KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
LANDSKAP DAN NURSERI
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
ii
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
PENDAHULUAN Landskap dan Nurseri ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran asas menghasilkan anak benih tumbuhan hiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan dan merancang serta membina landskap dengan menggunakan teknologi semasa. Landskap dan Nurseri adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam bidang teknologi pertanian serta memenuhi hasrat negara untuk mewujudkan ‘Negara dalam Taman’. Dalam mata pelajaran ini, murid terlibat dalam kerja amali di tapak nurseri dan di kawasan perlandskapan. Mereka perlu merancang, membina dan menyenggara nurseri dan kawasan landskap. Di antara kemahiran yang dikuasai oleh murid ialah mengenal pasti tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap; melakukan pembiakan tumbuhan; merancang; melukis pelan dan mereka bentuk landskap; membina landskap lembut dan kejur; menyenggara kawasan landskap; dan mengurus perniagaan yang berkaitan. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderongan dan minat untuk berkecimpung dalam bidang landskap dan nurseri. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh murid lepasan sekolah termasuklah menjalankan perusahaan atau bekerja di nurseri. Mereka juga boleh menawarkan perkhidmatan pembinaan dan penyenggaraan landskap.
MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyenggara projek landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri landskap.
1
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
OBJEKTIF Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untuk membolehkan murid: 1.
Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam nurseri serta menubuhkan nurseri
2.
Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap
3.
Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan
4.
Memilih dan menyediakan bekas dan medium tanaman
5.
Mengurus dan menyenggara nurseri dan kawasan landskap
6.
Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap
7.
Membina landskap lembut dan kejur
8.
Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan
9.
Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.
ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Landskap dan Nurseri diolah dalam tiga bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :
1. Nurseri Dalam bidang pembelajaran ini murid mengenal pasti jenis nurseri, struktur yang terdapat dalam sesebuah nurseri, pengelasan tumbuhan landskap, bekas tanaman dan medium penanaman serta langkah dalam menubuhkan sesebuah nurseri. Murid juga mempelajari kaedah pembiakan tumbuhan, melakukan kerja penanaman dan penyenggaraan tumbuhan di nurseri.
2
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
1.1
1.2
1.3
Pengenalan Jenis nurseri
b.
Struktur dalam nurseri
c.
Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan
Tumbuhan landskap a.
Pokok naungan
b.
Pokok renek
c.
Tanaman penutup bumi dan rumput turf
d.
Pokok palma
e.
Tanaman hiasan dalaman
f.
Tanaman semusim
g.
Orkid
h.
Tumbuhan memanjat dan menjalar
i.
Pokok kaktus dan tumbuhan lendair
j.
Tumbuh-tumbuhan lain
Pembiakan tumbuhan a. b.
1.4
a.
Pembiakan seks Pembiakan aseks
Bekas tanaman dan medium penanaman a.
Bekas tanaman
b.
Medium
3
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
1.5
Penanaman dan penyenggaraan tanaman a. Prosedur menanam b. Penyenggaraan
1.6
Penyenggaraan tanamanPenubuhan nurseri a.
Pembinaan nurseri
b. Penyenggaraan nurseri
2.
Landskap Dalam bidang pembelajaran ini murid mereka bentuk projek landskap lembut dan kejur. Murid membuat analisis tapak atau kawasan yang hendak dimajukan dengan projek landskap. Mereka dikehendaki melaksanakan projek pembinaan landskap lembut dan kejur serta membuat kerja penyenggaraan projek landskap hingga berjaya.
2.1
Jenis landskap
2.2
Pemilihan tumbuhan landskap
2.3
2.4
a.
Faktor pemilihan tumbuhan landskap
b.
Fungsi tumbuhan dalam landskap
Proses mereka bentuk landskap a.
Inventori tapak
b.
Analisis tapak
c. Pelan reka bentuk landskap Pelaksanaan landskap a.
Pembinaan landskap lembut
b.
Pembinaan landskap kejur
4
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
2.5
3.
Penyenggaraan kawasan landskap a.
Penyenggaraan kawasan landskap lembut
b.
Penyenggaraan kawasan landskap kejur
Pengurusan dan Keusahawanan Dalam bidang ini murid didedahkan kepada pengurusan yang baik di tempat kerja. Mereka mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan dan kemahiran membuat keputusan yang sesuai. Murid menyediakan rancangan perniagaan dan mencari peluang perniagaan atau perusahaan dalam bidang nurseri dan landskap.
3.1
Pengurusan di tempat kerja a.
Pengurusan yang baik
b.
Etika dan budaya kerja
c.
Peraturan dan undang-undang kerja
d.
Pemeliharaan alam sekitar dalam industri landskap
5