Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2009

  • Uploaded by: setiausaha kurikulum
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,201
  • Pages: 5
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA 2009 SEK.MEN.KEB.TANAH PUTIH KUANTAN Tarikh : 7hb. April 2009 (Selasa) Masa

: 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat Blok F

Jumlah kehadiran : 36 orang Ketidakhadiran: 1. Puan Roslina Tajul Arus (KP Biologi) – bersebab 2. Encik Koh Teck Seng (KP PJK) – bersebab 3. Cik Ratha a/p Damodharan (KP Bahasa Tamil) Agenda: 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru untuk mengikuti mesyuarat kurikulum kali kedua 2009.Perkara utama yang akan dibincangkan ialah post mortem peperiksaan SPM dan tindakan panitia. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Cadangan : Puan Megawati Bt Mukhtar 2.2 Disokong : puan Rosiah bt Awang Ngah 3. Perkara Berbangkit:

3.4 Program Pra SPM hendaklah dirancang lebih awal pada tahun 2009 . Puan Megawati mencadangkan supaya Progran Pra SPM diadakan sebelum percubaan SPM . Manakala Puan Yip Wai Lin pula berpendapat bahawa program ini memakan masa yang panjang dan merugikan masa P&P guru. Jika hendak dijalankan juga, hanya melibatkan kelas-kelas tertentu sahaja. (3.8) Puan Lee Nyit Fong telahpun membuat penyusunan semula pelajar tingkatan satu dan dua yang melibatkan semua kaum (setiap kelas mempunyai pelajar Cina dan Melayu). Menurut Puan Lee lagi kelas K1 hingga K4 dikategorikan kelas lemah, K5 hingga K9 ialah kelas sederhana dan K10 hingga 1

K13 pula ialah kelas baik. Encik Chan Seng Fook mencadangkan penyusunan kelas bagi tahun 2010 ditetapkan dua kelas teratas sebagai kelas untuk pelajar terbaik terutama bagi tingkatan tiga untuk memudahkan P&P. Seterusnya Pengetua mencadangkan supaya sebelum melakukan penyusunan kelas perlu dapatkan pandangan daripada guru disiplin terlebih dahulu. (5.3) Puan Noraihan Zainal Abidin memberitahu bahawa kelas pemulihan Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Sejarah telah dijalankan tetapi kehadiran amat mengecewakan. Beliau mengharapkan agar Pengetua mengambil tindakan tegas terhadap para pelajar yang tidak hadir. Pengetua menjelaskan bahawa beliau terpaksa mengambil masa untuk melaksanakan tindakan tersebut. (5.4) Puan Rosnita menghadapi masalah tempat untuk mengadakan kelas pemulihan atau kelas tambahan . Pengetua mencadangkan supaya Puan Nas Fuzillah menambah kelas BTV iaitu BTV 3 dan BTV4 serta membuat jadual bermula dari Isnin hingga Jumaat. Beliau juga memberitahu bahawa guru-guru juga boleh menggunakan kelas 4S5 atau 5S5 tetapi guru-guru diingatkan supaya perhatikan para pelajar tidak merosakkan suasana kelas itu. (5.6) Panitia Sains mensasarkan bilangan A bagi tahun 2009 ini sebanyak 120 orang sahaja. (5.8) Menurut Ustazah Nor Azimah, kegagalan subjek itu bukan disebabkan masalah guru kerana guru Pendidikan Islam hanya beberapa orang sahaja. Pengetua mencadangkan supaya Ketua Panitia itu mengambil tindakan segera kerana panitia Pendidikan Islam mempunyai banyak wang untuk menjalankan program bagi meningkatkan prestasi. Menurut Puan Noor Aini bt Muhammad ,beliau telah mengenal pasti pelajar-pelajar Islam daripada 5A1 untuk diberi kaunseling dan memanggil ibu bapa mereka. 4. Post Mortem Analisis Peperiksaan SPM 2008 4.1 Secara keseluruhan prestasi mata peljaran adalah menurun seperti Bahasa

Malaysia,Pendidikan Moral,Bahasa Inggeris,Bahasa Cina,Matematik,Matematik Tambahan,Perdagangan dan sains Sukan. Dari segi kualiti GPS juga menurun dari 4.96 (2007) kepada 5.02 (2008). Pengetua meminta semua panitia memikirkan cara-cara untuk mengatasi dan meningkatkan prestasi serta kualiti. Malahan pengetua meminta semua panitia menentukan bilangan pelajar yang mendapat A, pelajar GALUS/HALUS daripada Ujian 1 dan juga target GPS. Seterusnya, pengetua juga meminta semua panitia memastikan bahawa guru-guru memberi latihan yang mencukupi serta menanda buku latihan para 2

pelajar,terutama mata pelajaran bahasa dan matematik. Juga melengkapkan OTI dan ETR dalam buku rekod mengajar guru. 4.2 Encik Sebastian memberitahu bahawa terdapat segelintir pelajar 5S3 dan

