Manual Kit Persembahan.docx

  • Uploaded by: liuhuician
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manual Kit Persembahan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 398
  • Pages: 5
Manual Kit Persembahan Subjek : Matematik

Tahun Pengajaran : Tahun 4

Bidang : Sukatan Dan Geometri

Tajuk : Ruang

Standard Kandungan : i) Perimeter dan Luas ii) Isi Padu Pepejal

Standard Pembelajaran : i) Menentukan perimeter seg iempat tepat, segi empat sama, segitiga dan polygon ii) Menentukan luas segi empat tepat, segi empat sama dan segitiga menggunakan petak segiempat sama dan rumus iii) Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus unit 1 sentimeter padu dan rumus

Objektif Persembahan

: i) Murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan terhadap

Kit

konsep perimeter, luas dan isi padu. ii) Murid dapat menyelesaikan masalah harian yang rutin dan bukan rutin melibatkan perimeter, luas dan isi padu. iii) Murid dapat memupuk kreativiti dan inovatif melalui projek ini.

Alat-alat Persembahan Kit

Prosedur Menggunakan Persembahan Kit

: Kad Manila Yang Mempunyai Grid (1 inch2) , Kotak, Pen, Kotak, Gum, Pensil Warna

1.

Menyediakan satu kad manila yang mempunyai grid sebagai tapak untuk murid-murid membina Bandar Geometri.

2. Sebelum melukis bentangan, murid harus merancang lalu melukis pelan Bandar Geometri. Contohnya menganalisis satu ruang tapak yang diperlukan untuk membina rumah bagi seorang murid.

3. Seterusnya, membimbing murid untuk melukis bentangan bentuk 3D di atas kad manila yang mempunyai grid.

4. Guru boleh memberi contoh kepada murid untuk melukis bentangan bentuk 3D seperti kuboid, piramid yang berbeza saiz.

5. Guru memberi cadangan bahawa bentuk 3D boleh digabungkan contohnya piramid boleh diletakkan di atas kube sebagai bumbung rumah.

6. Murid-murid boleh menggunting bentangan yang dilukis dan mereka cipta bangunan dengan menggunakan pensil warna.

Langkah ke-6

7. Selepas itu, murid-murid membina bentangan bentuk 3D masing-masing lalu meletakkan hasil kerja di atas pelan Bandar Geometri.

8. Seterusnya, guru boleh membantu murid-murid mengatur kedudukan hasil kerja murid-murid lalu melukis jalan raya dalam pelan Bandar Geometri.

9. Di samping itu, guru akan menanyakan soalan berdasarkan Bandar Geometri yang dibina. Soalan-soalan boleh ditentukan oleh guru atau berdasarkan bentuk 3D yang dibina.

10. Selepas sesi soal jawab guru akan mengajar menyanyikan lagu. (Lampiran 2)

11. Akhir sekali, guru akan menyuruh murid untuk membuat rumusan tentang perimeter, luas dan isi padu.

Lampiran 1

Lampiran 2 Lirik ‘ Perimeter, Luas dan Isi Padu’ diubahsuai dari “London Bridge Is Falling Down”

Perimeter Tambah Sisi Tambah Sisi, Tambah Sisi Perimeter Tambah Sisi Jumlah Dikira

Isi Padu Darab Tinggi, Darab Panjang, Darab Lebar Isi Padu Darab Semua Jumlah Dikira

Luas Darab Sisi, Darab Panjang, Darab Tinggi Luas Darab Kedua-dua Jumlah Dikira

Related Documents


More Documents from ""