Kkp Kurikulum.docx

  • Uploaded by: Khidhir Uzair
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkp Kurikulum.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,584
  • Pages: 9
1.0 PENDAHULUAN 1.0.1 KONSEP SEKULARISME Sekularisme berasal daripada perkataan sekular yang membawa maksud masa kini atau peristiwa-peristiwa masa kini. Sekular ini berasal dari perkataan Saeculum yang berasal dari bahasa latin iaitu bermaksud waktu, ruang atau tempat. Jelaslah disini bahawa secara umumnya sekularisme diertikan sebagai pemisah antara urusan agama dan urusan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi dan juga pendidikan khususnya. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) sekularisme dan Islam saling bertentangan kerana ia menafikan syariat Allah s.w.t. Dalam Islam tiada pemisahan antara dunia dan akhirat tetapi fahaman sekular menetapkan hanya dunia semata-mata

dan

menentang sebarang ketetapan dalam agama. Islam wujud dalam kerangkanya melalui penjelasan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sedangkan sekularisme bersumberkan kepada idea-idea akal dan institusi manusia. Antara ciri dalam fahaman sekularisme ini ialah menolak prinsip-prinsip agama dan moral seperti keimanan kepada Allah dan mempersoalkan kewujudan Tuhan. Fahaman ini juga memperjuangkan hak kebebasan mutlak individu dalam melakukan sesuatu. Seterusnya ialah memisahkan dan menjauhkan agama dengan soal kehidupan duniawi seperti dalam kesenian, pendidikan dan moral. Hal ini kerana mereka berkefahaman bahawa semua berlaku hanya berkait dengan dunia sahaja tanpa memikirkan soal ukhrawi lebih-lebih lagi apabila ajaran moraliti hanya menyentuh kesejahteraan di dunia tanpa mempedulikan kewujudan Tuhan atau akhirat. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, Sekularisme khususnya dalam aspek pendidikan juga merujuk kepada dasar bahawa pendidikan mesti terpisah dengan agama atau tidak ada kena mengena dengan agama atau akhirat. hal ini boleh merosakkan dan merendahkan martabat kurikulum Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia kini dan akan menjadikan Pendidikan Islam tidak penting dan dipandang rendah oleh masyarakat tidak kira beragama Islam ataupun tidak.

1.0.2 KONSEP DUALISME Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 1993, dualisme diertikan sebagai teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan atau perkara yang menduakan sesuatu berasaskan daripada dua hal yang bertentangan. Dualisme dalam Pendidikan pula bermaksud pengasingan di antara ilmu agama dengan ilmu selain agama iaitu wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam yang menumpukan terhadap ilmu agama sahaja

dan sistem pendidikan moden yang menitikberatkan terhadap ilmu moden sahaja

dengan mengabaikan ilmu agama. Sebagai gambaran yang lebih jelas dualisme pendidikan membawa erti pemfokusan kepada satu aspek sahaja dalam pendidikan iaitu sama ada dalam ilmu pendidikan agama seperti ibadah, aqidah dan tauhid mahupun dalam pendidikan umum seperti sains, matematik dan sebagainya. Rentetan dari perkara ini menyebabkan ketidakseimbangan antara pendidikan yang sepatutnya diterima oleh masyarakat. maka timbullah pelbagai aliran pemikiran seperti ini. Akibatnya bakal lahir generasi penerus yang memiliki ilmu dan kemahiran akademik, sains dan teknologi tetapi terbatas kefahaman agamanya. Dualisme dalam pendidikan ini juga bakal melahirkan kelompok yang kuat dalam tradisi keagamaan tetapi kurang dalam orientasi akademik, sains dan teknologi. Walaupun dapat dilihat bahawa fahaman ini memang mengambil kedua-duanya sama ada akademik mahupun agama tetapi pada hakikatnya kini mereka melebihkan pendidikan akademik berbanding pendidikan agama Islam. Akhirnya dualisme dalam pendidikan boleh menyebabkan sistem menjadi tidak seimbang sekaligus akan menyebabkan berlakunya kemerosotan terutama dalam kurikulum pendidikan Islam di Malaysia kini. Lebih-lebih lagi apabila banyak timbul isu yang berkaitan dengan fahaman sekularisme dan dualisme yang menyebabkan keroskan akidah umat Islam sekarang. Perkara ini sangat bertentangan dengan matlamat pendidikan islam dan Falsafah Pendidikan Islam berhasrat untuk menyeimbangkan akademik, moral dan agama dalam sistem pendidikan di negara agar Malaysia menjadi negara maju yang seimbang dari seluruh aspek.

