1.0 Pengenalan Menurut, Sapinas (2009), Nor Azizah (2011) mendapati Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan. Pendekatan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2013), istilah pendekatan bermaksud cara atau langkah yang diambil untuk memulakan sesuatu tugas dan usaha. Maka, pendekatan pengajaran pendidikan moral merupakan cara atau langkah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran serta nilai-nilai murni kepada murid. Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nillai sejak tahun 1960. Pendekatan-pendekatan ini telah diperkenalkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di negara barat atau timur, termasuk negara kita. Namun begitu, jelas dilihat bahawa kesemua pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ia telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru menggabungkan beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara efektif. Antara pendekatan yang telah diperkenalkan melalui program pendidikan moral yang boleh digunakan di negara kita ialah, pemupukan nilai, perkembangan moral kognitif, analisis nilai, penjelasan nilai, pendekatan penyayang, pendekatan tindakan sosial, pembinaan rasioanl dan pendekatan penyelesaian konflik. Pendekatan-pendekatan ini memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang juga merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
1
2.0 Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral Yang Telah Dijalankan. Matlamat utama pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi yang cemerlang serta bersatu padu melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaran dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk mendidik anak bangsa negara kita. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan akademik pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran oleh guru dan juga gaya pembelajaran seseorang pelajar. Secara umumnya pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Manakala pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin, 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan pelbagai dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Selaras dengan itu, saya telah menjalankan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral ketika saya melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah di SJKT Sri Telemong. Maka, esei ini akan mengupas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan di sekolah yang ditetapkan. Saya telah memerhati proses pengajarn dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru pendidikan Moral di SJKT Sri Telemong bernama Puan. Parameswary. Beliau mengajar pendidikan moral bagi murid tahun empat. Beliau telah mengajar nilai baik hati terhadap jiran. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat dikenal pasti bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru adalh berkesan. Guru telah menggnakan pelbagai kaedah untuk menyapaikan isi pelajaran kepada murid. Antara kelebihan yang dikenalpasti dalam kaedah pengajaran guru ialah guru menyiarkan satu video tentang nilai baik hati sebagaii langkah set induksi. Hal iniamat sesuai untuk dilakuka pada permulaan suatu aktiviti PdP. Hal deimikian kerana, akan merangsang muri untuk berfikir. Seterusnya, guru juga telah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Moral kepda murid. Misalnya guru mengadakan aktiviti lakonan dan main peranan. Oleh hal demikian murid melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Guru juga telah menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dalam kalangan murid Tahun 4. Kebanyakkan aktiviti yang diberikan adalah berfokuskan kepada kerja kumpulan. Hal ini dapat mewujudkan komunikasi antara murid dan menukar pendapat mereka ketika melakukan kerja kumpulan. Lebih –lebih lagi, proses pengajaran dan pembelajaran guru dieknal pasti berkesan apabila melihat pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru 2
telah menyediakan soalan yang sesuai mengikut tahap murid di kelas supaya dapat menilai murid mengikut tahap kefahaman mereka. Maka, perkara-perkana ini telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Namun demikian terdapat beberapa kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disamaikan oleh guru tersebut. Didapati bahawa, guru tidak memberikn definisi bagi tajuk yang hendak diajar. Apabila guru tidak mengajar dahulu serta memberikan input tentang sesuatu topik maka murid tidak dapat melaksanakn aktiviti yang seterusnya. Hal ini telah menjejaskan kaedah yang digunakan dalam proses pengarajan dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Lebih-lebih lagi guru Pendidikan Moral tersebut tidak menggunakan bahan bantu yang menarik minat murid supaya melibatkan diri dalam proses pdp secara aktiviti. Murid telah berasa bosan dengan cara guru mengajar dan murid tidak menumpukan perhatian. Oleh itu, guru harus mengajar dahulu tentang sesuatu topik sebelum melakukan aktiviti berdasarkan topik yang diajar. Selain itu, guru juga harus mencipta pelbagai bahan bantu mengajar untuk digunakan semasa porses pengajaran pembelajaran. Hal ini akan menarik minat terhdap sesuatu topik yang diajar. Murid juga akan menupukan perhatian ketika guru mengajar. Secara keseluruhanya, proses pengajaran dan pembelajaran guru yang bernama Pn. Paremeswary amat berguna serta berkesan. Guru dapat mencapai salah satu objektif pada akhir sesi pengajran dan pembelaran. Oleh itu, guru harus mengambil inissitaif untuk menambahbaikan kelemahan mereka dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan serta melakukaknnya. Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar serta memastikan penggunaan bahan bantu mengajar agar dapat mencapai kedua-dua objektif pembelajaran sesuatu topik.
