KKT 6033
KAUNSELING PERKAHWINAN DAN KELUARGA Tajuk Tugasan:
Tugasan Kumpulan (Temu bual dan Pembentangan Dalam Kitaran Perkembangan) Nama Pelajar:
Ching Suit Li (M20172001791) Kuan Huey Zhi (M20172002355) Nama Pensyarah:
Profesor Madya Dr. Fauziah Hanim binti Jalal Tarikh Serahan:
5 April 2019
Halaman
Halaman Judul Isi Kandungan
1.0
Pengenalan Kitaran Perkembangan
2
2.0
Latar Belakang Responden
3
3.0
Tahun Bagi Setiap Tempoh Kitaran
4.0
Peringkat Kitaran Perkembangan 4.1
Keluarga Dengan Anak Remaja
4.2
Keluarga Dengan Anak Dewasa (Pelepasan)
4.3
Keluarga Pada Usia Tua
5.0
Gambar
6.0
CD Audio
7.0
Pembentangan Temu Bual
Rujukan
5
13
Lampiran Lampiran A : Borang Temu Bual
14
Pengenalan Keluarga adalah institusi paling asas dalam kehidupan individu dan menjadi persekitaran pertama yang membentuk sahsiah individu. Pembentukan masyarakat yang sejahtera perlu dimulakan rmula dengan pembentukan institusi keluarga yang sihat melalui ikatan kekeluargaan yang utuh. Ikatan keluarga pula terbentuk melalui penyatuan suci di antara dua orang individu lelaki dan perempuan. Penyatuan ini dibuat mengikut hukum syarak dan undang-undang yang sah atau juga dikenali sebagai perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan antara dua individu yang sah dari segi undang-undang, mempunyai komitmen bersama dalam aspek-aspek seperti emosi, kemesraan fizikal, tugas rumah tangga dan sumber ekonomi (Olson & DeFrain, 2000), Hubungan perkahwinan yang sihat dan berkualiti dapat membentuk keluarga dan masyarakat yang sejahtera.
Kitaran hidup keluarga yang dilalui oleh individu amat dipengaruhi oleh perbezaan gaya hidup dalam kelas sosial dan latar belakang ahli keluarga atau masyarakat tersebut (Goldenberg & Goldenberg, 2008). Sesetengah individu melihat kitaran hidup sebagai satu proses yang perlu dilalui mengikut peringkat-peringkatnya, dan ada juga yang berpendapat bahawa kitaran ini adalah satu proses yang tidak berlaku mengikut fasa-fasanya. Hal ini kerana proses dalam setiap keluarga itu berbeza-beza bergantung kepada dinamik sesebuah keluarga.
Setiap fasa transisi dalam kitaran keluarga memerlukan keupayaan ahli keluarga untuk berubah, menentukan semula keutamaan dan menguruskan keluarga untuk berhadapan dengan cabaran peringkat baru dalam kitaran hidup mereka (Gerson, 1995). Sekiranya ahli dalam sistem kekeluargaan dapat menyesuaikan diri mereka pada setiap fasa kitaran, keluarga akan dapat berfungsi dengan baik. Menurut Carter dan McGoldrick (1999), terdapat enam peringkat dalam kitaran hidup keluarga iaitu: 1. Meninggalkan rumah : Individu dewasa bujang 2. Penggabungan keluarga melalui perkahwinan : Pasangan baru 3. Keluarga dengan kehadiran anak-anak 4. Keluarga dengan anak remaja 5. Keluarga dengan anak dewasa 6. Keluarga pada usia tua
Tugasan ini memerlukan proses temu bual dengan seorang ahli keluarga yang telah berkahwin dan mempunyai anak bagi mengetahui 3 fasa kitaran perkembangan keluarga. Tujuan temu bual dijalankan adalah untuk mengetahui tugas perkembangan setiap fasa, isu-isu yang dihadapi dan mengenalpasti kewujudan fakta seperti dalam Teori McGoldrick. Kumpulan kami menemu bual responden untuk mengetahui maklumat-maklumat berkaitan dengan 3 peringkat akhir kitaran perkembangan keluarga iaitu Peringkat Keluarga dengan Anak Remaja, Peringkat Keluarga dengan Anak Dewasa dan Peringkat Keluarga Pada Usia Tua.
