Persatuan - Kertas Kerja.docx

  • Uploaded by: 0Max
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Persatuan - Kertas Kerja.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,283
  • Pages: 13
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN “KELAB LESTARI ALAM SEKITAR”

SMK LUAR BANDAR MIRI KM 55, JALAN MIRI-BINTULU, C.D.T 242 MIRI, 98000, SARAWAK

DISEDIAKAN OLEH: DENIE MAXWELL ANAK SEKEP SMK LUAR BANDAR MIRI

KANDUNGAN TAJUK 1. PENGENALAN i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. 2.

LATAR BELAKANG RASIONAL MATLAMAT OBJEKTIF VISI MISI PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN JAWATANKUASA PENAJA

PERLEMBAGAAN i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR ii. MATLAMAT iii. OBJEKTIF iv KESETIAAN ALAM SEKITAR v. LOGO DAN PENGERTIAN vi. BENDERA DAN PENGERTIAN vii. KEAHLIAN viii. PAKAIAN RASMI ix. GURU PENASIHAT x. AHLI JAWATANKUASA xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA xii. KEWANGAN xiii. KEHADIRAN xiv PERATURAN-PERATURAN xv. TINDAKAN DISIPLIN xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN xvii PEMBUBARAN xviii HAL-HAL LAIN 9. 10.

LAMPIRAN

RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN PENUTUP

TAJUK Kelab Lestari Alam Sekitar

1.

LATAR BELAKANG Kelab Lestari Alam Sekitar adalah usaha terancang pihak SMK Luar Bandar Miri untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Lestari Alam Sekitar ini, membolehkan

penglibatan

aktif

pelajar

bagi

menimbulkan

rasa

semangat

berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Secara umum kegiatan Ko-kurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi, rohani dan intelek ( AJERI ). 2.

RASIONAL 2.1

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumbersumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Walau bagaimanapun, sumber-sumber alam semakin berkurangan berikutan fenomena kemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan sumber air bersih yang menjadi masalah terbesar yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Antara langkah yang paling berkesan dalam mengekalkan keseimbangan antara kelansungan hidup manusia dengan kelestarian alam sekitar adalah dengan memelihara serta memulihara alam sekitar secara aktif.

2.2

Selain itu, Sarawak juga merupakan antara negeri dalam Malaysia yang mempunyai khazanah alam semula jadi terbesar di Malaysia, dengan keluasan kira-kira 124,451 km², ia masih lagi mengekalkan kehijauan dan sumber alamnya. Kerajaan Negeri Sarawak juga amat komited dalam memelihara dan memulihara sumber alam negeri ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah destinasi pelancongan hijau. Kerajaan negeri juga amat komited dalam merealisasikan teknologi hijau dalam

Sarawak. Namun begitu, Sarawak juga tidak terlepas daripada ancaman kemusnahan alam sekitar yang saban hari menghakis kehijauan yang ada di bumi kenyalang ini. Oleh sebab itu, generasi muda selaku pewaris dan pemimpin

pada masa hadapan

perlulah

diberikan kesedaran serta

pengetahuan awal agar ianya dapat dipraktikkan dan diterapkan di peringkat muda bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja akan memelihara dan memulihara alam sekitar, bahkan juga menghargai dan ciptaan Tuhan. 2.3

Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.

MATLAMAT 3.1

Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.

OBJEKTIF 4.1

Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli

4.2

Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna

4.3

Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza

4.4

Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.

4.5

Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar

4.6

Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.

4.7

Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.

4.8

Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society)

4.9

Menyokong aspirasi kerajaan negeri Sarawak sebagai negeri mesra alam sekitar.

5.

4.10

Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

4.11

Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.

4.12

Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

VISI 5.1

Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang

6.

MISI 6.1

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik sejajar dengan pembangunan dan pemodenan negara.

7.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 7.1

Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)

7.2

Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

7.3

Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.

7.4

Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli : i)

mengenal pasti masalah di persekitaran mereka

ii)

mendapatkan maklumat yang perlu

iii)

memikir, merancang dan melaksanakan tindakan atau alternatif

yang sesuai.

8.

JAWATANKUASA KELAB LESTARI ALAM SEKITAR Jawatankuasa "Kelab Lestari Alam Sekitar" akan terdiri daripada:

Penaung

: Pn. Dayang Laila binti Haji Kahar

Penyelaras

: En. Parai Ulai

Penasihat

: En. Denie Maxwell anak Sekep

Pengerusi

: Jordan Wong Chun Haw

Naib Pengerusi

: Bradie Sendar anak Siba

Setiausaha

: Raazhidah Shah binti Nadar

Bendahari

: Richellyia Wee

Ketua Kumpulan

: 1) Amirah Balqis binti Supardy 2) Anderson Kanang anak Pawrine 3) Adil Fitri bin Sulaiman 4) Lyana anak Lian 5) Cynthia anak Distandtly

KELAB LESTARI ALAM SEKITAR SMK LUAR BANDAR MIRI NO. PENDAFTARAN PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT a. Nama Persatuan :

Kelab Lestari Alam Sekitar SMK Luar Bandar Miri

b. Alamat

:

SMK Luar Bandar Miri, Jalan Miri-Bintulu, C.D.T 242, 98000, Miri, Sarawak.

