Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari Di Desa Wawasan

  • Uploaded by: fairus
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari Di Desa Wawasan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,123
  • Pages: 8
C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

REKABETUK PERLADSKAPA RUMAH ORAG MELAYU KOTEMPORARI DI DESA WAWASA ur Huzeima Mohd Hussain1 and Suriati Ahmad2

1 2

Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA [email protected], [email protected] ABSTRACT

Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup serta mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah, perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya Wawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumbersumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciriciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman di Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDW dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.

Kata Kunci: rekabentuk landskap, perlandskapan, orang melayu, desa wawasan, kontemporari

1. PEGEALA Kepentingan landskap pada masa kini bukan lagi dianggap sebagai memenuhi kehendak manusia malahan sudah menular sebagai suatu keperluan dalam kehidupan. Rekabentuk landskap pada masa kini bukan sahaja menjadi nilai tambah terhadap kuasa pembeli, tetapi juga merupakan suatu tawaran nilaian promosi yang acapkali menjadi hebahan. Namun, sejauh mana permintaan rekebentuk tersebut merangsang pemikiran dan citarasa masayarakat setempat? Apakah masih sinonim taburan laman tradisi dalam pola perlanskapan kontemporari ini? Bagaimana pula budaya dan peradaban mendatangkan impak dalam kehidupan masyarakat Melayu semasa? Perubahan modenisasi dan urbanisasi kini semakin rancak mengorak langkah. Pelbagai garapan dan unsur-unsur baru menjadi wacana Melayu kontemporari. Masyarakat seolah-olah dijajah kembali. Adakah pemikiran atau mentaliti masyarakat turut teranjak? Seterusnya bagaimana dapat dipastikan kesan pengaruh yang kian berkembang dari semasa ke semasa ini.

Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Justeru, pendekatan permasalahan yang sinonim terhadap landskap kontemporari dalam masyarakat tempatan diketengahkan dalam melihat keberkesanan aprisiasi pembangunan dalam kehidupan masyarakat luar bandar khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Kajian ini memilih Desa Wawasan sebagai medium penunjuk pretasi rekabentuk perlandskapan di rumah orang melayu kontemporari. Sama ada keperluan semasa dengan peradaban tradisi masih kekal seiring ataupun sebaliknya. Kupasan persoalan seterusnya, akan menjurus kepada kelompok masyarakat di Desa Wawasan ini di mana Gerakan Desa Wawasan merupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar supaya masyarakat luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat secara berterusan untuk menukar sikap penduduk desa dan budaya pertanian tradisional kepada amalan nilai hidup pertanian komersial serta perindustrian. Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunan luar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas (seperti pembinaan jalan kampung, bekalan letrik, air, balai raya, masjid dan sebagainya) yang dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaran yang telah berubah dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara Wawasan 2020. Antara lain kajian ‘Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan’ turut menyentuh berkenaan isu, pengaruh serta impak rekabentuk landskap dalam sesebuah landskap kediaman orang melayu kontemporari. 2. KAJIA BAHA BERTULIS 2.1 Pendekatan Teori Rangka Teori dapat digunakan sebagai panduan atau rujukan dalam memudahkan pemahaman dalam pembinaan awal konsep yang terlibat di peringkat awal kajian. Pendekatan teori yang diketengahkan adalah berkaitan dengan pemahaman persepsi. Maka pendekatan suatu teori yang berkenaan dirasakan dapat dijadikan panduan dalam mengukur atau mentafsir sesuatu pemahaman yang bersifat subjektif dan universal. Rangka Teori yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian ini menyentuh tentang ringkasan projek Zube et.al (1982) yang meneruskan kerja-kerja pengkajian dalam psikologi persekitaran oleh W.H Ittelson yang membina suatu rangka teori persepsi landskap yang praktikal dan rasional. Beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk digunakan di dalam kajian landskap secara amnya menyentuh tentang saling kaitan interaksi antara manusia dan landskap. Hal ini akan menyentuh tentang keperluan dan kehendak yang wujud dan praktikal antara kedua-dua instrument tersebut dan mengaitkannya dengan keperluan rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari. Menurut Zube et. Al (1982) analisis dari kandungan kajian bahan bertulis memperlihatkan empat paradigma atau model dalam penyelidikan ini iaitu pakar, psikofizikal, kognitif dan pengalaman. Dalam membangunkan satu rangka teori untuk persepsi terhadap landskap, beberapa isu perlu difahami dalam pencarian teori yang bernilai konseptual dan praktikal. Ini termasuklah: i) Bagaimana nilai dan perangai manusia berinteraksi dengan landskap ii) Maksud interaksi-interaksi tersebut kepada individu iii) Bagaimana hasil atau akibat dari interaksi-interaksi tersebut mempengaruhi landskap dan individu-individu Antara lain, teori daripada Zube et al. (1982) ini turut menyentuh tentang kesimpulan yang digariskan oleh Ittelson tentang persepsi. Pertama, persepsi bebas dari kawalan rangsangan secara langsung. Kedua, persepsi tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dikenalpasti daripada lain-lain aspek psikologi dan ketiga, persepsi juga sesuai dan tepat kepada konteks persekitaran yang ianya dicetuskan.

Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

2.2 Persekitaran Rumah Tradisional Melayu Konsep seni bina ruang dalaman rumah tradisional Melayu adalah bertoleransi dengan ruang luaran atau halaman rumah tradisional Melayu. Perlandskapan di persekitaran rumahnya menggambarkan kesederhanaan di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional berasaskan kepada kepercayaan dan falsafah mereka. Oleh itu, perlandskapan persekitaran rumah tradisional Melayu mempunyai hubungkait dengan aktiviti-aktiviti di dalam rumah. Pada asasnya, semua elemennya mempunyai kepentingan dan fungsi, selain daripada cara kehidupan dan pantang larang yang memainkan peranan di dalam perletakan elemen-elemen landskap di persekitaran rumah tradisional masyarakat Melayu. Secara amnya, perlandskapan masyarakat Melayu tradisional adalah untuk mencapai keharmonian dengan alam sekitar. 2.2.1 Ruang Halaman Depan Ruang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai unsurunsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak-kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa. Ruang ini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk kampung) sebagai laluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri kendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi. Ianya adalah ruang yang menggambarkan suasana kegembiraan dan nilai-nilai menjemput. 2.2.2 Ruang Halaman Tepi Ruang tepi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu. Ruang ini berfungsi sebagai ruang laluan yang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang. Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak-kanak. 2.2.3 Ruang Halaman Belakang Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang dapur rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanita ketika kenduri-kendara dan juga aktiviti sosial yang lain. 2.4 Konsep Desa Wawasan Gerakan Desa Wawasan ialah proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa ke arah transformasi luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan ke arah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Matlamat Gerakan Desa Wawasan (GDW) ini adalah mewujudkan masyarakat desa yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk melaksanakan pemodenan desa. Melalui GDW ini juga perancangan dibuat untuk mempertingkatkan keupayaan penduduk desa untuk membentuk senario desa 2020. Pelbagai program dilaksanakan dalam GDW ini antaranya ialah Program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat dan Program Pengindahan Persekitaran. 3. METODOLOGI KAJIA 3.1 Rekabentuk penyelidikan Kajian penyelidikan terhadap rekabentuk perlandskapan persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu di desa wawasan ini dijalankan secara kualitatif. Hal ini merujuk kepada keperluan dan keupayaan memperoleh data dan informasi bagi keperluan kajian ini. Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk melihat rekabentuk atau susun atur yang lazim dalam sesebuah persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu desa kontemporari. Ia bertujuan untuk mengetahui fenomena serta mendapatkan corak rekabentuk persekitaran luaran masyarakat Melayu yang tipikal, dewasa ini. Antara lain, kajian kes adalah untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang diketengahkan dalam kajian ini. Di samping itu, pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan pembacaan dari sumber-sumber sekunder sebagai sororan kajian bertulis. Kaedah pembacaan ini penting bagi mengelakkan sebarang pertindihan pendapat dan fakta serta persamaan dengan kajian yang dijalankan sebelum ini. Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

