4_pembiakan Dan Pertumbuhan

  • Uploaded by: ZULKAFLI ARIFIN
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4_pembiakan Dan Pertumbuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 432
  • Pages: 5
HBLS 4

PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN TAJUK : PENCARAN DAN PERCAMBAHAN 1.0 Pencaran 1.

Proses penyebaran buah atau biji benih menjauhi induknya.

2.

Tujuan pencaran adalah untuk mengelakkan persaingan dan kesesakan untuk mendapatkan keperluan hidup seperti air, garam mineral dan cahaya matahari yang membolehkan individu bermandiri.

3.

Proses pencaran ini memerlukan bantuan agen-agen tertentu untuk membawa buah atau biji benihnya jauh dari induknya.

4.

Agen-agen pencaran termasuklah 1. Angin 2. Air 3. Manusia dan haiwan 4. Mekanisme letupan

1.4.1 Pencaran oleh angin Biji benih :Kecil dan banyak Sangat ringan Bersayap atau berbulu Buah :Ringan Bersayap Kecil

Rajah 12.24 (b) Proses pencaran oleh angin

1

KPLI/LAN

1.4.2 Pencaran oleh Manusia dan Haiwan Biji benih :Keras supaya tidak boleh dicernakan oleh haiwan Mempunyai cangkuk atau berduri untuk melekat pada badan haiwan Buah :Mempunyai isi sukulen untuk dimakan Berwarna menarik dan menfgeluarkan bau untuk menarik perhatian

Rajah 12.25 (a) : Proses pencaran oleh haiwan

1.4.3 Pencaran oleh Air Buah / biji benih :Ringan Mempunyai ruang udara Mempunyai lapisan kalis air Terapung di permukaan air Rajah 12.26 (a) : Proses pencaran oleh air

2

KPLI/LAN

1.4.4 Pencaran oleh mekanisme letupan Buah :Mempunyai garis di antara karpel-karpel buah. Biji benih :Ringan Keras

Rajah 12.27 (b) : Proses mekanisme letupan 2.0 Struktur biji benih

Rajah 12.28 : Struktur anak benih Terdapat dua jenis biji benih iaitu :A. biji benih dikotiledon yang mempunyai dua kotiledon seperti kacang. B. biji benih monokotiledon yang mempunyai satu kotiledon sahaja seperti jagung.

3

KPLI/LAN

3.0 Percambahan 1.

Percambahan adalah proses biji benih bertumbuh dan membesar menjadi anak benih

2.

Semasa percambahan :Radikel bertumbuh dahulu ke bawah menjadi akar Plumul bercambah ke atas membentuk pucuk dan batang Kotiledon membekalkan makanan sehingga akar dapat menyerap air dan mineral serta daun telah boleh melakukan proses fotosintesis.

3.

Biji benih memerlukan tiga syarat utama untuk bercambah iaitu : a) air

b) udara

Rajah 12.29 : 4.

c) haba yang sesuai

Rajah Eksperimen menentukan syarat-syarat percambahan biji benih

Rajah 12.29 menunjukkan ekperimen yang dijalankan untuk menentukan syarat-syarat yang diperlukan oleh biji benih untuk bercambah

4

KPLI/LAN

5.

Dari pemerhatian yang dilakukan, didapati

Biji benih dalam Tabung Uji A B

Keadaan yang disediakan Udara Y Y

C D

Y

Air Y

Suhu bilik Y Y

Y

Y

Y

Bercambah/ Tak bercambah Bercambah Tak Bercambah Tak Bercambah Tak Bercambah

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian di atas, biji benih memerlukan udara, air dan suhu yang sesuai untuk bercambah. 6.

Terdapat dua jenis percambahan iaitu :1. 2. 6.1

percambahan epigeal percambahan hipogeal Percambahan epigeal Kotiledon dibawa keluar ke atas tanah bersama-sama dengan pucuk.

6.2

Percambahan hypogeal Kotiledon tertinggal di dalam tanah.

5

Related Documents


More Documents from "Zakiatu annisa"