras serta kelas yang akan diajar pada tahun 2010. Guru Besar memaklumkan bahawa jawatan guru luar normal bukanlah satu jawatan yang eksekutif.Guru Besar mempunyai kuasa untuk menarik semula jawatan tersebut.
AGENDA 12 - JAWATANKUASA INDUK 2010 12.1
Membacakan senarai jawatankuasa induk tahun 2010 : 1. Guru Data - En. Hamdan 2. SU Kurikulum - En. Sajali 3. SU Kecemerlangan UPSR - Pn. Noor Shafini 4. SU PROTIM & Pemulihan - Pn. Junainah 5. SU Program Selepas UPSR- Pn. Junainah 6. SU Peperiksaan UPSR - Cik Rafidah 7. SU Peperiksaan Dalaman - Pn. Noorhazatul Azura 8. SU LADAP - En. Hamdan 9. Penyelaras PPSMI - Pn. Noraznida 10. SU Pusat Sumber Sekolah- Pn. Rohayu 11. Penyelaras Makmal Komp- En. Shaiful Nizam 12. SU TOV - En. Shaiful Nizam 13. SU KIA2M - Pn. Zubaidah 14. SU SBT - En. Saifun 15. SU RIMUP - Pn. Mimunah 16. SU SPBT - Pn. Noor Shafini 17. SU RMT - En. Saufi 18. SU KWAMP - Ustaz Noor Aznan 19. SU Sukan - Pn. Mardiah 20. SU Hari Anugerah - Pn. Mimunah 21. SU Kajian Tindakan - Ustazah Muhaine Raihaan dan JQAF 22. SU Hari Guru - Pn. Norijah 23. SU Hari Merdeka - Cik Jagjer Kaur
AGENDA 13 - PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI TAHUN 2010 13.1 13.2 13.3
Guru Besar mencadangkan pada 2.1.2010. Hari Sabtu. Masa pada pukul 9.30 pagi.
AGENDA 14 - PENDAFTARAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2010 14.1 14.2
Akan diadakan serentak dengan pendaftaran tahun 1. Guru-guru prasekolah dan pembantu murid wajib hadir.
AGENDA 15 - PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 15.1 Dijalankan selama 3 minggu. 15.2 Bermula pada hari pertama persekolahan. AGENDA 16 - SUKAN 2010 16.1 16.2
Sukan akan diadakan lebih awal iaitu selewat-lewatnya 31.3.10. Guru Besar mencadangkan sukan diadakan pada hari Khamis minggu ke-3 bulan Mac.
AGENDA 17 - CUTI PERISTIWA 17.1
Guru Besar memaklumkan cuti peristiwa yang akan digunakan adalah masingmasing 1 hari untuk Hari Raya Aidilfitri, Sukan Sekolah, Hari Anugerah dan Hari Raya Haji.
AGENDA 18 - PROGRAM KOKURIKULUM 18.1 18.2 18.3 18.4 18.5 18.6 18.7 18.8 18.9
Setiausaha kokurikulum ialah Pn. Roslaily. Setiausaha ko-permainan ialah En. Saufi jika menjadi tuan rumah pertandingan. Setiausaha ko-akademik ialah Pn. Roslaily jika menjadi tuan rumah pertandingan. Peruntukan untuk program kokurikulum (ko-permainan dan ko-akademik) ialah sebanyak RM 4700. Peruntukan untuk badan beruniform dan permainan sebanyak RM 800. Peruntukan untuk sukan sekolah sebanyak RM 800. Program kokurikulum untuk persatuan perlu bermula pada bulan April dan mesti berakhir pada bulan Mei (selama 2 bulan). 2 minggu terakhir bulan Mei aktiviti akan diambil alih oleh Pusat Sumber Sekolah. Guru Besar mengarahkan supaya pembelian hadiah perlu dilakukan diluar waktu P&P.
18.10 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan selewat-lewatnya minggu ke-4 bulan Januari. 18.11 Sekolah akan terlibat dalam pertandingan-pertandingan ko-permainan: 1. Badminton 2. Bola jaring 3. Bola sepak 4. Olahraga 5. Bola baling (jika menjadi tuan rumah) 18.12 Pasukan beruniform TKRS dan Puteri Islam akan menggunakan khidmat anggota polis bagi membantu aktiviti kawad. 18.13 Pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun 2010 layak untuk menerima bantuan uniform. AGENDA 19 - SENARAI NAMA MURID TAHUN 2010 19.1 19.2
Pelajar-pelajar tahun 6 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud Tahun 6 Maju (murid memuaskan) dan 6 Jaya (murid kurang memuaskan). Pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud Maju (murid memuaskan) dan Jaya (murid kurang memuaskan) dengan bilangan murid yang sama banyak setiap kelas.
AGENDA 20 - KETUA PANITIA TAHUN 2010 20.1
Guru Besar membacakan senarai ketua panitia : 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sains 5. Kajian Tempatan 6. Sivik & Kewarganegaraan 7. Kemahiran Hidup 8. Pendidikan Jasmani 9. Pendidikan Seni 10. Pendidikan Muzik 11. Agama Islam 12. J-QAF
- En. Saifun Nizam - Cik Jagjer - Pn. Roslaily - En. Sajali - Cik Rafidah - En. Charles - En. Mustafa Kamal - En. Saiful Nizam - Pn. Norijah - kiv - Ustaz Noor Aznan - Ustaz Rezal
AGENDA 21 - HAL-HAL LAIN 21.1
Buku takwim akan diedarkan kepada setiap guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari. Disediakan oleh : …………………………………….. (EN. ARZMI B. MOHD GHAZALI) Setiausaha, Jawatankuasa Perancang Strategik Sekolah.