Kuih Cara

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuih Cara as PDF for free.

More details

  • Words: 691
  • Pages: 5
Kuih Cara Manis Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997 Hits: 2030 Rating: 1.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 300 gm tepung gandum 1 biji telur ayam ½ biji kelapa 4 helai daun pandan garam gula majerin acuan baulu Cara: Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

Kuih Cara Berinti Sumber: Majalah Saji Ogos 2000 Hits: 1337 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 250 gm cincangan kasar udang, garam dan lada sulah secukup rasa 2 camca besar minyak 1/3 cawan sos cili Bahan Bater: 150 gm tepung gandum, garam secukup rasa Bahan A: ½ cawan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL ¾ cawan air 2 biji telur, dipukul sebati Beberapa titis pewarna makanan kuning ¼ cawan minyak Bahan B: ¼ cawan bawang goreng 2 camca besar hirisan cili merah 2 camca besar hirisan daun bawang 2 camca besar hirisan daun ketumbar Cara: Perasa cincangan udang dengan garam dan lada sulah. Tumis udang dengan sos cili dalam minyak panas selama 2 minit. Ketepikan dari api dan sejukkan. Ayak tepung dengan garam dan masukkan bahan A, kacau hingga sebati. Kemudian letak acuan "kuih cara" atau "kuih bahulu" di atas api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan 2 camca besar adunan. Letak 1 camca teh inti udang dan tabur bahan B ke atasnya. Tutup acuan dengan penutupnya dan masak di atas api kecil selama 5 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.

Kuih Cara Berlauk Kiriman: Nur Syahirah Said Hits: 4744 Rating: 8.17 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: ½ kg tepung gandum ½ kg daging kisar 1 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar (dihiris halus) 1 biji kelapa (diperah santannya) ½ liter air 1 biji telur 2 tangkai cili merah (dimayang) 1 tangkai daun sup (dihiris halus) 1 tangkai daun bawang (dihiris halus) 4 sudu besar minyak masak Garam dan gula secukup rasa Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.

Kuih Cara Pelangi Berlauk Kiriman: riena Sumber: resepi sendiri Hits: 48 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1) 1 cawan Tepung gandum 2) 1 cawan santan pekat 3) pewarna kuning 4) sedikit garam 5) 2 cawan air 6) 1 biji telor 7) minyak untuk sapu acuan kueh semua bahan disatukan dalam bekas dan kacau pastikan adunan tidak bergentel dan sebati. bancuhan seperti membuat goreng pisang.jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.boleh tambahkan air jika terlalu pekat dan sila tambah sedikt tepung jika cair. kerana saiz cawan mungkin tidak sama. bahan untuk inti. 1) daging cincang 2) ayam cincang 3) kentang cincang 4) lobak merah cincang 5) cili merah 6) daun sup/bawang 7) serbuk kari 8) sedikit rempah sup 9) 1 ketul kiub ayam 10)sedikit garam bahagian 1) masak semua bahan inti kecuali cili merah dan daun sup/daun bawang di dalam kuali dengan sedikit air sampai kering. masukkan cili merah daun sup/daun bawang yang dihiris halus. tutup api. Cara: bahagian 2. panaskan acuan cara dengan sapuan minyak. masukkan adunan tepung dan letakkan intinya di tengah. dah masak bolehlah diangkat. sedap dimakan untuk minum petang. Cadangan Hidangan: hidangkan ketika masih panas.

Tambahan: pewarna untuk tepung boleh diganti dengan lain lain warna kesukaan. ramuan untuk inti juga boleh ditukar kepada bahan bahan lain jika tidak menggemari inti tadi.

Related Documents

Kuih Cara
November 2019 43
Kuih
April 2020 17
Resipi Kuih
November 2019 32
Kuih Makmur
November 2019 22
Kuih Tradisional.docx
December 2019 22
Pantun Kuih Tradisional.docx
November 2019 16

More Documents from "adibahanuar"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38