Kertas Cadangan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan as PDF for free.

More details

  • Words: 650
  • Pages: 7
KERTAS CADANGAN PROJEK KEROPOK IKAN DAN MADU LEBAH ASLI KEPADA :

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

NAMA ALAMAT

Grow Management & Services

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN............................................................................ 3 2. KEADAAN SEMASA PESERTA.................................................... 3 3. OBJEKTIF PROJEK & PERLAKSANAAN ..................................... 3 4. BIODATA PESERTA ................................................................... 4 5. BUTIRAN MODAL YANG DIPERLUKAN ...................................... 5 6. LATIHAN DAN BIMBINGAN ........................................................ 6 7. PENUTUP .................................................................................. 6 8. LAMPIRAN ................................................................................. 7

2

Grow Management & Services

KERTAS CADANGAN PROJEK KEROPOK IKAN DAN MADU LEBAH ASLI

1. PENGENALAN Perancangan menjalankan projek keropok ikan dan madu lebah asli ini adalah sebahagian dari projek industri kecil & sederhana yang dicetuskan hasil dari pemerhatian dan kreativiti salah seorang peserta program usahawan asnaf yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ini, beliau bercita – cita untuk menjadi pembekal keropok lekor dan madu lebah asli yang terkenal bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara.

2. KEADAAN SEMASA PESERTA Peserta

projek

ini

iaitu

___________________merupakan

seorang

usahawan asnaf yang menjalankan perniagaan keropok ikan dan madu lebah asli. Beliau menjalankan perniagaan ini di Pasar Rakyat Asnaf Seksyen 3, Shah Alam pada setiap hari Sabtu. Manakala pada hari-hari lain pula beliau menjalankan perniagaan di Pasar Bandar Baru Sg Buluh. Beliau menyewa sebuah kedai dan sebuah stor untuk menyimpan barang-barang jualan beliau.

3. OBJEKTIF PROJEK & PERLAKSANAAN 3.1 OBJEKTIF Objektif utama projek ini adalah untuk bersama memajukan industri kecil & sederhana yang boleh mendatangkan keuntungan berpanjangan dan dapat membuka peluang pekerjaan serta membantu menambahkan

3

Grow Management & Services pendapatan usahawan IKS. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan bilangan usahawan bumiputera yang mampu bersaing di dalam dan luar negara.

3.2 PERLAKSANAAN •

Projek ini akan melahirkan seorang usahawan IKS yang menjadi antara pembekal utama keropok ikan dan madu lebah asli di Lembah Klang.



Bekalan keropok ikan dan madu lebah asli diperolehi dengan cara memborong dari pemborong keropok ikan dan madu lebah asli di Terengganu.



Keropok ikan dan madu lebah tersebut akan disimpan di dalam stor sebelum diletakkan di kedai untuk dijual bersama barangan lain.



Projek ini dijangka memiliki nilai komersial yang tinggi, berdaya saing dan berkualiti kerana keropok ikan dan madu lebah asli mendapat permintaan yang tinggi terutama di kawasan bandar.



Memberikan motivasi dan keyakinan kepada bakal usahawan agar lebih berani menonjolkan diri membawa pendekatan atau perancangan yang memberi impak yang besar pada ekonomi negara atau masa depan sendiri.

4. BIODATA PESERTA Nama

:

No I/C

:

Alamat

:

No Telefon

:

Produk Diniagakan

: Keropok ikan, madu lebah asli dan lain-lain

4

Grow Management & Services 5. BUTIRAN MODAL YANG DIPERLUKAN BIL PERKARA 1 MODAL KERJA (RM 15,000.00)

JUMLAH

Pembelian keropok ikan Pembelian madu lebah asli Kos sewa kedai

RM 5,000.00 RM 5,000.00 RM 5,000.00

2

MODAL PERALATAN (RM 15,000.00) Pembelian rak-rak barang Pembelian mesin kira,meja dan lain-lain JUMLAH BESAR

RM 8,000.00 RM 7,000.00 RM 30,000.00

5

6. LATIHAN DAN BIMBINGAN Untuk melancarkan lagi perjalanan projek ini, peserta perlu diberi latihan dan bimbingan pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian dan MARA. Latihan dan bimbingan ini perlu dari masa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau semasa menjalankan projek ini. Antara latihan yang diperlukan ialah : 1. Program Latihan Keusahawanan MARA 2. Kursus asas peruncitan 3. Kursus pelabelan dan pembungkusan

7. PENUTUP Projek ini merupakan projek usahawan bumiputera 100% yang dijangka dapat menyaingi usahawan-usahawan bumiputera dan bukan bumiputera yang lain. Selain itu, barangan yang dijual adalah halal kerana ianya dihasilkan oleh usahawan bumiputera Islam. Projek ini dijangkakan mempunyai pasaran yang luas kerana permintaannya meningkat dari masa ke semasa. Secara tidak langsung, projek ini dapat meningkatkan ekonomi usahawan khususnya bumiputera Islam supaya dapat bersaing dalam pasaran semasa dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Akhirnya

produk

ini

diharapakan

dapat

menambah

bilangan

usahawan bumiputera untuk mencapai sasaran 30% pegangan bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang digariskan oleh kerajaan. “REZEKI BERKAT KERANA MUAFAKAT”

Grow Management & Services 8. LAMPIRAN

Gambar 1:

Gambar 3:

Gambar 2:

Gambar 4:

7

Related Documents