3.2 Skop Kajian Kajian ini menetapkan skop kajian terhadap persekitaran rumah masyarakat Melayu kontemporari di Desa Wawasan. Selain itu, beberapa buah kampung di susur Sungai Perak yang mempunyai nilai tradisional yang tinggi tetapi tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dipilih bagi memberikan respon terhadap kepelbagaian rekabentuk perlandskapan rumah masyarakat Melayu yang lazim. Antara kampungkampung yang terlibat termasuklah Kampung Padang Changkat dan Kampung Sayong di Kuala Kangsar di samping Kampung Ekor di Bota. Kampung-kampung ini dipilih berdasarkan keistimewaannya sebagai Desa Wawasan, selain bagi memenuhi persampelan bertujuan yang memberatkan kriteria kediaman yang mempunyai landskap sebagai subjek kajian. 3.3 Pengumpulan Maklumat Secara amnya, sebanyak 60 buah rumah kediaman masyarakat Melayu kontemporari akan dipilih di sekitar kawasan Pulau Pinang. Pemilihan ini akan mewakili kajian terhadap penyelidikan yang dijalankan ke atas rekabentuk perlandskapan kediaman masyarakat Melayu kontemporari. Ia bertujuan untuk melihat corak susun atur serta rekaan terhadap penggunaan ruang luaran atau persekitaran sesebuah kediaman masyarakat Melayu. Kampung yang terlibat

Sampel A Sampel B Sampel C Jumlah

Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Kampung Sayong, Kuala Kangsar Kampung Ekor, Bota 3 buah kampung Rajah 3.1 Jadual senarai sampel kajian

Bilangan responden

20 20 20 60 set responden

3.3.1 Pendekatan Kualitatif Data kualitatif tidak dinyatakan dalam sifat perangkaan. Butir maklumat yang diperoleh menyatakan pendapat atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara. Selain itu, maklumat berdasarkan sumber sekunder seperti bahan bertulis, cerita-cerita daripada nenek moyang serta juga gambar-gambar foto yang berkaitan. Berikut adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dijalankan dalam kajian ini. 3.3.1.1 Sumber data sekunder 3.3.1.2 Kaedah Tinjauan 3.3.1.3 Kaedah Temubual 4. AALISIS DA PERBICAGA KAJIA Hasil yang diperoleh dalam kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini telah membantu mendapatkan gambaran sebenar tentang pola perlandskapan rumah masyarakat Melayu semasa. Ia turut mengenengahkan beberapa isu-isu sampingan lain yang berkaitan dengan peranan atau fungsi sesebuah perlandskapan. Antara lain, kajian ini turut berupaya menyingkap beberapa permasalahan yang cenderung mempengaruhi sesebuah rekabentuk perlandskapan. 4.1 Pola Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari Hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas beberapa kawasan kajian di sekitar Perak ini telah memberikan suatu gambaran menyeluruh tentang unsur-unsur lazim atau bersifat tipikal yang cenderung digunakan oleh masyarakat Melayu dalam sesebuah rekabentuk perlandskapan persekitaran halaman rumah mereka. Unsur-unsur lazim ini seterusnya boleh dijadikan asas dalam mengenalpasti sesuatu rekabentuk perlandskapan kediaman yang mencerminkan kediaman masyarakat Melayu pada masa kini. Berdasarkan hasil yang diperoleh didapati bahawa masyarakat Melayu kini sungguhpun menerima pelbagai pengaruh luar yang mencorak kehidupan pada hari ini namun, hakikatnya, masyarakat ini masih tidak mengenepikan beberapa aspek kebudayaan yang menjadi pegangan secara tidak langsung. Aspek kebudayaan yang dikekalkan juga bukanlah meliputi kesemua peradaban tradisi dahulu. Anasir-anasir kepercayaan karut serta berunsurkan tahyul tidak lagi mendapat perhatian dalam masyarakat tempatan. Malah, mentaliti masyarakat sudah semakin terbuka dan lebih memenuhi kehendak semasa. Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

4.2 Keperluan ruang dan aktiviti tipikal dalam perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari Keperluan ruang dan aktiviti dalam perlandskapan rumah orang Melayu ini adalah berdasarkan hasil daripada kajian kecenderungan sesuatu elemen ditempatkan dalam sesebuah ruang berdasarkan sesuatu fungsi atau aktiviti. C1

C2

C3

C Tanaman Hiasan

B1

Ruang Aktiviti

B2

B Tanaman Hiasan

A

A1 Pokok Palma

Rumah

A2 Tanaman dapur

Pokok Sederhana

B3 Ruang Aktiviti

A3 Tanaman teduhan

1 2 3 Rajah 4.1 Taburan elemen-elemen lazim dalam perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari

