Teks Pengacara Majlis Kejohanan Olahraga Kolej Politeknik Mara.docx

  • Uploaded by: liiiiia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis Kejohanan Olahraga Kolej Politeknik Mara.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,251
  • Pages: 8
TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA KOLEJ POLITEKNIK MARA, AMPANG, KUALA LUMPUR KALI KE-60. Masa 7.30-

Panduan (Cue) Pengumuman

Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri,

7.35

ketibaan

Menteri Belia dan Sukan, diiringi oleh Yang Berusaha Professor

pagi

jemputan VIP

Zaharul Aidin bin Taib, Pengarah Kolej Politeknik Mara Ampang

7.35-

Ucapan

ke Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-60. Salam sejahtera,

7.40 pagi

Yang Berhormat, Ariffin bin Bajuri Menteri Belia dan Sukan Yang Berusaha, Professor Zaharul Aidin bin Taib Pengarah Kolej Politeknik Mara Ketua-ketua jabatan Barisan pensyarah Para kakitangan kolej Dan seterusnya pelajar-pelajar Kolej Politeknik Mara yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat yang Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kolej Politeknik Mara

7.40-

Lintas hormat

Kali ke-60 bagi tahun 2019 ini. Para hadirin sekalian, sebentar nanti acara lintas hormat akan dimulakan. Diminta semua kontinjen perbarisan bersiap sedia.

8.10 pagi

Seterusnya majlis menjemput Professor Zaharul Aidin bin Taib untuk mengiringi Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri, tetamu jemputan kita untuk menerima tabik hormat. Majlis dengan Perbarisan

segala hormatnya mempersilakan. Perbarisan masuk kontinjen rumah sukan dimulakan dengan

rumah sukan

saudara Muhammad Ramzi bin Hadi bersama 4 orang pembawa 1

KUNING

bendera Kejohanan Olahraga. Seterusnya diikuti dengan perbarisan masuk rumah sukan iaitu Kontinjen Jebat. Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh saudara Syed Abu bin Syed Attas dengan kekuatan seramai 30 orang peserta. Cincin suasa bersarung di tangan Hiasan tersohor Dato Bahaman Peserta kuning sentiasa berangan Menjulang kemenangan sukan idaman

BIRU

Diikuti oleh Pasukan Kasturi. Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh saudara Mohd Khamdani bin Farid dengan kekuatan seramai 30 orang peserta. Pohon tebu ditanam kawan, Subur membesar tumbuhnya lajak, Biru tetap membelah awan, Terus berombak pantang berganjak.

HIJAU

Seterusnya mari kita saksikan Pasukan Lekir. Hijau segar sentiasa mekar, diketuai oleh saudara Elton Koh dengan kekuatan seramai 30 orang peserta. Warnamu hijau seri menyerlah, Penyeri taman pengubat rawan, Semangat juang tak pernah kalah,

MERAH

Berpantang kalah sebelum berlawan. Perbarisan masuk Kontinjen rumah sukan diteruskan lagi dengan Pasukan Tuah. Merah membara pasti juara, diketuai oleh saudara Ilham Manan bin Abdullah dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

2

Warnamu megah merah membara, Semangat juangmu menyala-nyala, Misi kami jadilah juara, Unit beruniform

Moga hasrat menjadi nyata. Akhir sekali marilah kita saksikan pula lintas hormat daripada Pasukan Unit Beruniform yang terdiri daripada Pasukan Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Berbaju baharu di hari raya, Agar jelita bagai Sang Ratu, Pasukan beruniform segak bergaya,

8.10-

Ikrar

Sederap melangkah setia bersatu. Demikianlah tadi acara lintas hormat daripada kontinjenkontinjen kejohanan yang mengambil bahagian pada pagi ini.

8.15

Sekarang tibalah masanya untuk upacara menaikkan bendera

pagi

kejohanan. (BENDERA DINAIKKAN) Seterusnya dijemput saudara Muhammad Ramzi bin Hadi untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan. (BACAAN IKRAR)

8.15-

Nyanyian Lagu

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan. Hadirin diminta berdiri.

8.20 pagi

8.20-

**LAGU**

Bacaan Doa

Para hadirin dipersilakan duduk. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang

8.25

akan disempurnakan oleh Ustaz Azim bin Isa. Dengan

pagi

hormatnya dipersilakan ustaz. 3

**DOA** Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azim bin Isa atas bacaan 8.25-

Ucapan

doa itu tadi. Hadirin sekalian,

8.35

Pengarah

Majlis ini diteruskan dengan sesi ucapan. Untuk itu, majlis

pagi

mempersilakan Yang Berusaha Professor Zaharul Aidin bin Taib, Pengarah Kolej Politeknik Mara untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. **UCAPAN** Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan yang

8.35-

Ucapan

disampaikan sebentar tadi. Bagi meneruskan acara pada pagi yang permai ini, majlis

