HBLS 3
PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN TAJUK : PEMBIAKAN TUMBUHAN Terdapat dua jenis pembiakan yang dijalankan oleh tumbuhan iaitu :1.
Pembiakan seks yang dilakukan oleh tumbuhan berbunga
2.
Pembiakan aseks yang dilakukan oleh tidak berbunga dan sebilangan tumbuhan berbunga termasuk pembiakan vegetatif.
Pembiakan seks tumbuhan 1.
Tumbuhan yang menjalankan pembiakan jenis ini mempunyai bunga yang berfungsi sebagai organ pembiakannya
2.
Struktur am bunga dan fungsinya adalah seperti berikut :-
1. Ranggi 2. Debunga 3. Anter 4. Filamen 5. Sepal 6. Stigma 7. Stil 8. Ovari 9. Ovul 10. Tangkai 11. Nektari
Rajah 1.1 : Struktur am bunga
Rajah struktur am beberapa jenis bunga yang lain:-
Rajah 1.2 : Struktur beberapa jenis bunga lain Sel-Sel Pembiakan Tumbuhan Berbunga
Rajah 1.3 : Anter dan debunga Sel pembiakan jantan
Debunga mengandungi gamet jantan bunga Debunga dihasilkan oleh anter Apabila anter matang, debunga akan dibebaskan Debunga biasa kasar atau melekit untuk ia melekat pada stigma
Rajah 1.4 : Ovari dan ovul
Sel pembiakan betina
Ovul mengandungi gamet betina bunga Ovul dihasilkan oleh ovari Ovul terlekat dan tersusun di dalam ovari
Pendebungaan 1.
Pendebungaan adalah proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma.
2.
Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu :1. 2.
1.
Pendebungaan sendiri Pendebungaan kacuk
Pendebungaan sendiri Proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma 1. 2.
bunga yang sama bunga yang lain pada pokok yang sama
2.
Pendebungaan kacuk adalah proses pemindahan butir debunga dari anter bunga di satu pokok ke stigma bunga di pokok yang lain dari spesis yang sama.
3.
Di antara dua jenis pendebungaan ini pendebungaan kacuk adalah lebih baik kerana ia dapat menghasilkan tumbuhan baru yang :1. 2. 3.
lebih sihat dan tahan penyakit berciri baru boleh mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti dengan kuantiti yang banyak
4. boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat 4.Beberapa contoh tumbuhan yang diaplikasikan pendebungaan kacuk adalah 1. Padi MR 123 dan MR 127 yang lebih cepat matang, mengeluarkan lebih banyak hasil dan lebih tahan penyakit. 2. Pokok kelapa sawit Tenera yang mempunyai mesokarp yang lebih tebal, tempurung yang nipis dan besar isirongnya yang kaya dengan minyak 3. Jagung Masmadu yang mempunyai tongkol yang lebih besar, rasa yang lebih manis dan tahan kepada penyakit. Agen-Agen Pendebungaan 1. 2. 3. 4.
Butir debunga dipindahkan dari anter ke stigma adalah dengan bantuan agen-agen yang bersesuaian dengan cirri-ciri sesuatu bunga itu. Agen-agen pendebungaan termasuklah manusia, haiwan, angin dan air. Setiap bunga yang didebungakan oleh agen-agen tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Berikut adalah perbandingan ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh angin dan serangga
Bunga yang didebungakan oleh serangga 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Bersaiz besar Ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga Mempunyai nectar untuk menghasilkan bau dan manisan Filamennya pendek supaya anter berada di dalam ranggi Anter kecil yang menghasilkan butir debunga yang sedikit. Stil pendek Stigma melekit butir debunga melekit tangkai panjang
Rajah 1.5 Bunga Jakaranda Bunga yang didebungakan oleh angin 1. Bersaiz kecil 2. Ranggi berwarna kurang menarik 3. Tiada berbau dan manisan kerana tiada nectar 4. Filamennya panjang supaya anter berada di luar ranggi 5. Anter besar yang menghasilkan banyak butir debung 6. Stil panjang 7. Stigma berbulu, panjang dan terkeluar dari ranggi 8. Butir debunga kecil dan ringan 9. Tangkai panjang
Rajah 1.6 : Bunga rumput
Persenyawaan oleh Tumbuhan Berbunga 1.
Butir debunga yang diterima oleh stigma akan bercambah mengeluarkan tiub debunga ke dalam stil sehingga ke ovul.
2.
Gamet jantan yang terdapat di dalam butir debunga akan bergerak menuruni tiub debunga untuk mensenyawakan gamet betina dalam ovul untuk membentuk zigot.
3.
Selepas persenyawaan ovul akan berkembang menjadi biji benih dan ovari berkembang menjadi buah.
Pembiakan Vegetatif pada tumbuhan berbunga Pembiakan vegetatif adalah pembiakan aseks yang tidak melibatkan biji benih tetapi melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada tumbuhan berbunga untuk membentuk individu baru. Rajah Cara / Keterangan Rajah 1.7 (a) : Rajah daun bunga setawar Daun Daun yang tua akan menghasilkan tunas yang berkembang menjadi tumbuhan baru. Contoh : bunga setawar dan lidah jin Rajah 1.8 (b) : Rajah pokok keledek Batang rayap Batang merayap di atas tanah dan mengeluarkan akar dan tunas di nodus.
Tunas akan menjadi tumbuhan baru. Contoh : rumput, ubi keledek dan mint Rajah 1.9 (c) : Rajah pokok halia Rizom Batang panjang yangmengandungi makanan merayap di bawah tanah. Nodus akar membentuk tunas untuk berkembang menjadi tumbuhan baru. Contoh : halia dan teratai Rajah 1.10 (d) : Rajah pokok pisang Anak pokok Batang di bawah tanah membentuk cabang bertunas yang berkembang menjadi tumbuhan baru. Bahagian ini boleh diasingkan untuk ditanam. Contoh : pokok pisang, nanas Rajah 1.11 (e) : Rajah pokok bawang Bebawang Pangkal daun yang menyimpan makanan akan mengeluarkan tunas dan akar. Contoh : bawang dan lili labah-labah
Rajah 1.12 : Pembiakan vegetatif
Kelebihan dan kekurangan pembiakan vegetatif Kelebihan
Kekurangan
Menghasilkan tumbuhan baru dalam masa yang singkat.
Ciri-ciri tidak baik tumbuhan induk akan terus dikekalkan
Tumbuhan baru menyerupai tumbuhan induk iaitu ciri-ciri baik induk dapat dikekalkan.
Tumbuhan baru tidak bervariasi.
Tumbuhan baru lebih tahan keadaan yang tidak baik kerana mendapat bekalan makanan daripada induknya.
Tumbuhan baru tumbuh pada tempat yang sama menyebabkan kesesakan dan persaingan untuk mendapatkan makanan, air dan cahaya matahari.
Tidak bergantung kepada agen luar untuk membiak.
Pembiakan tumbuhan tak berbunga melalui spora Tumbuhan tidak berbunga seperti kulat, lumut dan paku pakis ( tumbuhan peringkat rendah) melakukan pembiakan aseks melalui penghasilan spora. Ciri-ciri spora adalah :1.dihasilkan dalam kuantiti yang banyak 2.ringan supaya mudah dibawa oleh angin 3.tahan suhu yang sangat panas 4.tahan kemarau pada tempoh yang lama
Rajah 1.13 : Spora pada paku pakis