1.0 Pengenalan Merujuk akitiviti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik, analisis teori-teori pembelajaran telah dibuat berdasarkan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi tahun 5 mengenai standard kandungan ‘sudut’ telah dilampirkan.(Lampiran 1)
2.0 Analisis Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2.1 Teori Pembelajaran Teori pembelajaran yang diaplikasikan ialah teori konstruktivisme dan teori kognitif. Ini kerana pengetahuan murid-murid sentiasa dibina berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Oleh itu, guru membimbing murid mengimbas kembali bentuk yang diajar lalu menstruktur pelajaran mengenai tajuk sudut untuk mencabar persepsi murid. Teori ini menekankan sendiri meneroka kefahaman tentang konsep dan membuat penyelesaian masalah tersebut. Aktiviti untuk muridmurid menerangkan ciri-ciri sudut tanpa bantuan guru merupakan penerokaan murid-murid. Melalui aktiviti ini, murid dapat berfikir secara kreativiti dan inovasi untuk mencari penyelesaian sambil membina ilmu dalam diri sendiri. 88 2.2 Pendekatan Pengajaran Aktiviti PdP ini menggunakan pendekatan induktif. Menurut Kierzek dan Gibson (1960), pendekatan induk bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan suatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Murid-murid dibimbing mengenal pasti dan mentafsir ciri-ciri sudut dalam tiga bentuk segi tiga yang berbeza sudut. Kemudian membuat kesimpulan bahawa sudut 90° adalah Right Triangle, sudut kurang daripada 90° ialah Obtuse Triangle dan sudut lebih daripada 90° ialah Accute Angle.
2.3 Strategi Pengajaran Strategi berpusatkan murid, bahan dan tugasan dapat membantu pembelajaran berkoperatif. Strategi berpusatkan murid menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP. Contohnya, murid-murid menyoal guru untuk meneroka cara mengukur sudut dengan menggunakan protraktor. Oleh itu, guru sebagai fasilitator menekan komunikasi dengan muridmurid sering berlaku untuk membimbing murid mengukur sudut dengan langkah yang betul. Bagi strategi pemusatan bahan, slaid telah digunakan sebagai set induksi dan bahan pembelajaran seperti bukut teks juga banyak digunakan dalam aktiviti PdP. Lembaran kerja juga diberikan kepada murid-murid berpandukan objektif pembelajaran dan kebolehan murid-murid. Lembaran kerja membolehkan murid-murid membuat latihan tentang penguasaan tertentu. Murid dapat berfikir secara kreativiti dan inovasi untuk mencari penyelesaian sambil membina ilmu dalam diri sendiri. 66
2.4 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran yang dijalankan semasa fasa perkembangan ialah kaedah demonstrasi. Kaedah ini melibatkan kemahiran guru menunjukkan langkah menggunakan protraktor untuk mengukur sudut di hadapan murid. Ini dapat melatih pelajar memerhati dan menggunakan protraktor mengikut prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Pelajar diberikan peluang untuk mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari.
3.0 Implikasi Teori Pembelajaran, Pendekatan / Strategi / Kaedah Pengajaran terhadap PdP bagi Mata Pelajaran Matematik Mengikut Keperluan Murid-murid Sekolah Rendah. 3.1 Meningkatkan Ingatan Murid Teori konstruktivisme dan teori kongnitif saling berkait dalam aktiviti PdP. Melalui teori pembelajaran konstruktivisme guru matematik akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid. Menurut Briner,M. (1999), murid membina pengetahuan dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh itu, muird dapat mengingati lebih lama konsep sudut kerana memahami sesuatu konsep dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan yang baru. Contohnya, murid mempelajari sudut (pengetahuan baru) dalam bentuk 2D (pengetahuan lama). 97 3.2 Kemahiran guru mempelbagaikan strategi dan kaedah pembelajaran Profesionalisme guru mempelbagaikan strategi dan kaedah boleh sentiasa mengekalkan perasaan ingin tahu murid serta mencapai objektif dalam PdP. Minat murid untuk belajar pengetahuan Matematik yang berbeza dan baru dapat ditingkatkan. Oleh kerana setiap individu dalam kelas mempunyai minat yang berbeza terhadap strategi dan kaedah semasa PdP, guru harus berkreatif untuk merancang pelbagai strategi dan kaedah bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing (Noriati 2017). Contohnya, sesetengah murid yang suka pergerakan dalam aktiviti PdP guru dapat melibatkan murid tersebut membuat Hands-on bentangan 3D, manakala murid yang suka muzik guru boleh mencipta lagu bentuk 3D bagi mereka menyayi. Cabaran dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah ialah memerlukan masa yang panjang untuk merancang PdP dan membebankan tugas guru.
3.3 Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Yang Berkesan Pemusatan bahan pelajaran dapat mengaitkan dengan ilmu yang abstrak. Ini kerana bahanbahan pelajaran seperti slaid dan buku teks dapat membantu guru mewujudkan situasi yang konkrit. Oleh itu, guru dan murid harus bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mengajar topik sudut. Kemahiran untuk menggunakan alat-alat mengukur sudut seperti protraktor, sesiku segitiga dan pembaris juga memainkan pernanan yang penting untuk menjadikan aktiviti PdP menjadi lebih menarik, bermakna serta berkesan. Selain itu, pembelajaran melalui pemerhatian seperti mana yang dicadangkan oleh Bandura (1961, dalam Omrod,2007) sebagai rol model amat berkesan kerana murid akan menumpukan perhatian kepada model dan memproseskan input sebelum melakukan perkara yang dipelajari. Melalui demonstrasi, prinsip sudut dapat diilustrasi dengan jelas serta menguasai kemahiran menggunakan alat-alat mengukur sudut seperti yang diinginkan. Ini telah menunjukkan aktiviti PdP yang berkesan dengan menggunakan bahan konkrit.
4.0 Penutup Sebagai kesimpulannya, guru boleh mempelbagaikan kaedah dan strategi, menggunakan bahan konkrit dan lain-lain pendekatan dan teknik semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian. Guru harus menerapkan elemen untuk kanak-kanak bermain sambil belajar dalam proses pembesaran kanak-kanak. Proses kanak-kanak berasa bahawa belajar adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk meneroka ilmu pengetahuan yang baru dan berkesan. (823 patah perkataan)
5.0 Bibliografi Briner,M.(1999) Constuctivism. University of Colorado at Denver. Dimuatturun pada 14 Mac 2019.http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc data/constructivism.html Merril, M,D.(1991). Constructivism And Instructional Design. Educational Technology, May,4553 Mok Soon Sang. ( 2008). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran.Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah, Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum .(2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ms.38.