Doa Ibu Membawa Ke Syurga

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Ibu Membawa Ke Syurga as PDF for free.

More details

  • Words: 1,329
  • Pages: 7
"‫"دعأ إيبو ممباوا كشرض‬ ( 11 Mei 2007M / 23 Rabi'ulakhir 1428H )

: ِ‫حمْدُ ِلِ اْلقَاِئل‬ َ ْ‫َال‬

‫ُهه‬ ُ ‫حمّدًا َعبْد‬ َ ُ‫َهه وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬ ُ ‫ْكه ل‬ َ ‫َهه ل َشرِي‬ ُ ‫ِلهه إِلّ الُ وَحْد‬ َ ‫َنه ل إ‬ ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬ .َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬ َ ُ‫صلّ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬ َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َورَ ُسوُْله‬ َ‫ َفقَدْ فَاز‬،‫هيْكُمْ وَِايّاىَ ِبَت ْقوَى الِه‬ ِ ‫ ُأوْص‬،‫ ِاّت ُقوْا ال‬،‫ فَيَها ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاه َبعْد‬ .َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬ SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Marilah kita mengambil kesempatan pada hari ini untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangannya. Semoga kita memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian bersama ibu bapa serta keluarga. Mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 36:

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬ 1

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hedaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anakanak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga-banggakan diri." SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita salam ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa

amat

besar

sehingga

ia

digandingkan

mentauhidkan Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

2

dengan

perintah

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

3

: َ‫ مَ نْ َأَبرّ؟ قَال‬، ِ‫ قُلْ تُ يَا َر ُسوْلَ ال‬: َ‫ش ْيرِىّ قَال‬ َ ‫"عَ نْ ُمعَاوَِيةَ بْ نِ َح ْي َدةَ اْل ُق‬ . َ‫ ُأمّ ك‬: َ‫ ُثمّ مَ نْ؟ قَال‬: ُ‫ قَالَ ُقلْ ت‬. َ‫ ُأمّ ك‬: َ‫ ُثمّ مَ نْ؟ قَال‬: ُ‫ قَالَ قُ ْل ت‬. َ‫ُأمّك‬ ".َ‫ أَبَاكَ؟ ثُمّ الَ ْق َربَ فَالَ ْقرَب‬: َ‫ ثُمّ مَنْ؟ قَال‬: ُ‫قَالَ ُقلْت‬ Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Menurut

maksud

hadis

tersebut,

Baginda

Rasulullah

SAW

telah

menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari

setiap

anak-anaknya

ini

kerana

segala

pergorbanan

yang

ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa. Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

".ِ‫جّنةُ تَحْتَ َأقْدَامِ اْ ُل ّمهَات‬ َ ْ‫"اَل‬ Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

4

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Bersempena hari ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai

tanda

penghormatan

terhadap

pengorbanan

ibu

serta

mengenang jasa mereka membesarkan kita. Maka, janganlah sesekali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati mereka. Terutama kepada golongan remaja yang sering terlibat dengan masalah sosial di mana perbuatan dan perilaku tersebut boleh mengguris perasaan dan mengecewakan harapan ibu yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa menjaga nama baik keluarga bukan dengan menjatuhkan maruah keluarga. Sambutan hari ibu perlu dihayati dengan penuh bermakna oleh kita semua. Kerana terdapat kes-kes yang mengecewakan kita telah berlaku dan dipaparkan di dalam media seperti ibu bapa didera oleh anak sendiri, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi atau perbuatan mereka dihalang oleh ibu bapa. Perbuatan derhaka seperti ini adalah disebabkan telah hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh syaitan serta kewarasan akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil khayal, dadah dan sebagainya. Mereka ini perlu bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan, 5

mudah-mudahan hidup akan diberkati dan dijauhkan dari azab siksaan api neraka Allah SWT. MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa

sahaja

yang

menyenangkan

hati

mereka,

sebagai

tanda

penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu. Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya, atau hari ibu, barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk 6

‫‪mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada‬‬ ‫‪mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang‬‬ ‫"‪memelihara dan mendidikku semasa kecil.‬‬ ‫)‪(Surah al-Isra’ ayat : 24‬‬

‫بَارَ كَ الُ ِلىْ وَلَ ُك ْم فِىْ القُرْءَا نِ اْل َع ِظيْ مِ‪ ،‬وََن َف َعنِىْ َوإِيّا ُك ْم بِمَا ِفيْ هِ مِ َن اْليَا تِ‬ ‫السهِميْعُ اْل َعلِيمهُ‪َ .‬أ ُقوْلُ‬ ‫ّهه ُهوَ ّ‬ ‫ُمه تِلَ َوتَههُ‪ ،‬إِن ُ‬ ‫وَال ّذكْرِ الْحَ ِكيْمهِ‪َ ،‬وَت َقبّلَ ِمنّىْ َو ِمنْك ْ‬ ‫س ِلمَاتِ‪،‬‬ ‫س ِلمِ ْينَ وَاْلمُ ْ‬ ‫قَوِْلىْ هَذَا وَأَ ْسَت ْغفِرُ الَ اْل َع ِظيْ َم لِىْ وَلَ ُك مْ‪ ،‬وَلِ سَائِرِ اْلمُ ْ‬ ‫وَاْلمُ ْؤ ِمِنيْن وَاْلمُ ْؤ ِمنَاتِ‪ ،‬فَا ْسَت ْغفِرُ ْو ُه إِّنهُ ُهوَ اْل َغفُوْرُ الرّ ِح ْيمُ‪.‬‬

‫‪7‬‬

Related Documents

Doa Ibu Membawa Ke Syurga
November 2019 11
Mencari Jalan Ke Syurga
October 2019 29
Membawa
June 2020 17
Doa Untuk Ibu Bapa
May 2020 27
Syurga
October 2019 38
Doa Ibu Petaka Anak
May 2020 13