2.0 ISU YANG BERKAITAN DENGAN FAHAMAN SEKULARISME DAN DUALISME 2.0.1 LGBT INGIN MENGHAPUSKAN JAKIM(SEKULARISME) dapat dilihat sekarang, sistem pendidikan tercemar hingga membuatkan manusia terutamanya remaja sekarang terpesong dari ajaran Islam. Hal ini sangatlah bertentangan dengan falsafah pendidikan Islam yang ingin menerapkan Islam dan mementingkan Islam dalam pendidikan agar kurikulum Pendidikan Islam tidak terhapus begitu sahaja. Bukan itu sahaja, perkara ini juga boleh mendatangkan pelbagai isu yang tidak diingini oleh umat Islam. Antara isu yang berkaitan dengan fahaman sekularisme yang telah berlaku baru2 ini seperti yang dilakukan oleh peguam pejuang hak golongan LGBT, Siti Kasim yang ingin menghapuskan Jabatan Kemajuan islam Malaysia demi kesejahteraan negara. Aktivis Perhimpunan BERSIH tersebut menghebahkan keinginannya itu setelah teruja dengan tuduhan Tengku Razaleigh Hamzah di sebuah forum anjuran kumpulan Melayu ulung G25 bahawa kononnya JAKIM sebagai tidak berperlembagaan dan tidak berfungsi dalam negara Malaysia. Dia berhasrat agar organisasi ini dihapuskan dengan segera dan Malaysia akan lebih baik serta maju seperti mana kita bermula pada kali pertama dahulu. Dia mencadangkan bahawa dana 1 bilion yang diberikan kepada JAKIM boleh digunakan untuk kesihatan masyarakat, pendidikan dan infrastruktur untuk kesejahteraan negara Malaysia tanpa memikirkan larangan daripada Allah.LGBT ini berasal daripada perkataan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Kewujudan golongan LGBT dalam kalangan masyarakat pada era ini sudah tidak asing lagi. Di dalam Al Quran sendiri telah menceritakan golongan Lesbian, Biseksual, dan Gay iaitu dalam surah AlA’raf ayat 80 hingga 84. ً ‫َولُ ۡو‬ ‫سآءِ ؕ بَ ۡل ا َ ۡنـت ُ ۡم قَ ۡوم‬ َ ِ‫طا ا ِۡذ قَا َل ِلقَ ۡو ِمه اَت َۡات ُ ۡونَ ۡالفَاح‬ َ ِ‫الر َجا َل شَهۡ َوة ً ِم ۡن د ُۡو ِن الن‬ َ ‫شةَ َما‬ ِ َ‫﴾ اِنَّ ُك ۡم لَـت َۡات ُ ۡون‬7:80﴿ َ‫سبَ َق ُك ۡم بِ َها مِ ۡن ا َ َحد ِمنَ ۡالعٰ لَمِ ۡين‬ َ َ ‫اب قَ ۡومِ ه ا َِّّل ا َ ۡن قَالُ ۡـوا ا َ ۡخ ِر ُج ۡوه ُۡم ِم ۡن قَ ۡر َيتِ ُك ۡم ۚ اِنَّ ُه ۡم اُنَاس يَّت‬ ۖ ‫﴾ فَا َ ۡن َج ۡي ٰنهُ َوا َ ۡهلَه ا َِّّل امۡ َراَت َه‬7:82﴿ َ‫ط َّه ُر ۡون‬ َ ‫﴾ َو َما َكانَ َج َو‬7:81﴿ َ‫ُّمسۡ ِرفُ ۡون‬ ﴾7:84﴿

َ ‫علَ ۡي ِه ۡم َّم‬ َ ۡ‫﴾ َواَم‬7:83﴿ َ‫كَان َۡت مِ نَ ۡال ٰغبِ ِر ۡين‬ َ‫عاقِبَةُ ۡال ُم ۡج ِرمِ ۡين‬ َ َ‫ف َكان‬ َ ‫ط ۡرنَا‬ َ ‫ط ًرا ؕۖ فَا ْنظُ ۡر ك َۡي‬

