Pendahuluan
Dewasa ini, terdapat banyak perkara yang menggugat keharmonian dan kesucian agama Islam dan penganutnya sendiri. Pelbagai pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa ideologi atau pemikiran yang berbeza-beza. Antara golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam khasnya di Malaysia adalah golongan yang memperjuangkan liberalisme. Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti liberalisme ini sebenarnya merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran dan kebudayaan (gazwah al-fikri wa al-thaqafi). Bentuk-bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam yang boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam itu sendiri (Mohd Roslan, 2011). Dalam membentengi akidah, umat Islam perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dalam memahami aliran pemikiran-pemikiran baru terutama yang berwajahkan Islam. Jika umat Islam dihadapkan dengan fahaman seperti sekularisme, komunisme dan kapitalisme, secara langsung mereka dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini kerana ia merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam. Tetapi serangan pemikiran yang berjenamakan Islam seperti Islam Liberal ini amat payah untuk dikenalpasti. Ini kerana aliran pemikiran ini juga menggunakan hujah yang disandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran, Hadith, ulama’ Islam, penggunaan istilah-istilah Islam, dipelopori oleh tokoh-tokoh yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan muncul di negara-negara Islam. Maka umat Islam yang tidak mempunyai asas pengetahuan tentangnya, dibimbangi mudah terjebak dan terpengaruh dengan pemikiran liberalisme.
2.0: Definisi liberalisme Liberal menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat mempunyai dua penakrifan. Pertamanya ditakrifkan sebagai (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misi menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas. Manakala penakrifan yang kedua pula ialah bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran. Isme menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa liberalisme membawa maksud sebuah ideologi, pandangan falsafah, dan tradisi politik yang didasarkan kepada kebebasan. Secara umum liberalisme menginginkan kepada sebuah masyarakat yang bebas, bercirikan kebebasan berfikir bagi para individu. Fahaman liberal menolak adanya pembatasan, khususnya dari pemerintah dan agama (Indah Maisuri).
3.0: Sejarah Kemunculan Liberalisme Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaissance (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu/sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu. Sifat-sifat fahaman liberalisme ialah; 1. Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit. 2. Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran seperti berikut; a. Individu lebih penting dari masyarakat. b. Masyarakat wujud untuk individu. c. Individu bebas dari ikatan agama. Gerakan liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther (1483-1546M) seorang tokoh Protestan disebabkan oleh penindasan dan keganasan gereja Katholik sebelum zaman Renaissance. Gerakan ini membebaskan penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke
16M. Antara prinsip penting bagi mazhab Protestan ialah; “Menjadi hak individu Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan tafsiran paderi-paderi” (Sulaiman Nordin, 1995). Pada abad ke 18M, Liberalisme Barat itu berkembang pula dalam bentuk aliran syak atau scepticism dan mewujudkan suasana yang kontroversi yang lebih hebat dengan agama-agama khususnya pada abad ke 19M. Seterusnya aliran yang menolak agama terus mengembangkan ideanya di German khususnya pada kurun ke 19M, melalui tulisan-tulisan seperti Feuerbach, Marx dan Nietzsche. Dari sinilah bermulanya satu fahaman yang terkenal iaitu ideologi Komunis. Idea Liberalisme ini terus berkembang di Barat bersama dengan kemajuan sains dan pemodenan dalam pembangunan industri. Manusia bukan sahaja disogok dengan idea “keraguan” tentang Tuhan dan ajaran-ajaran agama tetapi juga menjadikan mereka bersikap materialistik dengan menjadikannya sebagai matlamat dari segala kehidupan. Sebagai contohnya David Hume (17111776) seorang ahli falsafah Scotish dalam tulisannya banyak sekali menghentam agamanya sendiri (Kristian). Ini terbukti dalam tulisan-tulisan beliau seperti “Dialogues Concerning Natural Religion” dan “Essay on Miracles”. Berasaskan kepada idea pemikiran beliau yang menggunakan pendekatan “ragu” (scepticism) melalui teori ilmu yang didasarkan kepada persepsi akal dan indera maka sudah tentu ia mengatakan tuhan itu tidak ada. Secara langsung atau tidak langsung idea seumpama ini telah mempengaruhi pemikiran generasi baru di Barat khususnya dan di Timur amnya. Fahaman ini berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan berbagai aspek yang berkaitan dengan kemanusiaan tanpa perlu merujuk kepada agama atau tuhan. Kalau manusia itu dalam kes-kes tertentu perlu kepada agama maka ia hanya bersifat keperluan individu semata-mata terutama dalam keadaan manusia yang tidak menentu emosi dan pemikiran serta perasaannya kerana ditimpa kemalangan, bencana alam dan sebagainya. Maka peranan agama dalam konteks ini tidak lebih dari sekadar menstabilkan emosi yang tidak tenteram (Zulkarnain Yusuf, 1996).
4.0: Isu Liberalisme pada masa kini
Golongan liberal ini dikatakan mempunyai pelbagai fahaman dan pemikiran yang menjadi dasar kepada perjuangan mereka antaranya ialah: i.
