F. Kertas Cadangan Penyelidikan.docx

  • Uploaded by: aina syakirah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View F. Kertas Cadangan Penyelidikan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 383
  • Pages: 4
CADANGAN PENYELIDIKAN : PERBANDINGAN AMALAN PEMAKANAN DAN INDEKS JISIM TUBUH (BMI) ANTARA ATLET DAN BUKAN ATLET DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NAMA KURSUS : GGGA3232 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 1

PENSYARAH : CIK MAZALAH BINTI AHMAD

DISEDIAKAN OLEH :

AINA SYAKIRAH BINTI SHUHAIMI A161211

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERMASALAHAN KAJIAN Tempoh zaman remaja ini bergantung kepada pembangunan fisiologi, banyak tabiat pemakanan yang tidak diingini sering diperhatikan seperti pilihan pemakanan yang salah dan aplikasi pemakanan yang tidak sihat serta beberapa jenis pemakanan yang menyebabkan obesiti, tenaga malnutrisi protein dan mineral serta vitamin yang tidak mencukupi. Kesan pemilihan makanan yang tidak sihat dan tabiat makan yang buruk dapat dilihat di seluruh dunia. Di mana-mana sahaja, terdapat sebilangan individu yang mengalami masalah malnutrisi atau kekurangan zat makanan yang teruk. Sama ada terlebih atau kurang khasiat pemakanan. Perubahan pengambilan makanan dan amalan pemakanan zaman sekarang berkait rapat dengan perubahan cara dan gaya hidup moden yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat pada hari ini kebanyakkan tidak menyediakan makanan di rumah namun mengambil makanan di luar rumah seperti di kedai makan, restoran, kedai kopi, kedai makanan segera. Atlet juga tidak terlepas dari mengambil makanan sebegini. Namun, mereka mempunyai pola pemakanan yang berbeza untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan fizikal mereka. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji hubungan antara amalan pemakanan dan indek jisim tubuh (BMI) antara atlet dan bukan atlet.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana amalan pemakanan atlet memberi kesan kepada tubuh dan prestasi. Kajian ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai perbezaan di antara amalan pemakanan seseorang atlet dengan bukan atlet seterusnya mengukur indeks jisim tubuh mereka. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengetahui hubungkait antara amalan pemakanan dan indeks jisim tubuh (BMI) 2. Mengenalpasti amalan pemakanan yang diambil oleh atlet dan bukan atlet. 3. Mengetahui perbezaan amalan pemakanan dan indeks jisim tubuh (BMI) antara atlet dan bukan atlet.

PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perkaitan antara amalan pemakanan dan indeks jisim tubuh? 2. Sejauhmanakah perkaitan antara amalan pemakanan dan indeks jisim tubuh antara atlet dengan bukan atlet? 3. Adakah terdapat persamaan indeks jisim tubuh antara atlet dengan bukan atlet?

HIPOTESIS KAJIAN

1. Terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan pemakanan dan indeks jisim badan (BMI) 2. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan pemakanan dengan jisim tubuh badan (BMI) antara atlet dan bukan atlet

KERANGKA TEORI KAJIAN

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Related Documents


More Documents from "ZAKARIA BIN MAT ISA pju17C319"

Materi Modul.docx
December 2019 39
Agama.docx
December 2019 31
Print Ips.docx
October 2019 34
Taksonomi Bloom.docx
December 2019 32
Artikel Pki Fix.docx
October 2019 28