Maksudnya : Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".(81) Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,

sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". (82) Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.(83) Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.(84). Jelaslah bahawa golongan sebegini telah mula wujud sejak sebelum masihi lagi iaitu di zaman Nabi Luth . Kaum Nabi Luth yang rosak akhlaknya kerana melakukan hubungan sejenis, meliwat dan mengahwini kaum sejenis mereka. Mereka tidak menghiraukan seruan Nabi Luth agar kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan amalan buruk itu menyebabkan mereka telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam. Nabi Luth dan ahli yang mengikutinya sahaja telah diselamatkan oleh Allah. Berdasarkan isu ini, dapat dilihat bahawa golongan-golongan seperti ini telah perlahanlahan untuk menegakkan fahaman sekularisme Fahaman ini telah memisahkan agama dengan dunia yang telah memberi impak buruk kepada pemikiran masyarakat terutama remaja yang hanya mementingkan keseronokan dan kebebasan dalam kehidupan serta merosakkan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka hanya mementingkan hak kebebasan individu dalam sesuatu perkara tanpa merujuk ajaran Islam yang sebenar. Jika pemikiran sekularisme ini berleluasa dalam kalangan remaja, maka di sekolah juga akan berlaku isu-isu atau perkara yang berkaitan dengan fahaman sekularisme jika tidak dibendung oleh pihak berkuasa terutama daripada guruguru. Contohnya seperti murid-murid akan tidak lagi berasa semangat untuk belajar pendidikan Islam kerana mereka akan berfikiran bahawa Islam akan mengongkong kehidupan mereka. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dalam membendung isu ini agar umat sekarang masih berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

2.0.2 SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM YANG TIDAK MENYELURUH DAN KURIKULUMNYA YANG TERHAD (DUALISME) Dualisme

dalam

pendidikan

yang

memisahkan

agama

dengan

proses

kemodenan

menyebabkan umat Islam mundur kerana mereka tidak memiliki tasawur yang jelas. Hal ini menyebabkan berlaku ketidak seimbang dalam sistem pendidikan iaitu hanya mementingkan akademik moden sahaja sehingga memandang bahawa pendidikan islam itu tidak penting dan tidak diberi keutamaan. Isu seperti kurikulum pendidikan Islam yang terhad ini boleh menyebabkan pemikiran para pelajar memandang bahawa pendidikan Islam tidak wajib diberi keutamaan dan hanya mementingkan kepada subjek lain seperti sains, teknik dan vokasional, sastera dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan apabila waktu Pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Pendidikan Islam

paling sedikit berbanding subjek lain. Hal ini mendatangkan impak yang

negatif kepada para pelajar terutamanya kepada sekolah-sekolah yang tidak mengambil aliran agama. Selain itu, sukatan pendidikan Islam yang tidak menyeluruh juga memberi impak buruk kepada umat Islam sekarang. Hal ini dapat dibuktikan apabila sukatan pendidikan Islam di sekolah hanya memberi penekanan kepada perkara-perkara asas sahaja dan tidak begitu mendalam menyebabkan pengetahuan para pelajar cetek tentang Islam. Guru hanya menerapkan konsep hafalan semata-mata iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam lebih menjurus kepada menanamkan ilmu pengetahuan hanya berlandaskan bacaan dan pemahaman tanpa menghayati dan mengamalkannya. perkara ini juga dapat memberi kesan kepada akidah umat Islam kerana mereka akan mudah terpengaruh dengan fahaman luar kerana tidak mempunyai pengetahuan agama Islam yang kukuh. Oleh itu, pihak berwajib seharusnya memainkan peranan penting dalam menangani isu seperti ini terutamanya pihak Kementerian Pendidikan agar hasrat dan Matlamat pendidikan Islam dapat dijalankan dengan baik selari dengan Falsafah Pendidikan Islam yang telah digubal.