3
Kepentingan Pendekatan Pemupukan Nilai Dalam Pendidikan Moral Memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma masyarakat Mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai
Dapat memberikan contoh teladan yang mudah kepada murid
Memanipulasikan keadaan berdasarkan pengalaman murid
Murid-murid mendalami nilai dalam diri mereka
4
3.0 Kepentingan Pendekatan Pemupukan Nilai Dalam Pendidikan Moral Menurut Chang Lee Hoon (2002), fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya sesuatu masyarakat ke dalam diri individu supaya dapat menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai ini dianggap sebagai standard tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian. Set nilai ini boleh diamalkan sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1996), “Pemupukan nilai dalam pengajaran mata pelajaran sekolah boleh diteliti dari perspektif pelajar dan 84 bagaimana konsep, proses, kemahiran dan sikap telah diasimilasi dan diakomodasikan dalam struktur kognitif setiap pelajar” (hlm. 17). 3.1 Mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai Antara kebaikan pendekatan pemupukan nilai ini adalah mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral. Hal ini demikian kerana murid-murid akan diberikan pendedahan tentang maksud dan fungsi sesuatu nilai terlebih dahulu. Setiap tingkah laku moral mestilah melalui satu proses yang komprehensif melibatkan dimensidimensi pemikiran, emosi dan amalan. Pada peringkat pemikiran moral seseorang itu akan bermula dengan wujudnya isu atau situasi dan mungkin menimbulkan dilema moral. Oleh itu, penaakulan amat penting pada peringkat ini sebelum justifikasi moral dibuat. Di sini peringkat kematangan dan perkembangan moral menjadi faktor penting mempengaruhi keputusan yang akan dibuat.
Melalui ini murid akan mendapat pengetahuan tentang
sesuatu nilai serta mereka dapat menganalisisnya sebelum menerima sesuatu keputusan. Bagi menghayati sesuatu nilai murid perlu mendapat pengetahuan tentang kepentingan nilai dan cara menggamalkannya dalam kehidupan mereka. Misalnya guru mengajar tingkah laku yang bermoral kepada murid-muridnya dengan memberikan contoh perlakuan baik serta membanding bezakan antara tingkah laku yang bermoral dengan tingkah laku yang tidak bermoral. Hasilnya murid dapat mengenal pasti perbuatan yang bermoral dan mengambil tindakan yang betul. Murid juga dapat membanding bezakan antara perbuatan yang baik dengan perbuatan yang tidak baik ketika melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, melalui pendekatan pemupukan nilai guru dapat meyedarkan murid-murid tentang perbuatan yang bermoral dan perbuatan yang tidak bermoral.
5
3.2 Mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai Murid dapat memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma masyarakat di kawasan tersebut melalui pendekatan pemupukan nilai yang digunakan oleh guru dalam pendidikan moral. Setiap tindakan dan kehidupan seorang individu saling berkait dengan masyarakat. Setiap tindakan atau keputusan yang diambil oleh seseorang individu akan dipantau oleh masyarakat disekelilingya. Oleh itu melalui pendekatan ini guru dapat menerakap nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat dalam diri seseorang murid. Melaui ini murid akan bertindak mengikut kepentingan diri sendiri dan orang lain supaya dapat mewujudkan keharmonian dalam
kalangan masyarakat serta menjamin kesejahteraan negara.
