Laporan Mural.docx

  • Uploaded by: liiiiia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Mural.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 505
  • Pages: 3
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP Nama Pelajar

:

NURLIANA BINTI ARIFFIN

Program

:

PISMP AMBILAN JUN 2015

Nama Sekolah

:

SK TASEK PERMAI

Nama Projek / Aktiviti

:

MURAL POKOK SIMBOL MUZIK

Tempoh Pelaksanaan

:

25hb Februari 2019 – 5 Mac 2019

Objektif

:

1. Menceriakan suasana sekolah dengan seni lukisan. 2. Sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk mengajar murid tentang

tajuk simbol muzik dalam mata pelajaran Pendidikan Kesenian dan Dunia Muzik. 3. Meningkatkan kemahiran siswa guru dalam merancang,

melaksanakan dan mengurus sesuatu projek dengan berjaya. REFLEKSI:

1)

Kekuatan Projek/Aktiviti: Kami telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan projek ini. Misalnya, kami telah membuat perbincangan bersama semasa merancang lukisan yang hendak dibuat dan kami juga mencari idea-idea mural yang kreatif dan mudah dari internet bersama-sama. Sebelum membuat lakaran pada dinding, kami telah mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada guru pembimbing kami tentang lakaran yang hendak dilukis. Selain itu, perancangan masa kami untuk melaksanakan projek mural ini juga amat sistematik. Kami berjaya menyiapkan projek mural tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga mendapati bahawa murid-murid dapat mengaitkan simbol-simbol muzik yang dilukis dalam mural dengan subjek Pendidikan Kesenian dan Dunia Muzik. Murid-murid dapat mengenali setiap simbol yang dilukis pada mural dengan baik.

2)

Kelemahan Projek/Aktiviti : Kelemahan projek yang kami telah jalankan ialah mural tidak begitu menyerlah kerana kekurangan bekalan warna. Terutama sekali warna-warna primer seperti warna kuning dan merah. Kami juga kurang pakar mengenai seni lukis dan warna. Namun begitu kami cuba mengaplikasikan corak lakaran yang mudah untuk

dijadikan mural di dinding dan mencampurkan warna yang sedia ada untuk mengecat dinding.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Cadangan penambahbaikan kami ialah bekalan cat warna perlulah ditambah dan bervariasi supaya warna mural lebih ceria dan menarik. Bukan sahaja warna primer malahan warna-warna yang lain juga. Bekalan warna glitter juga boleh ditambah supaya lebih menyerlah. Kami juga perlu lebih banyak belajar dan mendalami seni lukis supaya lukisan mural yag kami hasilkan menjadi lebih menarik. Cadangan lain seperti informasi juga boleh ditambah dalam mural tersebut supaya lebih bermanfaat kepada warga sekolah.

KESIMPULAN :

Kesimpulannya, kami mendapati bahawa projek ini dapat dilaksanakan dengan agak lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Kami amat bersyukur kerana pelaksanaan projek ini banyak memberikan pengalaman dan ilmu yang amat bernilai kepada kami.

3)

Kelemahan Projek/Aktiviti : Kelemahan projek yang kami telah jalankan ialah mural tidak begitu menyerlah kerana kekurangan bekalan warna. Terutama sekali warna-warna primer seperti warna kuning dan merah. Kami juga kurang pakar mengenai seni lukis dan warna. Namun begitu kami cuba mengaplikasikan corak lakaran yang mudah untuk dijadikan mural di dinding dan mencampurkan warna yang sedia ada untuk mengecat dinding.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Cadangan penambahbaikan kami ialah bekalan cat warna perlulah ditambah dan bervariasi supaya warna mural lebih ceria dan menarik. Bukan sahaja warna primer malahan warna-warna yang lain juga. Bekalan warna glitter juga boleh ditambah supaya lebih menyerlah. Kami juga perlu lebih banyak belajar dan mendalami seni lukis supaya lukisan mural yag kami hasilkan menjadi lebih menarik. Cadangan lain seperti informasi juga boleh ditambah dalam mural tersebut supaya lebih bermanfaat kepada warga sekolah.

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"