Latar Belakang Responden Nama
: Wong Ooi Leng
No.K/P
: 700316-08-5520
Umur
: 49 tahun
Jantina
: Perempuan
Pekerjaan
: Guru
Pengalaman Berkahwin
: 26 tahun
Bilangan Anak
: 3 anak perempuan
Maklumat Anak
:
Bil.
Nama
Umur
Pekerjaan
Tempat
1.
Yin Kai Xing
24
Guru
Selangor
2.
Yin Kai Yi
24
Guru
Selangor
3.
Yin Kai Er
13
Pelajar
SMJK San Min, Teluk Intan
Tahun Bagi Setiap Kitaran Perkembangan
Peringkat Kitaran Perkembangan 4 : Keluarga dengan Anak Remaja 1.
Sila ceritakan perubahan yang berlaku pada anak remaja anda.
Pemikiran mula menjadi matang, mampu membuat keputusan sendiri. Contohnya, memilih sekolah menengah, kokurikulum yang ingin sertai dan sama ada ingin mengikuti tuisyen.
Emosi mula menjadi sensitif, ingin berdikari dan berusaha untuk mencari identiti sendiri.
2.
Bagaimana pula dengan perhubungan sosial dan tingkah lakunya?
Perhubungan sosial menjadi semakin luas, kerana menyertai banyak aktiviti kokurikulum, mengenali banyak rakan baru. Dia mudah mengikut-ikuti tingkah laku rakan.
Dari segi tingkah laku, dia sentiasa berminat untuk mencuba perkara yang baru.
3.
Apakah jenis gaya keibubapaan yang anda amalkan semasa pengasuhan anak remaja?
Terdapat perubahan gaya keibubapaan berbanding dengan peringkat kanakkanak. Dulu, saya mengamalkan jenis authoritarian.
Saya mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi dan menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman.
Apabila anak membesar menjadi remaja, saya mengamalkan gaya autoritatif. Saya masih bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.
Saya berbincang bersama dengan anak semasa pembentukan peraturan, agar mereka lebih bersedia untuk mematuhinya.
Saya tidak lagi menggunakan hukuman, sebaliknya saya menasihati dan membimbing.
4.
Sejauh mana kualiti perhubungan anda dengan anak remaja?
Saya melayan anak seperti rakan. Saya cuba mendengar luahan anak sebagai rakan tanpa banyak menilai. Semasa dia merujuk masalah kepada saya, saya tidak panjang lebar, saya mendengar dan memahami masalah dengan sabar.
Bagi mengeratkan hubungan, saya juga sentiasa memberikan penghargaan kepadanya agar dia rasa dihormati dalam hubungan ini.
5.
Apakah yang anda harapkan terhadap anak remaja anda?
Saya tidak mengharapkan dia mesti mencapai kecemerlangan dalam bidangbidang tertentu. Saya menggalakkan dia berkembang dengan holistik.
Saya sentiasa galakkan anak menetapkan matlamat yang realistik seiring dengan perkembangan dan kebolehan, jangan beri tekanan kepada sendiri.
6.
Minta kongsikan tahap kebebasan yang anda berikan kepada anak ?
Saya memberikan kebebasan yang terkawal. Peraturan diwujudkan di peringkat awal dengan perbincangan bersama.
Saya juga mengajar langkah pencegahan untuk menyediakan sempadan tingkah laku, misalnya semasa penggunaan Facebook, saya mengajar dia bahawa jangan menerima permintaan kawan daripada orang yang tidak dikenali.
Contohnya, tabiat berbelanja, tempoh masa keluar dengan rakan, batasan dan keselamatan menggunakan media sosial.
7.
Apakah peranan ibu bapa terhadap perkembangan pendidikan seks anak remaja?
Anak saya mempunyai rasa ingin tahu yang sederhana terhadap seks.
Apabila dia ingin mengambil tahu, saya tidak menggalakkan anak mendapatkan maklumat daripada sumber sendiri. Sebaliknya, saya memberitahu perkara yang sewajarnya.
Saya mengajar langkah keselamatan, contohnya apabila iklan filem lucah keluar, atau lelaki mengeluarkan perkataan lucah.
8.