Penemuan kajian melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa taburan pola perlandskapan bagi kediaman-kediaman sampel kajian menunjukkan beberapa kecenderungan persamaan atau similiariti yang boleh diistilahkan sebagai ciri-ciri lazim atau tipikal. Umunya, taburan yang diperoleh tidak dapat tidak masih lagi sinonim kepada taburan perlandskapan tradisional. Hal ini mungkin disebabkan mentaliti serta sifat kecenderungan sesebuah bangsa yang sukar dibuang daripada kehidupan mereka. Aspek ini secara khususnya menyentuh tentang habit masyarakat Melayu yang sememangnya lebih mementingkan tafsiran atau persepsi masyarakat luar terhadap diri mahupun kediaman serta landskapannya berbanding untuk mempertimbangkan kepentingan sendiri. Situasi ini dapat dilihat pertama sekali pada perletakan halaman yang luas di bahagian hadapan rumahnya. Kemudian halaman ini akan dihiasi pepohon menarik agar dapat menarik perhatian dan memberi keselesaan kepada pengunjung kediamannya. Maka tanaman hiasan memainkan peranannya lebih banyak dibahagian hadapan dan tepi rumah berbanding kawasan belakang yang terselindung. Bagi reruang dalam rumah itu sendiri membuktikan sikap masyarakat sebegini dapat dilihat pada penggunaan anjung dihadapan rumah sebagai penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan buat para tetamu. Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasan yang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai ruang di salah satu bahagian sisi tumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini juga sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuan dan sebagainya. Sementara itu, bahagian yang bersifat peribadi tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu umumnya. Hal ini dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah. Sungguhpun tanaman berkenaan diperlukan dalam pemasakan seharian namun, ianya disimpan untuk pandangan sendiri sahaja dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang halaman hiasan hadapan rumah. Justeru perkara peradaban, persepsi atau mentaliti yang membawa kepada sebarang tindak tanduk masyarakat khususnya masyarakat Melayu dalam konteks hiasan lamannya dilihat memenuhi hasil penemuan kajian ini. Perkara ini sungguhpun tidak dapat dikatakan akan benar salahnya namun hasil dari kecenderungan yang diperoleh sudah dapat menyimpulkan sesuatu kesimpulan terhadap sebarang Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

