Laporan Program Permuafakatan Ibubapa.docx

  • Uploaded by: Shamini Ramadas
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Program Permuafakatan Ibubapa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 514
  • Pages: 7
LAPORAN PROGRAM MAJLIS MESRA WARIS TAHUN 6 2019

1.0 TAJUK

Majlis Mesra Waris Tahun 6 2019 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid

2.0 PENDAHULUAN

Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa ibu bapa dan penjaga berupaya merencanakan matlamat murid dan sekolah dengan kerjasama yang diberikan di samping bertanggungjwab dalam membei sokongan sepenuhnya kepad anak-anak khususnya dan pihak sekolah amnya dalam setiap program dan aktiviti yang dirancangkan secara bersama

3.0 RASIONAL

i.

Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid-murid

ii.

Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak

iii. Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program sekolah iv. Kerjasama antara ibi bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik

4.0 OBJEKTIF

i.

Mengeratkan hubungan baik antara guru dan ibu bapa/penjaga

ii.

Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam menentukan pencapaian akademik anak-anak

iii. Mendapatkan sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada ibu bapa/penjaga untuk menjayakan sebarang program peningkatan kecemerlangan UPSR 2019.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh:

26 Januari 2019 (Sabtu)

Tempat:

Dewan Blok C SK Tun Abdul Aziz Majid

Masa:

8.30 pagi.

6.0 KUMPULAN SASARAN Semua ibu bapa/penjaga dan murid Tahun 6 sesi 2019 7.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi:

Pendaftaran

9.00 pagi:

Kata alu-aluan Bacaan doa Ikrar Murid dan Ikrar Ibu bapa

9.30pagi:

Ucapan YDP PIBG

9.50pagi:

Ucapan Guru Besar

10.00pagi:

Taklimat Penyelaras Tahun 6

11.00pagi:

Bersurai

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

:

Majlis Mesra Waris 3 jam daripada jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6. Seramai 197 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.

Peserta diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. Pada akhir program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.

9. 0 KEKUATAN PROGRAM

Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya kerjasama dari guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka demi membantu pihak sekolah dan anak mereka mencapai keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.

10.0 KEKANGAN PROGRAM

Untuk menjalankan program ini, Jawatankuasa Tahun 6 memerlukan dana berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun akibat bajet yang sepatutnya diberikan kepada Jawatankuasa Tahun 6 masih tidak cukup. Kekangan masa telah dihadapi oleh pihak ibu bapa.Ini kerana beberapa orang ibu bapa bekerja pada hari sabtu.Mereka tidak dapat hadir ke majlis ini.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Akibat daripada beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan dengan lebih teratur dan lacar. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah program ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana pada awal tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas yang banyak.

Dana kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun ketika murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan tersebut boleh digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam tahun 6.

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS MESRA WARIS TAHUN 6 2019

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN MURID-MURID TAHUN 6

BACAAN DOA

BACAAN IKRAR OLEH MURID-MURID TAHUN 6

UCAPAN YDP PIBG

UCAPAN GURU BESAR

BARISAN GURU TAHUN 6

Related Documents


More Documents from "ato"

Minggu 8.docx
December 2019 23
Rph.docx
December 2019 15
20 Pilihan Menu Rmt.docx
December 2019 52
Rph Penilaian.docx
December 2019 19