Seni Dalam Pendidikan (assignment).docx

  • Uploaded by: Neoh
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Dalam Pendidikan (assignment).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,044
  • Pages: 3
Tugasan 1 Apa itu Seni dalam Pendidikan? Seni dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk diaplikasikan dalam bidang pengkhususan. SDP menjurus kepada penggunaan tiga komponen yang penting iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai satu pendekatan inter-disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran, (Zulkifli Yaakob, 2007). SDP yang mengintegrasikan tiga komponen asas ini iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri, (Zulkifli Yaakob, 2007). Pelengkapan pembinaan otak kanan dan otak kiri dapat mengembangkan setiap insan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan tentang ketiga-tiga komponen ini dan kepentingannya. Apa itu seni visual? Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi pengertian bahawa seni merupakan karya yang dicipta dengan bakat atau hasil daripada ciptaan manakala visual merupakan sesuatu yang nampak. Seni Visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Pada pendapat saya, seni visual ialah sesuatu bidang yang dapat dilihat dan mudah difahami melalui mata tidak mengira beberapa bidang. Bidang seni visual dapat memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual sekolah rendah yang disusun rapi. Hal ini demikian kerana, bidang seni visual dapat menajamkan perkembangan pelajar terutamanya dari segi pengalaman. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman. Beliau juga menyatakan seni adalah komoditi. Pelbagai kemahiran dapat diperoleh apabila seseorang mempelajari seni visual. Seni visual tidak hanya bertumpu pada satu bidang sahaja. Namun, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran membatik, kemahiran membuat tembikar, kemahiran mengukir, kemahiran menenun, kemahiran dalam bidang kefileman dan penghasilan video bermutu dan kemahiran mengambil gambar dapat diperolehi. Keadaan ini menunjukkan seni visual merangkumi semua hasil seni yang dapat dilihat. Bukan itu saja, seni visual dapat menajamkan perkembangan emosi dan imaginasi. Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan

persepsi

murid.

Pemahaman

tentang

asas

seni

visual

juga

turut

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatankegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Apa itu seni muzik? Seni muzik merupakan bidang yang mengkaji tentang seni bunyibunyian. Seni muzik sekolah rendah disusun bertujuan mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama, (Zulkifli Yaakob, 2007). Muzik merupakan sejenis seni yang dibentuk berdasarkan organisasi bunyi dalam masa. (Kamien, 2008). Terdapat tujuh konsep muzik asas dalam seni muzik iaitu irama, melodi, tekstur, bentuk, ekspresi, harmoni dan warna ton. Irama merujuk kepada organisasi muzik mengikut masa. Melodi ialah bunyi muzik yang berturut-turut atau siri ton muzik yang digabungkan untuk mewujudkan sesuatu melodi yang menyeluruh. Tekstur merujuk kepada lapisan melodi yang dihasilkan dalam sesuatu karya. Bentuk merujuk kepada jumlah bahagian atau babak sesuatu karya muzik. Ekspresi dikategorikan dalan dua jenis iaitu ekspresi dinamik dan ekspresi mud. Ekspresi dinamik merujuk kepada kekuatan atau kelembutan bunyi dalam sesuatu lagu manakala ekspresi mud merujuk kepada mud sesebuah lagu yang boleh dimainkan secara ceria, gembira atau sedih. Harmoni wujud apabila lebih daripada satu pic dibunyikan pada masa yang sama. Warna ton ialah kualiti bunyi yang dihasilkan daripada alat muzik untuk membezakan sesuatu alat muzik dengan yang lain. Pada pendapat saya, seni muzik merupakan bidang yang menarik perhatian atau memberi keselesaan kepada pelajar semasa PdP menjalan. Hal ini demikian kerana muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Selain itu, seni muzik dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkaraperkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahanperubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Sebagai contoh, apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic, rima dan rentak. Keadaan ini menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Bukan itu saja, seni muzik dapat menanam dan menyemai nilai murni dan jati diri ke dalam sanubari pelajar. Terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan

bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid. Konsep asas pergerakan terdiri daripada empat komponen iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan, (Zulkifli Yaakob, 2007). Kesedaran tubuh badan merujuk kepada “apa” yang dapat dilakukan oleh tubuh badan kita. Kesedaran ruang merujuk kepada “ke mana” badan kita boleh bergerak. Kualiti pergerakan merujuk kepada “bagaimana” pergerakan itu dilakukan oleh tubuh badan kita. Hubungan merujuk kepada “dengan apa” dan “dengan siapa” badan kita bergerak. Di dalam pergerakan asas terdapar 3 kemahiran iaitu Lokomotor, Bukan lokomotor dan Manipulasi alatan. Kemahiran lokomotor merupakan perubahan tapak sokongan secara mendatar dan menegak. Kemahiran bukan lokomotor merupakan pergerakan yang melibatkan berat badan kekal di tempat yang sama tetapi memusing di sekitar paksi mendatar atau menegak. Kemahiran manupulasi alatan merujuk kepada keupayaan seseorang memberi dan menerima daya daripada sesuatu objek. Pada pendapat saya, seni pergerakan merupakan sebagai mana tahap koordinasi badan kita iaitu sejauh mana keupayaan badan kita boleh melakukan pergerakan. Seni pergerakan amat penting bagi kanak-kanak. Menurut Teori Perkembangan Fizikal Piaget, kadar pertumbuhan kanak-kanak pada tahun 7-12 tahun stabil dan tidak pesat. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada pendapat saya, guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak contohnya berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Selain daripada itu, guru juga boleh menyuruh

kanak-kanak

membuat

pergerakan

tertentu

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran contohnya membuat pergerakan bentuk kubus semasa mengajar bentuk. Keadaan ini akan menyebabkan penyerapan ilmu pengetahuan lebih efektif. Kesimpulannya, pendidikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sekolah rendah amat penting terhadap kanak-kanak dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi. Oleh itu, guru harus berusaha melibatkan unsur ketiga-tiga seni dalam pengajaran dan pembelajaran. (1039 patah perkataan)

Related Documents


More Documents from "Neoh"