Kertas Cadangan (proposal).docx

  • Uploaded by: DanielHooTingChiang
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan (proposal).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,164
  • Pages: 26
1.0 Pendahuluan

Dalam kertas cadangan ini, tajuk yang ingin dikaji ialah “ Meningkatkan penggunaan kata kerja berimbuhan menggunakan kaedah Pembaris Imbuhan untuk murid tahun 4”. Ini merupakan satu penelitian terhadap subjek bahasa Melayu di kalangan murid tahun 4 sekolah rendah. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain). Melayu pula merujuk kepada kaum atau suku yang merupakan penduduk asal di Asia tenggara berketurunan Austronesia.

Bahasa

Melayu

telah

banyak

digunakan

sejak

zaman

kegemilangan Melayu Melaka dan telah dijadikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perdagangan yang penting pada masa tersebut. Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Menurut Suraiya Chapakiaya (2014), bahasa adalah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia bagi berhubung atau berinteraksi antara seorang dengan seorang yang lain ataupun antara sekelompok dengan sekelompok yang lain dan sebagainya. Bahasa adalah sistem lambang-lambang yang bersifat arbitrari sebagai alat untuk digunakan oleh masyarakat bagi berkomunikasi antara satu sama lain. Namun Zulkifley, Ramli dan Rahim (2007), bahasa adalah kehidupan manusia, bahkan melalui bahasa segala bentuk peradaban dan ilmu pengetahuan disampaikan daripada generasi ke generasi dan dari zaman ke zaman dalam bentuk lisan kerana bentuk tulisan belum dikuasai. Bentuk lisan ini digunakan dalam pemindahan konsep kebudayaan dan peradaban menerusi bentuk bidalan, simpulan bahasa, pepatah-petitih, kiasan dan sebagainya. Dalam buku yang bertajuk Susur galur bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985), menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit. Dalam pengertian yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau Melayu. 1

Seterusnya, beliau menyebut bahawa istilah Melayu yang lebih umum adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa buah kawasan berhampiran. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di negara Indonesia. Di Malaysia, pengertian melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Dalam perlembagaan Malaysia tercatat bahasa melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. Hal ini bermakna bahasa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu. Dalam kajian yang ingin dijalankan ini, sasarannya merupakan pelajar sekolah rendah. Oleh itu, kita perlulah mengetahui tentang tahap pencapaian atau skop yang diajar kepada mereka dan ini dapat dilihat melalui dokumen standard kurikulum dan pentaksiran yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2013. Standard kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea seta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Dalam DSKP, terdapat tiga proses pembentukan kata yang amat ditekankan kepada murid sekolah rendah termasuklah, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Antaranya, pengimbuhan merupakan proses pembentukan kata yang amat kompleks. Penekanan diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses pengimbuhan. Golongan kata dalam DSKP

terdiri

daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Namun begitu, fokus dalam kajian yang ingin dijalankan ini cuma menjurus kepada pengimbuhan kata kerja sahaja. Dalam DSKP sekolah kebangsaan tahun 4, di bawah tatabahasa iaitu standard kandungan 5.2, menekankan: memahami dan menggunakan 2

pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. Standard pembelajaran 5.2.1 pula seperti berikut: memahami dam menggunakan imbuhan akhiran –an, -kan, -i, imbuhan apitan pada kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi. Ini bermaksud murid tahun 4 sepatutnya sudah menguasai imbuhan awalan dan akan mendalami ke bahagian imbuhan akhiran dan imbuhan apitan. Namun, dengan sedihnya masih lagi terdapat murid yang tidak menguasai imbuhan awalan. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamis Mahmood, (2013), tatabahasa dalam Bahasa melayu boleh dibahagikan kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merujuk kepada bahagian pembentukan kata manakala sintaksis pula merujuk kepada bahagian pembentukan frasa dan ayat. Perkataan dan frasa disusun menjadi ayat-ayat yang merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa. Pengekodan pada peringkat

