Sains Portfolio Khai.docx

  • Uploaded by: Anonymous n3Go1Nj
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sains Portfolio Khai.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,230
  • Pages: 13
BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

TAJUK : BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA

MATAPELAJARAN : SAINS

NAMA : MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ

KELAS : 2 ELIT

1

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

ISIKANDUNGAN No. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perkara Biodata Pelajar Pengenalan Galaksi Bima Sakti Bintang Penutup

2

Mukasurat 1 2 3 4 5 10

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

1. BIODATA PELAJAR

Nama : Muhd Khairulddin Murtadzha b Aziz Kelas : 2 Elit Alamat : 106A Kampung Sejijak, Jalan Batu Kawa, 93050 Kuching. Umur : 14 tahun Hobi

: Bermain Bola Sepak

3

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

2. PENGENALAN Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.

3. GALAKSI

4

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

3.1. Definisi Galaksi

Galaksi adalah satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang bersama gas, debu dan habuk.

3.2. Jenis-jenis Galaksi

3.2.1. Galaksi terdiri daripada ratusan atau ribuan juta bintang

3.2.2. Kesemua bintang yang kelihatan pada pandangan mata kasar dari Bumi terletak dalam galaksi Bima Sakti

3.2.3. Galaksi juga mempunyai awan gas dan debu di mana bintang baru terhasil

3.2.4. Terdapat banyak bentuk galaksi. Sesetengahnya berbentuk elips dan pilin

3.2.5. Ada juga galaksi yang tiada bentuk yang tetap dan dikelaskan sebagai galaksi tidak seragam.

4. Bima Sakti

5

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

4.1. Bumi terletak dalam galaksi Bima Sakti

4.2. Bima Sakti ialah galaksi berbentuk cakera yang besar. Galaksi ini mengandungi kira-kira 100 000 juta bintang termasuklah Matahari dan Sistem Suria

4.3. Bima Sakti berputar perlahan-lahan, dianggarkan mengambil masa 220 juta tahun untuk sekali putaran

4.4. Pemerhatian terkini menunjukkan bahawa terdapat lubang hitam yang sangat besar di pusat galaksi ini

6

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

5. BINTANG 5.1Definisi Bintang

5.1.1. Bintang ialah suatu kelompok gas-gas bercahaya yang sebahagian besarnya adalah hidrogen dan helium

5.1.2. Bintang-bintang ini mengeluarkan haba dan cahayanya sendiri melalui tindak balas nuklear

5.1.3. Matahari ialah suatu bintang

5.1.4. Jisim paling kecil mungkin bagi bintang ialah lebih kurang 8% daripada Matahari (80 kali jisim Musytari). Jika bintang tersebut lebih kecil, tiada tindak balas kulear akan berlaku

5.2 Pelbagai Jenis Bintang

Bintang boleh dikelaskan kepada beberapa faktor seperti berikut :

5.2.1 Pengelasan berdasarkan suhu dan warna : a. Sesetengah bintang lebih panas daripada bintang yang lain. Warna bintang menunjukkan suhunya

7

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

5.2.2 Pengelasan berdasarkan saiz : a. Bintang yang paling kecil ialah kerdil putih manakala bintang yang paling besar ialah super raksasa

5.2.3. Pengelasanberdasarkan kecerahan : a. Perbezaan kecerahan antara semua bintang adalah kecilb. Perubahan kecerahan bintang tidak mudah untuk diukur sebagaimana pada Mataharic. Sesetengah bintang mengalami perubahan kecerahan yang besar dan dipanggil bintang boleh ubah

5.3 Pembentukan Bintang

1. Bintang terbentuk apabila nebula (awan besar yang terdiri daripada gebu dan gas) menjadi padat akibat kesan graviti

2. Sebahagian besar awan-awan ini terdiri daripada hidrogen dan helium serta beberapa unsur surih yang lain

3. Sejumlah besar isi padu jirim ini beransur-ansur terpisah daripada awan tersebut

4. Suhu dan tekanan di terasnya akan meningkat apabila bintang menjadi semakin kecil dan padat

5. Semasa bintang terbentuk, bintang dikelilingi oleh gas-gas yang menyejat

6. Semasa bintang membesar, bintang menjadi semakin padat dan perlahan-lahan menjadi panas

7. Pada suhu 10 jutaºC , suhu adalah cukup panas bagi memulakan tindak balas

8

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

nuklear

8. Sejumlah tenaga yang sangat besar diebbaskan dan bintang mula membebaskan cahaya dan haba

9. Tindak balas nuklear berlaku berdekatan dengan teras. Maka, bintang beransuransur membentuk teras helium yang dikelilingi oleh rangka nipis, iaitu hidrogen yang terbakar

5.4 Kematian Bintang

1. Kematian bintag bermula apabila semua hidrogen di terasnya diubah kepada helium . Tindak balas nuklear kemudiannya akan berhenti

2. Bintang akan mengembang menjadi bintang raksasa merah, iaitu lebih kurang 10 kali lebih besar daripada saiz asalnya dan mempunyai permukaan yang lebih sejuk serta lebih merah

3. Sekiranya jisim bintang adalah 1.4 kali lebih kecil daripada jisim Matahari, lapisan luar bintang akan tersebar ke angkasa dan terasnya akan hancur untuk membentuk jasad yang kecil dan sangat tumpat yang dikenal sebagai kerdil putih

4. Akhirnya, bintang kerdil putih akan menghilang dan meninggalkan jasad hitamnya yang tidak bercahaya

5. Jika jisim bintang adalah 1.4 hingga 3 kali lebih besar daripada jisim Matahari, bintang itu akan menjadi bintang super raksasa merah

6. Perubahan nuklear akan berlaku dan lama-kelamaan bintang itu akan mengalami letupan supernova yang terang

9

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

7. Sebahagian teras yang tertinggal selepas letupan akan hancur untuk membentuk bintang kecil yang amat padat yang dipanggil bintang neutron

8.Bintang-bintang neutron juga di panggil pulsar yang membebaskan denyutandenyutan gelombang radio.

9. Sekiranya teras supernova yang hancur itu mempunyai jisim melebihi 3 kali jisim Matahari, bintang neutron tidak akan terbentuk, tetapi lohong hitam yang akan terbentuk

10. Lohong hitam ialah kawasan yang sangat padat , iaitu gravitinya menarik apa sahaja ke dalamnya, termasuklah cahaya

10

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

6. Penutup

11

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

Alam semesta sangat besar sehingga tidak dapat dibayangkan. Saiz Bumi adalah lebih kecil daripada debu dalam alam semesta. Dari segi bilangan, terdapat trilliom objek dalam alam semesta. Semua objek dalam alam semesta tidaklah kekal. Malah, bintang-bintang juga terbentuk dan mati dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sangatlah menakjubkan bahawa semua yang terkandung di dalam alam semseta berperanan dalam urutan yang sempurna dan harmoni antara satu sama lain. Inilah kehidupan alam semsesta ciptaan Tuhan . Hal ini menjadi bukti keagungan Tuhan yagn mampu untuk mencipta alam semesta yang unik, cantik dan harmoni

12

BINTANG & GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA SAINS

MUHD KHAIRULDDIN MURTADZHA B AZIZ 2 ELIT

13

Related Documents

Sains Portfolio Khai.docx
November 2019 18
Sains
May 2020 36
Sains
October 2019 37
Sains - Kbsm - Sains Teras
October 2019 53
Portfolio
May 2020 32
Portfolio
June 2020 17

More Documents from ""