5S4 yang tidak berminat terhadap mata pelajaran Kimia. Para pelajar tersebut menjelaskan bahawa mereka dipaksa mengambilnya untuk SPM. Oleh itu mereka sentiasa gagaldalam ujian ataupun peperiksaan. Pengetua berpendapat masalah tersebut adalah berpunca daripada sikap pelajar semata-mata. 4.3 Encik Chan seng Fook meminta Ketua Panitia membuat laporan tentang

keputusan SPM 2008 dan hantar laporan itu pada 10/4/09. Laporan itu hendaklah merangkumi aspek-aspek kelemahan,strategi,perbandingan keputusan 2007 dan 2008 dari segi kualiti dan kuantiti, perancangan dan target panitia. 4.4 Pengetua meminta semua ketua panitia menyemak buku latihan dalam minggu ini bermula dari 6/4/09 hingga 10/4/09 dan menjalankan pencerapan untuk meningkatkan teknik penyampaian dalam kelas. 5. Hal-hal lain 5.1 Encik Chan Seng Fook meminta Ketrua Bidang dan Ketua Panitia

melakukan pencerapan dan menyerahkan satu salinan boring pencerapan, borang semakan latihan dan laporan ketua panitia pada 13/4/09. 5.2 Pengetua juga meminta para guru melengkapkan papan-papan notis,menampal gambar-gambar yang disediakan dan menyerahkan manamana gambar kepada Encik See untuk dimuatkan dalam laman web. 5.3 Cik Fuziellah mengingatkan ketua panitia supaya guru-guru tidak

membawa keluar buku markah keluar daripada bilik guru,juga meminta guruguru mata pelajaran memasukkan markah Ujian 1 secepat mungkin dan jika tiada di sekolah,tinggalkan pesanan. Juga meminta guru-guru mendapatkan jadual peperiksaan dan takwim peperiksaan di mejanya. 5.4 Puan Nas Fuzillah mengedar borang senarai daftar bahan bantu mengajar 2009 dan meminta semua ketua panitia mengisi dan melengkapkannya dan hantar kepadanya pada 13/4/09 di bilik SAL atau bilik guru.Bagi Program NILAM ,Puan Yeong telah menyediakan jadual untuk membawa pelajar ke Pusat Sumber dan juga Puan Nas Fuzillah mengingatkan Ketua Panitia supaya memasukkan rekod aktiviti Pusat sumber ke dalam buku yang disediakan di perpustakaan. Mengenai majalah bahasa Cina sebanyak 12 3

set telah diedarkan dan sebanyak 8set majalah bahasa Inggeris telah diterima oleh Puan Yip. 5.5 Encik Awang Mahadi Ali mengutarakan masalah pertembungan antara kelas

semasa hendak menggunakan bilik komputer terutama mata pelajaran bahasa Inggeris. Juga masalah kehilangan tetikus (mouse). 5.6 Puan Lee nyit Fong memberitahu bahawa pada tahun2009 ini,guru-guru

petang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana berkunci.Pengetua meminta supaya kunci bilik komputer disimpan di biliknya atau bilik Puan Lee. Perkara seterusnya, Puan Lee memberitahu bahawa terdapat kes para pelajar kerap kehilangan beg sekolah dan mengharapkan para pelajar tidak membawa beg yang mahal ke sekolah. 5.7 Puan Yip Wai Lin memberitahu bahawa terdapat beberapa guru

menggunakan makmal komputer dan ada juga yang tidak menggunakannya dalam pengajaran bahasa Inggeris. Puan Fauziah menjelaskan bahawa para pelajar tingkatan 3 dan 5 tidak perlu menggunakan makmal komputer tetapi pelajar tingkatan 4 sepatutnya menggunakannya. Pengetua mencadangkan supaya setiap panitia akan masuk ke makmal komputer sekali sebulan terutamanya pengajaran bahasa Inggeris. 5.8 Puan Lee Nyit Fong menyuarakan masalah kerosakan LCD menyebabkan

beliau diminta oleh guru-guru matematik,sains dan bahasa Inggeris supaya merombak jadual waktu.Tujuan mereka adalah untuk menggunakan LCD yang ada di dalam bilik-bilik khas yang lain. Pengetua mengharapkan guruguru yang menggunakan komputer tahu mengendalikannya. 5.9 Puan Yeow Siew Eng menyuarakan tentang uijan bulanan yang terlalu banyak dan mengharapkan agar dikurangkan bilangan ujian dalam setahun. Cik Fuziellah menyatakan bahawa sebanyak tiga kali analisis akan dihantar ke PPD termasuk Ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja. Pengetua mencadangkan agar Ujian 4 dijalankan secara ringkas sahaja dan dijalankan semasa P&P. Beliau menegaskan bahawa pada tahun2010 nanti ujian bulanan hanya tiga kali sahaja dalam setahun. 5.10Encik Chan pula mengharapkan guru-guru mencatatkan masa,tarikh dan

tempat diadakan kelas tambahan atau pemulihan di dalam buku yang disediakan di biliknya. 5.11Encik Rangasamy pula mengharapkan guru-guru yang menjalankan aktiviti kokurikulum mencatatkan kehadiran di dalam buku di hadapan kaunter pejabat. 4

5.12Pengetua mahukan ketua panitia memaklumkan kepada guru-guru yang

menjalankan kelas tuisyen luar agar memohon terlebih dahulu. 5.13Puan Megawati ingin kepastian sama ada markah Sivik dimasukkan ke

dalam komputer. Cik Fuziellah menjelaskan bahawa markah Sivik perlu dimasukkan dalam komputer tetapi tidak dikira.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-------------tt---------------

-------------tt--------------

Pn. Wan Bahiah bt. Wan Nik

En. Moy Wah Goon

Setiausaha Kurikulum SMKTP 09

Pengetua SMKTP 09

5

Related Documents


More Documents from "or sor oon"