Tugasan 1 (betul Punya).docx

  • Uploaded by: liiiiia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 (betul Punya).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 795
  • Pages: 3
TUGASAN 1 : Penulisan Akademik Kanak-kanak berkeperluan khas yang berada dalam program pendidikan inklusif telah menerima perkhidmatan sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi. Khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa (Sher dan Baur, 1991). Oleh itu, pihak utama yang memainkan watak penting dalam program ini ialah ibu bapa, guru, serta masyarakat sekeliling. Proses inklusif memberikan peluang mengikut keperluan kepada semua murid melalui pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan Pendidikan (UNESCO, 2005). Contoh murid berkeperluan khas ialah murid yang mengalami masalah disleksia. Disleksia merupakan satu ‘Disorder’ iaitu kecacatan dalam kanakkanak yang telah terima pendidikan biasa tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968). Di Malaysia, nasib kanak-kanak disleksia terbela dan mendapat perhatian dari pihak kerajaan. Agensi kerajaan yang memainkan peranan utama dalam membantu kanak-kanak disleksia ini ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Agensi kerajaan juga tidak kurang hebatnya dalam membantu program Pendidikan inklusif. Menurut sejarah pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan menubuhkan sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak masalah penglihatan. Seterusnya, Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1954 untuk kanakkanak masalah pendengaran. KPM juga mengadakan program pemulihan keatas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dimulakan pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Pada ketika itu perkembangan pendidikan khas di Malaysia hanya bertumpu kepada kumpulan kanakkanak masalah penglihatan, masalah pendengaran , dan bermasalah pembelajaran. Oleh itu, dengan keprihatinan pihak KPM masalah Disleksia juga termasuk dalam Program Pendidikan Khas penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 13 Mac 2004 sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

1

Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan program Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang dinamakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia). Objektif projek ini adalah untuk mengenal pasti murid yang tercicir kemahiran 3M (Mengeja, Membaca, Menulis). Langkah pertama dalam projek ini ialah murid akan diberi ujian saringan yang di pecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi data asas murid seperti jantina, keturunan, pencapaian akademik dan lain-lain. Bahagian B pula mempunyai soalan-soalan menguji kebolehan mengeja, membaca dan menulis. Elemen-elemen lain yang di uji pula adalah elemen yang mengukur tahap penguasaan literasi dan numerasi murid serta mengukur tahap keupayaan kognitif. Guru Bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya 6 bulan mengajar tahun 1 akan menjadi penilai ujian ini. Langkah seterusnya ialah murid yang dikesan mengalami masalah literasi disebabkan oleh masalah pengajaran dan pembelajaran dan bukan dari masalah sosial akan diberi perhatian dan penekanan lebih. Dalam projek rintis ini juga kelas untuk murid yang bermasalah pembelajaran dicadangkan untuk dibahagi kepada 2 iaitu sekolah inklusif ataupun intervensi khas disleksia. Kelas inklusif murid bermasalah pembelajaran akan dicampur bersama-sama pelajar normal tetapi akan di keluarkan daripada kelas mengikut untuk di beri intervensi khas. Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan bahawa seramai 290,000 murid sekolah daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD), Disleksia (KPM 2000). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga layak mendapat pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna demi masa hadapan mereka. Seiring dengan keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran). Guru-guru inilah yang akan mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

mewujudkan

dan

mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu murid bekeperluan khas. Sebagai masyarakat kita perlu terus menyokong agensi yang membantu memberi khidmat sokongan terhadap murid bekeperluan khas ini.

2

Rujukan Berita, & Harian. (2015). BacaDisleksia aplikasi bantu kanak-kanak bermasalah. Berita Harian. Jirim G. (1998). Persepsi guru-guru pendidikan khas mengenai sikap murid-murid cacat pendengaran terhadap pembelajaran. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak. Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-kanak. (2012). Inclusive education as national policy for children with special needs =: Pendidikan inklusif sebagai polisi kebangsaan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang: Asia Community Service. Mok, S. S. (1998). Pedagogi 3: Pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur: Kumpuln Budiman Sdn Bhd. Murnie, H. (2013). Perlaksanaan program inklusif bagi pelajar-pelajar pendidikan bermasalah pembelajaran di program integrasi. Nor, H. A. (2009). Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid cacat pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Ipoh, Perak. Tanjong Malim: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19

More Documents from ""