P.vokasional - Landskap Dan Nurseri - Ting. 4 Dan 5

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Landskap Dan Nurseri - Ting. 4 Dan 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 5,006
  • Pages: 35
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKAT AN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menc apai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPA DA TUHAN KESETIAAN KEPA DA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDA NG- UNDANG KESOPANAN DA N KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan har monis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

.$1'81*$1 3HQGDKXOXDQ



0DWODPDW



2EMHNWLI



2UJDQLVDVL.DQGXQJDQ



3HQGHNDWDQ'DQ3HQHNDQDQ



3HPHWDDQ.DQGXQJDQ



)RUPDW+XUDLDQ



+XUDLDQ7LQJNDWDQ(PSDW



+XUDLDQ7LQJNDWDQ/LPD



1

Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalam merancang, menghasil, membina dan menyenggara projek landskap dan nurseri. Kemahiran ini membolehkan murid meneruskan kehidupan sebagai pengusaha industri landskap secara produktif, yakin diri serta berdikari.

PENDAHULUAN

Apakah Mata Pelajaran Landskap dan Nurseri

Landskap dan Nurseri adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskap dan nurseri.

MATLAMAT

Matlamat Mata Pelajaran Landskap dan Nurseri

Penaw aran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiw an, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

1

Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyelenggara projek landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya ker ja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam industri landskap.

RANGKA KONSEP

OBJEKTIF Objektif Mata Pelajaran Landskap dan

Kurikulum Landskap membolehkan mur id : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

dan

Nurseri adalah

untuk NURSERI ERI NURS

Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam nurseri serta menubuhkan nurseri Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan Memilih dan menyediakan bekas dan medium tanaman Mengurus dan menyenggara nurseri dan kaw asan landskap Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap Membina landskap lembut dan kejur Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

PENGENALAN

TUMBUHAN LANDSKAP

PEMBIAKAN TANAMAN

BEKAS DAN MEDIUM TANAMAN

PENANAMAN dan PENYENGGARAAN TANAMAN

PENU BUH AN NUR SERI

LANDSKAP LANDS KA P

JENIS PEMILIHAN TUMBUHAN MEREKA BENTUK LANDSKAP

PELAKSANAAN LANDSKAP

ORGANISASI KANDUNGAN

PENGUR USAN DI T EMPAT KER JA

PENYENGGARAAN LANDSKAP

KEUSAHAW ANAN dalam Landskap dan Nurser i

Rangka Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang Konsep pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

KEUSAH AW ANAN

2

KOMU NIKA SI

Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Landskap dan Nurseri adalah berikut:

1.

3.

Pengurusan dan Keusahaw anan

Murid mengurus kerja dengan sempurna, mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya dalam industri landskap.

Nurseri

Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur hiasan member i tumpuan kepada pengeluaran bahan tanaman untuk melaksanakan projek landskap. Dalam bidang ini murid mengenal pasti jenis nurseri, struktur dalam nurseri, pengelasan tumbuh-tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap, pembiakan tanaman, bekas dan medium tanaman. Murid melakukan penanaman dan penyenggaraan tanaman serta mempelajari perkara yang perlu dalam penubuhan sesebuah nurseri.

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Kemahiran melalui Latihan Amali

2. Landskap Dalam bidang ini tumpuan diberi terhadap pelandskapan sesuatu kaw asan. Usaha ini melibatkan pemilihan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan struktur. Elemen ini disususn atur dalam satu reka bentuk yang sesuai dan menarik. Murid mengenal pasti jenis landskap dan membuat pemilihan tumbuhan. Murid juga mereka bentuk, membina dan membuat kerja penyenggaraan landskap.

3

Landskap dan Nurseri adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya digabung jalinkan semasa kerja amali yang kebanyakannya dilakukan di tapak nurseri dan kaw asan pelandskapan. Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan keusahaw anan perlu digabungjalinkan untuk membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan menceburi industri landskap atau menjalankan perniagaan sendir i.

