LANDSKAP DAN PERLANDSKAPAN
1.0
DEFINISI
LANDSKAP bermakna apa sahaja yang dapat dilihat di atas permukaan bumi seperti tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, sungai, tasik, bangunan dan sebagainya. PERLANDSKAPAN ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan kegembiraan manusia di samping mewujudkan suasana harmoni dengan alam sekitar dan semula jadi. REKA BENTUK LANDSKAP bermaksud membentuk dan menyusun ruang dan unsurunsur landskap (tumbuhan, struktur, air batu) yang terdapat pada sesuatu kawasan luiaran serta memperkayakan ruang-ruang tersebut dengan menyusun unsurunsur seni melalui proses dan prinsip-prinsip reka bentuk. PEREKA BENTUK LANDSKAP ialah individu yang mereka bentuk landskap. Biasanya mereka mempunyai latihan atau pengalaman dalam prinsip-prinsip reka bentuk serta memahami keperluan-keperluan untuk kehidupan tumbuhan. Lazimnya pereka bentuk landskap juga mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur hiasan dan landskap. ARKITEK LANDSKAP merupakan seorang profesional yang bertauliah dalam bidang perlandskapan untuk menjalankan kerja-kerja merancang dan mereka bentuk landskap. Mereka harus mahir tentang teknik-teknik perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap yang menggabungkan kegiatan manusia dengan kehendak alam sekitar semula jadi. KONRAKTOR LANDSKAP adalah pihak yang membuat kerja-kerja pembinaan landskap dan telah melalui latihan formal atau memiliki pengalaman serta memahami selok belok pembinaan sesuatu kawasan landskap. Mereka juga harus dapat memahami prinsip-prinsip asas reka bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan dan juga pengurusan perniagaan.
2.0
FUNGSI FIZIKAL TUMBUHAN • • • • • •
3.0
FUNGSI ESTETIKA TUMBUHAN • • • • •
4.0
5.0
Mengawal hakisan tanah Meredakan iklim Melindungi pantulan cahaya/bunyi Memberi teduhan dari panas matahari Mengarah pergerakan Melindungi hidupan /serangga
Membentuk ruang Merangka pemandangan Melembutkan pemandangan seni bina bangunan Mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi Menjadi penyatu kepada berbagai-bagai elemen di dalam sesuatu kawasan CIRI-CIRI TUMBUHAN DALAM REKA BENTUK LANDSKAP
1. Bentuk
-
bulat, terbuka, merayap, bujur dan bertiang
2. Tekstur
-
tekstur batang dan tekstur daun
3. Warna
-
primer dan sekunder pada bunga, daun, buah dan batang
4. Bau-bauan
-
bau-bauan bunga, kulit dan daun yang semula jadi
ASAS LUKISAN LANDSKAP
Jenis Pelan Landskap: A. Pelan Konsep digunakan untuk mengemuka idea-idea kasar tentang cara merancang sesuatu kawasan. Pelan konsep digunakan untuk membuat perbincangan awal dengan pelangan. B. Pelan Awal menggambarkan tentang idea-idea yang dicadangkan dengan lebih terperinci. Dalam pel;an awal ini, pelanggan akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pembangunan kawasan berkenaan. C. Pelan Induk merupakan pelan akhir pembangunan kawasan tersebut. Ia menerangkan dengan terperinci mengenai idea-idea yang dicadangkan untuk pelaksanaan.
D. Pelan Penanaman Untuk projek besar, pelan ini dapat menunjukkan bengan terperinci reka bentuk penanaman untuk kawasan tersebut. E. Model Berdasarkan Pelan merupakan alat yang berkesan untuk mengambarkan sesuatu idea tentang reka bentuk landskap. Berguna untuk mengkaji dengan lebih terperinci pelan reka bentuk. 6.0
KOMPONEN PELAN LANDSKAP ➢ Kotak Tajuk -
i. ii iii iv v vi vii viii
Nota-nota Tajuk projek Nama pereka bentuk Tanda tangan pereka bentuk Tanda tangan pemilik Bilangan lukisan Tarikh lukisan disediakan Tanda tangan pelukis pelan
➢ Arah Mata Angin ➢ Skala
-
1” : 66’, 1” : 40’, 1” : 20’ dan 1” : 10’ 1 : 1000, 1:5000, 1:200, 1:100
➢ Simbol ➢ Maklumat Bertulis
7.0
UNSUR-UNSUR LANDSKAP 1. Tumbuhan 2. Topografi 3. Air 4. Struktur
8.0
CIRI-CIRI REKA BENTUK LANDSKAP GARISAN BENTUK TEKSTUR WARNA
9.0
PRINSIP-PRINSIP MEREKA BENTUK LANDSKAP Ringkas dan bersatu Keanekaan Keseimbangan Penumpuan Turutan Skala
10.0
PROSES MEREKA BENTUK LANDSKAP
Penganalisaan masalah Penganalisaan Kawasan dan Pelan Asas ○ Penyediaan/mendapatkan pelan asas ○ Inventori dan analisis Kedudukan tapak dan keadaan sekeling Keadaan muka bumi termasuk saliran, hujan dan angin Jenis tumbuh-tumbuhan sedia ada Jenis tanah dan kesuburannya Bangunan dan struktur yang sedia ada Menilai pemandangan yang menarik atau tidak Kegunaan dan susunan ruang-ruang yang sedia ada Mengenali pelanggan dan pengguna ○ Nama dan umur ○ Kegemaran dan hobi ○ Minat dan keupayaan ○ Keperluan rekreasi ○ Belanjawan yang diperuntukan ○ Keperluan-keperluan lain Pembentukan program ○ Matlamat reka bentuk ○ Objektif-objektif untuk mencapai matlamat ○ Eleman yang digunakan untuk mencapai matlamat ○ Bahan yang diperlukan untuk mewujudkan eleman. LAMPIRAN
GAMBARAJAH REKA BENTUK LANDSKAP
1. CONTOH PELAN ASAS 2. CONTOH INVENTORI TAPAK 3. CONTOH ANALISIS TAPAK 4. CONTOH PELAN KONSEP 5. CONTOH PELAN INDUK 6. CONTOH MODEL PELAN 7. CONTOH SIMBOL-SIMBOL POKOK RENEK 8. CONTOH SIMBOL-SIMBOL POKOK TEDUH 9. CONTOH SIMBOL-SIMBOL PENUTUP BUMI 10. CONTOH PELAN 3 DIMENSI
Disediakan oleh Unit pertanian, Kemahiran hidup