Minit Kurikulum 1 2009

  • Uploaded by: SIVANESVARAN
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Kurikulum 1 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,030
  • Pages: 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1/2009 Tarikh

:

15 Januari 2009

Masa

:

0830 (sesi guru sesi pagi) & 1430 (guru sesi petang)

Tempat

:

Dewan Makan

Kehadiran

:

Rujuk Lampiran

BIL 1.

PERKARA KATA ALU-ALUAN PENGERUSI / PENGETUA 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru dan mengucapkan selamat bertugas di SMK Serian. 1.2 Untuk meningkatkan keupayaan diri, guru mesti sentiasa berusaha untuk memajukan diri (keep improving yourself). 1.3 Perkara yang hendak diperkenalkan kepada pelajar ialah “dream” (impian). Impian akan mengikat pelajar untuk berusaha. Impian akan mengawal pelajar dari melakukan sesuatu yang boleh mengalih / distract dia daripada impian itu. Tugas guru ialah membimbing pelajar bagaimana membuat impian: how to dream, what to dream, how to reliase the dream, to set small goals without loosing the big goal. 1.4 Kerja umpama “... like a rollercoaster / work can be like gardening / work can be like war” ... so, what is work? Find your own purpose. 1.5 Pengerusi mencadangkan setiap guru membaca buku sekurang-kurangnya ½ jam sehari “... spare your time, make it as a habit...”, kerana buku boleh mengubah cara kita berfikir / “improve ourself”. 1.6 Mana-mana guru yang ada persoalan / cadangan / idea boleh menyalurkan kepada Pengetua melalui e-mail.

1

TINDAKAN

2.

KEWANGAN. 2.1 Sekolah tidak dibenarkan untuk memungut apa-apa yuran, Guru Tingkatan kecuali takaful (RM1.50). 2.2 Sekolah belum menerima apa-apa peruntukan daripada KMP / JPM.

3.

RANCANGAN PEGAJARAN HARIAN. 3.1 Setiap guru harus mempunyai blog untuk menyediakan Guru-guru Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). 3.2 Tarikh penghantaran pertama untuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian ialah pada atau sebelum 3 Februari 2009.

4.

Guru-guru

PENCERAPAN. 4.1 Pencerapan masih diteruskan oleh Pengetua, PK,GK dan Ketua Pengetua, PK, GK , Panitia. Borang pencerapan 2008 masih digunakan. Setiap Ketua Panitia guru akan dicerap paling kurang sekali setahun. 4.2 Setiap guru juga diminta untuk melajar dengan memerhati Guru-guru guru lain mengajar, iaitu dengan nisbah 1:3. Contohnya guru baru memerhati P&P guru senior untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Guru senior boleh memerhati guru junior untuk membantu guru tersebut. Dengan cara ini, seorang guru akan sentiasa belajar: we lean, we do and we teach. 4.3 Nisbah pencerapan untuk Ketua Panitia (1:5) dan guru biasa (1:3).

5.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN. 5.1 Membaca, diselia dan menyelia adalah satu cara-cara untuk meningkatkan keupayaan diri. 5.2 Peruntukkan telah dipohon daripada SPA untuk melaksanakan kursus dalaman.

2

Ketua Panitia Guru-guru

6.

KALENDER 2009. 6.1 Kalender Januari 2009 telah die-mailkan kepada semua guru dan kalender tahunan telah dimaklumkan.

7.

HAL ALATAN. 7.1 Komputer riba dibekalkan untuk guru-guru PPSMI sahaja. Guru-guru Walaubagaimanapun jika guru itu tidak memerlukannya ia boleh diagihkan kepada guru-guru lain yang memerlukan. 7.2 Guru-guru dinasihatkan untuk membelikan komputer riba masing-masing memandangkan harganya kini mampu-beli. Guru akan banyak mengunkan komputer dalam menyedia, menyampai dan menyimpankan maklumat. 7.3 LCD atau apa-apa saja peralatan dan kemudahan sekolah, termasuk makmal, boleh digunakan oleh mana-mana guru. Guru yang menggunakan kemudahan tersebut perlulah memaklumkan guru yang bertanggungjawab.

8.

REKOD KEHADIRAN. 8.1 Jika belum faham atau belum dapat menguasai cara baru, Guru Tingkatan gunakan cara konvensional atau rujuk kawan yang sudah menguasainya.

9.

AJK. 9.1 Akan die-mailkan. Ada AJK yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. AJK terbaru ialah AJK Bumi Hijau. 9.2 AJK, termasuk Panitia perlu menyediakan blog untuk Pengerusi AJK merekodkan aktiviti / mamaklumkan ahli. Ketua Panitia

10.