tatabahasa

bermaksud

pengembangan

pada

cara-cara

pembentukan kata, frasa dan ayat supaya dapat memperkatakan buah fikiran dan perkara-perkara baharu. Pada peringkat pembentukan kata misalnya, kemajuan dikatakan berlaku apabila sesuatu bahasa dapat mengadakan cara baharu untuk membentuk perkataan-perkataan baharu, sama ada dengan cara menggunakan struktur-struktur yang sedia ada, atau melalui peminjaman. Antara satu bahagian yang selalu dititikberatkan dalam tatabahasa ialah kata kerja dalam morfologi dan frasa kerja dalam sintaksis. Golongan Kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komponen, dan

3

keterangan. Frasa kerja pula ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Kata kerja boleh melalui empat jenis proses pembentukan kata untuk menghasilkan kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk, dan kata kerja ganda. Antaranya, kata kerja terbitan seringkali digunakan untuk menghasilkan satu frasa atau ayat yang gramatis. Menurut Nik Safiah Karim (2013), kata kerja terbitan ialah kata kerja ayang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Selepas mengetahui tentang struktur kasar tentang tatabahasa dalam bahasa Melayu, ingin ditekankan sekali lagi bahawa tajuk kajian yang ingin didalami

ialah:

Meningkatkan

Penggunaan

kata

kerja

menggunakan kaedah “Pembaris Imbuhan” untuk Murid Tahun 4.

4

berimbuhan

2.0 Fokus Kajian Sewaktu menjalani praktikum pada semester yang lepas, saya telah mendapati murid saya mempunyai masalah dalam menghasilkan kata kerja yang berimbuhan semasa menghasilkan ayat. Pada semester yang lepas iaitu antara bulan Julai hingga September 2017, saya dan rakan saya telah menjalani praktikum di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kiulu yang bertempoh 3 bulan. Dalam tiga bulan tersebut, saya diamanahkan untuk mengajar bahasa Melayu di kelas tahun 4. Saya menyedari tentang masalah murid dalam penggunaan kata kerja berimbuhan tahun 4 ini melalui latihan dan lebaran kerja yang telah dikutip balik daripada murid-murid. Saya dapat mengesan bahawa sebahagian murid tahun 4 tersebut tidak dapat menambah imbuhan kepada kata kerja tidak kiralah akhiran atau apitan malah awalan sekali. Situasi ini menyebabkan ayat yang ditulis oleh murid tersebut tidak gramatis dan malah salah dari segi tatabahasa. Jika masalah ini tidak diatasi, berkemungkinan besar peratusan markah subjek Bahasa Melayu akan terjejas. Untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan, guru perlu mengenal pasti masalah sebenar murid sama ada dalam pemilihan imbuhan yang sesuai atau proses pengimbuhan dalam pembentukan kata baharu. Ini bermaksud murid perlu menguasai beberapa aspek di bawah untuk menguasai kemahiran ini: i.

Memahami dan menggunakan imbuhan awalan kepada kata kerja.

ii.

Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran untuk membentuk kata kerja.

iii.

Memahami dan menggunakan imbuhan apitan yang bersesuaian untuk membentuk kata kerja.

Ini bermaksud murid hendaklah menguasai dahulu imbuhan awalan dan akhiran sebelum dapat membentuk kata kerja menggunakan imbuhan apitan. Ini adalah kerana imbuhan apitan merupakan gabungan imbuhan awalan dan akhiran yang sesuai bagi membentuk kata kerja. Jika murid belum menguasai kemahiran berimbuhan awalan yang sepatutnya dikuasai sudah sebelum tahun 4, maka murid itu akan ketinggalan dan menghadapi kesusahan semasa berdepan dengan imbuhan akhiran dan apitan. 5

3.0 Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah murid dalam penggunaan kata kerja berimbuhan dalam ayat dan seterusnya menghasilkan ayat yang lebih gramatis. Secara umumnya objektif kajian ini ialah meningkatkan penggunaan kata kerja berimbuhan dalam ayat bagi murid tahun 4. Secara khusus pula murid dapat menguasai kemahiran proses pengimbuhan yang merupakan salah satu proses pembentukan kata yang amat dipentingkan. Murid juga diharapkan dapat menghasilkan ayat gramatis dengan wujudnya imbuhan yang sesuai dengan kata kerja tersebut dalam sesuatu ayat. Objektif umum i.