Sehubungan dengan itu guru boleh menerapkan nilai murni dalam diri murid melalui mengemukakan situasi yang berkaitan dengan norma masyarakat. Oleh hal demikian murid akan lebih memahami tentang norma masyarakat dan mereka akan mengaplikasikan nilai yang dipelajari ketika berhadapan dengan masyarakat di luar. Sebagai contonhya, menolong orang yang mengalami masalah penglihatan untuk melintas jalan. Nilai yang diterap
oleh
guru
dalam
kelas
melalui
pendekatan
ini
berhasil
apabila
murid
menggamalkannya ketika berada di luar sekolah. 3.3 Murid Mendalami Nilai Dalam Diri Mereka Seseorang murid perlu mendalami nilai-nilai murni sebelum mengamalkannya. Oleh itu, pendekatan ini amat berguna bagi memastikan agar murid-murid mendalami nilai dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana, sesutu nilai yang dihayati akan berhasil sebagai tindakan atau tingkah laku. Murid-murid akan mengambil inisiatif untuk mempelajari dan mendalami segala aspek yang terdapat dalam Pendidikan Moral tahap sekolah rendah. Kesemua empat belas nilai yang terdapat dalam Pendidikan Moral menjadi sebagai pembentuk sahsiah diri seseorang individu. Lebih-lebih lagi Penghayatan nilai dalam kalangan murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penghayatan
nilai
ini
merangkumi
nilai-nilai
kerohanian,
kemanusiaan,
kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam Anjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang mampu menghayati nilai. Sehubungan dengan itu, jikalau guru menekankan kepentingan dan fungsi nilai ini melalui pendekatan pemupukan nilai, maka secara tidak langsung murid-murid akan mendalami dan menghayati segala nilai dalam diri mereka. Misalnya, murid-murid dapat memberikan contoh tingkah laku yang berkaitan dengan nilai yang diajar oleh guru. Jelaslah bahawa nilai-nilai murni yang diajar oleh guru akan terpahat dalam hati murid-murid dan mendorong mereka untuk mengenalpasti tindakan yang bermoral. 6
3.4 Dapat memberikan contoh teladan yang mudah kepada murid Pendidikan Moral merupakan satu platform bagi murid untuk menjadi insan yang bermoral dengan mengamalkan segala amalan dan norma masyarakat. Guru dapat melahirkan insan yang bermoral melalui pendekatan pemupukan nilai dengan memberikan contoh tauladan yang mudah kepada murid seperti ibu bapa, guru dan tokoh yang terkenal. Hal ini merupakan salah satu kepentingan pendekatan pemupukan nilai. Oleh hal demikian, guru dapat menerapkan nilai kepada murid melalui mengaitkan dengan contoh situasi dan isu terkini. Menjurus kaedah tersebut murid dapat mengaitkan nilai dengan situasi sebenar yang berlaku di sekelilingnya. Melalui itu, murid dapat mempelajari cara untuk membanding beza antara perkara buruk dan baik serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam diir mereka. Selain itu, pendekatan ini juga amat berguna untuk menerapkan nilai dalam diri murid dengan memberikan contoh atau teladan kepada mereka. Misalnya, bagi melahirkan semangat cinta akan tanah air guru boleh memperkenal tokoh-tokoh pejuangan serta perjuangan mereka terhadap kegemilangan negara kita. Guru juga boleh menjadi contoh yang baik kepada murid dengan menunjukkan amalan yang baik kepada murid ketika mengajar mereka. Maka secara tidak langsung murid-murid akan meniru dan menjadikan tindakan mereka sebagai pedoman dalam diri mereka. Tidak hairan bahawa murid-murid akan mengamalkan nilai-nilai yang terdapat dalam tindakan seseorang yang menjadi contoh tauladan dalam kehidupan mereka. Jelaslah bahawa pendekatan pemupukan nilai amat berguna dalam Pendidikan Moral untuk merepakan segala nilai dalam diri murid melalui memberi contoh tauladan yang baik. 3.5 Guru Dapat Memanipulasikan Keadaan Berdasarkan Pengalaman Murid Kebaikan lain, melalui pendekatan ini guru dapat memanipulasikan keadaan berdasarkan pengalaman murid untuk menerima nilai yang hendak diterapkan. Hal ini ditegaskan oleh Slavin (2005), bahawa pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Setiap indivu mempunyai pengalaman yang memberikan pengajaran dalam hidup mereka. Tetapi mereka tidak sedar akan pengajaran yang terdapat dalam sesuatu pengalaman tersebut kerana mereka tidak mempunyai pendedahan tentang fungsi nilai murni dalam kehidupan mereka. Oleh itu guru boleh mengaitkan pengalaman murid dengan pembelajaran melalui pendekatan pemupuka nilai. Sabagai contohnya, guru memberikan contoh yang berkait rapat dengan tugasan atau kegiatan harian yang dibuat oleh murid dengan nilai yang diajar. Melalui ini murid dapat meyedari bahawa setiap tindakan yang dilalakukan oleh mereka mengandungi nilai yang tersirat dalamnya. Setelah mereka mendapat pendedahn ini maka murid akan memupuk 7
