Kertas Cadangan Internship.docx

  • Uploaded by: nurputeri johari
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Internship.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,000
  • Pages: 6
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA.

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI (Easy i-Think)

TARIKH : 26 Februari – 8 Mac 2019

TEMPAT : Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pantai Kundor, Melaka

PENGLIBATAN : PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2015

LAPORAN KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

1.0 NAMA PROJEK Easy i-Think 2.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan inovasi dilihat sinonim dengan pembaharuan, revolusi atau perubahan. Penghasilan sesuatu inovasi memerlukan satu sinergi yang kuat antara kecerdasan akal fikiran, kreativiti dan keunikan (Hafizah, 2017). Dalam hal ini, inovasi dapat memupuk pemikiran yang kreatif dan juga dapat meningatkan produktiviti kerja. Bertepatan dengan penghasilan kertas cadangan ini, idea inovasi yang ingin dibawakan merupakan satu revolusi kepada Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) terhadap peta pemikiran i-Think yang mana diintegrasikan penggunaanya menggunakan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Dalam konteks ini, i-Think merupakan singkatan kepada Innovative Thinking ataupun pemikiran inovatif. Berdasarkan kajian kecerdasan yang dijalankan, proses pembelajaran kognitif dan persembahan maklumat dalam bentuk visual mahupun grafik dapat digabungkan melalui peta pemikiran (Nurhafizah, Roslinda & Yusoff, 2017). Peta pemikiran adalah satu cabang alat berfikir yang dikembangan secara visual yang mudah diaplikasi dan difahami merentas kurikulum melalui lapan bentuk Peta Pemikiran. Peta pemikiran yang kerap dilaksanakan turut membantu murid dalam membudayakan kemahiran berfikir (Khalidah et al., 2015). Malah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menjelaskan bahawa penggunaan peta pemikiran sebagai satu cabang alat berfikir dalam proses PdPc dapat memupuk murid untuk berfikir serta menaakul.

3.0 TEMPOH MASA PELAKSANAAN 26 Februari – 8 Mac 2019 (2 Minggu) 4.0 SASARAN

Murid PPKI (Masalah Pembelajaran) Tahun 1, SK Pantai Kundor.

5.0 OBJEKTIF

Antara objektif bagi pelaksanaan projek inovasi ialah murid dapat : 1. Menamakan tiga daripada lima huruf vokal dengan betul. 2. Membunyikan tiga daripada lima huruf vokal dengan betul. 3. Mengelaskan perkataan mengikut kepada huruf vokal. 4. Menyediakan satu platform kepada murid masalah pembelajaran untuk menggunakan bahan akademik yang menggabungkan teknologi. 5. Menyokong Pembelajaran abad ke-21 melalui penggunaan TMK dalam PDPC. 6. Memberi kemudahan kepada murid dalam memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran, menganalisis dan menyelesaikan masalah. 6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Seiring dengan cetusan produk inovasi yang dihasilkan, Model Generik Pembelajaran Trialogikal telah diadaptasi dan dijadikan panduan bagi memastikan idea dan cetusan ini bergerak seiring di landasan yang betul. Berikut merupakan 6 langkah penghasilan atau pelaksanaan idea inovasi diadaptasi daripada Model Generik Pembelajaran Trialogikal :-

1. Menyatakan tujuan sebenar dan keperluan :Penghasilan Easy i-Think adalah berdasarkan kepada keperluan semasa yang mana bagi memenuhi kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Sejajar dengan tuntutan kehendak PPPM tersebut, penggunaan peta pemikiran i-Think telah digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional tidak lagi dilihat sebagai satu kaedah pengajaran yang praktikal unyuk diguna pakai. Oleh yang demikian, penghasilan dan penggunaan Easy i-Think dengan pengintegrasian elemen TMK dilihat sebagai satu keperluan. Hal ini sekaligus menyokong bentuk pembelajaran abad ke-21.

2. Menetapkan skop/had/batasan :Penggunaan peta pemikiran yang salah atau bercanggah dengan fungsi bagi peta tersebut dilihat sebagai satu masalah yang timbul disebabkan oleh kurangnya kefahaman atau pengetahuan terhadap pemilihan dan fungsi penggunaan setiap peta pemikiran. Oleh itu, penghasilan inovasi Easy i-Think ini hanya tertumpu dan

terbatas kepada penggunaan peta pemikiran i-Think dengan cara penggunaan yang betul.