Kemahiran yang Relevan

Nilai Murni

Kreativiti dan Kaedah Kajian Masa Depan

sumbangan ke arah hala tuju bidang pelandskapan. Sebagai contoh, dalam proses mereka bentuk projek landskap, murid mengkaji jenis produk pelandskapan yang popular, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang bersaingan. Di samping itu murid boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk barunya dalam bidang landskap dan nurseri.

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pelandskapan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang ker jaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjaw ab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Keselamatan dan Pengendalian Bengkel

Daya kreativiti murid per lu digalakkan dalam kerja mereka bentuk landskap. Unsur penting kajian masa depan juga boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang daya intelek murid dalam menghasilkan produk yang boleh memberi

4

Selain daripada membuat rujukan buku dan majalah profesional, murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendapat maklumat terkini mengenai industri landskap dan nurseri. Rujukan seperti ini boleh membantu murid menjana idea baru. Kemahiran ICT murid juga diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan sama ada di kaw asan nurseri atau tapak landskap. Sebarang penggunaan jentera, mesin dan bahan kimia beracun perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi tempat kerja dan pengurusan kerja yang mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjaw ab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Landskap dan Nurseri

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang Tunjuk Cara sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali. Modul Pembela jaran

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan ker ja, maklumat rujukan dan penilaian.

1.

PEMETAAN KANDUNGAN

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Bilangan Waktu Seminggu

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Landskap dan Nurseri untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran Landskap dan Nurseri mata pelajaran ialah dua belas w aktu seminggu yang mana setiap w aktu ialah empat puluh minit.

5

Nurseri 1.1 Pengenalan a. J enis nurseri b. Struktur dalam nurseri c. Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan 1.2 Tumbuhan l ands kap a. Pokok naungan b. Pokok renek c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf d. Pokok pal ma e. Tanaman hiasan dalaman f. Tanaman semusi m g. Orkid h. Tumbuhan memanjat dan menjalar i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair j. Tumbuh-tumbuhan l ain 1.3 Pembiakan tumbuhan a. Pembiakan s eks b. Pembiakan aseks Bekas tanaman dan medium 1.4 penanaman a. Bekas tanaman b. Medium Penanaman dan penyenggaraan 1.5 tanaman a. Pr osedur menanam b. Penyenggaraan tanaman 1.6 Penubuhan nurseri

TINGKATAN 4 (minggu) (35 ) 2 9 9 9 2 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 3 8 2 9 9 8 9 9 10

TINGKATAN 5 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN a. Pembinaan nurseri b. Penyenggaraan nurseri 2.

Landskap 2.1 Jenis lands kap 2.2 Pemilihan tumbuhan lands kap a. Faktor pemilihan tumbuhan lands kap b. Fungsi tumbuhan dalam lands kap 2.3 Proses mereka bentuk lands kap a. Inventori tapak b. Analisis tapak c. Pel an reka bentuk l ands kap 2.4 Pelaksanaan l ands kap a. Pembinaan lands kap lembut b. Pembinaan lands kap kejur 2.5 Penyenggaraan kawas an lands kap a. Penyenggaraan kawasan lands kap lembut b. Penyenggaraan kawasan lands kap kejur

3.

Pengurusan d an Keusahawanan 3.1 Pengurus an di tempat kerja a. Pengurus an yang bai k b. Etika dan budaya kerja c. Per aturan dan undang-undang kerja d. Pemelihar aan alam s ekitar dalam industri lands kap 3.2 Keus ahawanan a. Kemahiran ber komunikasi b. Kemahiran membuat keputusan c. Ranc angan perniagaan

TINGKATAN 4 (minggu) 9

TINGKATAN 5 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN

TINGKATAN 4 (minggu)

d. Agensi yang membantu usahawan e. Pemasar an f. Peluang kerjaya dal am bidang lands kap dan nurseri

9 ( 33 ) 3 2

JUMLAH

9 9 1 2 8 6 6

3 2 ( 2) 9 9 9 9 9 9 9

6

TINGKATAN 5 (minggu) 9 9 9

( 35 minggu )

( 35 minggu )

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan Cadangan membekalkan pengalaman pengajaran dan Aktiviti pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada Pembelajaran murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

