Manual Kit Hidroponik
sabakAgro
Manual Kit Hidroponik Pengenalan Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang menggunakan takungan cecair atau sebaiknya saluran cecair yang mengalir sebagai media pertumbuhan akar. Akar pokok akan sentiasa menyentuh cecair yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk pokok tumbuh, membesar dan berbuah. Kandungan Ada 2 jenis Kit Hidroponik iaitu : 1. Kit Hidroponik Takungan Kecil 2. Kit Hidroponik Takungan Besar 1. Kit Hidroponik Takungan Kecil Kit Hidroponik ini mengandungi : - Takungan - Penutup - Serat - Baja Hidroponik (Kimia Atau Organik) - Bahan Kawalan Serangga (Tidak Bahaya) - Cawan Berlubang - Biji Benih - Manual Ringkas Atau Buku Saiz Takungan : 30cmX40cmX15cm(LebarXPanjangXTinggi) Mempunyai 6 pot(lubang) menanam 1. Kit Hidroponik Takungan Besar Kit Hidroponik ini mengandungi : - Takungan - Penutup - Serat - Baja Hidroponik (Kimia Atau Organik) - Bahan Kawalan Serangga (Tidak Bahaya) - Cawan Berlubang - Biji Benih - Manual Ringkas Atau Buku Saiz Takungan : 45cmX55cmX15cm(LebarXPanjangXTinggi) Mempunyai 8 pot(lubang) menanam sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia www.sabakagro.com.my |
[email protected] | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Hidroponik
sabakAgro
Kaedah Penanaman 1. Masukkan serat bebenang kedalam cawan berlubang. Tarik bebenang tersebut dari bawah cawan untuk membentuk ekor bebenang sepanjang 5 cm untuk membolehkan serapan air. Pastikan separuh cawan masih dipenuhi bebenang. 2. Letak cawan berlubang pada lubang penutup polisterin
3. Pasang penutup pada takung. Masukkan baja, Baja Organik atau Baja Komposit ke dalam bekas takungan. Masukkan air dalam takung hingga paras air menyentuh bawah cawan. Masukkan benih ke dalam serat dalam cawan, 6 biji setiap cawan untuk sayur daun.
4. Selepas benih bercambah, tinggalkan 3 cambahan benih yang sihat sahaja,buang cambahan benih yang kurang sihat.
5. Pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang cukup. Periksa paras air dalam takungan setiap hari untuk memastikan akar sentiasa menyentuh air. Jika berkurang, sila tambah air.
sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia www.sabakagro.com.my |
[email protected] | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Hidroponik
sabakAgro
Pembajaan & Kawalan Serangga Bahan Kawal Serangga di pek dalam sampul plastik kecil dan bahan tersebut berwarna KELABU. Baja ada 2 jenis : Baja Organik : Bahan berbentuk serbuk kasar (mesh). Baja Komposit : Bahan berbentuk serbuk halus (powder) Cara Menggunakan Bahan Kawal Serangga 1. Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya. Jika ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter. 2. Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas air. Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Serangga boleh larut dan bercampur dalam air. 3. Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari sekali. **Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan serangga organik. Cara Menggunakan Baja
Baja Organik Selepas semua Baja Organik dimasukkan ke dalam takungan, anda cuma perlu menambah air di dalam takungan dari semasa ke semasa untuk memastikan paras air sentiasa menyentuh akar pokok. Air boleh samada air paip atau yang terbaik adalah air kumbahan dari sinki dapur anda. Air cucian beras juga baik untuk digunakan.
Baja Komposit Pada setiap 7 hari, anda mesti menukar air dan memasukkan 1 pek Baja Komposit baru untuk memastikan persekitaran akar tidak berasid. Walaupun air dalam takungan masih ada, buang air tersebut, masukkan satu pek baja dan masukkan air yang baru. Air boleh samada air paip atau yang terbaik adalah air kumbahan dari sinki dapur anda. Air cucian beras juga baik untuk digunakan.
FIN
sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia www.sabakagro.com.my |
[email protected] | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863