Meningkatkan penggunaan kata kerja berimbuhan dalam bagi murid tahun 4

Objektif Khusus i.

Menguasai kemahiran proses pengimbuhan awalan, akhiran dan apitan.

ii.

Menggelakkan berlakunya kesalahan dalam imbuhan kata kerja.

iii.

Dapat menggunakan imbuhan yang bersesuaian dengan kata kerja dalam sesuatu ayat tersebut.

4.0 Peserta Kajian

Sasaran bagi kajian ini merupakan murid tahun 4 Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kiulu. Bilangan murid tahun 4 ini ialah 30 orang dan kebanyakan mereka mempunyai masalah dalam menggunakan kata kerja berimbuhan dalam ayat. Malah, murid yang cemerlang juga kadangkala cuai atau terbiasa (dalam ucapan seharian) dan tidak menggunakan imbuhan kata kerja atau imbuhan yang salah semasa membina ayat. Oleh itu, saya ingin menjalankan kajian tindakan ini untuk menyelesaikan masalah ini dan membantu murid untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan imbuhan kata kerja yang betul. 6

5.0 Tinjauan Literatur

Selepas memikirkan tajuk kajian yang ingin saya melakukan kajian, saya telah mencari beberapa rujukkan untuk melihat dan membandingkan tajuk saya dengan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lain. Tajuk yang ingin saya kaji ialah “Meningkatkan Penggunaan Kata Kerja Berimbuhan Menggunakan Kaedah Pembaris Imbuhan Untuk Murid Tahun 4”. Antaranya, saya telah membaca tentang cara untuk melaksanakan kajian dan panduan untuk memilih kajian yang sesuai dengan kehendak sendiri. Menurut Creswell (2005), kajian tindakan biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah sosial atau fenomena salam jangka masa yang singkat. Jenis reka bentuk kajian juga dapat memberikan kesan yang besar kepada kajian yang ingin dijalankan. Reka bentuk yang ingin saya gunakan ialah kajian tindakan. Menurut Chua (2006), tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan bagi meningkatkan kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat dibaiki. Selain itu, saya juga telah membaca tentang banyak merujuk terhadap Tatabahasa Dewan yang digubal oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011) yang merupakan salah satu kitab yang paling penting dalam bahasa Melayu. Melalui Tatabahasa Dewan, saya dapat mengenal pasti bahawa imbuhan itu merupakan satu bahagian yang amat penting dalam proses pembentukan kata yang boleh terbahagi kepada tiga iaitu pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Melalui proses ini, suatu perkataan yang baharu dapat dihasilkan dengan makna yang berbeza. Di samping itu, Sew, J. W. (2011) telah menjalankan satu kajian yang bertajuk “Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan beR”. Daripada apa yang saya baca dalam kajian tersebut, apa yang dikaji dalam kajian ini mempunyai banyak persamaan dengan kajian yang ingin saya lakukan di mana, bahan yang ingin dikaji ialah imbuhan terhadap kata kerja. Kajian ini menyatakan bahawa sebenarnya imbuhan kata kerja “ber” amat senang untuk dikuasai asalkan dapat memahami konsep utamanya. 7

