1. Minit Kurikulum 2019.docx

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1. Minit Kurikulum 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,116
  • Pages: 6
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 TAHUN 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 3 (F) TARIKH MASA TEMPAT

: : :

25 Disember 2018 (RABU) 12.30 tengah hari Bilik gerakan

KEHADIRAN: HADIR 1. Mohd Sabirin b. Abdullah 2. M. Rozal B Yaacob 3. Mohd Shamsul B. Abd. Rashid 4. Akma Nabilah Bt Saleh 5. Nor Shamsiah Bt M. Ihsan 6. Farah Wahedah Bt Ahmad 7. Norhaizad Bt Md Baki 8. Nurul Ain binti Zahar 9. Nor Azizan B Ismail 10. Sayed Mohd Asri B Sayed Nawawi 11. Suzie Liana Bt. Mat Rudin 12. Mastura binti Yahya 13. Mohd. Hafiz b. Ludin 14. Suhaina bt Zainal 15. Nuraini bt Nordin 16. Siti Noraini bt Abd. Rahman 17. Alizatu Akmal bt Ali 18. Siti Hidayu Bt Abd Karim

(Guru Besar) (GPK Kurikulum) (GPK Kokurikulum) (Setiausaha)

TIDAK HADIR 1. Shamsuddin bin Othman AGENDA: 1.0 2.0 3.0 4.0

5.0 6.0

Perutusan pengerusi Pembentangan dan pengesahan minit terdahulu Perkara berbangkit Isu-isu perbincangan 4.1 Pelaksanaan Kurikulum 2019 4.2 Agihan Tugas Kurikulum 2019 Hal- hal lain Penutup

1.0 Perutusan Pengerusi (Mohd Sabirin bin Abdullah) Guru Besar 1.1

Ucapan penghargaan

1.2 1.2

Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua guru menghadiri mesyuarat . Bacaan ikrar 1.2.1 Bacaan ikrar diadakan mengikut turutan berikut; -Ikrar Perkhidmatan Awam -Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam -Ikrar Guru Malaysia

1.3 Kenaikan pangkat 1.3.1 Guru yang mendapat markah penilaian tahunan kurang daripada 90% perlu menulis surat tunjuk sebab untuk urusan kenaikan pangkat. 1.4 Komen daripada pihak luar mengenai guru 1.4.1 Sebarang rungutan pihak luar mengenai kakitangan sekolah perlu dipanjangkan kepada guru besar. 1.4.2 Semua guru digalakkan mengamalkan amalan guru penyayang bagi mengelakkan sebarang rungutan dan aduan. 1.5 Perkhidmatan 1.5.1 Guru yang didapati gagal menghadiri kursus yang ditetapkan, boleh dikenakan surcaj dan tindakan tatatertib. 1.5.2 Semua guru perlu meningkatkan diri dalam kemahiran berikut; -kemahiran berfikir -kemahiran memimpin -kemahiran dwibahasa -etika dan kerohanian -identiti nasional 1.5.3 Guru perlu menerapkan rasa penyayang dalam diri bagi melahirkan murid-murid yang berilmu, kreatif, inovatif dan bernilai murni. 1.5.4 Pakaian guru Guru lelaki: haruslah berseluar panjang,berkemeja lengan panjang, bertali leher. Jikalau memakai baju melayu perlula bersampin. Guru wanita: sebarang pakaian kebangsaan, blaus mesti digandingkan dengan skirt, pemakaian baju batik pada hari Khamis sahaja. Jubah atau dress dibenarkan mengikut tatacara berpakaian dan tidak berfesyen 1.6 Cogan kata sekolah 1.6.1 Guru besar mewar-warkan cogan kata sekolah iaitu bekerjasama dan saling melengkapi. 1.6.2 Beliau juga mewar-warkan ABC iaitu Anak Murid Baik Lagi Cerdik. 1.7 Kemenjadian murid 1.7.1 Bagi tahun 2019, semua murid akan digalakkan untuk belajar menguruskan majlis. 1.7.2 Guru digalakkan meletakkan nama murid dalam senarai jawatankuasa program.

1.8 Harapan Guru Besar 2019 1.8.1 Beliau mewar-warkan harapan beliau iaitu bergerak bersama,Berjaya bersama, saling melengkapi dan kepuasan dalam berkhidmat.

1.8.2 Semua guru juga digalakkan untuk mengecilkan perbezaan dan membesarkan persamaan. 1.9 Keberadaan guru di sekolah 1.9.1 Guru perlu hadir 10 minit awal ke sekolah dan balik 20 minit lewat. 1.9.2 Semua guru perlu memaklumkan kepada guru besar jika mereka lewat hadir ke sekolah. 1.9.3 Semua guru yang mempunyai urusan di klinik dan selesai urusannya lewat sekitar pukul 10 ke 11 pagi perlu mengambil cuti. 1.9.4 Guru yang mengambil surat sakit swasta lebih daripada tiga kali, guru besar akan mengeluarkan surat siasatan. 1.9.5 Guru yang mahu meminta izin keluar awal, dibenarkan untuk menjual jadual waktu beliau. Guru yang meminta kebenaran keluar awal perlu meminta kebenaran guru besar atau pihak pentadbir. Guru juga perlu mengisi buku keluar masuk. Tindakan dan Makluman Semua guru

