Kertas Cadangan Persatuan Seni Tekat.docx

  • Uploaded by: Geethu Princess
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Persatuan Seni Tekat.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,417
  • Pages: 8
SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 70400, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN SENI TEKAT TAHUN 2018

1

1.0 PENGENALAN Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan diluar bilik darjah. Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Kokurikulum terdiri daripada pelbagai bahagian iaitu kelab dan persatuan, permaian serta badan beruniform. Justeru itu, persatuan merupakan sesuatau entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembangan, berperaturan dan berkepimpinan. Persatuan dianggotai oleh individu yang mempunyai minat kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama rata. Oleh hal demikian Persatuan Alam Sekitar telah dicadangkan untuk ditubuh . Persatuan Seni Tekat ini dicadangkan kerana sekolah ini tiada persatuan yang dapat mendedahkan murid terhadap kesenian dan kebudayaan. Seni Tekat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Persatuan ini dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti seni tekat memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Penubuhan Persatuan Seni Tekat Sekolah merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan murid yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial. Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan murid terhadap seni tekat dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat bakal-bakal murid di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya dalam bidang seni . Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada murid yang berminat untuk menyertai segala pertandingan yang berkaitan dengan seni tekat. Kelab ini juga dapat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang. 2.0 SEJARAH

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan 2

sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzua dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada. 3.0 MATLAMAT

Matlamat persatuan Seni Tekat sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi warga sekolah yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran pada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 RASIONAL Penubuhan Persatuan Seni Tekat Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya ini adalah penting kerana: 4.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua sekolah untuk menubuhkan persatuan sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas. (Rujuk Lampiran 1) 4.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para murid Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam seni tekat. 4.3 Pergerakan Persatuan Seni Tekat yang didaftarkan di bawah nama Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya mampu mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya sebagai sebuah sekolah yang mengangkat martabat Persatuan Seni Tekat. 4.4 Penubuhan persatuan ini merupakan satu insiatif bagi meningkatkan kefahaman para murid terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai pada seseorang murid.

3

5.0 OBJEKTIF

Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisiplin. 5.1 Meningkatkan pengetahuan, daya

kreativiti, inovasi, disiplin

serta

kemahiran dalam bidang seni tekat yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. 5.2 Menggunakan pelbagai kemahiran dan teknik untuk mereka cipta produk seni tekat yang berkualiti. 5.3 Menjadikan bidang seni tekat sebagai prospek kerjaya. 5.4 Meneyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup. 5.5 Memberi kesempatan kepada para murid untuk mengembangkan bakat masingmasing. 5.6 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan seni tekat. 5.7 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid. 5.8 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan memperangsangkan. 5.9 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para murid.

6.0 VISI Visi Persatuan Seni Tekat ialah Melahirkan pelajar yang berkebolehan dan berketerampilan dalam segenap bidang bukan sahaja bidang akademik tetapi juga bidang yang lain termasuklah kebudayaan dan kesenian, serta berbudaya luhur dan bersatu ke arah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

7.0 MISI Misi Persatuan Seni Tekat ialah melahirkan ahli kelab yang aktif dan berusaha dalam Persatuan Seni Tekat, berganding bahu agar dapat mencapai Visi Persatuan Seni Tekat, di samping mewujudkan suasana harmoni, memupuk budaya antara satu sama lain. 8.0 AHLI JAWATANKUASA Pesatuan ini akan dinaungi Guru Besar dan dipimpin oleh tiga orang guru sekolah ini yang berpengalaman dalam mengajar seni tekat. Jawatan seperti pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa akan dilantik dalam kalangan murid semasa Mesyuarat Agung. Rujuk 4

