Kkp Pendidikn

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkp Pendidikn as PDF for free.

More details

  • Words: 5,401
  • Pages: 36
Isi kandungan

No 1. 2. 3. 4.

Tajuk Soalan KKP Definisi motivasi Jenis-jenis motivasi Pendekatan-pendekatan motivasi yang dapat meningkatkan motivasi

4.1 4.2 4.3 4.4 5. 6. 7. 8.

belajar. Pendekatan Behaviorisme atau Tingkahlaku Pendekatan Humanistik Pendekatan Dissonansi Kognitif Pendekatan Pembelajaran Sosial Rumusan keempat pendekatan-pendekatan motivasi Kepentingan bagi murid untuk meningkatkan motivasi belajar Sebab-sebab guru perlu menguasai pendekatan-pendekatan motivasi Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses memotivasi murid

9. 10.

untuk belajar Refleksi Bibliografi

Tajuk KKP: Kanak-kanak berbeza daripada segi kognitif, sosial, emosi dan psikomotor. Perbezaan individu dalam kalangan kanak-kanak akan mempengaruhi cara mereka belajar. Motivasi untuk belajar juga belajar juga berbeza antara murid. Sesetengah murid kurang minat untuk belajar. Akan tetapi guru dapat memotivasi mereka dengan pelbagai pendekatan.Sebagai seorang guru,bincangkan: a) Definisi dan jenis-jenis motivasi. b) Pendekatan-pendekatan motivasi yang dapat meningkatkan perhatian murid. c) Kepentingan bagi murid untuk meningkatkan motivasi belajar. d) Sebab-sebab guru perlu menguasai pendekatan-pendekatan motivasi. e) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses memotivasi murid

untuk belajar.

a) Definisi dan jenis-jenis motivasi. Definisi Motivasi  berasal dari perkataan Greek ‘movere’ yang membawa maksud

menggerakkan.  diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris, motivation’.  Perkataan asalnya ialah ‘motive’ yang juga telah dipinjam oleh Bahasa

Melayu kepada ‘motif’, yang bermaksud tujuan.  keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang

mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi 4)  merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat

seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah sikap, minat dan tingkahlaku.  merujuk kepada kuasa dalam yang membangkit, mengarah dan

mengawal minat serta tingkahlaku manusia. (WOOLFOLK, 1990)  suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor

dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. (J. P. CHAPLIN) Konsep Motivasi  Terdapat 5 konsep penting di dalam motivasi yang perlu diketahui di

dalam pengajaran dan pembelajaran.  Pertama  proses dalaman yang menggerakkan, mendorong dan mengawal

tingkahlaku dari semasa ke semasa.  Individu yang bermotivasi mempunyai alasan yang berbeza dengan

inisiatif yang berbeza.

 Cth: seorang pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk

menghadapi ujian dengan tujuan mendapat markah yang tinggi  Kedua  dapat ditingkatkan dengan memberi penekanan kepada tujuan

pembelajaran.  cth: wahyu pertama mengenai pendidikan ialah “Bacalah”.

 Ketiga  dapat ditingkatkan apabila guru menarik minat belajar pelajar,

mencetuskan rasa ingin tahu pelajar, mempelbagaikan strategi pengajaran dan memberikan harapan yang jelas.  cth: Guru menceritakan mengenai “kenapa nombor 1 disebut satu,

kenapa nombor 2 disebut dua dan  Keempat  dapat ditingkatkan dalam diri pelajar dengan memberikan ganjaran

kepada pelajar.  cth: Memberi bintang kepada pelajar yang menyiapkan latihan

dengan cepat.  Kelima  dengan kecenderungan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang

berlandaskan kepada keterampilan.  cth: Menjadi pengawas sekolah Pengertian Dan Takrifan Motivasi. 1. Motivasi sebagai pengarah tuju dan penggerak tindakan. Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yang bermaksud TUJUAN.

2. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami motvasi sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.  Oleh itu kita boleh definisikan bahawa: Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.

3. Motivasi sebagai pendorong tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.  Oleh itu kita boleh definisikan bahawa: Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.

4. Motivasi sebagai darjah kesungguhan tahap kepentingan sesuatu yang

seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.  Oleh itu kita boleh definisikan bahawa: Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat. 5. Motivasi sebagai stimulator. Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."  Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini. 6. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang diyakini boleh dicapai.

Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya. Jenis-jenis motvasi

Jenis-jenis motivasi Ahli-ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada beberapa kategori, antaranya:  motivasi fisiologi dan motivasi sosial  motivasi asas dan motivasi pembelajaran Motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik o Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu

o

disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya; tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal; mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Motivasi intrinsik Definisi ♥ diwujudkan semulajadi daripada rangsangandalaman.

♥ cth: mempelajari bahasa Perancis. ♥

terdiri daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta sebarang ganjaran.

♥ cth: cuba menyelesaikan masalah SUDOKUdikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan ♥

mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)

♥ cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu ♥

walaubagaimanapun bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.



cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik.

Kaedah di dalam motivasi intrinsik Di dalam merangsang motivasi secara intrinsik, seseorang itu boleh menggunakan 2 kaedah iaitu: ☺ KAEDAH GANJARAN ☺ KAEDAH HUKUMAN Kaedah Ganjaran ♥

ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain



ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

♥ ingin mencapai cita-cita ♥ berasa yakin ♥ meminat diri ♥ menggunakan unsur agama ♥ menggunakan cogan kata atau kata hikmat ♥ mengamalkan nilai murni ♥ tidak putus asa ♥ mencuba hingga berjaya

♥ sedia menghadapi cabaran ♥ memberi ganjaran atau hadiah ♥ menaakul atau meramal ♥ berfikir secara kritis dan kreatif ♥ bertanding dengan diri sendiri Kaedah Hukuman ☻

Ingin mengelakkan daripada penderitaan atau hukuman seperti marah, tegur, malu, takut, atau denda.



Mendenda atau menghukum diri, misalnya tidak menonton TV atau mengurangkan masa untuk menonton TV.

Motivasi ekstrinsik Definisi  diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan

orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.  cth: ingin dilantik sebagai pengawas dengan harapan mudah mendapat

biasiswa.  boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi pujian,

insentif, hadiah, pemarkahan dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorong murid belajar.  cth: Membaca buku cerita dengan tujuan mendapat gred baik dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu Di dalam merangsang motivasi secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan 2 kaedah iaitu: ☺ KAEDAH GANJARAN ☺ KAEDAH HUKUMAN

Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif. Kaedah Ganjaran ♥ Memberi kasih sayang ♥ Memuji ♥ Memberi galakan ♥ Menghormati ♥ Menanam minat ♥ Sedia membantu dan bekerjasama ♥ Sedia mendengar dan bersimpati ♥ Berhemah tinggi ♥ Menanam rasa yakin ♥ Menanam budaya rajin belajar ♥

ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca

♥ Memberi cabaran ♥ Memberi tugasan ♥ Memberi ganjaran atau hadiah ♥ Menggunakan unsur-unsur agama ♥ Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat ♥ Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral ♥ Berfikir secara positif ♥ Memberi bimbingan dan kaunseling Kaedah Hukuman  Tegas  Tegur  Disiplin  Marah

 Denda (Walaubagaimanapun, guru harus mengelak daripada

menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif.)  Memaki  Memalukan  Menakutkan  Mencederakan  Dera  Tidak mempeduli  Mengkritik sifat peribadi  Menghampakan

 Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri

seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya.  Motivasi intrinsik juga ialah faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa

ingin tahu, dan rasa kepuasan diri.  Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996).  Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu.  Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik merupakan ‘…what motivates us

to do something when we don’t have to do anything (p.3).’ 

Bagaimanakah Kita Dapat Membezakan Antara Kedua-Dua Jenis Motivasi Ini? Pada dasarnya tidak mungkin kita dapat membezakan kedua-dua jenis motivasi ini

hanya

dengan

melihat

kepada

tingkahlaku.

Sebaliknya

kita

boleh

memahaminya dengan mencuba melihat dari aspek sebab mengapa seseorang itu melakukan perbuatan itu, yang dikenali sebagai lokas sebab-musabab (locus of causality). Jikalau seseorang itu sentiasa berada di perpustakaan kerana minatnya yang suka membaca, maka dikatakan dia mempunyai lokas sebabmusabab dalaman, iaitu motivasi dalaman. Sebaliknya jikalau dia berada di perpustakaan kerana satu-satunya cara dia boleh bersama kawannya, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa faktor luaran yang mempengaruhinya berada di perpustakaan dan ini dikenali sebagai lokas sebab-musabab luaran, atau motivasi ekstrinsik.

