Makanan Ringan

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Makanan Ringan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,637
  • Pages: 9
Bergedil Maggi Kiriman: Nur Syahirah Said Hits: 8452 Rating: 6.87 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: Bahan A: Sebungkus Mee Maggi Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa) Bahan B: Jintan Manis (ditumbuk halus) Bawang merah (dihiris kecil-kecil) Udang (dibuang kulit) Cili hidup (dihiris kecil-kecil) Daun bawang (dihiris kecil-kecil) Sedikit telur (1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur) Sedikit air Minyak untuk menggoreng Cara: Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas. Tambahan: Bergedil Maggi tadi enak dimakan panas-panas. Ia juga boleh dicicah dengan sos cili dan mayones. Selamat mencuba!

Pai Ayam Sumber: Koleksi Mingguan Wanita Hits: 2569 Rating: 2.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 235 g tepung gandum 170 ml air mendidih 1 biji putih telur Sedikit minyak jagung Bahan inti: 200 g daging kisar 1 sudu besar minyak jagung 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 sudu kecil ketumbar 1 kiub pati ayam 1 sudu kecil serbuk cili Cara: Gaulkan tepung dengan air mendidih sehingga sebati. Masukkan minyak jagung. Canaikan doh dan terapkan bentuk bulat. Isikan inti dan lapiskan dengan sekeping lagi adunan bulat. Lekatkan hujungnya dengan putih telur dan kelim kemas. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan. Begedil Ayam Kiriman: Norhazura Binti Yahmin Sumber: Keluarga Hits: 7879 Rating: 7.00 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 kg ubi kentang (di kupas kulit) 300 gm daging ayam (dicincang halus) 20 gm jintan putih 20 gm jintan manis 20 gm lada sulah 50 gm bawang goreng (paket) 2 tangkai cili merah (dihiris halus) 2 tangkai cili hijau (dihiris halus) 4 batang daun bawang (ihiris halus) 3 biji telur (dipukul kembang) 100 gm tepung kentang(potatoe Starch) sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)

Untuk menumis: 2 ulas bawang merah kecil 2 ulas bawang putih sedikit minyak zaitun Minyak masak untuk menggoreng kentang Cara: Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula. Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya. Cadangan Hidangan: Boleh dimakan begitu sahaja.... ataupun bersama dengan nasi atau dengan mee soto. Pastinya hingga menjilat jari. Enak sungguh............ cubalah...... Tambahan: Daging ayam di ambil dari bahagian dada kerana isinya yang lembut dan mudah dihiris Tepung kentang digunakan untuk mengepal kentang supaya senang dibentuk.

Bergedil Kentang & Daging Kiriman: Norizan Razali Sumber: Sendiri Hits: 15729 Rating: 9.09 Review: 3 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 6 biji kentang ½ kilo daging cencang 1 biji bawang besar - di cincang sedikit daun sup - di hiris sedikit lada hitam - di tumbuk halus sedikit garam 2 biji telur - di pukul minyak yang secukupnya untuk menggoreng Cara: Panaskan minyak di kuali. Kentang di buang kulit dan di belah ikut suka. Goreng kentang selama 10 minit,angkat dan toskan. Bila telah sejuk, tumbuk atau lecek kentang tersebut hingga lumat. Kemudian masukkan daging cencang, bawang, daun sup, lada hitam dan garam. Gaulkan. Buat bulat-bulat dan celupkan ke dalam telur dan bolehlah di goreng hingga kekuningan. Cadangan Hidangan: Sedap di makan bersama-sama nasi,soto atau mee sup.

Biskut Merry Bermilo Kiriman: Haniza Ayob Sumber: Kawan se asrama Hits: 1018 Rating: 9.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: Biskut Merry Milo secukup rasa Coklat masakan Kacang Tanah di goreng dan di tumbuk kasar Cara: Biskut merry di patah-patahkan dan disusun di atas dulang pembakar.Tuangkan milo dan coklat masakan .(Milo dan coklat masakan telah di cairkan terlebih dahulu).Taburkan kacang tanah dan sejukkan di peti sejuk.Potong-potong ..Selamat mencuba Cadangan Hidangan: Di makan waktu petang

Black Maggi Kiriman: L|Ya Hits: 443 Rating: 7.50 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 bungkus maggi 3 tangkai cili padi 1 biji bawang merah dihiris ¼ cawan kicap manis ¼ cawan sos cili sedikit minyak masak untuk menggoreng Cara: Tumiskan bawang dan cili padi yang telah di hiris sehingga naik bau. Masukkan air (cukup-cukup untuk merendam sebungkus maggi) dan tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan maggi, dan tunggu hingga separuh lembut. masukkan kicap dan sos, sesuaikan rasa mengikut anda sendiri. angkat apabila kuah anda hampir kering dan pekat. Cadangan Hidangan: Sedikit hirisan daun saderi. Tambahan: Sedap buat lauk untuk dimakan dengan nasi putih. Bread Tuna Mayonis Chessy Simple Kiriman: sharifah Aeisyah Hits: 575 Rating: 9.67 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: Sebungkus roti gardenia 2 tin ikan tuna perisa original bawang besar lada sulah mayonis cheese garam telur Cara: Gaulkan tuna+ mayonis+lada sulah secukup rasa+sedikit garam+ bawang besar yang dihiris kecil.potong keju supaya menjadi hirisan halus. Letakkan bahan-bahan yang telah digaul diatas roti. letakkan keju yang dihiris. gulungkan roti tersebut. goreng dengan minyak sapi atau minyak masak. Cadangan Hidangan: sesuai dibuat sarapan dan minum petang bersama tea.