Adakah terdapat perubahan pada masa kualiti yang diluangkan bersama dengan anak?
Dulu semasa kanak-kanak, kami sentiasa berborak saja-saja.
Semasa dia remaja, saya cuba meluangkan masa untuk memahami pemikiran dan perasaannya.
Walaupun pada mula-mula dia rasa segan untuk menceritakan masalah peribadi, tapi dia berasa semakin selesa apabila saya sudi mendengar tanpa banyak menilai.
9.
Kami mempunyai aktiviti keluarga bersama, contohnya berkelah dan hiking.
Cabaran terbesar semasa membesarkan anak remaja?
Pemikiran dipengaruhi oleh media sosial.
Remaja dipengaruhi oleh sikap ingin mencuba dalam diri mereka sehingga mereka sanggup membuat apa-apa perkara demi memenuhi kepuasan diri.
Remaja ketagihan internet dan media sosial. Mereka suka meluahkan perasaan negatif di facebook, wechat dll.
10.
Bagaimana anda mengatasinya? Saya mengawasi gerak-geri anak di media sosial, termasuk rakan yang dikenali.
Saya menasihatinya untuk menggunakan laman sosial secara berhemah. Saya mengajar dia menyekat laman sesawang yang tidak berfaedah.
Saya mengehadkan masa tidur selewat-lewatnya pada pukul 11 malam, untuk mengelakkan penggunaan internet bagi tempoh yang panjang.
BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL
Tugas Perkembangan Yang Dilakukan
Peranan Gaya keibubapaan Cara berinteraksi Harapan Tahap kebebasan Perkembangan biologi Masa kualiti
• Menjadi role model bagi anak • Berubah dari autoritarian kepada autoritatif • Sikap menghormati,layan seperti kawan • Harapan yang seiring dengan perkembangan dan kebolehan anak • Memberikan lebih banyak kebebasan • Pendidikan keselamatan dan pengetahuan tentang seks • Sudi meluangkan masa bersama dengan anak
Isu Perkembangan Yang Dihadapi
Perubahan perkembangan anak
• Pemikiran / mental : tahap kematangan berfikir belum matang sepenuhnya, kurang mahir membuat keputusan sendiri • Emosi : sensitif, ingin berdikari, mencari identiti sendiri • Sosial : terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya • Tingkah laku : mencuba perkara yang baru, melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas secara aktif
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick
Proses empowerment
Rasa bertanggungjawab
Pengiktirafan
• Remaja dapat merasakan sesikit kuasa dengan pengawasan dan bimbingan daripada ibu bapa • Kefahaman yang realistic terhadap pergaulan sosial • Penglibatan remaja dalam proses membuat keputusan. • Ibu bapa membangkitkan rasa bertanggungjawab dan membina matlamat dalam kehidupan anak. • Pengikitirafan perlu diberi
Peringkat Kitaran Perkembangan 5 : Keluarga dengan Anak Dewasa (Pelepasan) BAHAGIAN A : PROSES TEMU BUAL
1.
Sudah berapa lama anak dewasa anda meninggalkan rumah? Apakah tujuan meninggalkan rumah?
Anak dewasa pertama saya sudah meninggalkan rumah 6 tahun. 5 tahun pertama belajar, 1 tahun kemudian bekerja.
2.
Apakah perubahan berlaku kepada keluarga apabila anak sudah dewasa dan bekerja?
Dulu,semasa anak masih belajar di universiti, kami perlu menanggung sebahagian daripada kos sara hidup mereka.
Selepas mereka mula bekerja, tanggungan kewangan kurang, beban kewangan pun sudah ringan. Anak yang sudah bekerja mula memberikan sokongan kewangan kepada keluarga.
Kami juga dapat menyimpan lebih banyak duit untuk tujuan kecemasan atau melancong.
3.
Kekerapan anak anda kembali ke rumah?
4.
Anak saya hanya kembali semasa cuti sekolah, secara purata sebulan sekali.
Adakah kekerapan ini merisaukan anda? Tidak sebenarnya, saya percayai bahawa mereka boleh menguruskan kehidupan dengan berdikari.
Berdasarkan pengalaman lepas bahawa mereka pernah mengalami kehidupan di luar negara selama tiga bulan, kepercayaan saya terhadap mereka meningkat.