2. Pendekatan-pendekatan motivasi yang dapat meningkatkan perhatian murid. Terdapat EMPAT pendekatan utama dalam mengkaji konsep motivasi: •

Pendekatan Behaviourisme atau Tingkahlaku



Pendekatan Humanistik atau Kemanusiaan



Pendekatan Kognitivisme



Pendekatan Pembelajaran Sosial

Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme atau Tingkahlaku  Dalam pendekatan ini, konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan

prinsip ganjaran dan peneguhan.

 Tingkahlaku yang telah diberikan peneguhan pada masa yang lalu diandaikan lebih berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkahlaku yang tidak diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman.

 Dalam pendekatan ini, soalan-soalan yang selalu ditanyakan adalah seperti berikut:  Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang semakin tercabar dan semakin gigih berusaha apablia menghadapi kegagalan, tetapi sebaliknya ada pula yang terus merasa kecewa dan mengundur diri?  Mengapakah pula ada di kalangan mahasiswa yang berusaha keras

hanya semata-mata untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa, dan ada pula yang belajar semata-mata kerana minat terhadap mata pelajaran itu?  Mengapakah ada mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan lebih baik daripada jangkaan kemampuannya, dan ada pula yang sebaliknya?

 Untuk memahami persoalan seperti ini, ahli-ahli kaji behaviourisme menerangkan

motivasi

melalui

konsep

‘peneguhan/ganjaran’

dan

‘insentif’.

 Ganjaran ialah objek atau situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada sesuatu perbuatan atau tingkahlaku.  Insentif pula ialah objek atau situasi yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku itu diulang.  Sebagai contoh, janji untuk memberi Sijil Dekan kepada mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan mendapat PNGK 3.5 ke atas adalah satu

insentif kepada pelajar. Mendapat gred A juga adalah merupakan satu ganjaran dari usaha yang gigih.  Oleh itu dari kacamata ahli behaviourisme, bagi memahami motivasi mahasiswa untuk mencapai gred cemerlang, maka perlulah dibuat satu analisis yang teliti berkenaan dengan sistem insentif dan ganjaran yang terdapat dalam masyarakat, sebagai contoh, kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian akademik yang cemerlang.  Seterusnya, jikalau kita secara konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku yang diharapkan, dengan secara tidak langsung kita akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu.  Sebagai contoh, jikalau mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam bidang

sukan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian, wang ringgit, privilege, atau kedudukan tertentu kerana peranan mereka sebagai juara sukan di peringkat universiti, maka dengan sendirinya mereka akan berusaha mempergiatkan usahanya dalam bidang sukan berbanding dengan bidang akademik bagi tujuan mendapatkan segala ganjaran itu.

Motivasi dan Pendekatan Humanistik  Pendekatan ini juga dikenali sebagai ‘third-force’ di awal tahun 1940an sebagai gerak balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu, iaitu behaviuorisme dan psikoanalisis Freud.  Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat

bahawa

kedua-dua

pendekatan

behaviuorisme

dan

psikoanalisis tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak.

 Pendekatan

humanistik

mencuba

menunjukkan

bahawa

keinginan

intrinsik seseorang itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai “self-actualization” (Maslow, 1968, 1970), “inborn actualizing tendency” (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan kepada “self-determination” (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan, 1991).

 Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka.  Dalam pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu antaranya rasa kompeten diri, harga diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri.  Kajian

mendapati pendekatan ini mencuba menonjol ‘self-esteem

movement’, iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial

melalui

persoalan harga diri dan digniti para pelajar.

Motivasi dan Teori Kognitivisme

☺ Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. ☺ Banyak daripada tingkahlaku kita adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri. ☺ Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab, maka kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini, walau pun dalam keadaan di mana

tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita, kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. ☺ Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi menentukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. ☺ Walau bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga sesuatu kepentingan.

☺ Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan behavioursme. ☺ Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993). ☺ Setiap tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, & Pribram, 1960), matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins, 1988), pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). ☺ Andaian yang dibuat dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas situasi dan kejadian ini. ☺ Sebagai contoh, apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa makan, dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu.

☺ Dalam pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu, dan sentiasa mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. ☺ Manusia bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu.

Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran Sosial atau Teori Personaliti ☺ Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme. ☺ Ia mengambilkira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu. ☺ Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai teori ‘pengharapan x nilai’. ☺ Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya, dan nilai matlamat itu untuk dirinya. ☺ Dengan lain perkataan, persoalan yang mungkin akan ditanya ialah  “

Jikalau saya sungguh-sungguh berusaha, bolehkah saya

berjaya?”  “

Jikalau

saya

berjaya,

adakah

hasilnya

akan

membawa

kebahagiaan kepada kehidupan saya?”. ☺ Di sini, motivasi dilihat sebagai gabungan antara dua elemen penting, iaitu ‘kejayaan’ dan ‘kebahagiaan hidup’, dan jikalau salah satu daripadanya

tidak ada, maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi.

RUMUSAN EMPAT PENDEKATAN MOTIVASI Behaviouristik

Humanistik

Kognitivisme

Pembelajaran

Sumber

Ransangan

Ransangan

Ransangan

Sosial Ransangan

Motivasi

Ekstrinsik

Intrinsik

Intrinsik

Ekstrinsik

Pengaruh

Ganjaran, insentif

Keperluan

Penting

dan hukuman

diri,

harga Kepercayaan,

Pelopor

Skinner

Intrinsik Pengharapan dan

pemenuhan ciri-ciri kejayaan nilai

kendiri

dan dan

dan

kegagalan, matlamat

sesuatu yang

kekuatan diri

serta

hendak dicapai

Maslow, Deci

pengharapan Weiner,

Bandura

Teori

Covington Diubahsuai dari Woolfolk, 1998

3. Kepentingan bagi murid untuk meningkatkan motivasi belajar  Motivasi

merupakan

perangsangan

yang

membangkitkan

dan

mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuata matlamat tertentu , termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya.

 Biasanya ia diwujudkan kereana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.  Mengikut Woolfolk (1990) , motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit ,mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.  Ia merupakan akibat keperluan fisiologi dan psikologi. Ia bukan diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi .  Ia merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu matlamat yang

ditentukan.  Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar keinginan .  Semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya.

 Motivasi murid-murid yang berpusatkan pada sesuatu perkara disebut sebagai minat.  Yang berbezanya ialah minat yang menggerakkan arah aktiviti lebih bertumpu , dan objek ditumpukan adalah lebih nyata.  Contohnya, seorang murid , dia suka melukis kerana mendapat kepuasan dan akan terus-menerus melukis.  Motivasi yang dikenakan pada murid tersebut telah menjadi daya utama untuknya bekerja keras .  Motivasi akan menjadi pendorong utama seseorang murid belajar.

 Guru perlu mendedahkan murid-murid kepada dunia luar .

 Maklumat

tentang

kegawatan

ekonomi,

teknologi

globalisasi

dan

sebagainya perlu diberitahu dari masa ke masa.  Murid-murid akan memahami persaingan yang sengit semasa mencari pekerjaan.  Keputusan-keputusan akademik dan kokurikulum perlulah sangat baik. Maka , murid-murid akan berusaha sedaya upaya untuk belajar dengan rajin .

 Sebagai seorang guru yang berjaya , perlulah tahu teknik-teknik untuk memotivasikan murid-murid.

 Guru sendiri mesti memahami apa yang murid sedang fikir. Cuba kaitkan apa-apa murid suka kepada akademik.  Contohnya, murid-murid suka bermain bola , cuba kaitkan murid-murid boleh membaca informasi-informasi tentang pasukan-pasukan bola sepak di surat khabar jika belajar bersungguh-sungguh.  Selain itu , membaca boleh membentuk mentaliti di alam dewasa.

 Membaca akan mematangkan fikiran , perlakuan dan tingkah-laku seseorang.