3.0 CARA MENANGANI ISU DUALISME DAN SEKULARISME MENGIKUT KONSEP ISLAMISASI BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 3.0.1 Islamisasi Ilmu Pengetahuan dengan menjadikan Al Quran dan Asunah sebagai panduan utama Cara ini boleh dijadikan satu kaedah penyelesaian isu dualisme dan sekularisme dalam pendidikan pada masa ini. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah setiap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah mestilah dilihat dari kaca mata Islam di mana Al Quran dan Sunnah dijadikan panduan utama. Sebagai umat Islam sudah semestinya menjadikan Alquran sebagai sumber rujukan dan Sunnah sebagai ikutan. Hal ini jelas dinyatakan dalam Alquran dari surah Al baqarah ayat 2 َ‫ْب ۛ فِي ِه ۛ ُهدًى ل ِْل ُمتَّقِين‬ َ ‫ٰذَلِكَ ْال ِكتَابُ َّل َري‬ Maksudnya : Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, Ayat ini sudah memberi bukti kepada kita bahawa Alquran sebagai petunjuk dan juga panduan kepada umat Islam khususnya kerana tiada keraguan ke atasnya. Oleh itu, sebagai pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah memastikan segala ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar atau silibus2 di sekolah mestilah berpandukan kepada Al quran dan juga hadis dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya. Hal ini demikian bagi mengelakkan fahaman sesat seperti secular dan dualisme ini meresap masuk dalam kalangan pelajar di sekolah. Lebih2 lagi dengan Masalah utama umat Islam kini yang tidak keupayaan untuk membina kurikulum yang sejiwa dengan falsafah Pendidikan Islam yang memantulkan sifat fitrah insan dan tabii ilmu. Oleh itu,islamisasi ilmu dalam pendidikan merupakan satu konsep yang harus dijalankan kerana konsep ini berdasarkan nilai-nilai islam yang selari dengan fitrah,akidah dan syariah agar meresap ke dalam fikiran, pendidikan, budaya dan cara hidup umat Islam 3.0.2 Pemberitahuan tentang bahayanya fahaman dualisme dan sekularisme secara berkala Seterusnya, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahayanya fahaman sekularisme dan dualisme serta pendedahan terhadap agama Islam melalui seminar, ceramah atau kempen di sekolah mahupun di tempat tempat umum seperti masjid, stadium dan sebagainya. Hal ini bagi menyedarkan kepada masyarakat

bahawa bahayanya aliran pemikiran sebegini kepada diri mereka terutama kepada para pelajar yang mudah terpengaruh dengan aliran2 seperti ini. Mereka haruslah sedar dari awal bahawa hanya agama Islam yang diterima oleh Allah agar tidak terpesong dan sentiasa di jalan yang benar. Hal ini bagi meraih keberkatan hidup oleh Allah. Allah juga telah menjelaskan dalam Al quran dari surah Al imran ayat 19 bahawa Islam merupakan satu satunya agama yang diredhai dan diterima oleh Allah.

ِ ٰ ‫اِ َّن الد ِۡينَ ِع ۡن َد‬ ‫اّل ۡس ََل ُم‬ ِ ۡ ‫ّللا‬ Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.

Hal ini juga sangat berkait rapat dengan Matlamat pendidikan islam yang sejajar dengan Falsafah pendidikan Islam yang berhasrat menjadikan Islam sebagai agama yang diikuti dan sebagai rujukan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu sudah jelas bahawa Islam amatlah penting dan harus dijadikan ajaran agama yang perlu diikuti dan dipandang tinggi dalam pendidikan agar tidak diperlekehkan oleh masyarakat sekaligus matlamat pendidikan islam dan falsafah pendidikan islam Berjaya diikuti dan dijalankan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3.0.2

Pihak KPM hendaklah menilai semula segala subjek ilmu yang meragukan dan mempunyai unsur2 sekularisme atau dualisme di sekolah. Sebagai langkah berjaga-jaga agar masyarakat terutamanya pelajar sekolah tidak terpengaruh dengan fahaman2 ini ialah pihak Kementerian pendidikan malaysia seharusnya memastikan bahawa semua mata pelajaran dan kursus yang ditawarkan bebas daripada anasir-anasir barat dan fahaman sekular mahupun dualisme yang jelas lagi nyata bertentangan dengan prinsip-prinsip islam. Fahaman seperti ini merupakan agenda utama orang kafir dalam meruntuhkan dan memecahbelahkan agama Islam. Allah telah berfirman dalam surah al Imran ayat 196 dan 197 agar tidak terpengaruh dan mengikut ajaran orang kafir jika sebaliknya akan dihukumkan ke dalam neraka yang sangat buruk. Ayat tersebut berbunyi