FORMAT HURAIAN

Tiga lajur

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajara

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Hasil Pembelajara

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

7

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI TINGKATAN EMPAT

1

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Nurseri 1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Jenis nurseri

x

Menyatakan jenis perusahaan nurseri

Jenis perusahaan nurseri atau semaian ialah: nurseri runcit nurseri borong nurseri landskap.

b. Struktur dalam nurseri

x

Menyenaraikan struktur dalam nurseri

Struktur dalam nurseri ialah: rumah tumbuhan, pejabat tempat jualan, stor, potting shed, tempat pembiakan, tempat pengerasan.

c. Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

x

Menyenaraikan faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

Faktor penting dalam pembinaan nurseri ialah or ientasi, peratus dan bahan teduhan, bahan binaan, sistem penyiraman dan susunan tumbuhantumbuhan.

2

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN 1.2 Tum buhan landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Pokok naungan b. Pokok renek c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf d. Pokok palma e. Tanaman hiasan dalaman f. Tanaman semusim g. Orkid h. Tumbuhan memanjat dan menjalar i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair j. Tumbuh-tumbuhan lain

HASIL PEM BELAJARAN

x

Menyatakan pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap.

x

Menyenarai beberapa contoh tumbuhan landskap.

x

Menyatakan ciri beberapa kumpulan tumbuhan landskap

x

Menyatakan fungsi tumbuhan landskap

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan. Tumbuhan hiasan dikenalpasti dengan menggunakan Sistem Tatanama Binomial yang dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies. Di antara kriter ia pemilihan tumbuhan landskap ialah: - mudah ditanam dalam semua jenis kaw asan - mudah dikenal pasti mengikut jenis - mudah dipangkas - banyak pilihan - sesuai ditanam di batas dan di dalam bekas - mudah dijaga - mudah mendapat bekalan - mudah dibiakkan dengan banyak. Membuat buku skrap mengenai tumbuhtumbuhan Hiasan dan Landskap. Law atan ke tapak nurseri yang berhampiran.

3

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Pembiakan tumbuhan a. Pembiakan seks ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu) i. Pengenalan

x x

ii. Raw atan dan penyimpanan biji benih

x x

x

x iii. Menguji kebernasan biji benih

x x

Menerangkan maksud pembiakan seks Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan seks

Mempamerkan beberapa sampel benih tumbuhan hiasan dalam bekas yang berlabel.

Menyatakan faktor pemilihan biji benih Mengenal pasti bahan kimia yang digunakan untuk raw atan dan penyimpanan biji benih Menggunakan bahan kimia berkenaan untuk tujuan raw atan dan penyimpanan biji benih Melakukan penyimpanan biji benih

Mempamerkan beberapa contoh bahan kimia untuk raw atan biji benih. Memberi penekanan terhadap ciri keselamatan semasa penggunaan kimia beracun dan tempat penyimpanan. Murid melakukan raw atan dan penyimpanan biji benih.

Menyatakan teknik menguji kebernasan biji benih Menguji peratus percambahan biji benih

Tunjuk cara menguji kebernasan biji benih. Disyorkan menggunakan biji benih tanaman semusim. Tunjuk cara mengira peratus percambahan.

4

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN iv. Menyemai dan mencambahkan biji benih

Melakukan penyemaian dan pencambahan biji benih halus dan besar mengikut prosedur Menyediakan media dan bekas semaian

Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih halus secara individu. Murid melakukan penjagaan selepas penyemaian. Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih besar.

Menyatakan tujuan pemindahan anak benih di lakukan Melakukan pemindahan anak benih

Murid melakukan pemindahan anak benih dari bekas semaian ke bekas lain seperti beg politena / pasu secara individu.

x

Menerangkan maksud pembiakan aseks

Law atan dan pemerhatian ke nurseri.

x

Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan aseks

x

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiak secara pembiakan aseks

Murid -

x

Melakukan beberapa kaedah pembiakan aseks

x

x

v. Pemindahan anak benih

x x

b. Pembiakan aseks ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

5

membuat pembiakan: keratan batang secara keratan daun tut cantuman baji dan sandingan cantuman mata tunas pembahagian organ.

