Mencari Jalan Ke Syurga

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mencari Jalan Ke Syurga as PDF for free.

More details

  • Words: 1,678
  • Pages: 25
MENCARI JALAN KE SYURGA Disediakan oleh

Pengurus Besar Yayasan PEKIDA Malaysia

Yayasan PEKIDA Malaysia

Yayasan PEKIDA Malaysia

Yayasan PEKIDA Malaysia

Lembaran baru tamadun Islam PROGRAM Angkasawan Malaysia dianggap akan membuka lembaran baru untuk mengembalikan ketamadunan Islam menerusi sumbangan dalam bidang sains dan teknologi. Negara Islam lain di dunia akan turut mencontohi Malaysia. Usaha negara Islam seperti Malaysia untuk kembali menyumbang secara aktif dalam sains dan teknologi juga membuktikan negara Islam belum kehilangan warisan dan keunikan yang suatu masa dulu pernah dipelopori ahli sains dan golongan akademik Islam. Tetapi dalam menuju angkasa maka kita wajib mencari jalan ke syurga … kerana orang yang cerdik adalah orang yang ingat kepada kematian.

Yayasan PEKIDA Malaysia

“ …….. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan ( ghurur ) ” Surah Ali Imran : Ayat 185

Yayasan PEKIDA Malaysia

MANUSIA adalah makhluk Allah daripada dua unsur jasmani dan rohani. Unsur rohani mempunyai dua naluri (penggerak semula jadi) atau dua tenaga. Pertama ialah naluri yang membina dan tunduk di bawah akal yang waras dan boleh membezakan di antara perkara baik dan buruk, betul atau salah. Tenaga naluri inilah yang boleh mengarahkan kepada kebajikan, keadilan, perasaan kasih sayang, kerjasama dan sebagainya. Ia boleh melaksanakan matlamat damai dan kesejahteraan sama ada bagi individu, keluarga, masyarakat, negara atau dunia amnya seperti dianjurkan Islam. Kedua ialah naluri yang merosak atau meruntuh yang tunduk di bawah pengaruh runtunan hawa nafsu. Contohnya, kemarahan, keangkuhan, tamak, dengki, keganasan yang mendorong manusia melakukan kerja tidak bertanggungjawab seperti menindas, merogol, menumpah darah, membunuh dan sebagainya. Sifat ini boleh melemahkan dan meruntuhkan kesejahteraan dan kedamaian.

Yayasan PEKIDA Malaysia What gets ordinary and even smart people to blow themselves up?

Yayasan PEKIDA Malaysia

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu menghendaki dunia, kamu mesti menggunakan ilmu dan jika kamu menghendaki akhirat, kamu mesti menggunakan ilmu.

Naluri membina Allah memberi manusia pilihan

Naluri merosak

Syurga

Neraka

Yayasan PEKIDA Malaysia Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Yayasan PEKIDA Malaysia

Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Yayasan PEKIDA Malaysia

ULAMA kita dahulu melarang pengamalan ajaran di luar mazhab Syafie kerana bimbang berlaku perbalahan di kalangan orang Muslim dan seterusnya menyebabkan masyarakat berpecah belah. Larangan itu tidak lagi sesuai dengan zaman ini. Ini bukan saja kerana segala ijtihad yang terkandung dalam fikah mazhab asy-Syafie tidak cukup dan tidak dapat memenuhi keperluan zaman, tetapi segala ijtihad yang terkandung dalam fikah semua ulama mazhab dan ulama di luar mazhab pun begitu juga.

Yayasan PEKIDA Malaysia Ajaran Islam yang mempunyai dua dimensi dan perlu diasingkan antara dua dimensi itu, iaitu pertama, dimensi langit (as-samawi/heavenly) atau dimensi bersifat menegak (amudiy/vertical) dan kedua, dimensi bumi (ardiy/earthy) atau dimensi bersifat melintang (ufuqiy/horizontal). Hubungan dengan Allah/menegak Langit

Bumi

Hubungan manusia dengan manusia dan alam/melintang

Yayasan PEKIDA Malaysia Setiap Muslim perlu memahami pembahagian dimensi ajaran Islam ini agar mereka tidak menjadi celaru dan tersalah melaksanakannya yang sekali gus boleh mengakibatkan kejumudan dan kemunduran pemikiran dan kehidupan mereka. Jika segala malapetaka yang Allah beritahu kita dalam al-Quran bahawa ia berpunca daripada perbuatan tangan kita, tetapi kita menganggap ia berpunca dari langit, maka segala malapetaka itu akan terus berlaku dan seluruh masyarakat dalam negara kita akan terus-menerus hidup sengsara. Surah Al Rum, Ayat 41 Firman Allah s.w.t ( Terjemahan ) “ Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari ( akibat ) perbuatan mereka agar mereka kembali ( ke jalan yang benar ) ”.

