Laporan Temu Bual (1).docx

  • Uploaded by: Nanthakumar Tamilselvan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Temu Bual (1).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,689
  • Pages: 7
Laporan Temu bual Semasa PBS ini, saya telah menemubual salah seorang guru kelas tahun 6 Suria, iaitu Cik Linda Banu untuk mendapatkan maklumat berkaitan aspek pembelajaran dan pemudahcara, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah. Beliau mengajar matapelajaran Bahasa Tamil bagi murid tahun 6 Suria yang mempunyai seramai 40 orang murid dalam kelas berkenaan. Aspek pertama yang dibincangkan dengan beliau ialah tentang persediaan mengajar , jenis aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang digunakan oleh beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, beliau telah merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcara dengan sistematik. Contohnya, beliau telah menyediakan RPH dengan mengambil kira tahap penguasaan dan keupayaan murid-murid memahami sesuatu topik. Beliau telah membahagikan katogeri murid-murid kepada 3 kumpulan iaitu, murid pandai, sederhana dan lemah. Tujuan beliau membahagikan mereka kepada kategori tersebut adalah untuk memudahkan beliau memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka semasa proses pengajaran. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan, beliau akan melibatkankan semua kategori murid dalam setiap kumpulan. Hal ini kerana, murid yang pandai akan membantu murid sederhana dan lemah sama-sama menguasai atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang diberikan oleh guru. Beliau juga menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar supaya murid-murid lebih memahami topik yang diajar oleh beliau melalui visualisasi. Beliau juga tidak mengamalkan kaedah ‘chalk and talk’ kerana kaedah tersebut membosankan murid-murid serta murid yang lemah tidak memberi sepenuh perhatian semasa beliau mengamalkan konsep tersebut. Seterusnya, beliau juga sering melaksanakan aktiviti kumpulan supaya semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Contohnya, beliau akan mengemukakan soalan dan setiap kumpulan perlu mencari dan menulis jawapan pada kertas mahjung. Selepas itu, salah seorang murid daripada setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kumpulannya di hadapan kelas. Beliau juga sentiasa membimbing murid lemah dengan memberi aktiviti yang berbeza daripada murid-murid yang lain seperti penyusunan ayat dan sebagainya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam pembelajaran. Semasa sesi soal jawab, murid-murid hyperaktif selalu menjawab soalan yang dikemukakan oleh beliau dan murid-murid lain jarang menjawab soalan. Oleh itu, beliau telah menetapkan satu kaedah dimana setiap hari satu kumpulan sahaja perlu menjawab soalan yang diajukan dan keesokan harinya kumpulan lain akan menjawabnya dan seterusnya. Selain itu, beliau juga memuat naik soalan-soalan berkaitan topik yang diajar dalam laman Frog VLE pada setiap hari supaya semua murid dapat menjawab soalan di bilik komputer sebelum pulang ke rumah.

Seterusnya, beliau juga menyatakan tentang kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah. Pertamanya ialah, kelas beliau mempunyai murid-murid daripada pelbagai kelas sosioekonomi seperti tinggi, sederhana dan rendah. Beliau juga menyatakan bahawa murid-murid dari kelas tersebut kerap membandingkan kawan-kawan mereka dengan melihat kelas ekonominya. Contohnya, murid-murid yang lemah akan memberitahu kepada beliau bahawa mereka boleh menjawab soalan dengan betul kerana ibubapa mereka dari golongan yang berada dan menghantar mereka ke kelas tuisyen tetapi golongan yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen. Oleh itu, beliau sentiasa memberitahu anak didiknya bahawa peluang mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding dengan mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa kepelbagaiaan sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian bagi membolehkan setiap murid mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Contohnya, beliau tidak pernah melayani anak didiknya sebagai satu kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik, tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Dalam kelas tersebut, terdapat dua bangsa iaitu India dan Kristian. Beliau sentiasa menasihati anak muridnya supaya menghormati kepercayaan dan amalan setiap bangsa sebagai tanda penghormatannya. Beliau juga sentiasa melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Akhir sekali, beliau mencadangkan bahawa setiap guru perlu memilih sumber pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan budaya murid serta perlu memperbanyakkan aktiviti kumpulan seperti gotong royong untuk mewujudkan perpaduan. ( 612 patah perkataan)