 Dengan mempunyai motivasi belajar , murid-murid akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan membuat persediaan yang sempurna sebelum menghadapi peperiksaan.  Dengan membaca , murid-murid dapat menguatkan pemahaman dan kepakaran

kita

dari

segi

fundamental

dan

penggunaan

kaedah

penyelesaian-penyelesaian masalah yang lebih canggih.  Contohnya , jika sebiji bola disangkut di atas pokok , apakan cara untuk mendapatkan bola tersebut.  Murid-murid akan mencuba pelbagai kaedah , namun terdapat juga murid yang lebih pandai , akan mengeluarkan idea yang ideal. Iaitu : menggunakan galah atau benda yang panjang untuk mendapatkan bola , sebaliknya bukan memanjat pokok.  Bruner merujuk kepada naluri ingin tahu seseorang sebagai motivasinya. Naluri ingin tahu kanak-kanak adalah diwarisi secara semula jadi.  Kanak-kanak apabila berjumpa sesuatu perkara baru , tentu ditarik perhatiannya

dengan

maklumat perkara itu.

usaha

mendekatinya

supaya

memperolehi

 Di samping itu , motivasi yang berlandaskan naluri ingin tahu adalah ditimbulkan daripada rangsangan di dalam persekitaran.  Sebagai seorang guru , perlulah sentiasa meningkatkan inkuiri muridmurid.  Murid-murid akan cuba mencuba, menjelajah, mencipta, dan mencipta sesuatu pada masa depan.

 Motivasi adalah penting kepada murid-murid semasa belajar. Itu adalah sebab mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh .  Mereka akan menpunyai pemikiran ,falsadah hidup, dan moral tersendiri .

 Di samping itu, mereka juga akan mengamalkan demokrasi dan mempunyai sifat berjenaka.

 Kesimpulannya , motivasi memainkan peranan yang sangat penting kepada murid-murid .  Semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tingginya motivasinya.

Sebgai rumusan,  Motivasi menggalakkan semangat persaingan  Motivasi yang diusahakan oleh guru dalam bentuk pemberian hadiah.  Motivasi menghasilkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

 Dengan adanya motivasi, pelajar-pelajar didorong untuk belajar kerana

minat dan bukan kerana paksaan.  Motivasi menghasilkan pembelajaran yang bermakna  Guru cuba mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaaan ingin tahu dan

perasaan meneroka pada pelajar-pelajar.  Motivasi membantu pencapaian objektif pembelajaran  Pelajar yang berminat untuk belajar, dapat mempercepatkan pembinaan

konsep yang seterusnya  membantu pencapaian objektif pembelajaran.

Antara factor-faktor yang mempengaruhi murid –murid dalam motivasi pembelajaran ialah : Sikap yang kurang minat terhadap pelajaran. o

Minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar .

o

Murid-murid yang kurang minat dalam pembelajaran adalah amat sukar untuk menarik perhatian ketika guru mengajar, sebaliknya seseorang murid yang mempunyai minat dan sikap positif terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

o

Cara untukmengatasi masalah tersebut, guru- guru boleh menggunakan set induksi yang menarik.

o

Dengan ini dapat menarik perhatian murid-murid, lebih-lebih lagi wujudnya suasana menarik dalam bilik darjah, guru juga boleh menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik perhatian murid.

o

Menggunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan minatmurid terhadap pembelajaran, serta membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan menggunakan teknik mennyoal dan kaedan inkuiri-penemuan.

Kurangnya Motivasi Dalaman o

Motivasi dalaman, dikenali juga sebagai motivasi intrinsic, adalah diwujudkan daripada rangsangan dalaman.

o

Motivasi dalaman ini merupakan kesediaan belajar yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran .

o Ia mendorong murid-murid ke arah mencapai sesuatu matlamat pembelajaran. o

Jika seseorang murid kurangnya motivasi dalaman ini adalah sukar untuk proses peringkat permulaan dalam pembelajaran.

o

Mengikut Bruner (1966) , kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman , iaitu intrinsic ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan .

o

Kedua-dua intrinsic ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebik aktif , mudah, seronok dan berkesan.

Kurang kemahiran asas dan pengalaman o

Untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, murid-murid hendaklah memperoleh kemahiran asas atau penglaman yang berkaitan ; misalnya untuk belajar operasi bahagi, seseorang murid harus menguasai asas operasi darab terlebih dahulu .

o

Begitu juga bagi murid yang berpengalaman dalam kehidupan di luar bandar akan lebih bersedia dalam topik pertanian daripada murid-murid di dalam bandar .

o

Justeru itu , kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan factor penting yang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang.

Kurang peka dan tumpuan semasa belajar .

o

Keadaan suasana dalam pembelajaran tidak sistematik, suram dan kurang tindak balas daripada pelajar.

o

Dalam hal sedemikian rupa murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran.

o

Untuk mengatasi masalah tersebut guru hendaklah merancang pengajaran mengikut kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada .

o

Hubungkaitkan kemahiran asas yang telah dikuasai oleh murid dengan kemahiran baru yang akan dipelajari.