Pizza Maggi Kiriman: Nita Yunan Hits: 25717 Rating: 5.78 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 Bungkus maggi 2 biji telur gred A Sosej (ikut suka) Carrot (dimayang halus) Cendawan butang (hiris nipis) Daun sup (dimayang halus) Bawang besar (dihiris nipis) Cara: Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai. Cadangan Hidangan: Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis. Coleslaw Kiriman: sukhaironi b, kamaruddin Hits: 4038 Rating: 7.17 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: Kobis bulat (banyak ikut suka) Lobak merah (sedikit sahaja) Sos coleslaw (ada dijual dikedai) Cara: Cincang kobis halus - halus, kuantiti ikut selera anda. Cincang lobak merah halus - halus, kuantiti agak - agak le - sebab untuk dibuat penyeri coleslaw anda je. Gaulkan kedua - duanya sekali dan tambahkan sos coleslaw dengan kuantiti mengikut selera anda. Siap untuk dimakan. Cadangan Hidangan: Terpulang kepada imaginasi anda.

Tambahan: Lobak merah tu, kalu nak hiris kasar sikit pun takpa la, ikut selera anda..tapi kalau nak serupa makan kat KFC, cincang le halus-halus. Cheese & Mushroom Omelette Kiriman: Jo Hits: 713 Rating: 9.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 8 biji telur ayam bersaiz besar 1 sudu besar susu cair atau krim ½ sudu kecil lada sulah ½ cawan cendawan butang (dihiris nipis) ½ cawan keju parut ½ cawan udang (buang kulit) 1 sudu besar kucai dihiris halus 3 ulas bawang merah kecil diracik halus 3 sudu besar mentega Garam secukup rasa Cara: Panaskan satu sudu besar mentega didalam kuali. Masukkan cendawan dan udang. Masak selama 2 minit. Angkat. Pukul telur bersama lada sulah, susu cair dan garam (perlu diingat keju agak masin, jadi kurangkan sedikit garam). Panaskan 2 sudu besar mentega dalam kuali (api sederhana). Masukkan telur yang dipukul. Biarkan tanpa dikacau selama 1 minit. Taburkan keju parut, kemudian campuran cendawan, udang dan kucai. Biarkan sehingga masak (lebih kurang 2 atau 3 minit lagi). Cadangan Hidangan: Sesuai untuk sarapan pagi. Makan begitu saja atau bersama roti.

Potato Wedges Kiriman: nora musa Sumber: dari teman Hits: 5136 Rating: 4.67 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 4 biji kentang 2 biji putih telur(tidak perlu dipukul) Sedikit Garam Cara: Panaskan oven kepada 425ºC. Potong kentang kepada bentuk wedges. Masukkan kentang yg telah dipotong kedalam putih telur yang tidak dipukul tadi dan letakkan diatas non-stick pan. Taburkan sedikit garam dan masak hingga 25 minit sehingga warnanya bertukar menjadi coklat keemasan. Jejemput Maggi Kiriman: Lela Hits: 206 Rating: 9.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 paket maggi (dicelur tanpa rempah) sepotong ayam (disiat-siat) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 biji lada merah (dihiris) 3 biji telur (ditambah atau dikurangkan mengikut bahan) garam bahan perasa minyak untuk menggoreng Cara: 1. Campurkan semua bahan dan gaul rata. 2. Goreng dengan minyak banyak hingga masak dan keperangan. Cadangan Hidangan: Enak dimakan bersama sos cili Tambahan: Resepi ini sama seperti membuat jejemput biasa hanya tidak menggunakan tepung dan digantikan dengan telur.

Kulit Popia Rangup Bersalut Gula Kiriman: Onie Sumber: Reka sendiri Hits: 114 Rating: 9.50 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 bungkus kulit popia Gula icing Minyak masak Cara: 1) Kulit popia digulung memanjang sehingga membentuk seperti silinder. 2) Potong kulit popia kecil2 (2cm) secara menyerong dgn menggunakan pisau lipat-cutter(ala, yg harga 10 sen satu tu).. 3) Kemudian, popia td digoreng dlm minyak banyak, api jgn terlalu bsr sehingga bewarna coklat kekuningan dan rangup bila dimakan. 4) Toskan dahulu kulit popia td dan kemudian gaulkan dgn gula icing.. 5) Dah siap!! Resepi paling mudah abad ini!!

Related Documents

Makanan Ringan
November 2019 35
Beton Ringan
July 2020 18
Makanan
October 2019 66
Cicilan Ringan Um Ugm
April 2020 14

More Documents from "Imul"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38