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN 1.4 Bekas tanaman dan medium penanaman ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

HASIL PEM BELAJARAN x

x

Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas tanaman Memilih bekas tanaman mengikut kegunaan

Per kara penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bekas tanaman ialah bekas: mempunyai lubang tahan dan tidak mudah pecah ringan mudah dibersihkan kemas dan menarik mudah didapati harga berpatutan. Mempamerkan beberapa jenis dan saiz bekas tanaman seperti pasu tanah liat, pasu plastik dan beg politena.

Menyenaraikan beberapa jenis medium penanaman Menyatakan fungsi setiap jenis medium Menyediakan medium penanaman Membuat campuran medium penanaman

Fungsi medium penanaman bagi tumbuhan ialah : Memberi sokongan kepada akar pokok Membekalkan unsur nutrien Membekalkan air dan udara.

a. Bekas tanaman

b. Medium

x x x x

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

6

Campuran medium pemasuan yang digunakan ialah John Innes (JIP) seperti berikut : 7 bahagian isipadu tanah atas 3 bahagian isipadu bahan organik 2 bahagian isipadu pasir. Bagi setiap 1 meter padu campuran tambahkan 4.2 kg baja Malameal atau Gromeal dan 2.7 kg batu kapur magnesium.

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Penanam an dan penyenggaraan tanam an ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Prosedur menanam i. Menanam dalam beg politena ii. Menanam dalam pasu iii. Menanam dalam bekas lain

x x x x

iv.

Mengatur dan melabel

Melakukan penanaman dalam beg politena Melakukan penanaman dalam pasu Melakukan penanaman dalam bekasbekas lain Melakukan pemindahan tanaman daripada bekas kecil ke dalam bekas besar

x x

Menyusun atur tanaman di nurseri Melabel tanaman

x

Menyatakan cara penyiraman di nurseri Memasang, menguji dan memastikan sistem pengairan di nurseri berfungsi

b. Penyenggaraan tanaman i. Penyiraman

x

Beberapa teknik penyiraman di nurseri seperti cara manual, sistem renjisan air, melalui per mukaan dan melalui kapilari. Keperluan air untuk tumbuhan bergantung kepada suhu, kelembapan, cahaya, saiz dan spesies tumbuhan serta saiz bekas dan jenis medium. Murid melakukan ker ja pengoperasian sistem pengairan di nurseri.

7

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

ii. Pengaw alan cahaya

x

Menyatakan bahan dan peralatan untuk mengaw al cahaya di nurseri

Mempamerkan bahan yang digunakan untuk membuat teduhan seperti pelbagai jenis Tildenet. Murid memasang bahan dan peralatan teduhan di nurseri.

iii. Merumput

x

Menyatakan tujuan merumput di nurseri Menyatakan teknik merumput

Tunjuk cara merumput di nurseri.

Menyatakan baja yang digunakan untuk tanaman hiasan Menyatakan teknik dan kadar pembajaan yang sesuai Membaja mengikut keperluan tumbuhan

Jenis baja yang sesuai digunakan di nurseri : baja sebatian seperti nitrophoska baja larutan pelahan seperti osmocote dan apex

Menyatakan tujuan pemangkasan tumbuhan dalam bekas Mengenalpasti alatan dan teknik pemangkasan Memangkas tumbuhan di nurseri

Tunjuk cara teknik pemangkasan pelbagai jenis tumbuhan di nurseri.

x iv. Pembajaan

x x x

v. Pemangkasan

x x x

8

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN vi. Pengaw alan perosak dan penyakit

HASIL PEM BELAJARAN Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simptom penyakit tumbuhan Mengaw al perosak dan penyakit di nurseri

Memeriksa tumbuhan di nurseri. Tunjuk cara membancuh racun dan membuat semburan. Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan racun kimia.