Pluralisme Agama Aliran Islam Liberal berpendapat bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya Tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks dia dan agamanya sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan agama, maka semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada kebaikan adalah semuanya benar (Abdullah, 2007). Manhaj seperti ini dipegang oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja. Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang memandangkan agama-agama lain di dunia adalah sama. Keganjilan dalam manhaj utama Islam Liberal ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan keterdesakan mereka mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka. Mereka berhujah dengan ayat surah al-Baqarah, 2:21 ۡ َٰٓيَأَيُّ َها ٱلنَّاس ٢١ َٱعبدوا َربَّكم ٱلَّذِي َخلَقَك ۡم َوٱلَّذِينَ ِمن قَ ۡب ِلك ۡم لَعَلَّك ۡم تَتَّقون Maksudnya: “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orangorang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 21)
Mereka berpendapat sesiapa sahaja yang menyembah Tuhan dan menjadi orang yang benar-benar ikut agama mereka maka sebenarnya adalah orang beragama, sebab itulah perintah Allah dalam ayat ini. Sedangkan dalam al-Quran sendiri telah menyatakan bahawa agama yang diterima disisi Allah hanyalah Islam. ٨٥ َٱۡل ۡسلَ ِم د ِٗينا فَلَن ي ۡق َب َل ِم ۡنه َوه َو فِي ۡٱۡل َٰٓ ِخ َر ِة ِمنَ ۡٱل َخس ِِرين ِ ۡ َو َمن َي ۡبتَغِ غ َۡي َر Maksudnya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran : 85)
Sekalipun Islam mengakui kehadiran beberapa agama lain, ia tidak bererti Islam mengiktiraf dan menganggapnya benar. Di sisi Islam, ukuran benar atau tidak sesuatu agama tidak terletak kepada kebaikan-kebaikan yang diseru oleh agama tersebut tetapi bagaimana ia mengajar penganutnya untuk mentauhidkan Allah. Inilah asas dan pembeza terpenting antara agama Islam dan agama- agama selain Islam.
ii.
Kebebasan Menafsir Teks Al-Quran Golongan Islam Liberal mengelarkan diri mereka sebagai mujtahid alaf baru. Maka sewenang-wenangnya mereka menafsirkan teks al-Quran berdasarkan pemikiran liberal mereka. Sebagai contoh, terhadap firman Allah SWT: َ َّارقَة فَ ۡٱق ٌ ٱلل َع ِز طع َٰٓوا أ َ ۡي ِديَه َما َجزَ آَٰ َۢ َء بِ َما َك َسبَا َن َك ٗٗل ِمنَ َّ ه َّ ٱللِ َو ٣٨ يمٞ يز َح ِك ِ َّارق َوٱلس ِ َوٱلس Maksudnya: “Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangankeduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dansebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Maidah: 38)
Mereka memberi penafsiran bahawa tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Quran adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia. Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukumhukum Al-Quran termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW tidak semestinya dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini. Bahkan kepada umat Islam yang berpegang kepada dasar ayat bahawa pencuri yang sabit kesalahan dipotong tanganya, aliran Islam Liberal menyindir mereka sebagai “para penyembah teks” semata-mata (Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang). Inilah parahnya aliran pemikiran Islam Liberal sehingga sampai ke tahap sangat biadap terhadap ayat Allah semata-mata mahu selari dengan kehendak zaman atas alasan sesuai dengan peradaban manusia kononnya serta tidak mengikut disiplin yang sepatutnya dalam menafsirkan ayat-ayat Allah.
iii.
Aurat Wanita Islam Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita Islam dari belenggu kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang universal. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari pakaian yang menutup aurat tersebut (Mohd Roslan, 2011). Bahkan apabila ditanya kepada seorang aktivis Islam Liberal: “Kenapakah anda
tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa” yang merujuk kepada ayat ini; ٗ س ۡو َءتِك ۡم َو ِر َّ ت ٱللِ لَعَلَّه ۡم ِ َر ذَلِكَ ِم ۡن َءايٞۚٞ يش ۖا َو ِلبَاس ٱلتَّ ۡق َوى ذَلِكَ خ َۡي َ يَبَنِ َٰٓي َءادَ َم قَ ۡد أَنزَ ۡلنَا َعلَ ۡيك ۡم ِلبَاسٗ ا ي َو ِري ٢٦ ََيذَّ َّكرون Maksudnya: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkankepadamu Pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan dan Pakaian takwa itulah yang paling baik yang demikian ituadalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf :26) Kefahaman seperti ini memang merupakan asas perjuangan kepada aliran IslamLiberal dalam bab berpakaian. Lebih memilukan apabila umat Islam Malaysia pernah dikejutkan oleh sebuah artikel berjudul ‘Memahami Aurat Wanita’ yang dimuatkan dalam majalah Al-Islam edisi Februari dan akhbar Mingguan Malaysia (15 Feb 2004). Artikel tersebut dikeluarkan oleh Astora Jabat dan beliau mendakwa ia asalnya ditulis oleh seorang yang bernama Zainudin Idris. Antara yang didakwa ialah aurat yang wajib ditutup oleh kaum wanita mengikut syari‘at Islam hanyalah kemaluan depan dan belakangnya. Bahkan beliau menulis: “Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi diluar sembahyang.”
5.0: Peranan guru pendidikan islam dalam mendepani isu penyelewengan akidah