Tambahan lagi, saya juga mencari rujukan lain yang berkaitan dengan kesalahan tatabahasa yang sering dijumpai. Terdapat satu kajian telah dilakukan oleh Rizal, a. S. (2011) yang bertajuk “Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam”. Seperti yang telah dinyatakan, kajian ini menganalisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu yang sering dilakukan oleh pelajar asing. Kajian ini dilakukan terhadap 40 pelajar asing yang dipilih secara rawak dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian ini juga

dikukuhkan

dengan

dapatan

soal

selidik

daripada

10

orang

guru/pensyarah yang mengajar kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini. Daripada karangan 40 orang pelajar asing, terdapat 57 kesalahan imbuhan yang dijumpai. Ini bermaksud hampir semua pelajar asing ini tidak dapat menguasai proses pengimbuhan sepenuhnya. Berdasarkan soal selidik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa ibunda, sikap pelajar dan keadaan persekitaran bahasa di universiti. Bagi menangani masalah ini, Rizal (2011) mencadangkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah ditingkatkan.

8

5.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Saya telah tertimbul fikiran untuk melaksanakan kajian ini selepas didapati murid mempunyai masalah dalam menggunakan kata kerja berimbuhan dalam ayat. Oleh itu, saya telah memulakan rancangan untuk melaksanakan kajian ini dan segala perancangan ini boleh dilihat jelas melalui carta gantt yang dilampirkan di belakang kertas cadangan ini. Untuk mengelakkan pembaziran masa, carta gantt dibina untuk memastikan bahasa segala rancangan saya dijalankan menepati masa dan supaya saya dapat menjalankan kajian tersebut dengan lancar nanti. Untuk memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar, saya telah merancangnya dengan teliti. Ini bermula dari persediaan terhadap pengetahuan dan pengenalan tentang kajian. Sebelum saya melakukan apaapa kajian, saya telah berinisiatif untuk membaca dan memahami tentang setiap jenis kajian dan keistimewaan setiap jenis kajian tersebut. Ini adalah supaya saya memilih satu jenis kajian yang paling sesuai dengan masalah yang saya hadapi semasa praktikum itu. Selepas itu, satu nama tajuk difikirkan bagi kajian tersebut dan memurnikannya di bawah bimbingan pensyarah penyelia. Saya menghasilkan satu carta gantt untuk membantu memastikan perancangan saya berjalan lancar. Seterusnya kami telah mengutip data di SK Pekan Kiulu untuk mempermudahkan proses mengenal pasti masalah. Antara data yang dikutip dari sekolah ialah kerja yang murid buat, pencapaian mereka dalam subjek bahasa Melayu, temu bual dengan guru subjek dan lain-lain. Selepas mengutip data, kami diminta untuk berkolaborasi dengan pensyarah penyelia yang akan membimbing dalam penyiapan kajian kami nanti. ini telah banyak membantu kerana pensyarah penyelia dapat memberikan pelbagai jenis cadangan dan bantuan serta dapat menjelaskan kemusykilan dan kekeliruan dalam penyediaan kertas cadangan itu. Selepas kertas cadangan itu disiapkan, maka kami diminta untuk menghantarnya sebagai kerja kursus dan disemak oleh pensyarah.

9

10

6.1 Metodologi Antara rancangan yang dititikberatkan dalam pelaksanaan kajian ialah metodologi kajian ini. Menurut Jerry Wellington (2015), metodologi dalam penyelidikan merupakan sesuatu aktiviti atau pemilihan yang bertujuan membuat refleksi, menilai dan menjustifikasikan kaedah yang digunakan. Oleh itu, justifikasi kaedah penyelidikan merupakan tindakan yang penting untuk persediaan laporan atau tesis penyelidikan yang harus mengandungi justifikasi keputusan atau hasil dapatan daripada kaedah penyelidikan. Model yang akan saya gunakan untuk melaksanakan kajian tindakan ini ialah model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang berasaskan gelungan atau cycle. Dalam gelungan tersebut, terdapat empat langkah iaitu mereflek, merancang, bertindak, dan memerhati. Model ini mementingkan bahawa bukan satu gelungan sahaja yang boleh dilaksanakan dan ini bermaksud, gelungan kedua malah ketiga boleh diwujudkan asalkan kajian tersebut belum mendapat refleksi yang dapat memuaskan. Tambahan lagi, McNiff, J. Dan Whitehead, J. (2005) juga

