90780141-laporan-program-permuafakatan-ibu-bapa-murid-tahun-enam.docx

  • Uploaded by: JamunaCinyora
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 90780141-laporan-program-permuafakatan-ibu-bapa-murid-tahun-enam.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 508
  • Pages: 2
LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 6 APRIL 2018 BILIK DOKUMENTASI SMK PUCHONG PERDANA

1.0 Pendahuluan Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di samping guruguru di sekolah. Oleh itu kerjasama kedua-dua pihak dalam mempastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah amat dipentingkan. Menyedari hakikat ini, Pihak pentadbir bersama guru displin dan unit Kaunseling mengadakan majlis permuafakatan bersama ibu seorang pelajar. 2.0

Objektif 1. Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru displin dan kaunseling serta pihak pentadbir berkaitan tingkah laku pelajar tersebut. 2.

Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang tingkah laku naak mereka.

3.

Memantapkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar tersebut dalam usaha memperbaiki prestasi akademik dan sahsiahnya.

4.

Menasihati ibu bapa pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak mereka.

3.0

Sasaran 3.1 Pengetua , Penolong Kanan, Penyelia Petang 3.2 Guru Displin & Kaunselor & Tatatertib 3.3 Wakil PIBG 3.4 Ibu pelajar

4.0

Tarikh 6 April 2018 ( Jumaat )

5.0

Masa 3.30 hingga 5.00 Petang

6.0

Tempat Bilik Dokumentasi SMK Puchong Perdana

7.0

Minit laporan

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Tuan Pengetua. Tn Hj bertanya pada ibu pelajar tentang perkembangan pelajar tersebut. Tn Hj juga menambah, beliau telah mendapatkan nasihat daripada kawannya di Unit HEM Bahagian Sekolah Menengah tentang isu yang dibawa dalam majlis ini. Tn Pengetua juga melahirkan rasa tanggungjawab beliau terhadap semua warga SMKPP. Tn Hj meminta penerangan pada ibu pelajar tersebut tentang laporan kesihatan anaknya yang menghidap penyakit ADHT. Pn Kalsom memberi penerangan penuh tentang perkembangan anaknya dan mengakui bahawa pelajar tersebut di bawah penyeliaan pihak hospital sehingga kini dan telah diberi MC sehingga bulan Julai. Seterusnya, Ketua Unit Displin Petang En Farhan memberi penerangan tentang keskes displin yang melibatkan Muhd Razi dari tingkatan 2N. Pelajar bernama Muhd Razi ini dijangka boleh bertindak di luar kawalan pada satu tahap. En Farhan berpendapat Muhd Razi perlu diberi perhatian serius sebelum sesuatu berlaku pada diri pelajar atau pelajar lain. Disambung oleh Kaunselor sekolah, En Shahrin tentang kebaikan dan keburukan dos ubat yang diambil oleh Muhd Razi. En Shahrin berpendapat SMKPP beraliran arus perdana dan guru-guru di SMKPP tiada kepakaran khusus untuk kawal pelajar seperti Muhd Razi. Beliau berpendapat bahawa Muhd Razi perlu dihantar ke sekolah dalam hospital yang sesuai dengan keadaannya. Wakil PIBG SMKPP Pn Jamalia juga setuju dengan pendapat pihak sekolah bahawa MUhd Razi perlu berehat di rumah seperti yang dinasihatkan oleh Pihak Hospital. Pn Hj Rosnah bt Salleh ( Penyelia Petang) dan Pn NorHapizah bt Saad ( Penolong Kanan) juga berpendapat sama bahawa pelajar bernama Muhd Razi perlu rehat di rumah mengikut ketetapan pihak hospital dan sangat mengharapkan Pn Kalsom memahami situasi ini. Tn pengetua dengan sebulat suara menyatakan keputusannya bahawa Muhd Razi dari tingkatan 2N akan direhatkan sehingga mendapat pengesahan daripada Pihak Hospital untuk menempatkannya di Sekolah seperti biasa. Tn Hj juga menambah bahawa segala bentuk bantuan akan dihulurkan dari pihak sekolah untuk membantu Muhd Razi. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, ………………….. (PN JAMUNA DEVI A/P GOPAL) Lembaga Tatatertib SMK Puchong Perdana

More Documents from "JamunaCinyora"