Alam Tumbuhan - Hortikultur

  • Uploaded by: ZULKAFLI ARIFIN
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Alam Tumbuhan - Hortikultur as PDF for free.

More details

  • Words: 1,784
  • Pages: 6
KULIAH 1 KPLI/LAN

ALAM TUMBUHAN Pendahuluan Tumbuhan merupakan sejenis benda hidup yang sudah ada di bumi sebelum wujudnya haiwan. Organisma ini adalah utama berbentuk tumbuhan pernah hidup di dalam laut daripada 3,000 juta tahun lalu. Organisma ini adalah alga hijau biru iaitu sejenis tumbuhan yang masih dapat ditemui di dalam air hingga ke hari ini. Tanpanya, haiwan tidak mungkin dapat hidup kerana semasa tumbuhan membuat makanannya, ia membebaskan oksigen yang digunakan oleh haiwan untuk bernafas. Tumbuhan tanah paling awal muncul ialah lebih kurang 400 juta tahun yang lalu. Tumbuhan ini tidak mempunyai bunga, daun atau akar. Tumbuhan berbunga yang mula-mula sekali wujud ialah kira-kira 300 juta tahun kemudiannya. Pada hari ini terdapat lebih daripada 375,000 spesis tumbuhan ini meliputi alga sel tunggal yang sangat halus sehingga kepada sejenis pokok yang besar yang bernama "sequoia" yang mempunyai ketinggiannya melebihi 83m. Lebih kurang 250,000 spesis terdiri daripada tumbuhan yang berbunga termasuk "buttercup". Tumbuhan bukan sahaja membekalkan oksigen kepada benda-benda hidup yang lain tetapi juga membekalkan sesetengah makanan dan keperluan harian kepada haiwan dan manusia. Dalam alam tumbuhan, kaji tumbuhan merupakan satu daripada cabang ilmu sains yang membicarakan tentang tumbuhan. Dalam lingkungan ini ia boleh dibahagikan kepada banyak aspek seperti kaji tumbuhan bersistem (pengelasan tumbuhan mengikut perkaitannya ), kajibentuk, kajibaka, kaji tumbuhan amalan yng terdiri daripada pertanian, ilmu perkebunan (Hortikultur), perhutanan, farmakognosi, kajikuman ,kaji penyakit tumbuhan (Patologi) dan sebagainya. Dalam perbincangan yang dibuat ini hanya membincangkan struktur tumbuhan secara am supaya dapat mengetahui serba sedikit tentang tumbuhan.

Sel Sel boleh dikatakan unit-unit asas bagi segala benda hidup sama ada manusia, haiwan dan tumbuhan. Sel ialah benda-benda yang boleh hidup dan membiak tanpa terputus-putus. Sel tumbuhan mempunyai tugas yang khas seperti menyerap air, ada pula yang bertugas mengalirkan air dan ada pula yang khas untuk membuat gula daripada karbon dioksida dan air. Sel tumbuhan dikelilingi oleh satu dinding yang kukuh yang dinamakan dinding sel. Dinding sel ini boleh dianggap sebagai bekas yang mengandungi bahagian hidup sel itu protoplasma bahkan juga membolehkan tumbuhan mempunyai bentuk yang tertentu. Jika tidak adanya dinding sel ini, maka protoplasma yang berkeadaan cecair akan melimpah keluar seperti cecair yang lain juga. Akan tetapi dalam sesetengah tumbuhan ringkas sel boleh hidup dengan tanpa dinding sel ini kerana protoplasmanya keluar dari sel–sel itu dan kemudian disaluti sekelilingnya oleh satu dinding sel baru. Protoplasma atau bahagian hidup sel itu didapati dicela oleh dinding sel. Biasanya protoplasma adalah cecair yang seperti agar-agar. Protoplasma ialah satu campuran kompleks yang terdiri daripada berjenisjenis benda yang berserak di dalam air. Protoplasma yang aktif biasanya mengandungi lebih daripada 90% air. Selain daripada air, bahagian yang banyak sekali didapati dalam protoplasma ialah protein yang mengandungi unsur-unsur 1

KULIAH 1 KPLI/LAN seperti karbon,oksigen dan nitrogan.