PERATURAN 2 :

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3 : OBJEKTIF Tujuan Kelab Pencinta Alam ditubuhkan ialah: 3.1

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

3.2

Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3.3

Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

3.4

Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

3.5

Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

3.6

Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

3.7

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

3.8

Supaya ahli dapat pendedahan dan kemahiran dari pelbagai segi (pendidikan alam sekitar) dengan lebih profesional dalam menimba ilmu dan memupuk semangat berkerjasama dan hidup harmoni secara bermasyarakat.

3.9

Ahli-ahli kelab akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya dan setiap pertandingan serta persembahan yang di laksanakan.

PERATURAN 4 : KESETIAAN ALAM SEKITAR 4.1

memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia

4.2

mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan

4.3

melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN 5.1

Logo Kelab Pencinta Alam

5.2

Pengertian logo i.

Lingkungan

atau

bulan

sabit

melambangkan

peranan

dan

tanggungjawab manusia melindungi khazanah alam kurniaan Tuhan. ii.

Daun melambangkan harapan terhadap kebergantungan manusia kelestarian alam sekitar.

iii.

Pohon kayu melambangkan alam sekitar sebagai tunjang kepada kelansungan hidup manusia.

iii.

Warna hijau melambangkan semangat kental mengekalkan kelestarian alam sekitar.

iv.

Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah

v.

Warna coklat melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.

vi.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

PERATURAN 6 : 6.1

BENDERA DAN PENGERTIAN

Bendera Kelab Pencinta Alam

CARPE TERRA

6.2

Pengertian bendera Kelab Pencinta Alam i.

Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

ii.

Slogan bahasa Latin ”Carpe Terra” bermaksud ”seize the earth” untuk memupuk semangat menjaga alam sekitar.

PERATURAN 7 : KEAHLIAN 76.1

Keahlian terbuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas SMK Luar Bandar Miri tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.

7.2

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

7.3

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

7.4

Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab.

7.5

Semua ahli berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

7.6

Semua ahli wajib menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 8 : 8.1

PAKAIAN

Sesi perjumpaan mingguan - Baju T Kelab, seluar trek sukan, kasut sukan berstokin

8.2

Sesi aktiviti kelab

- Baju T Kelab dan seluar trek sukan - Kasut dan bersetokin

PERATURAN 9 :

GURU PENASIHAT

9.1

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

9.2

Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

9.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 10 :

AHLI JAWATANKUASA

10.1

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

10.2

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

10.3

Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

10.4

Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

10.5

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

10.6

Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:10.6.1

Pengerusi

10.6.2

Naib Pengerusi

10.6.3

Setiausaha

10.6.4

Bendahari

10.6.5

Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 11.1

Pengerusi 11.1.1 Mempengerusikan

semua

mesyuarat

dan

bertanggungjawab

atas

kesempurnaan semua mesyuarat 11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.2

Naib Pengerusi 11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. 11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.3

Setiausaha 11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan. 11.3.3 Mencatat kehadiran ahli 11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.5

Bendahari 11.5.1

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab

11.5.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

11.5.3

Menyediakan

Penyata

Kira-Kira

bulanan

dan

tahunan

serta

menandatanganinya. 11.5.4

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.7

Ahli Jawatankuasa 11.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

11.7.2 11.7.3

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

PERATURAN 12 : 12.1

KEWANGAN

Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.

12.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. 12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN 13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun. 13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN 14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN 15.1

Akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

15.2

Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 15.2.1 Amaran lisan 15.2.2 Amaran bertulis

15.3

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 16.1

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

16.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

16.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

16.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

PERATURAN 17 : PEMBUBARAN 17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis 17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN 15.1

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11.

RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN 11.1

Program “Sekolah dalam Taman”.

11.2

Program penanaman menggunakan baja organik.

11.3

Program “Satu Pelajar, Satu Pokok”.

11.4

Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai.

11.5

Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok.

11.6

Projek membuat baja kompos.

11.7

Pameran “Kelestarian Alam Sekitar”.

11.8

Penyelenggaraan taman dan alatan.

PENUTUP Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Lestari Alam Sekitar” merupakan satu asset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab Lestari Alam Sekitar mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

................................. DENIE MAXWELL ANAK SEKEP Guru Penasihat Kelab Lestari Alam Sekitar (K) SMK Luar Bandar Miri.

Tarikh: .......................

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.................................

.................................

PARAN ULAI

DAYANG LAILA BINTI HAJI KAHAR

GPK Kokurikulum

Pengetua,

SMK Luar Bandar Miri.

SMK Luar Bandar Miri.

Tarikh: .......................

Tarikh: .......................

Related Documents


More Documents from "Baya Abdullah"

Falsafah - Individu.docx
December 2019 11
Moral.docx
June 2020 4