DATA. 10.1 Guru Tingkatan diminta untuk memastikan bilangan sebenar pelajar di dalam kelas masing-masing.

Guru Tingkatan

10.2 Pastikan enrolmen dalam kelas untuk bulan Januari adalah tepat. Data tersebut akan di kemaskini dari bulan ke bulan.

Guru Tingkatan

3

11.

DISIPLIN. 11.1 Mana-mana guru yang menghadapi masalah dengan pelajar, Guru-guru Guru tersebut harus selesaikan dengan secepat mungkin. Jika PK HEM tidak dapat guru dinasihatkan untuk merujukkan kes kepada PK HEM. 11.2 Cadangan Pengetua: untuk mengelakkan konflik antara guru dengan pelajar ialah menggunakan kaedah “pujian” kerana dengan cara itu pelajar tidak akan marah dengan guru.

12.

LAPORAN OLEH PK 1 (En. Ensnat Hj. Sauari) 12.1 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang dinaikkan pangkat ke DG44 dan DG32. 12.2 Guru IT masih sama seperti tahun lepas manakala Guru Sumber ialah Puan Sarinah dan pembantu ialah Puan Maryati Osman. Guru MPV ialah Encik Goh Yiaw Boon. Tingkatan 4 masih memerlukan seorang guru untuk MPV. 12.3 Agihan kelas adalah seperti berikut: Tingkatan 6 - 12 kelas. Tingkatan 5 – 14 kelas. Tingkatan 4 – 14 kelas (4K1 – 4K8 sesak) 12.4 Terdapat 3 kekosongan untuk GSTT. 12.5 Jadual Waktu disiapkan agak lewat atas sebab-sebab tertentu. 6AK1 dan 6AK5 boleh digabungkan untuk mengurangkan waktu guru yang mengajar MUET. 12.6 Terdapat arahan perpindahan guru yang lewat iaitu Cikgu Harris. 12.7 Guru Tingkatan berbalik kepada sistem asal iaitu satu kelas seorang guru. Guru-guru yang mempunyai jawatanjawatan khas serta panitia yang besar tidak akan diberi jawatan sebagai guru tingkatan.

Guru Tingkatan

12.8 Ketua panitia dipertanggungjawabkan untuk menyediakan “sit-in” mengikut jadual yang telah disediakan.

Ketua Panitia

4

12.9 Kelas Luar Sidang masih diteruskan untuk matapelajaran Bahasa Cina, Bahasa Iban dan EST. 12.10Panitia baru iaitu Sains Sukan, diketuai oleh Encik Wan Sulaiman. Matapelajaran Teknologi Maklumat mempunyai 14 orang pelajar dan dikendalikan oleh Cik Shamsinariah.

13.

12.11 Bagi kelas terapung, boleh gunakan mana-mana kelas yang kosong. Makmal Modular akan siap tidak lama lagi dan dapat digunakan.

Guru-guru

12.12 Ketua Panitia diminta untuk membantu guru-guru GSTT supaya dapat menyiapkan dan melaksanakan Kerja Kursus “on time”.

Ketua Panitia

LAPORAN PK HEM. 13.1 Guru diingatkan untuk masuk kelas mengikut jadual yang Guru-guru telah ditetapkan. Guru mesti dapat mengawal kelas dengan baik.

14.

LAPORAN PK KK. 14.1 Mesyuarat akan diadakan pada 16.01.2009 untuk MSSM bahagian Samarahan dan jadual aktiviti akan dikeluarkan selepas itu.

15.

GK SAINS DAN MATEMATIK. 15.1 Guru diingatkan untuk memberi panduan / memaklumkan Guru-guru peraturan makmal kepada pelajar apabila menggunakan makmal untuk mengelakkan kerosakan dalam makmal.

16.

HAL-HAL LAIN. 16.1 Guru-guru yang tidak hadir akibat banjir perlu memaklumkan Pengetua. Guru berkenaan 16.2 Pakar rujuk blog. Guru-guru yang masih tidak dapat membuat blog boleh merujuk kepada Encik Norman, Encik Guru-guru Yeo dan Cik Shamsinariah. 16.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang. 5

Minit disediakan oleh:

Disemak oleh:

_____________________

______________________ & _____________________

PN. CAROLINELYN JERRY

EN. ENSNAT HJ. SAUARI

Setiausaha

Penolong Kanan

Disahkan oleh:

____________________ (Hj Rambli Zainudin) Pengetua

6

(HJ. NORAZMAN BAHARIN) PK Petang

Related Documents


More Documents from ""

Borang Tuntutan Perjalanan
December 2019 50
Borangpeminjamanperalatanict
December 2019 31
Visio-peka2009
December 2019 35
Keciciran Semua
December 2019 46
Borangisytiharhartasmks
December 2019 33