Daun Daun tumbuhan di tepi-tepi batang dan lazimnya berbentuk nipis,terbentang dan berwrna hijau. Terdapat pelbagai ukuran dan bentuk daun, tetapi semua mempunyai satu fungsi yang utama iaitu membuat makanan dengan kaedah fotosintesis. Proses ini menghasilkan gula daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan cahaya matahari. Proses ini hanya berlaku dimana ada klorofil yang mana terdapat di dalam kloroplas. Gula yang dibuat dalam fotosintesis menjadi asas pembinaan segala sebatian komplek yang didapati dalam tumbuh-tumbuhan. Selain daripada itu, tumbuhan bernafas(respirasi) dan menghilangkan wap air (transpirasi) melalui daun. Dalam tumbuhan berbunga, bentuk daun dapat dibahagi kepada dua jenis utama. Jenis daun ringkas dengan lai daun tunggal dan daun majmuk dengan banyak daun pada satu tangkai. Daun mempunyai beberapa bahagian tertentu untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Urat daun yang berfungsi membawa air ,mineral dan makanan ke seluruh bahagian daun.urat daun ini juga bertindak sebagai rangka untuk mengukuhkan daun. Sistem urat bagi sehelai daun dinamakan peruratan. Sesetengah daun misalnya rumput (spesis monokot) mempunyai urat yang panjang dan selari. Akan tetapi, kebanyakan daun mempunyai urat yang bercabang (spesis dikot). Petiol berfungsi untuk membawa air dari ranting atau batang dan membantu daun bergerak ke arah matahari. Sesetengah jenis daun terus bersambung pada batang pokok tanpa memiliki petiol. Selain itu terdapat juga epidermis yang merupakan lapisan sel yang menyelaputi daun dan semua bahagian tumbuhan. Dalam epidermis daun terdapat beberapa lubang kecil yang dinamakan stoma. Stoma ini kebanyakan terletak di permukaan daun. Lubang-lubang ini terbuka untuk membolehkan gas masuk dan keluar bagi fotosintesis dan respirasi. Wap air pula keluar dari lubanglubang ini semasa proses transpirasi. Semasa proses tranpirasi tidak berlaku, lubanglubang ini akan tertutup bagi mengelakkan kehilangan air.

Akar Pada amnya tugas akar tumbuhan ialah menyerap air dan bahan-bahan galian daripada tanah dan mengukuh atau menegakkan pendirian tumbuhan di dalam tanah. Selain itu, akar tumbuhan juga berfungsi untuk penapasan.dan ia juga boleh menyimpan makanan dengan baik jika dibandingkan batang tumbuhan kerana kedudukan akar adalah dalam tanah. Akar tumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti akar sekunder (lateral) yang merupakan akar-akar yang lebih kecil yang tumbuh dari akar utama. Selain itu, terdapat juga hujung akar yang tumbuh di bahagian bawah akar yang bergerak menembusi akar. Sementara itu, akar dilindungi oleh binaan yang berbentuk jidal iaitu jidal akar. Jidal akar ini berfungsi sebagai penebok bagi mengelakkan hujung akar daripada terhakis. Rerambut akar yang halus ini tumbuh betul-betul di bahagian atas hujung akar ini berfungsi untuk menyerap mineral dan air dari tanah. 2