5.
Adakah anda sudah bersedia menerima kemasukan ahli baru dalam keluarga? Belum lagi, kerana anak belum bertemu dengan jodoh lagi.
Sekiranya sudah ada, kami perlu bersedia untuk menerima kemasukan ahli.
Dulu, anak saya pernah bercinta. Semasa dia bercinta, kami pernah mengajak dia melancong bersama-sama. Kami sentiasa bersedia menerima ahli baru dengan hati terbuka.
6.
Adakah anda melepaskan anak-anak dengan kehidupan mereka sendiri dengan sepenuhnya? Mereka baru mula bekerja. Saya masih bimbang lagi dengan tahap penyesuaian anak terhadap kehidupan di bandar.
Saya sentiasa menelefon dan mengambil berat tentang kehidupannya.
Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan ini, bahawa
melepaskan
anak-anak
dengan
kehidupan
mereka
sendiri,
terutamanya mereka kini perlu menguruskan kewangan dan kos sara hidup sendiri di bandar. Berbanding dengan dahulu, kos sara hidup di pekan kecil jauh lebih rendah.
7.
Pada pandangan anda, pada peringkat pelepasan ini, apakah yang boleh ibu bapa lakukan? Mengekalkan komunikasi yang baik dengan anak melalui media sosial dan telefon. Berkongsi cerita kehidupan antara satu sama lain, walaupun tinggal berjauhan.
Sentiasa memberikan penghargaan kepada mereka terhadap keputusan yang dibuat.
Sentiasa memberikan sokongan moral terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka.
BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL
Tugas Perkembangan Yang Dilakukan
Komunikasi
Bebanan kewangan
Melepaskan anak
Persediaan mental
• Menggunakan media sosial untuk mengekalkan komunikasi dengan anak
• Tanggungan kurang, sebab anak sudah bekerja
• Percayai anak mampu berdikari
• Anak kurang masa di rumah
Isu Perkembangan Yang Dihadapi
Cabaran emosi
• Kehilangan anak untuk hidup sekeluarga, serta berhadapan dengan ibu bapa yang telah tua serta menunggu kematian.
Cabaran perhubungan
• Membina semula perhubungan yang telah “lama terabai” dengan pasangan.
Rasa kesunyian
• Menanti kepulangan anak-anak yang akan pulang sekalisekala.
Penyesuaian dengan pelepasan anak
• Dulu biasa membuat keputusan bagi anak, sekarang kena melepaskan tangan, memberikan kebebasan sepenuhnya bagi anak menguruskan kehidupan sendiri.
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick
• Ibu bapa mula rasa kesepian dan kesunyian apabila anak-
Rasa kesepian
anak mula meninggalkan mereka kerana pekerjaan. • Rasa kesunyian akibat fenomena empty nest, serta menanti kepulangan anak-anak yang pulang sekali-sekala
Peringkat Kitaran Perkembangan 6 : Keluarga Pada Usia Tua BAHAGIAN A : PROSES TEMU BUAL
1.
Bila anda bersara?
2.
Saya akan bersara semasa berumur 56 tahun, masih ada 7 tahun lagi.
Adakah anda telah membuat persiapan yang lengkap atau sewajarnya untuk meniti usia tua sebelum bersara?
Ya, saya sudah merancang dari segi kewangan. Saya ada membeli produk insurans untuk menyediakan tabung saraan hidup.
3.
Bagaimana pula dengan persediaan mental?
Anak-anak dewasa mungkin akan meninggalkan rumah dan meninggalkan kami dua orang di rumah. Saya berpendapat pada peringkat ini merupakan masa terbaik bagi kami mulakan kehidupan yang baru dan bermakna.
Sudah lama hidup dengan anak, masa itu boleh fokus pada perhubungan dengan pasangan.
Dulu, semasa anak kecil, kami banyak bergaduh demi hal anak dan keluarga. Selepas bersara, dengan mempunyai lebih banyak masa, mungkin boleh lakukan perkara yang bermakna bersama.
4.
Apa yang anda ingin lakukan selepas bersara nanti?
Saya ingin melancong ke tempat yang berlainan untuk menikmati keindahan dunia ini.
5.
Bagaimana anda boleh bersedia untuk mengisi rasa kekosongan nanti?