nilai yang inging diterapkan oleh guru dengan lebih cepat dan mudah. Guru harus sentiasa memanipulasi pengalaman sedia ada pada murid dengan mengarahkan mereka untuk memberikan contoh berkaitan dengan nilai yang hendak diajar. Hal ini akan mecungkil pengalaman
mereka
serta
mewujudkan
perubahan-perubahan
tingkah
laku
yang
disebabkan oleh pembelajaran melalui pengalaman. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu tentang nilai, tingkah laku yang telah dipelajari akan dipamerkan oleh murid. Jelaslah bahawa pendekatan pemupukan nilai dapat membantu guru untuk memanipulasikan keadaan berdasarkan pengalaman sedia ada murid untuk menerapkan nilai dalam diri mereka. Secara keseluruhannya, pendekatan ini amat berguna dalam Pendidikan Moral. Melalui pendekatan ini guru dapat memastikan agar murid memahami dan menganalisis tentang sesuatu nilai sebelum menerima dan menerapkannya. Guru dapat mencapai objektif pengajaran dengan menerapkan nilai murni lebih mudah. Murid akan mempelajari sesuatu topik atau nilai dengan cepat dan mudah.
8
Melalui kaedah bercerita
Kaedah simulasi atau lakonan
Memberikan peneguhan dan dendaan terhadap tingkah laku murid
Cara-cara mengaplikasikan pendukatan pemupukan nilai dalam rancangan pengajaran harian Pendidikan Moral
Melalui tayangan video
Memberikan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid
9
4.0 Cara-Cara Mengaplikasikan Pendekatan Pemupukan Nilai Dalam Rancangan Pengajaran Harian Pemupukan bermaksud menyemai kesedaran tetang sesuatu perkara. Nilai pula didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai sebagai: “Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Maka pemupukan nilai bererti menyemai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila dalam diri seseorang individu. Pendekatan pemupukan nilai amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Hal ini demikian kerana, dari segi psikologi, terdapat pelajar yang belum bersedia untum membuat pertimbangan moral yang rasional iaitu pelajar yang masih belum memupuk nilai. Menurut Barrow pemupukan nilai dengan memberi justifikasi adalah wajar dalam pengajaran moral. Ini bermaksud bahawa pendekatan pemupukan nilai, guru pendidikan moral akan mengajar sesuatu nilai moral secara langsung tetapi hendaklah memberikan justifikasi sebab nilai itu patut dihayati. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menggaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam rancangan pengajaran harian Pendidikan Moral. Pendekatan pemupukan nilai boleh diaplikasikan dalam rancangan penjaran harian dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik. Antarannya ialah mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai melalui tayangan video. Menurut kamus dewan edisi keempat video adalah alat untu merakamkan dan menayangan filem dengan menggunakan pita video. Median video amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan berbentuk gambar yang bergerak. Melalui kaedah ini guru boleh memperembahkan sesuatu mesej yang berkaitan dengan nilai yang ingin disampaikan dalam keadaan yang lebih realistik atau meyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada murid yang mana mereka solah-olah terlibat dalam situasi atau keadaan sebenar. Sabagai contohnya, guru hendak menerangka tingkah laku yang menunjukkan nilai bertanggungjawab. Maka penggunaan video adalah sesuai kerana ianya meyerupai keadaan sebenar yang telah disunting agar mudah difahami dan mendalami perkara tersebut. Video juga mampu meningkatkan lagi keberkesanan 10
