Minit-mesyuarat-pemilihan-rmt-thn-1-2018.docx

  • Uploaded by: Shamini Ramadas
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit-mesyuarat-pemilihan-rmt-thn-1-2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 549
  • Pages: 3
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL AZIZ MAJID 43100 HULU LANGAT,SELANGOR

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TAHUN 1/MURID CICIR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI TAHUN 2019 Tarikh Hari Masa Tempat

: : : :

24 Januari 2019 Khamis 12.40 petang Pusat Sumber SK Tun Abdul Aziz Majid

KEHADIRAN: 1. Pn. Aliza binti Mohamad Ngasari 2. En. Ahmad Azhar bin Adnan 3. Cik Shamini Ramadas 4. Pn.. Nurul Huda binti Sahibon 5. Pn. Nasyirah binti Ahmad 6. Pn. Norafzan binti Shafii

- Pengerusi - PK HEM - Penyelaras - Setiausaha - Pen.Setiausaha - AJK

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa RMT. 1.2

Pengerusi mengharapkan agar semua AJK RMT , tahun 2019 dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi dan penambahbaikan dapat dilakukan dari tahun-tahun yang sebelumnya.

1.3

Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pemilihan dan penyelarasan penerima RMT bagi tahun 1 serta murid cicir. Tindakan: Makluman

AGENDA 2 : MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU 2.1

Mencadangkan untuk disahkan Disokong oleh

: Pn Nurul Hudabinti Sahibon : Cik Shamini Ramadas

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT - Tiada-

AGENDA 4 : SYARAT PEMILIHAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) & JUMLAH PENERIMA 4.1

Syarat yang melayakkan mendapat RMT pada tahun 2019 adalah pendapatan RM580 sebulan dan perkapita RM140. Manakala nilai RMT masih kekal iaitu RM2.50.

4.2

Pengerusi memaklumkan berdasarkan borang permohonan RMT, murid tahun 1 yang layak ialah seramai 1 orang.

4.3

Guru kelas menyenaraikan bilangan murid RMT Tahun 1 yang layak iaitu: KELAS

NAMA GURU KELAS

Tahun 1 Aktif

Pn Roslin

BIL. PENERIMA RMT 1

Tahun 1 Aspirasi

Pn Nurul Hidayah

1

JUMLAH 2 4.4

Pengerusi meminta guru kelas mengasingkan borang RMT yang layak dan yang tidak layak dan menyerahkan kepada Pn Nurul Huda binti Sahibon untuk disimpan dalam fail RMT sebagai dokumentasi. Tindakan: Setiausaha RMT dan semua guru kelas

AGENDA 5 : SURAT SETUJU TERIMA BANTUAN 5.1

Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas bahawa sebelum senarai nama murid yang layak untuk menerima RMT diserahkan kepada PPD, Surat Setuju Terima Bantuan perlu ditandatangani oleh penjaga atau ibu bapa murid. Surat Setuju Terima Bantuan ini juga boleh digunakan bagi murid yang layak tetapi penjaga/ibu bapa tidak bersetuju untuk anaknya menerima bantuan RMT.

5.2

Surat Setuju Terima Bantuan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada Pn Nurul Huda binti Sahibon untuk difailkan sebagai dokumentasi. Tindakan : Setiausaha RMT dan guru kelas

AGENDA 6: HAL-HAL LAIN 6.1

Pengerusi meminta Cik Shamini Ramadas untuk memaklumkan nama-nama murid yang layak menerima RMT pada akhir minggu persekolahan Januari.

6.2

Pengerusi memohon jawatankuasa membantu untuk menyelaras sudut RMT di kantin untuk memaparkan nama penerima RMT, senarai menu dan maklumat berkaitan program RMT.

6.3

Pengerusi memaklumkan menu-menu RMT akan dibincangkan pada mesyuarat RMT akan datang jika ada terdapat perubahan dan penambahbaikkan. Tindakan : Penyelaras RMT, AJK & Makluman

7.0

PENUTUP : Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi meluangkan masa hadir mesyuarat bagi pemilihan murid RMT tahun 1 dan murid cicir 2019. Semoga semua AJK dapat membantu sekolah dalam memastikan muridmurid SKTAAM berada dalam keadaan sihat dan makanan mereka terjamin bersih, berkhasiat dan berkualiti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

................................. (SHAMINI A/P RAMADAS) ADNAN) Penyelaras RMT SK Tun Abdul Aziz Majid

................................. (AHMAD AZHAR BIN Penolong Kanan HEM SK Tun Abdul Aziz Majid

More Documents from "Shamini Ramadas"

Minggu 8.docx
December 2019 23
Rph.docx
December 2019 15
20 Pilihan Menu Rmt.docx
December 2019 52
Rph Penilaian.docx
December 2019 19