Saya akan buat kawan baru. Saya mungkin akan sertai kelab, sukarelawan atau lakukan apa sahaja di mana saya boleh bertemu rakan baru untuk memanfaatkan masa yang banyak nanti.
6.
Sekiranya rasa kekosongan itu mengganggu emosi anda, apakah yang anda boleh buat?
Saya boleh dapatkan sokongan daripada rakan. Saya boleh berkongsi perasaan dengan rakan-rakan, terutamanya jika mereka yang juga telah melaluinya. Saya percayai bahawa mereka boleh membantu saya menangani fasa kehidupan baru nanti.
BAHAGIAN B : RUMUSAN TEMU BUAL
Tugas Perkembangan Yang Dilakukan
Cara mengisi kekosongan
Harapan terhadap sendiri
Kewangan
Hubungan sosial
• Aktiviti berfaedah atau sukarelawan
• Kurangkan ekspetasi terhadap diri sendiri.
• Merancang dan menyediakan kewangan bagi kegunaan kehidupan selepas bersara. • Banyak bersosial untuk mengenali rakan baru. Saling berkongsi cara mengatasi masalah empty nest.
Isu Perkembangan Yang Dihadapi
Cabaran perhubungan
Cabaran kesihatan
Cabaran empty nest
• Mengekalkan hubungan merentas generasi yang ada.
• Ketidapastian penyakit dan kematian
• Risau anak kurang memberikan perhatian kepada kami
Mengenalpasti Kewujudan Fakta Seperti Teori McGoldrick
Proses penuaan dan
penyakit
Kebebasan
• Bimbang berhadapan dengan penyakit kronik, risiko kanser, peningkatan ketidakupayaan fizikal dan ketidakupayaan intelektual, penglihatan dan pendengaran.
• Mengharapkan kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka suka.
Gambar
Gambar 1 : Bergambar bersama responden (Puan Wong Ooi Leng)
Gambar 2 : Proses menemu bual responden
CD Audio
Rujukan Gerson, R. (1995). The family life cycle: Phases, stages and crises. Dalam R. H. Mikesell, D.D. Lusterman & S. H. McDaniel (Eds.), Integrating family therapy: Handbook of family psychology and systems theory (Eds ed.). Washington DC: American Psychological Association.
Goldenberg, H. & Goldenberg, I. (2008). Family Therapy: An Overview. United States: Cengage Learning.
McGoldrick, M., Gerson, R., & Shellenberger, S. (1999). Genograms: Assessment and intervention. New York: W. W. Norton. McGoldrick, M., Carter, B. (2003). “The Family Life Cycle,” in Walsh F., Normal Family Processes. Guilford.
Olson, D. H. (2011). FACES IV and the circumplex model: Validation study. Journal of marital and family therapy, 37.
Olson, D. H., & Gorall, D. M. (2003). Circumplex Model Of Marital And Family Systems: Normal family processes (3rd ed). New York: Guilford.
Olson, D. H., Russell, C. S., & Sprenkle, D. H. (1989). Circumplex Model: Systemic assessment and treatment of families. New York: Haworth Press. Olson, D. H., Sprenkle, D. H., & Russell, C. (1979). Circumplex Model Of Marital And Family Systems: Cohesion and adaptability dimensions, family types, and clinical apllications. Family process, 18, 3-28.