4. Sebab-sebab guru perlu menguasai pendekatan-pendekatan motivasi  Sebagaimana yang telah dihuraikan , keperluan asas dan keperluan

keselamatan , kasih saying dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hieraki kesempurnaan kendiri , maklumat dan estetik.  Ini bermakna , keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik

darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi.  Oleh itu,untuk mencapai objektif pelajaran, pengajar harus

mempertimbangkan apa yang perlu diajar dengan teliti.

 Guru perlu memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.  Guru perlu memahami pendekatan-pendekatan motivasi dan selalu mengambil berat keadaan murid-murid sama ada mereka dalam keadaan yang paling baik atau sebaliknya.  Jika guru telah menguasai pendekatan-pendekatan motivasi , guru boleh menjadikan suasana bilik darjah lebih kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran-pengajaran agar mereka merasa seronok , gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.

 Guru boleh memupuk penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pengajaran.  Hasil kerja murid-murid yang dibuat perlulah dihargai.

 Contohnya , semasa menyemak buku, tinggalkan komen yang positif kepada murid-murid agar mereka dapat membuat dengan lebih baik.

 Di samping itu , guru juga boleh merancangkan aktiviti pengajaran

mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka , iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan , menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

 Selepas guru memahami pendekatan-pendekatan motivasi , guru boleh memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri , menerima diri , melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang tertinggi.

 Untuk mengaplikasikan pendekatan motivasi kognitif , guru perlu memberi

penekanan kepada aspek-aspek psikososial merangkumi empat elemen iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif.

 Suara guru yang memikat pelajar akan membawa perubahan yang positif dalam bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku tanpa sebarang gangguan emosi kepada pelajar.  Contohnya, gunakan perkataan yang sopan. Guru menggunakan insentif

ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan sesuatu atas maklumat peribadi .

 Semasa mengajar , perlulah menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai.  Jika murid-murid mempunyai masalah , perlulah menyelesaikannya dengan teknik menyoal.  Cara menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka , demi mendapat kesimpulan atau genrealisasi.

 Guru juga wajib memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar

serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pangajaran-pembelajaran.

 Aktiviti pengajaran perlu dirancang mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri , memperoleh ilmu pengetahuan , menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

 Selepas guru belajar , perlulah mengaplikasikannya dalam kelas. Di dalam pengajaran dan pembelajaran , di bawah teori konstruktivisme , peranan guru merupakan penolong , pemudah cara dan perancang , sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.  Model pengajaran-pengajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan , menghafal, dan mengingat , adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.

Cara guru meningkatkan motivasi pelajar Persekitaran P & P ♥

Menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya.



Menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya.



Menentukan penglibatan pelajar-pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif ♥

mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar.



mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka

Peneguhan Positif dan Negatif ♥

Peneguhan positif : mendorong pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. cth: memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik.



Peneguhan negatif : dapat menolong mengelakkan tingkah laku disruptif yang boleh menghalangkelicinan proses P & P

cth: mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Set induksi yang menarik ♥

boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk membangkitkan naluri ingin tahu pelajar cth: membawa binatang arnab ke dalam kelassemasa mengajar mata pelajaran Sains.



Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. cth: melakukan aktiviti permainan yangberorientasikan Matematik.

♥ menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif cth: memberi senyuman dan mengangguk kepala semasa berinteraksi dengan pelajar ♥ mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan. cth: jgn abaikan pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan memberi kata-kata perangsang dan memberi kepercayaan kepadanya. ♥

meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik. cth: aktiviti unit beruniform

5. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses memotivasi murid untuk belajar  Pendidikan merupakan salah satu faktor untuk mencapai Misi Nasional.

 Guru pula watak yang menjalankan tugas ini untuk merealisasikan misi ini.  Namun , guru-guru pula perlu menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan. Semasa guru memotivasikan murid , perlu menyelesaikan cabaran-cabaran ini dengan sabar dan efektif.

 Motivasi bermaksud menggalakkan pelajar belajar dengan dorongan diri

sendiri.Namun begitu, terdapat satu

pepatah Bahasa Inggeris yang

menyatakan: "Those who can, do: those who can't, teach." (yang bermaksud, mereka yang tahu akan melakukan: mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar).  Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi pendidik atau pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

 Guru dipandang rendah semasa mendidik generasi-generasi akan datang.

 Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat.  Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.  Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu kepada masyarakat.

 Mengikut

Bandura

(1997)

dalam

teori

pembelajaran

sosialnya

menyarankan betapa penting pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious.  Contohnya pelajar yang memandang tinggi terhadap seorang guru mata pelajaran akan tukun belajar kerana ingin menyerupai model tersebut serta ingin diberikan peneguhan oleh guru tersebut.  Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri.  Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan.  Guru sering dipandang rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru.  Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

 Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk

utama bagi media masa.  Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi

menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru.  Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera.  Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka.

 Bagaimanakah guru mengajar dan membetulkan anak-anak murid jika

berlakunya kesalahan disiplin yang serious lagipun perlu memotivasikan mereka untuk rajin belajar

 Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan.  Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dan sebagainya.  Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru berpengalaman.

 Tekanan emosi yang dihadapi oleh guru amat besar dari ibubapa , akademik, guru besar, mediamassa dan sebagainya.  Guru memikul satu tugas dalam sekolah iaitu mengajar.  Mendidik anak-anak murid dari buta huruf, tidak pandai membaca , mengira , tidak bermoral kepada orang yang berguna dan berwibawa merupakan kerja yang sukar.  Tekanan akan dihadapi semasa menjelang peperiksaan, guru besar memberi tekanan kepada guru-guru untuk memastikan semua pelajar lulus  Perkembangan dari aspek lain seperti kokurikulum, moral, dan ilmu lain tidak dipandangberatkan. Pendekatan-pendekatan motivasi tidak dapat dipraktikkan.

 Kesimpulannya, seorang guru mesti berupaya menyelesaikan semua cabaran-cabaran dalam proses memotivasikan murid-murid.

Refleksi

Masa berlalu dengan cepat sekali, akhirnya telah tiba masa untuk menghantar tugasan ini. Semasa kami baru diberi tugasan KKP pendidikan ini, saya berasa amat membebankan kerana telah banyak tugasan lain diberikan. Namun, apabila saya mengetahui tajuk KKP ini adalah berkaitan dengan motivasi pelajar, saya pula ada motivasi untuk melaksanakan tugasan ini. Saya sendiri amat berminat dalam topik memotivasikan kanak-kanak. Ia adalah kerana saya sebagai seorang guru pelatih yang akan mengajar di sekolah pada masa akan datang sangat memerlukan informasi dan ilmu pengetahuan berasaskan topik ini. Jikalau murid sekolah tiada motivasi untuk belajar dalam kelas saya, saya akan menghadapi masalah besar untuk melaksanakan proses P&P dengan berkesan.

Oleh yang demikian, dalam proses mencari maklumat sambil menganalisis topik motivasi ini, saya telah mengetahui banyak maklumat serta cara-cara untuk memotivasikan kanak-kanak. Saya sendiri lebih mengemari cara ganjaran berbanding dengan cara hukuman, ini adalah sebab cara ganjaran akan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran manakala cara hukuman akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Sebagai seorang yang sudah melepasi tempoh pembelajaran sekolah rendah dan menengah, saya amat memahami perasaan dan cara pemikiran sebagai seorang pelajar. Dalam proses P&P, saya amat memerlukan seorang guru yang pandai membimbing kami dalam pembelajaran. Beliau haruslah seorang yang peramah, pandai berjenaka,

bertanggungjawab, memahami perasaan kami dan pandai meningkatkan minat kami dalam topik pembelajaran. Saya memahami bahawa bukanlah senang untuk menjadi guru yang begitu baik ini . Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru. Pada akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensayarah kami,Puan Rashinawati kerana beliau memang adalah seorang pensyarah yang amat baik sekali. Saya amat suka berada dalam kelas beliau, beliau pandai membuat set induksi dan meningkatkan minat kami dalam topik pembelajaran. Saya harap dapat belajar cara beliau mengajar dan menguruskan kelas pada masa akan datang. Sekian.

Related Documents

Kkp Pendidikn
June 2020 7
Kkp Kurikulum.docx
November 2019 28
Kkp Mda
June 2020 28
Kkp Elp
June 2020 8
Kkp Bsi
July 2020 11
Kkp Mpu 3041.docx
November 2019 18