Mengenal pasti tumbuhan yang perlu dibuat pemasuan semula Memasu semula tumbuhan mengikut prosedur

Tunjuk cara pemasuan semula di nurseri.

x

Menyimpan rekod nurseri secara sistematik

Tunjuk cara menyimpan rekod nurseri.

x

Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan tapak nurseri

Faktor penting dalam pemilihan tapak untuk nurseri ialah: keadaan muka bumi sumber air lindungan daripada angin kencang jauh dari pencemaran kemudahan asas dan lokasi.

x

x

vii. Pemasuan semula

x x

viii. Penyimpanan rekod nurseri

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.6. Penubuhan nurseri ( Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu) a. Pembinaan nurseri i. Pemilihan tapak

9

BIDANG PEMBELAJ ARAN / UNIT PEMBELAJARAN ii. Susun atur struktur

b. Penyenggaraan nurseri

HASIL PEM BELAJARAN x

Menyatakan struktur asas yang perlu ada dalam sesebuah nurseri

x

Menyatakan ciri dan fungsi struktur asas

x

Menyatakan aktiviti penyelenggaraan di nurseri

x

Menyenaraikan peralatan untuk kerja penyenggaraan

x

Menyenggara kaw asan nurseri

10

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Struktur atau keperluan asas yang perlu ada di sesebuah nurseri : a) Pejabat, setor dan tempat jualan b) Tempat penyediaan medium dan pemasuan c) Rumah pembiakan dan rumah tumbuhan. Di antara aktiviti penyenggaraan di nurseri ialah a) Merumput, menggembur dan membaja b) Pembersihan kaw asan. Murid melakukan ker ja penyenggaraan di kaw asan nurseri.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI TINGKATAN LIMA

11

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Landskap 2.1 Jenis landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu )

x Menyatakan hubungan antara landskap dan alam sekitar x Menyatakan beberapa istilah penting dalam landskap

Membuat rujukan beberapa istilah penting yang sering digunakan dalam bidang landskap: landskap pelandskapan reka bentuk landskap pereka bentuk landskap arkitek landskap kontraktor landskap.

x Menerangkan tujuan pelandskapan

Law atan dan pemerhatian ke kaw asan landskap.

x Menyenaraikan beberapa elemen atau unsur dalam landskap lembut dan kejur

Elemen atau unsur dalam reka bentuk landskap ialah tumbuhan, air dan struktur binaan.

x Mengenal pasti landskap lembut dan landskap kejur

12

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Pem ilihan tumbuhan landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu ) a. Faktor pemilihan tumbuhan landskap

b. Fungsi tumbuhan dalam landskap

x Menyenaraikan faktor pemilihan tumbuhan hiasan landskap x Memilih tumbuhan untuk pelandskapan

Faktor pemilihan tumbuhan dalam landskap: rupa bentuk saiz tumbuhan dew asa kepadatan daun dan dahan kadar tumbesaran warna dan tekstur daun warna dan bauan bunga.

x Menyatakan fungsi fizikal tumbuhan dalam landskap

Fungsi fizikal tumbuhan dalam landskap: mengaw al pandangan menghalang pergerakan mengaw al iklim .

x Menyatakan fungsi estetika tumbuhan dalam landskap

Fungsi estetika tumbuhan dalam landskap: melembutkan bentuk mencantikkan kaw asan selesa dan harmoni.

13

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 Proses mereka bentuk landskap a. Inventori tapak ( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

x Menyatakan maksud reka bentuk landskap x Mengenal pasti tapak atau kaw asan yang hendak dibina landskap x Menyenaraikan ciri fizikal dan elemen yang sedia ada di tapak

Proses reka bentuk landskap merangkumi: penerimaan projek/tugasan law atan tapak analisis tapak pelan reka bentuk lukisan tender/binaan pelaksanaan pengaw asan penyenggaraan.

b. Analisis tapak ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

x Merekod hasil pemerhatian dan inventori tapak atau kaw asan x Menilai keadaan persekitaran kaw asan

Murid merekod inventori dan elemen yang sedia ada di tapak dan membuat laporan hasil dapatan secara kumpulan.