Bibliografi

Azmy Mohamed. (2014, Disember 22). Transformasi pendidikan Frog VLE. Utusan Online. Dimuat turun pada April 3, 2018, daripada http://www.utusan.com.my/pendidikan/ sekolah/transformasi-pendidikan-frog-vle-1.39364

Boon, P.Y., Noriati Rashid, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Majid. (2017). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Printpack Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Herald Printers Sdn.Bhd

Lampiran Saya

:

Selamat pagi Cikgu. Saya pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ingin menemubual dengan cikgu tentang tajuk aspek pembelajaran dan pemudahcara, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah.

Guru

:

Selamat pagi Shalini. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke sekolah ini dan terima kasih juga kerana anda memilih saya untuk berkongsi sedikit maklumat tentang tugasannya.

Saya

:

Bolehkah cikgu perkenalkan serba sedikit tentang dirinya?

Guru

:

Saya Cik Linda Banu yang merupakan guru kelas tahun 6 Suria.Saya lahir dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Saya pernah belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun selama 4 tahun. Saya berkhidmat di sekolah ini selama 6 tahun. Saya mengajar subjek Bahasa Tamil untuk kelas tahun 6 Suria.

Saya

:

Terima kasih cikgu atas perkongsian sedikit maklumat tentang dirinya. Cikgu saya ingin mengemukakan beberapa asoalan kepada cikgu berkaitan tugasan saya. Pertamanya ialah, apakah persediaan mengajar, jenis aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

Guru

:

Saya akan merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcara dengan sistematik. Contohnya, saya akan menyediakan RPH dengan mengambil kira tahap penguasaan dan keupayaan murid-murid memahami sesuatu topik. Saya juga membahagikan katogeri murid-murid kepada 3 kumpulan iaitu, murid pandai, sederhana dan lemah. Tujuan saya membahagikan mereka kepada kategori tersebut adalah untuk memudahkan saya memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka semasa proses pengajaran. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan, saya akan melibatkankan semua kategori murid dalam setiap kumpulan. Hal ini kerana, murid yang pandai akan membantu murid sederhana dan lemah sama-sama menguasai atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang diberikan oleh saya semasa proses pengajaran.

Saya

:

Apakah alat bantu mengajar yang digunakan dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh cikgu semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Guru

:

Saya juga menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar supaya muridmurid lebih memahami topik yang diajar oleh melalui visualisasi. Saya juga tidak mengamalkan kaedah ‘chalk and talk’ kerana kaedah tersebut membosankan murid-murid serta murid yang lemah tidak memberi sepenuh perhatian semasa saya

mengamalkan

konsep

tersebut.

Seterusnya,

saya

juga

sering

melaksanakan aktiviti kumpulan supaya semua murid dapat melibatkan diri secara

aktif

dalam

proses

pembelajaran.

Contohnya,

saya

akan

mengemukakan soalan dan setiap kumpulan perlu mencari dan menulis jawapan pada kertas mahjung. Selepas itu, salah seorang murid daripada setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kumpulannya di hadapan kelas. Saya juga sentiasa membimbing murid lemah dengan memberi aktiviti yang berbeza daripada murid-murid yang lain seperti penyusunan ayat dan sebagainya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam pembelajaran.

Saya

:

Cikgu bagaimana dengan respon murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas?

Guru

:

Semasa sesi soal jawab, murid-murid hyperaktif selalu menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya dan murid-murid lain jarang menjawab soalan. Oleh itu, saya telah menetapkan satu kaedah dimana setiap hari satu kumpulan sahaja perlu menjawab soalan yang diajukan dan keesokan harinya kumpulan lain akan menjawabnya dan seterusnya.

Saya :

Apakah aktiviti-aktiviti lain yang

akan dilaksanakan oleh cikgu untuk

meningkatkan lagi kefahaman murid-murid terhadap topik yang diajarnya?