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit terdahulu 2.1 Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 4 2018 dirujuk mengikut ketetapan berikut; 2.1.1 Pencadang : Norhaizad Bt Md Baki 2.1.2 Penyokong : Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong. Makluman Semua guru

3.0 Perkara berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit. Makluman Semua guru

4.0

Isu-isu perbincangan 4.1

PBS 4.1.1 Laporan gabungan PBD perlu disediakan sebanyak 2 kali setahun. - pertengahan tahun - akhir tahun 4.1.2 Laporan PBD murid secara individu perlu dilaporkan kepada ibu bapa dalam pelbagai medium , contohnya whatsapps, tayangan slaid ataupun secara bercetak. 4.1.3 Laporan perlu disediakan oleh guru mengikut subjek yang diajar. Penetapan borang transit yang digunakan perlu dibincangkan diputuskan dalam mesyuarat panitia. 4.1.4 Guru pemulihan juga akan membuat pentaksiran ketika PdPC.

Pentaksiran akan dibuat dengan menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan senarai kemahiran pemulihan khas dan konstruk linus. 4.2

Jadual Waktu 4.2.1 Guru perlu menyemak SPI semasa mengikut subjek, dan membuat kiraan untuk memastikan minit setahun mencukupi bagi subjek yang diajar.

4.3

Relief 4.3.1 Guru-guru perlu menandatangani buku relief sekiranya diberikan relief oleh GPK 1. 4.3.2 Sekiranya guru kelas Prasekolah keluar berkursus, guru akademik perlu relief prasekolah, prasekolah tidak boleh diuruskan oleh pembantu murid atau staf sokongan sekolah. 4.3.1 Guru perlu masuk ke kelas mengikut masa yang ditetapkan.

4.4

Pengurusan Panitia 4.4.1 Setiap panitia perlu menjalankan mesyuarat panitia. Pastikan mesyuarat disertai oleh guru besar atau wakil pentadbir. 4.4.2 Pastikan fail panitia lengkap mengikut format yang telah ditetapkan. 4.4.4 Rancang perbelanjaan peruntukan dalam mesyuarat panitia. Makluman kewangan semasa : Mata Pelajaran Sains Matematik Bahasa Inggeris Lain-lain Bahasa Arab Sejarah PJK DSV RBT PSS Kaunseling PPKI Teras Wajib PSS Kaunseling Sukan Koko

4.5.

Peruntukan (RM) 897.80 697.86 917.76 1366.69 620.65 684.35 2143.05 1130.01 1479.71 4926.07 1537.00

905.96 1084.35 672.54 273.31 200.07 288.00

Buku Rekod 4.5.1 Guru-guru wajib menggunakan buku rekod bagi menulis rancangan pengajaran harian (RPH) kecuali guru prasekolah. RPH perlu ditulis

berdasarkan item-item yang sedia tercetak di dalam buku rekod. Guru prasekolah boleh menggunakan fail. 4.5.2 Guru perlu menulis buku rekod dengan lengkap pada setiap hari. 4.5.3 Sekiranya guru keluar berkursus selama satu hari, buku rekod perlu ditulis. Bagi kursus lebih satu hari, hari pertama perlu ditulis dengan lengkap, hari seterusnya boleh tampal surat berkursus. 4.6

Peperiksaan 4.6.1 Bagi peperiksaan pertengahan dan akhir tahun pihak sekolah akan membeli set soalan daripada Majlis Guru Besar (MGB) bagi subjek teras. Peperiksaan akan dijalankan bagi murid tahun 4, 5 dan 6 menggunakan soalan tersebut. 4.6.2 Bagi subjek elektif guru yang mengajar subjek tersebut dikehendaki membuat soalan. Tetapkan guru yang perlu membuat soalan elektif dalam mesyuarat panitia.

4.7

Perancangan Strategik 4.7.1 Guru besar memaklumkan satu salinan akan diserahkan kepada PPD. Semua panitia, dan kelas-kelas khas diminta bersedia dengan pelan strategik unit masing-masing. 4.7.2 Ketua panitia perlu pastikan TOV ditentukan dengan tepat. ETR pula perlu ada peningkatan yang realistik supaya ianya boleh dilaksanakan dan dicapai seperti yang telah dirancang.

4.8

Agihan Tugasan Kurikulum 2019 - Seperti Dalam Lampiran Tindakan dan Makluman Semua guru

5.0 Hal-hal lain 5.1

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris perlu berbincang dalam mesyuarat panitia untuk program sekolah bagi menggantikan LINUS. Tindakan Guru Bahasa Melayu, Matematik, dan Bahasa Inggeris

6.0 Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang. Disediakan oleh

Disahkan oleh

__________________________ AKMA NABILAH BINTI SALEH Setiausaha Unit Kurikulum Sek. Keb. Palong 3 (F).

___________________________ MOHD SABIRIN B. ABDULLAH Guru besar Sek. Keb. Palong 3 (F).

Related Documents