14

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN c. Pelan reka bentuk landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu )

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyatakan prinsip yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk landskap x Mengenal pasti alatan melukis pelan x Melukis simbol grafik landskap mengikut saiz dan skala x Melukis idea aw al (konsep) pelandskapan dalam bentuk gambarajah bulat x Melukis pelan induk landskap x Membuat model berdasarkan pelan

Prinsip dalam mereka bentuk landskap: ringkas dan mudah difahami keanekaan keseimbangan penumpuan turutan skala. Pelan reka bentuk merangkumi: gambarajah bulat (bubble diagram) pelan konsep (concept plan) pelan induk (master plan). Proses reka bentuk seterusnya seperti penghasilan lukisan binaan oleh ahli profesional seperti arkitek landskap. Lukisan landskap kejur merangkumi struktur seperti: pergola, w akaf, gazebo, arca, kerusi/bangku taman, batu-batan, jalan dan tempat letak kereta.

15

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyatakan proses penyediaan tapak penanaman x Menyediakan lubang dan batas penanaman x Menyediakan tanah campuran x Menanam tumbuhan di tapak landskap x Membuat sungkupan dan sokongan kepada tanaman baru

Murid menyediakan tapak penanaman seperti: pembersihan kaw asan, menanda tempat penanaman dan persediaan lubang penanaman.

x Mengenal pasti alatan dan bahan pembinaan landskap kejur x Menghasilkan beberapa lakaran projek simen ferro x Menghasilkan projek simen ferro mengikut lakaran

Tunjuk cara teknik membuat simen ferro.

2.4 Pelaksanaan landskap a. Pembinaan landskap lembut ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

b. Pembinaan landskap kejur ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

16

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

Murid membuat beberapa lakaran projek. Murid membina struktur simen ferro secara kumpulan seperti kerusi, meja, cendaw an, batu, tong sampah dan kolam mini.

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN 2.5

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Penyenggaraan kaw asan landskap a. Penyenggaraan kaw asan landskap lembut ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu ) i. Penyiraman

x

Menyatakan kerja-kerja penyenggaraan di kaw asan landskap

Kerja-kerja penyenggaraan tumbuhan di kaw asan landskap merangkumi: penyiraman, merumput, sungkupan, pembajaan dan pemangkasan.

x

Mengenal pasti beberapa sistem pengairan Memilih sistem pengairan yang sesuai dengan tapak landskap Mengenal pasti komponen dalam sistem pengairan Menyusun atur sistem pengairan di tapak landskap Memasang dan menguji sistem pengairan supaya berfungsi Menyiram mengikut kadar dan masa yang sesuai

Mempamerkan peralatan dan komponen sistem pengairan seperti sistem pengairan titis dan sprinkler.

x x x x x

ii. Pembajaan

x x

Mengenal pasti teknik pembajaan di kaw asan landskap Membaja tanaman landskap

17

Tunjuk cara teknik membaja seperti tabur terus, poket dan semburan.

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN iii. Pemangkasan

HASIL PEM BELAJARAN x x x x x

iv. Pengaw alan perosak dan penyakit

x

x

v. Kerja penyenggaraan lain

x x

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menerangkan tujuan pemangkasan tumbuhan landskap Mengenal pasti peralatan untuk pemangkasan Menyatakan jenis pemangkasan mengikut tujuan Memangkas dengan cara teratur seperti yang dikehendaki dengan tujuan yang tertentu Meraw at luka dan dahan yang tinggal disebabkan oleh pemangkasan

Di antara jenis pemangkasan : pemangkasan membentuk pemangkasan rutin pemangkasan meraw at atau memperbaiki.

Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simpton penyakit tumbuhan di kaw asan landskap Memilih dan menggunakan racun perosak dan penyakit

Memeriksa tumbuhan yang ada di kaw asan landskap. Membuat pengaw alan penyakit dan perosak. Aspek keselamatan hendaklah diberi penekanan semasa menggunakan kimia beracun.

Membersih dan mengemas kaw asan landskap Menyulam apabila pokok yang ditanam mati

Murid membersihkan kaw asan landskap seperti memotong rumput, membuang sampah dengan menggunakan peralatan seperti pengaut dan kereta sorong.

18

Tunjuk cara beberapa jenis pemangkasan mengikut tujuan. Murid memangkas di kaw asan landskap seperti pokok pagaran dan topiari.