8.45

perasmian

dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berhormat Ariffin bin

pagi

Bajuri, Menteri Belia dan Sukan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga buat kali Ke-60. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (UCAPAN DAN PERASMIAN)

8.45-

Penyampaian

*Potong Reben* Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai tanda terima

9.00

cenderamata

kasih dan ingatan yang berpanjangan, dijemput Yang Berusaha

pagi

Professor Zaharul Aidin bin Taib untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri. Kami bagi pihak majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Kejohanan Olahraga Kolej Politeknik Mara pada hari ini. Perarakan keluar

Para hadirin sekalian, seterusnya perarakan keluar kontinjen perbarisan dari arena balapan. Perarakan keluar dimulakan dengan kontinjen Jebat dan Kasturi. 4

Seterusnya diikuti oleh kontinjen Lekir dan Tuah. Diakhiri dengan 9.00-

Senamrobik

kontinjen Unit Beruniform. (SENAMROBIK)

9.20

Demikianlah tadi persembahan senamrobik yang telah

pagi

mendapat bimbingan daripada Pn Nurliana binti Ariffin dan Encik Razi bin Md Noh. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan

9.20-

Acara 1

senamrobik atas persembahan sebentar tadi. Acara yang sedang berlangsung sekarang ini adalah acara

9.50

200m kategori lelaki yang mewakili setiap rumah sukan masing-

pagi

masing **200m Lelaki** J134 L153 K189 Acara 2

T140 Hadirin-hadirat sekalian, sebentar nanti akan berlangsung acara 200m kategori perempuan yang mewakili setiap rumah sukan masing-masing. **200m Perempuan** AJ103 K175 L182

9.50-

Penyampaian

T144 Hadirin-hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan segala

10.40

hadiah

hormat dan sukacitanya menjemput

pagi

Yang Berhormat Ariffin Bin Bajuri untuk upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian

(HADIAH ACARA 1 dan 2) Kini tibalah masanya untuk upacara penutup. Diminta semua 5

hadiah

peserta perbarisan dan peserta rumah sukan bersiap sedia

keseluruhan

untuk masuk ke padang bagi upacara penutup. Dijemput Pasukan Jebat dan Kasturi untuk bergerak ke tengah padang. Seterusnya dijemput pula pasukan Lekir dan Tuah. Para hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya menjemput Professor Zaharul Aidin bin Taib untuk mengiringi Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri untuk upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan. Hadiah Perbarisan Terbaik : Tempat ke4 dimenangi oleh Rumah _____________________ Tempat ke3 dimenangi oleh Rumah _____________________ Naib Johan dimenangi oleh Rumah _____________________ Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh Rumah _____________________ Olahragawan 2019 Kini diumumkan olahragawan Kolej Politeknik Mara bagi Tahun 2019 disandang oleh saudara___________________ dari rumah _________ Tahniah diucapkan kepada saudara __________________________ Olahragawati 2019 Olahragawati Kolej Politeknik Mara bagi Tahun 2014 disandang oleh saudari ___________________________________________________ Tahniah diucapkan kepada saudari _________________________ Rumah Sukan 6

Seterusnya diumumkan kedudukan akhir rumah-rumah sukan bagi Tahun 2019. Tempat keempat , dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _____________________ Tempat ketiga, dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________ Tempat kedua dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________ Tempat pertama , dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Professor Zaharul Aidin bin Taib kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada rumah yang berjaya, bagi yang 10.40-

Ucapan penutup

kurang bernasib baik cubalah lagi pada tahun hadapan. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

11.00

Yang Berusaha Professor Zaharul Aidin bin Taib, Pengarah Kolej

pagi

Politeknik Mara untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

11.0011.15

Penutup

*UCAPAN* Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Professor Zaharul Aidin bin Taib atas ucapan penutup sebentar tadi.

7

pagi Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Kejohanan Olahraga Kolej politeknik Mara 2019 telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis melabuhkan tirainya, saya bagi pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Olahraga ini. Pihak Jawatankuasa Kejohanan Kejohanan Olahraga Kolej Politeknik Mara bagi kali Ke-60 menyusun jari sepuluh andai ada sebarang kecacatan sepanjang kami menganjurkan majlis pada pagi ini. Harapan kami semoga semua hadirin dapat 11.15-

Pantun

meluangkan masa bagi majlis-majlis sebegini lagi. Bunga seroja di atas para,

11.20

Jatuh ditimpa buah berangan,

pagi

Andai tersilap budi bicara,

11.20-

Pantun

Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Kedah ke Inderagiri,

1130

Beli suasa di Kota Tinggi,

pagi

Selesailah sudah tugas diberi, Di lain masa berjumpa lagi. Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah wassalam mualaikum wbt.

8

Related Documents


More Documents from ""