proses penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan mampu merangsang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan. Guru boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai melalui tayangan video kerana peranan video yang bersifat realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah. Sebagai contonhya, video menolong individu yang tidak mempunyai peglihatan untuk melintas jalan yang realistik lebih cepat menyentuh perasaan murid sekaligus mengubah sikap mereka. jelaslah bahawa penggunaan tayang video merupakan salah satu cara untuk mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Green (2004), cerita mempunyai pelbagai fungsi di dalam kelas, termasuk mencetuskan minat pelajar. Sehubungan dengan itu, pendekatan pemupukan nilai boleh diaplikasikan melalui kaedah bercerita di dalam kelas. Penceritaan merupakan satu cabang seni yang berbentuk konkrit dan abstrak di mana pembaca boleh mendapat maklumat tersurat dan tersirat di sebalik sesebuah kisah. Teknik penceritaan mempunyai banyak hubungan di antara sosioemosi dan kognitif. Terdapat pelbagai jenis cerita yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis cerita yang sering digunakan dalam pengajaran pendidikan moral ialah cerita yang mengandungi pengajaran dalamnya. Kaedah cerita juga akan menarik perhatian murid ke arah pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Guru boleh memperkenalkan sesebuah nilai kepada murid melalui kaedah cerita ini. Setiap cerita yang ingin disampaikan perlulah menarik perhatian murid dan pada masa yang sama memberikan mesej yang penting iaitu nilai murni yang ingin diterapkan dalam diri seseorang murid. Misalnya, guru mengarahkan murid untuk menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Hal ini akan merangsang fikiran murid ke arah mengenalpasti perkara baik yang terdapat dalam sesebuah cerita yang disampaikan. Para murid juga akan meniru dan mengikuti watak dalam cerita tersebut yang menunjukkan perwatakan yang baik. Secara tidak
langsug
guru
dapat
memupuk
nilai
dalam
diri
seseorang
murid
melalui
memperkenalkan perwatakan baik dalam sesebuah cerita. Hal ini demikian kerana kanakkanak lebih berminat untuk mendengar cerita dan mereka mudah mengingati sesebuah cerita yang disampaikan oleh guru ataupun orang lain. Mereka juga akan mencuba untuk bertindak seperti perwatakan yang terdapat dalam cerita tersebut. Oleh itu apabila sesuatu nilai atau pengajaran disampaikan melalui kaedah cerita maka, murid akan mendalaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka. lebih-lebih lagi kaedah ini juga amat sesuai untuk semua tahap murid. Oleh tidak hairan bahawa semua murid di dalam sebuah bilik darjah boleh memahami pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam pengajaran Pendidikan Moral melalui kaedah simulasi atau lakonan. Simulasi bermaksud 11
mengajuk atau meniru keadaanya atau suasananya seolah-olah atau hampir sama dengan keadaan sebenar. Menurut Noraini Ishak (2009) dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah”, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berkaitan. Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral iaitu lakonan atau drama. Misalnya, Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku. Secara tidak langsung murid akan memupuk nilai yang terdapat dalam situasi tersebut ketika berlakon seperti yang terdapat dalam situasi tersebut. Selain itu guru juga boleh memberikan peranan dan watak yang akan melakonkan
watak
dalam
tajuk
yang
telah
dipilih
untuk
menyelesaikan
sesuatupermasalahan yang ditimbulkan..Hal ini akan merangsang pemikiran murid. Murid akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi sesuatu masalah yang diberi pada masa yang sama mereka akan mengamalkan serta mengaplikasikan nilai murni yang sepatutnya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Jelaslah bahawa guru dapat mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai melalui kaedah simulasi di mana murid dapat mengamalkan nilai murni yang mereka mendalami ketika berlakon.