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN b. Penyenggaraan kaw asan landskap kejur ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

3.

Pengurusan dan Keusahaw anan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu ) 3.1 Pengurusan di tem pat kerja a. Pengurusan yang baik

HASIL PEM BELAJARAN x x

Mengenal pasti kerosakkan pada struktur landskap Membaik pulih kerosakan

x

Merancang dan menyediakan jadual kerja

x

Mengurus perolehan stok

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Memeriksa kerosakan landskap kejur di kaw asan landskap atau persekitaran sekolah. Membaik pulih kerosakan struktur landskap seperti mengecat semula, mengganti kerosakan dan melepa. Aktiviti penyenggaraan lain adalah amalan berterusan.

Membuat jadual kerja dan menyiapkan kerja mengikut jangka masa yang di tetapkan untuk sesuatu projek. Contoh : Jadual kerja menghasilkan tumbuh-tumbuhan hiasan landskap. Berbincang dalam kumpulan mengenai perolehan stok untuk projek yang akan dilaksanakan seperti bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal dan perbelanjaan. Cara menyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahan mudah rosak dan racun.

19

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN x

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Memperkenalkan buku inventori atau stok dan cara menyimpan rekod bahan dan kuantiti yang dibeli.

Merekod stok

Latihan merekod stok. b. Etika dan budaya kerja

x

Menerangkan sebab perlunya mengamalkan etika kerja

Sumbangsaran sebab mengamalkan etika kerja.

perlunya

x

Mengamal etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualiti

Etika kerja ber maksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati w aktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja. Budaya kerja ber maksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi. Menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan projek seperti kuat bekerja, bertanggungjaw ab dan setia kepada organisasi, komited dan sedia berubah ke arah positif. Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang ber jaya.

20

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN c. Peraturan dan undang-undang kerja

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri landskap

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

a. Menyenaraikan peraturan yang perlu dipatuhi semasa melakasanakan sesuatu kerja atau projek

Mengadakan perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan projek landskap dan nurseri.

x

Menyatakan akta dan undangundang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan undang-undang dalam bidang pengeluaran tanaman makanan. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Peker ja 1969.

x

Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang dalam mengurus kerja

Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai kesan pengabaian peraturan kerja. Contoh peraturan keselamatan di tempat kerja yang diabaikan boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

x

Menyatakan akta yang melindungi alam sekitar

x

Menyenaraikan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar

Ceramah atau perbincangan mengenai akta yang melindungi alam sekitar dan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar.

21

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

3.2

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar.

x

Menyatakan kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar

x

Menyatakan maksud komunikasi

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

x

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri.

Keusahaw anan a.

Kemahiran ber komunikasi

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga dan skim bayaran, kualiti, estetika, saiz, reka bentuk, w arna, trend terkini, tempoh serahan dan perkhidmatan selepas jualan.

22

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri. Menjalin perhubungan antara rakan untuk melaksanakan stu projek usahasama.

a. Kemahiran membuat keputusan

x

Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek landskap dan nurseri

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan. Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

c. Rancangan perniagaan

x

Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Sumbang saran untuk mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

x

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek yang akan dilaksanakan.

23

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN

d. Agensi yang membantu

x

Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahaw an

x

Menyatakan fungsi dan peranan agensi yang berkaitan

usahaw an

e. Pemasaran

f. Peluang

kerjaya di landskap dan nurseri

bidang

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat rujukan mengenai agensi yang berkenaan seperti bank dan jabatan kerajaan yang ber kaitan.

x Memasarkan produk yang dihasilkan

Memasarkan produk yang dihasilkan dalam projek. Tumpuan diberi kepada menggred, membungkus, menetapkan harga, promosi dan pengurusan jualan.

x Mengenal pasti peluang ker jaya di bidang landskap dan nurseri

Ceramah kerjaya oleh kaunselor sekolah. Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piaw aian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998. Murid menyenaraikan ker jaya yang terdapat di sekeliling tempat tinggal mereka dalam skop landskap dan nurseri.

24

Related Documents


More Documents from "Sekolah Portal"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35