(197) ‫س ْال ِم َها ُد‬ ُ ُّ‫َّل يَغُ َّرنَّكَ تَقَل‬ َ ْ‫( َمت َاع قَ ِليل ث ُ َّم َمأ ْ َوا ُه ْم َج َهنَّ ُم ۚ َوبِئ‬196)‫ب الَّذِينَ َكفَ ُروا فِي ْالبِ ََل ِد‬ Maksudnya : Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri (196) Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian

tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya (197) Oleh itu, bagi mengelak berlaku sedemikian, Pihak Kementerian juga mestilah memainkan peranan penting dalam menapis semula kandungan skop pelajaran yang diajarkan kepada para pelajar tidak mengira peringkat umur. Hal ini kerana aliran ini sangat mempengaruhi pemikiran masyarakat tidak kira orang tua mahupun kanak-kanak agar tidak mengikut fahaman yang dipopulasikan oleh golongan kafir. Jika perlu, pihak Kementerian juga haruslah menukar silibus pelajaran tersebut dengan silibus yang diolah sendiri mengikut kesesuaian dan ketepatan dengan kehendak syarak dan ajaran Islam. Penekanan pengaplikasian ilmu agama kepada para pelajar juga menjadi satu cara untuk menjauhkan mereka daripada fahaman ini. Pelajar-pelajar tidak seharusnya ditekankan secara teori semata-mata malah haruslah dalam praktikal atau amali juga. Hal ini bagi meraih keseimbangan dalam ilmu agama yang merupakan perkara penting untuk memupuk para pelajar agar menghayati ilmu dan memandang ilmu sebagai satu kewajipan untuk dipelajari terutama dalam ilmu agama Islam. Oleh itu, segala kurikulum yang dijalankan mestilah mempunyai hubungkait secara langsung dengan Falsafah Pendidikan Islam agar Islam terus diakui dan dipandang tinggi martabatnya dipersada dunia terutama dalam sistem pendidikan kerana pendidikan merupakan tunjang kepada institusi Islam di Malaysia. Hal ini demikian kerana pendidikanlah menjadi satu sebab penting kepada kecemerlangan umat Islam dahulu dan kini. 4.0 PENUTUP Setelah jelas kepada kita bahawa Islam cukup sempurna dan sesuai untuk dijadikan satu cara hidup tanpa memisahkan urusan dunia dan akhirat dalam setiap aspek kehidupan manusia. Keseimbangan hidup yang selari dengan syariat memberi kehidupan yang baik kepada manusia. hasil semua pembincangan ini menjelaskan bahawa umat Islam perlu disedarkan BAHAWA fahaman sekularisme DAN DUALISME ini boleh menjejaskan akidah dan sekali gus merosakkan kehidupan masyarakat Islam dan negara Islam. Pendedahan dengan pandangan Islam perlu diperluas bahawa Fahaman inilah ibu kepada fahaman atau ideologi lain yang akhirnya terus menafikan kewujudan Allah sebagai tuhan dan pencipta. Begitulah perancangan Yahudi bagi menghapuskan umat Islam selepas tentera Salib gagal dan penat menyerang melalui ketenteraan kemudian bertukar kepada strategi halus iaitu melalui serangan pemikiran yang telah menular di dalam masyarakat Islam hari

ini, yang mana strategi ini bagi menghancurkan Islam. Justeru, Penekanan dalam soal ajaran Islam perlu diperhebat dan dilancarkan bagi membasmi keruntuhan akhlak dan sosial masyarakat dan

memastikan setiap ruang pendidikan, pentadbiran, ekonomi jauh dari

unsur dualism dan sekularismee yang boleh menghancurkan institusi keluarga, masyarakat dan negara melalui matlamat dan falsafah pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kini yang ingin memberi keseimbangan dalam segala aspek kepada masyarakat.

Related Documents

Kkp Kurikulum.docx
November 2019 28
Kkp Pendidikn
June 2020 7
Kkp Mda
June 2020 28
Kkp Elp
June 2020 8
Kkp Bsi
July 2020 11
Kkp Mpu 3041.docx
November 2019 18

More Documents from "Khidhir Uzair"

Kkp Kurikulum.docx
November 2019 28
Kkp Mpu 3041.docx
November 2019 18
Esei Jawi.docx
November 2019 24
Rph Kursus Coach 2016.docx
November 2019 15
Refleksi Kkp Mpu Koku.docx
December 2019 16
Akidah.docx
December 2019 18