Berdasarkan prinsip kesepaduan unsur-unsur nilai membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justru itu, untuk mencapai Pendidikan yang efektif, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui kegiatan belajar-mengajar melalui mata pelajaran - mata pelajaran secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu, guru boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dengan cara memberikan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid. Memberi contoh dan teladan kepada anak dinilai sebagai strategi paling efektif dalam pembentukan moral anak. Strategi doktrin yang sering dilakukan pihak orang tua, guru dan orang dewasa lainnya. Sebaliknya, mengajarkan sesuatu nilai moral dan etika disertai contoh dan bukti nyata justru lebih menunjukkan hasil yang signifikan. Seorang guru mengajar pola hidup sederhana dan dicontohkan secara nyata dengan sikap dan perbuatan kesederhanaan, rendah hati dan jujur. Sejurus dengan itu sebelum guru memberikan contoh dan teladan kepada murid bagi memupuk sesuatu nilai mereka harus menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid. Lebih-lebih lagi guru perlu memberikan contoh yang nyata bagaimana etika berbicara dengan yang lebih muda, dengan teman sebaya, dan dengan orang tua serta guru. Begitu pula sikap dan tingkah laku 12
bergaul di tengah masyarakat, ini perlu dicontohkan dengan nyata kepada anak murid oleh orang guru. Selain itu guru perlu menjadikan tokoh-tokoh yang terkenal sebagai teladan ketika mengajar sesuatu nilai. Misalnya, memperkenalkan tokoh-tokoh negara kita serta perjuangan mereka terhadap kegemilangan negara kita. Pengajaran yang dapat diperolehi melalui perjuangan tokonh seperti cinta akan negara dapat diterapkan dalam diri setiap murid di dalam bilik darjah. Kaedah ini amat berguna untuk murid supaya dapat menjadikan salah satu tokoh idaman mereka sebagai idola dalam kehidupan serta bertindak secara bermoral seperti mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Intihanya, memberikan contoh dan teladan merupakan salah satu cara yang efektif untuk mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam Pendidikan Moral. Menurut Skinner (1938) dalam buku “pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja” tingkah laku yang diberi peneguhan akan menyebabkan tingkah laku itu diulang, manakala tingkah laku yang tidak diberi peneguhan atau diberi dendaan akan menyebabkan tingkah laku itu tidak atau kurang diulang. Sehubungan dengan pendapat Skinner, guru boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dengan cara memberikan peneguhan dan dendaan terhadap tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua
jenis,
iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.