Lampiran 2 (a) dan (b) untuk Carta Organisasi Jawatankuasa Persatuan Seni Tekat Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya yang bakal dibentuk. 9.0 TAKWIN AKTIVITI Rujuk Lampiran 3, saya telah mencadangkan jadual aktiviti Persatuan Seni Tekat Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya yang akan dijalankan seperti mana disertakan di lampiran, sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini menunjukkan bahawa saya benar-benar serius tentang penubuhan persatuan ini. Persatuan ini akan menjalankan aktiviti seperti aktiviti untuk latihan dan aktiviti untuk pertandingan. Sebelum memulakan aktiviti yang tersenarai, teori tentang pengenalan asas seni tekat akan diberikan. 10.0

SASARAN

Keahlian untuk Persatuan Rakan Muda dibuka kepada semua murid sekolah Seremban Jaya Tahun 4 hingga Tahun 6 yang berminat untuk mempelajari dan menguasai kemahiran Seni Tekat. Mereka perlu mengisi borang dan melulusi ujian yang disediakan. Keahlian dihadkan kepada 30 orang pelajar sahaja.

11.0

LOGO, DAN LAGU PERSATUAN SENI TEKAT

Konsep dan idea logo ini membawa maksud pengertian persatuan seni tekat SK Seremban Jaya. Saya mencipta logo ini untuk melambangkan keunikan persatuan ini. Reka bentuk ini logo ini adalah berdasarkan sulaman asas seni tekat iaitu “sulaman bunga”. Penerangan yang lanjut sila rujuk Lampiran 5. Sebuah lagu juga telah dicipta untuk persatuan. Lagu ini menunjukkan kebangkitan semangat ahli persatuan seni tekat terhadap seni tekat dan sulaman. Lagu ini juga menggalakkan ahli supaya setia terhadap persatuan ini. Dalam lirik lagu ini juga membawa maksud ahli persatuan seni tekat perlu berusaha untuk mempelajari sulaman dengan 5

penuh semangat. Selain itu, ahli persatuan perlu berdisiplin supaya tidak menjatuhkan imej persatuan seni tekat dan sentisa bersedia berkhidmat dengan penuh semangat. (Rujuk Lampiran 6). 12.0

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Suatu perlembagaan yang bertulis telah diwujudkan oleh persatuan Seni Tekat. (Rujuk Lampiran 8). Perlembagaan ini telah menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh guru penasihat, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli biasa di dalam kelab. Tujuan wujudnya perlembagaan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan guru penasihat dan ahli Persatuan Seni Tekat. Ia juga memastikan setiap ahli Persatuan Seni tekat berdisiplin sepanjang masa seperti menghadiri setiap perjumpaan dengan tepat masa. Seperti Peraturan 9 telah menyatakan bahawa ahli perlu menulis surat tunjuk sebab jika tidak hadir sebanyak tiga kali berturut-turut. Di samping itu, ia juga memastikan guru penasihat dan ahli Persatuan Seni Tekat bekerjasama untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Persatuan Seni Tekat.

13.0

SUMBER KEWANGAN

Berdasarkan peruntukkan tahun ini, setiap persatuan diberikan RM200.00 untuk membiayai keperluan aktiviti kelab. Kami juga akan memohon sumbangan sebanyak RM200.00 daripada PIBG sekolah untuk kegunaan pertandingan dan program lain-lain yang akan diadakan oleh Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya. Dengan itu, saya mencadangkan beberapa sumber kewangan:

1. Peruntukan sekolah 2. Sumbangan PIBG 3. Profit daripada aktiviti keusahawaan 4. Tajaan daripada pihak luar. 5. Sumbangan sekolah 6. Sumbangan penasihat persatuan 14.0

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Seni Tekat di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya merupakan satu asset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi murid seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Persatuan Seni Tekat mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat “SATU MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui 6

penubuhan persatuan ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(SANGEETHA A/P K.LOGANATHAN)

(PUAN AZIBAH BINTI BAHAROM)

Setiausaha,

Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Persatuan Seni Tekat,

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya

Diluluskan oleh:

(ENCIK JAMHARI BIN LUDIN)

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya.

7

8

Related Documents


More Documents from "irene"