3. Menyediakan draf dan semakan berulang :Penyediaan dan pembangunan produk inovasi adalah berdasarkan kepada permasalahan yang timbul bagi menggunakan peta pemikiran i-Think secara konvensional. Easy i-Think ini dibangunkan sebagai satu inovasi bagi membantu guru dan murid memahami fungsi setiap peta pemikiran.

4. Uji kaji dan membuat refleksi :Satu uji lari dijalankan sepanjang tempoh Internship bagi menilai keberkesanan atau permasalahan yang timbul melalui penggunaan Easy i-Think kepada murid.

5. Pemurnian dan spesifikasi :Selepas pelaksanaan uji kaji dan refleksi dijalankan, penghasil akan dapat mengenal pasti kelemahan penghasilan Easy i-Think dan seterusnya mengambil langkah terbaik bagi memperbaiki kelemahan yang terhasil.

6. Guna semula :Penghasilan Easy i-Think kemudiannya akan digunakan semula bagi melihat keberhasilan penambahbaikan yang telah dijalankan. 7.0 PELAN TINDAKAN

Bil. Butiran

M1 M2 M3 M4

1.

Pemerhatian atau mengenal pasti masalah

2.

Pemilihan projek atau pencetusan idea

3.

Pengumpulan data dan penganalisisan projek

4.

Pelaksanaan

perbincangan

bersama

pembimbing dan mentor. 5.

Perangkaan perancangan projek.

6.

Penyediaan draf projek.

7.

Pembinaan projek

8.

Pelaksanaan projek atau proses uji lari

9.

Pelaksanaan penilaian atau refleksi

10.

Penulisan pelaporan projek

pensyarah

8.0 PROSES PELAKSANAAN Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan QRfonic: 1. Murid diedarkan kad huruf yang mengandungi QR Code pada bahagian belakang. 2. QR Code diimbas bagi mengakses bunyi huruf daripada laman youtube. 3. Murid mendengar bunyi huruf daripada laman youtube berdasarkan kad huruf yang diperoleh. 4. Murid mengenal pasti pergerakan mulut yang ditunjukkan dalam video tersebut untuk menghasilkan bunyi. 5. Murid membunyikan huruf tersebut berdasarkan hasil kad huruf yang diakses. 6. Langkah 1-5 diulang menggunakan kad huruf yang lain.

9.0 NILAI KOMERSIAL Sedarsawarsa ini, perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap penerimaan ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Melalui proses transformasi teknologi, media sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan (Gunelius, 2011). Kini, penerimaan media sosial dalam dunia perniagaan mahupun sebaran sebarang maklumat dapat dilihat melalui pelbagai medium seperti Facebook, Twitter, YouTube dan banyak lagi.

Selain daripada itu, media sosial juga menawarkan promosi tidak langsung kepada sesebuh organisasi perniagaan melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang lebih dikenali sebagai word-of-mouth (WOM) (Litvin, Goldsmith & Pan, 2008). WOM merujuk kepada satu proses komunikasi secara tidak langsung yang terhasil daripada perkongsian maklumat dan juga pengalaman dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu produk, perkhidmatan dan juga jenama bagi sesebuah perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain & Nik Maheran, 2011). Berdasarkan ciri-ciri aplikasi pada media sosial, ia berpotensi sebagai satu platform bagi aktiviti WOM dalam kalangan pelanggan.

Dalam konteks penghasilan produk inovasi ini, penghasilan produk inovasi boleh diperkenalkan atau dipasarkan menggunakan media soaial sebagai medium utama. Walau bagaimanapun, produk inovasi ini adalah berfokuskan kepada penghasilan satu platform kepada guru-guru untuk menggunakan peta pemikiran i-Think secara maya. Rentetan daripada itu, penghasilan produk ini adalah lebih baik sekiranya boleh diakses pada mana-mana laman web secara online.

10.0

REFLEKSI

11.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

12.0

KESIMPULAN

Related Documents


More Documents from "ZAKARIA BIN MAT ISA pju17C319"