Peneguhan
positif
ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan supaya hal ini akan menjadi motivasi pada murid itu dan murid-murid yang lain. Peneguhan positif akan menggalakkan murid lain untuk mengamalkan sesuatu tindakan bermoral yang dilakukan oleh rakannya. Seterusnya Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Sebagai contohnya, guru memarahi murid yang tidak membawa buku ke sekolah. Oleh kerana jemu pada leteran guru, maka murid tersebut akan membawa buku ke sekolah. Tindakan murid dapat menggelak daripada rangsangan yang tidak diingini. Guru juga boleh memberikan dendaan kepada murid yang melakukan kesalahan di dalam bilik darjah supaya hal ini akan menjadi pengajaran kepada murid yang bersalah itu tidak mengulanginya serta kepada murid yang lain supaya tidak melakukan perkara tersebut. Oleh itu, guru dapatlah memupuk nilai dalam diri murid melalul peneguhan positif dan
13
dendaan. Hal ini demikian kerana murid dapat mengenal pasti tingkah laku yang bermoral dan tindakan betul yang boleh diambil. Selain cara dan kaedah yang umum diberikan bagi mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat jug cara saya mengaplikasikan pendekatan ini dalam rangcangan pengajaran harian yang dirangka oleh saya. Nilai saya pilih untuk merangka rancangan pengajaran harian ialah nilai bekerjasama dengan jiran. Saya telah menggunakan pendekatan pemupukan nilai bagi menerapkan nilai kerjasama terhadap jiran dala kalangan murid. Cara yang diambil oleh saya untuk menggaplikasikan pendekatan ini dalam proses pengajaran pengajaran ialah melalui pemberian penjelasan oleh guru tentang definisi nilai serta cara bekerjasama dengan jiran. Melalui aktiviti ini dapat memberikan kesedara kepada murid tentang cara bekersama dengan jiran. Seterusnya, saya juga telah menggunakan pendekatan ini pada langkah tiga iaitu melalui aktiviti lakonan. Murid telah diberkan kad situasi tentang nilai bekerjasama dengan jiran serta mereka dikehendaki berlakon bersarkan situasi tersebut dan menyelsaikan masalah yang diberikan. Melalui aktiviti ini secara tidak langsung kita dapat memupuk nilai bekerjasama dalam diri murid. Hal ini demikian kerana apabila melakukan sesuatu aktivit kumpulan murid akan bekerjasama antara satu sama lain bagi menyiapkan serta menjayakan sesuatu tugasa yang debierkan oleh guru. Seterusnya murid juga akan memahami dan menerima nilai tersebut sebelum berlakon. Maka hal ini dapat membantu untuk memupuk nilai bekerjasama dalam diri setiap murid. Intihanya, terdapat pelbagai cara untuk mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam pengajaran Pendidikan Moral. Kaedah-kaedah ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, fizikal dan sosial. Melalui pendekatan ini guru dapat memastikan agar murid dapat menaakul ketiga-tiga dimensi moral dalam diri mereka. Insan yang bermoral amat penting bagi pembangunan negara supaya dapat melahirkan generasi yang sempurna dari segi tingkah laku dan pendidikan.
14
5.0 Kesimpulan Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Guru juga hars peka akan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah pegelolaan mereka agar dapat memanfaatkan semua murid pada tahap yang maksimum. Pembelajaran bermakna amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Oleh itu walaupun Pendidikan Moral adalah subjek minor tetapi guru haruslah menguasai segala kaedah, teknik dan strategi untuk mengajar Pendidikan Moral kepada murid-muird secara efektif.
15
6.0 Rujukan Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan 8 kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Green, M.C. (2004). Storytelling in Teaching. Dipetik pada April 23,2012 dari http://www.psychologicalscience.org/observer/getArticle.cfm?id=1562
Jas Laile Suzana Jaafa(2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur. Penerbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Azis Nik Pa et.al (1996) Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidikan Islam & Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam Hadhari: Yayasan Islam Hadhari: Putrajaya/39. Dilayari pada Julai 27, 2017, from http://afnan-adnan.blogspot.com/2011/01/nik-azisnik-pa-etal-2007-isu-isu.html.
Noordin, W. M. (1988). Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni dalam KBSM: falsafah pendidikan negara.
NOR AZIZAH SALLEH. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, 47–57. Rachlin, H., Raineri, A., & Cross, D. (1991). Subjective probability and delay. Journal of the Experimental Analysis of Behavior, 55(2), 233-244. doi:10.1901/jeab.1991.55-233
Sapinas, I., & Bahuri, B. (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak., 1–18. Slavin, R. E. (2005). Educational psychology: theory and practice. Boston: Pearson/A and B Skinner, B.F. (1938). The Behaviourism Of Organism. New York : Appleton Century Crofts. 16
7.0 Lampiran
Pn Paremeswary Guru Pendidikan Moral Tahun 4 Menjalankan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral
17