KULIAH 1 KPLI/LAN

Bunga Bunga ialah binaan pembiakan dan tugas utama bunga ialah menghasilkan biji benih yang akan menjadi tumbuhan baru. Bunga mengandungi bahagian pembiakan tumbuhan. Sesetengah bunga mengandungi kedua-dua bahagian jantan dan betina dan yang lain mengandungi satu daripadanya. Kesemuanya perlu memindahkan butir debunga dari bahagian jantan ke bahagian betina sebelum biji benih dihasilkan. Pemindahan ini disebut pendebungaan. Kebanyakan tumbuhan melakukan pedebungaan kacuk. Ini bermakna tumbuhan memerlukan debunga dari tumbuhan yang serupa untuk menghasilkan biji benih. Ada juga yang melakukan pendebungaan sendiri. Terdapat beberapa agen pedebungaan seperti angin, air dan serangga. Bentuk, struktur, bau dan warna sesuatu jenis bunga menunjukkan cara ia didebungakan. Bunga yang didebunga oleh angin tidak kelihatan menarik kerana ia tidak perlu menarik perhatian pendebunga seperti serangga ataupun burung. Akan tetapi bunga yang didebunga oleh serangga biasanya mempunyai ranggi yang berwarna garang, bau yang harum dan bekalan madu untuk menawan lebah dan rama-rama menghampirinya. Ciri-ciri ini juga menjadi petunjuk yang amat baik tentang identiti sesuatu jenis bunga. Bunga juga mempunyai bahagian-bahagian tertentu untuk menjadi sekuntum bunga yang lengkap. Misalnya ranggi yang tumbuh di sekeliling bahagian bunga. Biasanya, ranggi berwarna garang dan berbau harum untuk menarik perhatian serangga supaya melakukan pedebungaan. Sepal yang merupakan struktur seakanakan daun yang tumbuh disekeliling kudup bunga untuk melindunginya. Karpel adalah bahagian pembiakan betina tumbuhan yang terdiri daripada ovari, stigma dan stil. Stil merupakan bahagian yang menyambungkan stigma dan ovari. Ovari pula mengandungi ovul yang halus. Bijian debunga perlu bercantum dengan ovul untuk menghasilkan biji benih. Stigma mempunyai permukaan yang melekit bagi memerangkap bijian debunga semasa pendebungaan. Stamen adalah bahagian pembiakan jantan tumbuhan. Stamen ini terdiri daripada filamen dan cepu debunga. Filamen menyangga cepu bagi memudahkan serangga mendapatkan debunga manakala cepu debunga merupakan bijian debunga yang dihasilkan oleh cepu debunga. Terdapat bahagian bunga yang lain iaitu penyangga dan nektari. Penyangga adalah bahagian atas tangkai bunga yang menompang semua bahagian bunga. Nektari adalah kawasan di pangkal bunga yang membolehkan madu dihasilkan untuk tujuan menarik perhatian serangga. Serangga menghampiri bunga untuk menghisap madu dan dengan itu debunga melekat pada badannya atau ia meninggalkan debunga yang dibawanya pada stigma.

Tumbuhan tanpa bunga Sesetengah tumbuhan tidak mempunyai bunga. Maka tumbuhan itu akan membiak dengan cara yang lain. Sebagai contohnya, Konifer menghasilkan biji benihnya di dalam kon sementara paku-pakis, ‘horsetail’ dan ‘clubmosses’ membiak melalui bintik-bintik kecil menyerupai spora. Beribu-ribu spora dilepaskan ke udara

3

KULIAH 1 KPLI/LAN dan dibawa oleh angin dan jika jatuh ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh menjadi tumbuhan baru. Kulat pula berlainan daripada tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Oleh sebab ia tidak mempunyai klorofil, ia tidak dapat membuat makanannya sendiri. Jadi, ia hidup pada tumbuhan dan haiwan yang telah mati.