tindakan yang dibuat mempunyai alasan dan sebabnya yang tersendiri. Maka alasan ini dapat memenuhi matlamat kajian dalam mengkaji dan mengenalpasti sesuatu taburan rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari yang lazim di beberapa buah desa wawasan. Sehubungan itu, dapatlah disimpulkan bahan hasil yang diperoleh antara lain menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada masa sekarang cenderung mengamalkan budaya lazim selaku budaya yang diamalkan secara tradisi sungguhpun menerima pelbagai pengaruh luar. Sungguhpun begitu, amalan tersebut tidak bersifat terlalu fanatik dan khusus memandangkan kecenderungan pemilihan tanaman hiasan sebagai elemen khusus bagi sebuah taman menunjukkan betapa masyarakat sudah teranjak akan paradigmanya untuk menerima pembangunan serta perkembangan teknologi memandangkan pelbagai usaha yang dilakukan adalah untuk mendapat kepuasan hasil daripada penerimaan masyarakat secara keseluruhannya. 4.3 Elemen - elemen tipikal dalam Perlandskapan Rumah orang Melayu Kontemporari 4.3.1 Elemen landskap Lembut Landskap lembut adalah elemen-elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi. Ia terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori atau jenis. Hasil kajian mendapati, elemen landskap lembut yang lazimnya mempunyai kecenderungan yang tinggi digunakan sebagai hiasan laman bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari terdiri daripada tanaman hiasan, tanaman herba / dapur, tanaman teduhan serta tanaman palma. Disamping itu, tanamantanaman lain yang turut tidak diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman memanjat, tanaman orkid , tanaman exotic serta tanaman bermusim. Namun, tanaman-tanamn tersebut tidak memenuhi kecenderungan pemilihan responden sebagai elemen perlandskapan yang lazim. Dalam konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah meliputi tanaman-tanaman yang terdiri daripada tanaman renek, semak perdu juga tanaman-tanaman exotic. Bagi kebanyakan responden, tanaman hiasan diistilahkan sebagai tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segi warna, bau, bentuk, saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang ditanam di atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga tanaman air. Tanaman herba/dapur pula di kelompokkan bagi tanaman-tanaman yang mempunyai kepentingan lain selain dari tujuan hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman berdasarkan petua-petua golongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung anak, pokok gelenggang serta lain-lain lagi. Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak atau sumber makanan seperti sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur. Hal ini demikian kerana tanaman dapur ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumah masyarakat Melayu. Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang terdiri daripada pokok-pokok besar baik dari kategori pokok ‘overstory trees’ mahupun dari kategori pokok sederhana ‘understory trees’ . Pokokpokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar bagi memberi sokongan kepada sesuatu kawasan. Antara lain, pokok-pokok besar ini lazimnya merupakan pokok buah-buahan seperti pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang, serta hujan-hujan turut berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat Melayu. Mereka seterusnya akan merekabentuk kawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan khemah rehat sebagai tempat rehat serta semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Tanaman palma sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung ini. Tanaman palma adalah spesis tanaman yang paling mudah duklasifikasikan mengikut kumpulan palmae. Adat masyarakat dahulu mencerminkan kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda bagi setiap kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan sebatang pohon kelapa. Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang makan yang digunakan dalam adat memakan sirih juga membuktikan bahawa pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman dahulu. Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu rekabentuk perlandskapan masyarakat Melayu. 4.3.2 Elemen landskap Kejur Dalam konteks sesebuah perlandskapan, landskap kejur adalah senitaman yang terdiri daripada hasiln rekaan buatan manusia. Ia adalah rekabentuk sesuatu elemen tambahan yang menjadi pelengkap dalam sesebuah rekaan senitaman. Hasil pemerhatian di tapak kajian, didapati bahawa, masyarakat semasa cenderung menggunakan pendekatan landskap kejur ini sebagai daya penarik terhadap landskap mereka. Antara elemen landskap kejur yang lazim digunakan dalam perlandskapan rumah masyarakat Melayu kontemporari termasuklah binaan wakaf sebagai tempat berkumpul, binaan pergola, pasu-pasu konkrit, kolam-kolam air, air pancut, buaian serta bangku-bangku taman. Pencahayaan juga memainkan peranan di dalam landskap terutama sekali untuk membekalkan cahaya terang dipersekitaran khususnya pada waktu malam. Hal ini bukan sajhaja memberikan keselesaan penghuni malahan dapat berwaspada daripada sebarang bahaya yang berkemungkinan. Penggunaan lampu-lampu taman, pelita, lampu-lampu LED didapati mempunyai kecenderungan yang tinggi digunakan oleh masyarakat semasa khususnya pada musim-musim perayaan. Tambahan pula, penggunaan elemen ini dirasakan mampu menambahkan keistimewaan serta kecantikan sesuatu laman persekitaran khususnya bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari. 5. RUMUSA KAJIA Hasil daripada kajian yang meninjau tentang aspek identiti perlandskapan rumah masyarakat Melayu semasa di beberapa buah kampung di desa wawasan ini mendapati bahawa budaya atau peradaban tradisi masih tidak diketepikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Sungguhpun secara amnya, persepsi serta mentaliti masyarakat kian dijajah, namun pada dasarnya, adat dan budaya masih lagi menjadi kayu pengukur terhadap cara hidup sesebuah masyarakat khususnya masyarakat Melayu kontemporari. Justeru, faktor budaya boleh dipertimbangkan dalam merencana atau merekabentuk sebuah imej atau identiti untuk mengukur ciri perlandskapan sesebuah masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh desa wawasan misalnya banyak membantu dalam meningkatkan keberkesanan sesebuah perancangan khususnya dalam konteks merekabentuk perlandskapan persekitaran. Aktiviti dan aspirasi yang digarap oleh gerakan sedemikian dilihat lebih berkesan dan efektif memandangkan usaha yang diterapkan mampu merangsang penglibatan sejumlah besar warga desa. Penglibatan yang dijalankan secara menyeluruh ini bersifat lebih komprehensif dan praktikal untuk memelihara kesinambungan dan kelangsungan habit dan peradaban yang berupaya menjadi suatu budaya pada masa kini serta buat generasi yang mendatang. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa, hasil kajian yang diperoleh menunjukkan kecenderungan masyarakat semakin memperakui dan menerima aktiviti perlandskapan sebagai suatu pelengkap atau keperluan bagi sesebuah persekitaran baik dari sekecil-kecil skop seperti tapak rumah mahupun meliputi segenap kawasan dalam sesebuah Bandar misalnya. Landskap yang kian berkembang ini sungguhpun masih baru dan samar dalam penentuan identiti sendiri namun, faktor-faktor kecenderungan budaya, perancangan GDW serta habit dapat dipertimbangkan dalam melaksanakan sebuah kajian bagi membentuk atau mencorakkan sesebuah identiti bangsa khususnya dalam konteks perlandskapan kontemporari atau semasa ini. Antara lain, pendekatan kontemporari yang digunakan adalah sebagai wadah dalam megeneralisasikan perkembangan antara dua zaman yang berbeza baik secara tradisi mahupun untuk kemajuan interaktif pada masa hadapan. Justeru, kajian yang bersifat kontemporari Paper number: 5344616