Lampiran A: Borang Temu Bual
Borang Temu Bual KKT6033 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga Tujuan Temu Bual : Bertujuan untuk memahami perkembangan tugasan keluarga bagi setiap fasa, termasuklah : 1. Tugas perkembangan setiap fasa yang dilalui oleh individu. 2. Isu-isu yang di hadapi bagi setiap fasa
(KEIKHLASAN ANDA DALAM MENJALANKAN SESI TEMU BUAL INI DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH)
Soalan Temu Bual Peringkat Keluarga dengan Anak Remaja 1. Sila ceritakan perubahan yang berlaku pada anak remaja anda. o Pemikiran / mental (tahap kematangan berfikir / membuat keputusan) o Emosi (sensitif / kurang keyakinan diri / ingin berdikari / mencari identiti sendiri / mudah marah / memberontak / merajuk dll) o Sosial (adakah dipunyai dan diterima oleh rakan dalam sesuatu kumpulan / pengaruh rakan sebaya) o Tingkah laku (mencuba perkara yang baru, kreatif / terjebak dalam aktiviti berbentuk apa) 2. Apakah jenis gaya keibubapaan yang telah anda amalkan semasa pengasuhan anak remaja? o Autoritatif : bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Anak-anak dididik dengan penuh kemesraan. o Autoritarian : bersifat tidak bertolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yan perlu dipatuhi tanpa membenarkan mereka mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. o Permisif : ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka. Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas. 3. Sejauh mana kualiti perhubungan anda dengan anak remaja? o Adakah anda menjadikan anak sebagai rakan? o Bagaimanakah anda berinteraksi dengan anak? (sentiasa panjang lebar / nasihat / marah) o Adakah anak remaja sentiasa merujuk masalahnya kepada anda? o Adakah anda pernah memberikan penghargaan kepada anak? Apakah kepentingan penghargaan itu kepada anak? 4. Adakah anda mengharapkan anak remaja mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu? o Akademik / kokurikulum o Adakah anda bersikap realistik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umur? o Apa akibat sekiranya mengenakan harapan yang tidak realistik terhadap anak? o Adakah memenuhi keperluan emosi anak penting? 5. Tahap kebebasan yang diberikan kepada anak remaja anda o Ketat / terkawal / bebas sepenuhnya o Adakah peraturan diwujudkan di peringkah awal? Bagaimanakah peraturan ini dibentuk? (ibu bapa menentukan sendiri / perbincangan bersama) o Adakah langkah pencegahan termasuklah pengajaran dan latihan dijalankan? Untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan bertingkah laku. o Contoh pengajaran dan latihan pencegahan yang disediakan.
o
Sekiranya anak remaja bertingkah laku salah, bagaimanakah anda membetulkan salah laku remaja dan membantu mereka supaya tidak mengulangi lagi? Sila kongsikan contoh pembetulan yang pernah jalankan.
6. Sejauhmana anda prihatin atau peka dengan perkembangan biologi remaja? o Apabila anak remaja mempunyai perasaan ingin tahu mengenai seks, apakah tindakan anda? (memberitahu remaja perkara yang sewajarnya / remaja itu sendiri mendapat maklumat daripada sumber sendiri) o Apakah pandangan anda mengenai membicarakan mengenai seks secara terbuka dengan anak-anak? 7. Sejauh mana anda meluangkan masa kualiti dengan anak? o Adakah anda sentiasa sedia mendengar apa jua ingin diberitahu oleh anak atau luangkan masa membantu anak? o Adakah anda dengan anak sentiasa berbincang dan mencari penyelesaian bersama untuk mengatasi masalah yang dihadapi? o Kepentingan masa kualiti terhadap keluarga 8. Apakah cabaran terbesar semasa anak anda menghadapi usia keremajaan? o Bagaimanakah anda mengatasinya? o Adakah wujudnya perbincangan bersama pasangan untuk mengatasinya? o Adakah cabaran ini mempengaruhi kualiti kehidupan keluarga? Peringkat Keluarga dengan Anak Dewasa (Pelepasan) 1. Sudah berapa lama anak dewasa anda meninggalkan rumah? Apakah tujuan meninggalkan rumah? 2. Apakah perasaan anda apabila anak dewasa meninggalkan rumah? 3. Apakah perubahan yang anda masih berusaha untuk menyesuaikan diri? 4. Apakah perubahan positif kepada keluarga? 5. Adakah keluarga awak sudah bersedia menerima kemasukan ahli baru, misalnya menantu? 6. Sekiranya berlaku kemasukan ahli baru, bagaimanakah awak akan menyesuaikan diri dengan perubahan baru? Peringkat Keluarga Pada Usia Tua 1. Bila anda bersara? 2. Adakah anda telah membuat persiapan yang lengkap atau sewajarnya untuk meniti usia tua sebelum bersara? 3. Bagaimana pula dengan persediaan mental? 4. Apakah yang anda ingin lakukan selepas bersara nanti? 5. Bagaimana anda boleh bersedia untuk mengisi rasa kekosongan? 6. Sekiranya rasa kekosongan itu mengggangu emosi anda, apakah yang anda boleh buat?