Guru

:

Saya juga memuat naik soalan-soalan berkaitan topik yang diajar dalam laman Frog VLE pada setiap hari supaya semua murid dapat menjawab soalan di bilik komputer sebelum pulang ke rumah. Murid-murid yang tidak dapat menjawab soalan di sekolah maka mereka boleh menjawab selepas pulang ke rumah. Sekiranya, mana-mana murid yang tidak mempunyai komputer dan internet di rumah, maka mereka boleh membuat kerja rumah yang diberikan oleh saya

pada keesokan hari di bilik komputer. Murid-murid yang tidak mempunyai kemudahan komputer peru datang ke sekolah lebih awal untuk menjawab soalannya.

Saya

:

Cikgu, apakah kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah?

Guru :

Kelas saya mempunyai murid-murid daripada pelbagai kelas sosioekonomi seperti tinggi, sederhana dan rendah. Murid-murid dari kelas saya kerap membandingkan kawan-kawan mereka dengan melihat kelas ekonominya. Contohnya, murid-murid yang lemah akan memberitahu kepada saya bahawa mereka boleh menjawab soalan dengan betul kerana ibubapa mereka dari golongan yang berada dan menghantar mereka ke kelas tuisyen tetapi golongan yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.

Saya :

Bagaimana cikgu mengatasi masalah seperti ini?

Guru :

Saya sentiasa memberitahu anak didiknya bahawa peluang mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding dengan mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa kepelbagaiaan sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian bagi membolehkan setiap murid mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Saya tidak pernah melayani anak didiknya sebagai satu kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik, tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan.

Saya :

Adakah kelas cikgu mempunyai murid-murid pelbagai bangsa?

Guru :

Kelas saya hanya mempunyai dua bangsa iaitu India dan Kristian.

Saya :

Apakah aktiviti yang dilaksanakan oleh cikgu bagi mereka?

Guru :

Saya akan menyuruh semua murid menulis karangan dan mencari maklumat berkaitan dengan perayaan ponggal, hari deepavali, hari krismas dan good

Friday samaada melalui internet atau suaratkhabar. Murid-murid kelas saya sangat rajin dalam mencari maklumat melalui internet. Selepas itu, mereka akan berkongsi maklumat yang dicari dengan kawan-kawanya. Saya juga sentiasa menasihati anak muridnya supaya menghormati kepercayaan dan amalan setiap

bangsa

sebagai

tanda

penghormatannya.

Saya

juga

sentiasa

melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Saya :

Apakah jenis program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi murid-murid?

Guru :

Pihak sekolah akan mengadakan kelas agama pada setiap hari Jumaat. Contohnya, murid-murid India akan mengikuti kelas Thevaram yang akan dibimbing oleh PK Pentadbiran manakala murid-murid Kristian akan mengikuti kelas kepercayaan mereka yang dibimbing oleh PK Hem.

Saya :

Akhir sekali, apakah cadangan yang ingin diberikan oleh cikgu untuk memantapkan lagi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah?

Guru :

Saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu memilih sumber pembelajaran yang

sesuai

dengan

pengetahuan

dan

budaya

murid

serta

perlu

memperbanyakkan aktiviti kumpulan seperti gotong royong untuk mewujudkan perpaduan. Guru-guru juga perlu menerapkan nilai kerjasama dalam diri setiap murid supaya setiap kerja yang dilaksanakan dapat memberi kebaikan kepada setiap orang serta mencapai objektifnya.

Saya :

Terima kasih cikgu atas perkongsian maklumat dengan lebih jelas dan terperinci. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian cikgu meluangkan masa bersama saya walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja dan pertandingan.

Guru :

Sama-sama Shalini

Related Documents

Laporan Temu Bual (1).docx
December 2019 17
Temu Bual Murid.docx
October 2019 17
Borang Temu Bual
October 2019 19
Edup Temu Bual Dialek.docx
December 2019 39
Soalan Temu Bual Kajian.docx
December 2019 14

More Documents from "Aiman"