C S S R 0 8’ 0 9

14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

atau semasa ini turut berupaya mengenengahkan unsur-unsur dari tradisi yang dirasakan ‘evergreen’ atau mampu memenuhi perkembangan sepanjang zaman untuk diperkenalkan pada masa hadapan atau sekurang-kurangnya tidak diketepikan memandangkan yang tradisi merupakan cerminan yang menjadikan bangsa hari ini berkembang dan berjaya sehingga hari ini. PEGHARGAA Berbanyak-banyak doa dan kesyukuran dipanjatkan ka hadrat Ilahi, kerana dengan limpahan rahmat yang dikurniakan, akhirnya penghasilan kajian ini terlaksana dengan jayanya. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya rakamkan buat kesemua pihak-pihak yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung di sepanjang proses penghasilan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya sampaikan kepada pihak-pihak yang terlibat, khususnya pihak pentadbir kawasan kajian serta para responden yang banyak membantu melicinkan proses pengumpulan maklumat. Segala maklumat dan kerjasama yang telah diperoleh daripada kesemua pihak yang terlibat akan saya kenang sentiasa. Ucapan penghargan ini juga ditujukan khas buat suami, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta terus memahami dalam menjalani jerih payah kehidupan. Akhir kata, semoga kita sama-sama terus mendapat keredhaan dari yang Maha Esa dan terus berjaya mengecap kebahagian hidup di dunia dan akhirat, Insyaallah. SEARAI RUJUKA Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh. (1997) Warisan Senibina Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul,R.E.2000..egara Pasaran dan Pemodenan Malaysia.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan(UKM) Asmad. (1990) Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Cetaktama Sdn.Bhd. Asnarulkhadi, A. S. dan A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra(UPM) Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr. Julaihi Wahid (2003) Globalisasi, Modernisme dan Aliran Arsitektur .usantara – Dimana kita ?; Simposium Jelajah Arsitektur Nusantara, Brastagi, Medan, Indonesia; 11 – 14 Disember 2003. Ervin H.Zube (1975) Landscape Assessment : Values, Perceptions, and Resources. Stroudsburg, Pennsylvania: Dowden, Hutchingson & Ross, Inc. Garrett Eckbo (1978) Home Landscape; The Art of Home Landscaping. United States of America: Halliday Lithograph Corporation. John Lecte (2001) 50 Filsuf Kontemporer, Dari strkturalisme sampai Postmodernitas. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius. Laurie. M. (1986). An Introduction to Landcsape Architecture. New York : Elsevier Science Publishing Co. Inc. Lim Jee Yuan (1997) The Malay House : Rediscovering Malaysia’s Indigenous Shelter System. Institut Masyarakat, Malaysia. McHarg, Ian L. (1967). Design With .ature. New York: John Wiley & Sons, Inc. Mohd Koharuddin, M.B. 2005. Pembangunan Luar Bandar di Malaysia: Gerakan Desa Wawasan (GWD) sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Afandi Yahya. (1995) Simbolisme dalam Senibina Rumah Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Norman K. Booth, ASLA (1991) Residential Landscape Architecture : Design Process for The Private Residence. New Jersey: Pearson Education Inc. Simon Bell (1993) Elements of Visual Design in the Landscape. London: E& FN Spon, An Imprint of Chapman & Hall. Syed Husin Ali.(1979)Orang Melayu:Masalah&Masa depannya. K.Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. Paper number: 5344616

Related Documents


More Documents from "Firda"