Buah-buahan dan biji benih Setelah pendebungaan berlaku dan debunga disuburkan oleh ovul, biji benih pun bercambah. Ia mengandungi tumbuhan baru dan menyimpan makanan untuk memberi tumbuhan itu tenaga yang cukup untuk membesar sehinggalah pucuk dan daun mula membuat makanan. Ovari berkembang menjadi buah yang bertindak sebagai pelindung kepada biji benih. Buah itu mungkin berbentuk beri, lenggai atau kacang. Ukuran, bentuk, susunan dan warna buah sesuatu tumbuhan itu dapat dijadikan panduan bagi mengetahui cara biji benihnya disebar. Tumbuhan tidak dapat bergerak, oleh itu ia memerlukan bantuan angin, air, burung dan serangga untuk menyebar biji benihya. Kebanyakan buah mempunyai ciri-ciri khusus bergantung kepada cara penyebaran yang digunakan. Buah-buahan berisi seperti buah ceri, berasa manis bagi menggalakkan burung memakannya. Burung mungkin akan membawa buah ceri dan membuang biji benih yang terdapat di dalamnya di atas tanah yang subur dan jauh dari tumbuhan induk. Biji benih juga mempunyai bahagian-bahagian tertentu. Plumul adalah tunas yang utama bagi tumbuhan baru. Testa adalah sarung perlindungan yang menyelaputi biji benih. Hilum pula adalah parut pada biji benih yang menunjukkan tempat ia dicantumkan pada ovari. Kotiledon merupakan makanan untuk tumbuhan baru disimpan di dalam biji benih iaitu dalam endosperma atau kotiledan yang dilindungi oleh testa. Radikel ialah akar yang pertama untuk tumbuhan baru Tumbuhan dapat hidup di mana-mana sahaja di dunia ini, dari lereng-lereng bukit yang sentiasa dilanda angin hinggalah digurun-gurun yang panas terik. Sebagai contohnya, di kawasan mor dan paya, pantai, kolam, hutan, tasik dan sebagainya. Tumbuhan dapat hidup dalam pelbagai bentuk habitat kerana ia dapat membuat makanannya sendiri. Kebanyakan tumbuhan juga memiliki lapisan seperti berlilin pada daun untuk membantunya terus hidup di muka bumi ini.

TAJUK : PERTUMBUHAN POKOK HIASAN 1.

Pertumbuhan adalah salah satu ciri bagi benda-benda hidup yang melibatkan proses perubahan saiz, bentuk dan fungsi bahagian-bahagian organisma.

2.

Semasa bertumbuh :4

KULIAH 1 KPLI/LAN a. saiz organisma bertambah kerana pertambahan bilangan sel dan jisim b. bentuk organisma berubah c. fungsi bahagian organisma berubah kerana pelbagai tisu dan organ berkembang bersesuaian dengan fungsinya. 3.

Pertumbuhan merupakan satu proses yang tidak berbalik

Pertumbuhan di dalam pokok: Tumbuhan memerlukan unsur-unsur utama garam mineral untuk hidup dengan sempurna

2.

Pertumbuhan tumbuhan tertumpu pada hujung pucuk, hujung akar dan tisu kambium.

3.

1.

Jadual berikut menunjukkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan dan kesan kekurangan unsur : Unsur

Fungsi

Kesan kekurangan

Nitrogen

Membina protein dan Protoplasma Sintesis klorofil

Pertumbuhan terbantut Daun menguning dan gugur

Kalium

Sintesis protein dan kanji Pembahagian sel

Kematian pinggir dan hujung daun Batang lembut Pertumbuhan terbantut

Pembentukan dinding sel Pertumbuhan hujung pucuk dan akar

Bentuk daun muda tidak sekata Pertumbuhan terbantut

Kalsium

5

KULIAH 1 KPLI/LAN Fosforus

Sintesis protein Pembahagian sel Kemasakan buah Pertumbuhan akar

Daun menjadi hijau tua dengan bintik-bintik merah Buah lambat masak System akar kecil Pertumbuhan terbantut

Magnesium

Pembentukan klorofil

Daun kecil dan kuning

Sintesis protein

Daun pudar Pertumbuhan akar terbantut

Sulfur

4.

Selain daripada unsur-unsur mineral utama, tumbuhan juga memerlukan unsur surih dalam kuantiti yang sangat sedikit seperti besi, zink, kuprum, mangan, klorin dan natrium.

Oleh; Landskap & Nurseri Unit Pertanian, MPBP

6

Related Documents

Perkebunan-hortikultur
June 2020 12
Alam
May 2020 34
Tumbuh-tumbuhan
May 2020 28
Tumbuhan Invasif
October 2019 30
Fisiologi Tumbuhan
May 2020 34

More Documents from "sularto"