Yayasan PEKIDA Malaysia

Fenomena jerebu yang melanda negara ini sejak beberapa tahun lalu jika dilihat secara ke langit dan secara menegak, sudah tentu malapetaka itu akan berlaku berpanjangan dan menyebabkan banyak kemusnahan dalam negara. Bayangkan apa akan berlaku di negara ? Jika berdasar kepada fatwa yang dibuat secara ke langit dan secara menegak, sudah tentu yang akan dilakukan hanya menyuruh rakyat berhenti melakukan maksiat kerana menganggap ia menjadi punca malapetaka itu serta mengerah orang ramai untuk mengadakan banyak sembahyang hajat dan membaca doa qunut nazilah (malapetaka).

Yayasan PEKIDA Malaysia Perlu juga melihat maksiat itu secara di bumi dan secara melintang. Maksiat di sini bukan saja yang bersifat spirituil, tetapi juga yang bersifat material seperti melakukan kesalahan dan kesilapan berhubung hukum alam atau sunnatullah. Jika kita berbuat begitu, maka kita akan mengetahui bahawa fenomena jerebu itu berpunca daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab kerana membakar kebun mereka di negara ini atau di Indonesia.Malah ia juga berpunca daripada kecuaian sesetengah kita menyebabkan hutan terbakar.

Yayasan PEKIDA Malaysia Wajib diketahui oleh semua bahawa seruan ke atas orang-orang kafir umumnya dan ahli-ahli kitab untuk menganuti Islam wajib ke atas orang-orang Islam dengan nas-nas yang jelas dari AlQur'an da As-Sunnah. Tetapi dakwah tersebut mestilah melalui kaedah al-bayan ( penerangan ), al-mujadalah ( perdebatan ) dengan cara yang terbaik dan tidak membelakangkan sesuatu yang disyaratkan Islam. Ini semua penting untuk menyakinkan mereka dengan Islam dan seterusnya mereka dapat menganut Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakan: Hai ahli kitab, marilah kepada satu perkataan yang sama antara kami dan kamu, iaitu bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan Allah dengan apa jua pun, dan tidak mengambil selain Allah sebagai tuhan, tetapi kalau mereka tidak mahu menurut katakanlah; Akuilah oleh mu bahawa kami ini orang-orang Islam" ( Ali Imran : 64 )

Yayasan PEKIDA Malaysia

Di antara usul kepercayaan dalam Islam bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penamat sekelian nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Firman Allah yang bermaksud : "Muhammad itu bukanlah bapa seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah itu Maha Mengetahui atas segala sesuatu" ( Al-Ahzab : 40 ). Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman juga akan mengikut Rasulullah SAW dan melaksanakan syariat seperti mana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Dan di antara usul kepercayaan dalam Islam bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk semua umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud : " Dan tiadalah kami mengutuskan engkau melainkan (menjadi rasul ) untuk seluruh manusia, membawa berita gembira dan memberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" ( As-Saba' : 28 )

Yayasan PEKIDA Malaysia

Sabda Nabi s.a.w. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud: ُ ‫ج ْو َر ُه َفلَهُ الْجَنّة‬ َ ‫ب عَدْلُ ُه‬ َ ‫حتّى يَنَاَل ُه فَغََل‬ َ ‫ن‬ َ ‫ب قَضَاءَ الْمُسْلِمِي‬ َ ‫مَنْ طََل‬ Maksudnya: Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga dia memperolehinya kemudian keadilannya mengatasi kezalimannya maka baginya syurga. Di dalam sistem siyasah Islam individu dilarang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya, namun perkara tersebut dikecuali disebabkan darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu keadaan di mana jika golongan yang soleh tidak mengambilnya maka ianya akan jatuh ke tangan golongan mungkar. Justeru itu, tuntutan baru muncul membenarkan jawatan kepimpinan direbut atau diminta. Ini mendorong Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan dalam kerajaan Mesir.

Yayasan PEKIDA Malaysia

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Riwayat Ahmad) Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hambaNya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan rohani dan fizikal semua komponen itu saling berkait serta penting bagi memastikan kehidupan tenang dan damai. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat bagi memastikan masyarakat saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang bagi mengelakkan sikap mementingkan diri tanpa menghiraukan orang lain.

Yayasan PEKIDA Malaysia

Di antara usul kepercayaan dalam Islam iaitu telah ijmak umat Islam bahawa tiada dalam dunia ini agama yang lebih benar selain daripada agama Islam. Inilah penamat sekelian agama dan Islam telah membatalkan agamaagama dan syariat yang terdahulu. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia di hari akhirat termasuk di kalangan orang-orang yang rugi". ( Ali Imran : 85 )

Yayasan PEKIDA Malaysia

Yayasan PEKIDA Malaysia

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia.

Yayasan PEKIDA Malaysia

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.  Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan.  Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantumembantu antara satu dengan lain.  Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah.

Yayasan PEKIDA Malaysia

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan dalam bentuk mental dan fisikal yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

Related Documents

Mencari Jalan Ke Syurga
October 2019 29
Jalan Ke Syurga Penuh Duri
November 2019 34
Syurga
October 2019 38
Doa Ibu Membawa Ke Syurga
November 2019 11
Dawah Ke Jalan Allah
May 2020 36

More Documents from "abuqudamah"

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25