Laporan Analisis Simulasi(neoh).docx

  • Uploaded by: Neoh
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Analisis Simulasi(neoh).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 268
  • Pages: 2
Laporan analisis simulasi Daripada simulasi yang telah dilakukan oleh guru dalam video tersebut saya mendapati beberapa kekuatan dalam set induksi tersebut. Teknik, aktiviti dan bahan yang digunakan telah mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan dan murid memberikan perhatian yang penuh ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pertamanya, sebelum bermula guru telah memberitahu muridnya bahawa kelas akan bermula dengan penayangan video. Kegiatan ini telah mewujudkan motivasi dalam kalangan muridnya iaitu guru telah membangkitkan perasaan ingin tahu. Mereka memberi balas “mahu” telah menunjukkan perasaan ingin tahu content video yang ditayangkan. Penggunaan video sebagai bahan interaktif telah berjaya menarik minat pelajar untuk turut serta dan terlibat secara aktif. Wajah-wajah pelajar keriangan dan menonton video secara serius ketika sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan. Bukan itu saja, guru itu juga telah menggunakan teknik penyoalan bagi merangsang pemikiran dan kognitif pelajar. Semasa bertanya guru melibatkan kontak mata dengan muridnya. Guru itu juga berjaya membuat perkaitan tentang peristiwa semasa iaitu guru telah pengaitkan topik yang guru ajar pada hari ini melalui tayangan video. Semasa guru bertanya tentang topik yang guru akan mengajar pada hari ini, muridnya telah memberi jawapan dengan betul iaitu penambahan wang. Set induksi yang dijalankan oleh guru itu mempunyai

kelebihan

tetapi

kelemahan

juga

wujud.

Walaupun

guru

itu

telah

membangkitkan motivasi pelajar untuk belajar namun begitu semasa guru bertanya soalan terhadap muridnya. Pelajar lelaki melibatkan diri secara aktif dalam menjawab soalan guru tetapi pelajar perempuan berdiam sendiri dan tidak mencuba untuk menjawab soalannya. Ini bermaksud cara penayangan video sebagai set induksi tidak berkesan terhadap pelajar perempuannya.

Rujukan

1. Amir Asyraffudin. (2017, April 17). TUGASAN 3 Reflektif Pengajaran Mikro. Dipetik 20 Mac 2019, daripada https://www.pdfcoke.com/document/345435911/TUGASAN-3Reflektif-Pengajaran-Mikro

Related Documents


More Documents from "Izhmawati Izhma"