telah

menjelaskan lebih teliti tentang cara untuk

mengaplikasikan model ini dalam melaksanakan kajian tindakan. 6.2 Cara menganalisis data Dalam pelaksanaan kajian, proses pengumpulan data dan analisis data merupakan proses yang paling mengambil masa dan perlukan dilakukan dengan sepenuh hati. Menurut Lee (2018), pengumpulan data boleh dilakukan melalui pelbagai sumber seperti temu bual, latihan murid, borang soal selidik, pemerhatian, data murid, keputusan peperiksaan murid dan lain-lain. Selepas mengumpul data, data akan dianalisis dan ditunjukkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan data untuk dikesan dan dibaca nanti. Untuk mengenal pasti masalah atau kesalahan murid, saya akan menyemak dengan teliti kerja murid. Seterusnya, saya akan mengenal pasti kesalahan murid dari segi tatabahasa dan menjelaskannya berlandaskan apa yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan. Selain itu, data yang berbentuk jadual juga membantu dalam membuat rumusan dan refleksi terhadap kajian tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh data yang terkumpul:

11

Gambar rajah A:

Daripada gambar di atas, kita dapat lihat bahawa murid ini mempunyai masalah untuk menambah imbuhan yang betul kepada kata kerja seperti anyam yang sepatutnya berimbuhan meng- iaitu “menganyam” . Gambar Rajah B:

Daripada gambar di atas pula, murid ini dipercayai tidak membiasakan diri untuk menggunakan imbuhan kerana dia tidak menggunakan imbuhan semasa menggunakan kata kerja. Ini telah menyebabkan ayat yang dibina tersebut tidak gramatis. Murid ini juga mempunyai masalah ejaan kerana perkataan pancing telah dieja dengan salah. Selepas mengenal pasti kesalahan murid, data yang diambil tersebut ditukarkan kepada jadual seperti di bawah:

12

Jadual A: kesalahan imbuhan Perkara

Lelaki Perempuan Catatan

Imbuhan awalan:

0

0

Semua

me-

Rumusan murid Murid dapat

dapat

menguasai

melakukannya

imbuhan me- dengan sepenuhnya

Mem-

1

0

Terdapat seorang

Murid

tidak

murid dapat

lelaki yang tidak menguasai dapat

imbuhan

melakukannya

me- dengan sepenuhnya

Meng-

1

0

Terdapat seorang

Murid

tidak

murid dapat

lelaki yang tidak menguasai dapat

imbuhan

melakukannya

me- dengan sepenuhnya

Meny-

2

1

Terdapat orang lelaki seorang

dua Murid

tidak

murid dapat dan menguasai murid imbuhan

perempuan yang me- dengan tidak

dapat sepenuhnya

melakukannya Ter-

1

0

Terdapat seorang

Murid

tidak

murid dapat

lelaki yang tidak menguasai dapat

imbuhan

melakukannya

me- dengan sepenuhnya

13

Jadual B: Temu bual dengan guru BM Perkara

Ya Tidak Sebahagian Catatan

Adakah dapat

murid

Murid

mengusai

imbuhan awalan:Me-

X

kebanyakan

tentang

imbuhan

penggunaan imbuhan ter-

awalan

Meny-

X

kecuali

Ter-

imbuhan terX

Ber-

X

Adakah

murid

X

dapat melakukan imbuhan apitan? Adakah tahun

murid 3

tahun

atau empat

menguasai imbuhan awalan? Tahun 3

X

Tahun 4 Adakah

X murid

dapat mengaplikasikan imbuhan

yang

bersesuaian dalam ayat aktif dan pasif? Aktif

X

Pasif

X

14

perlu

dititikberatkan

X

X

dapat Murid

menguasai

Meng-

Mem-

Rumusan

Selepas menganalisis data, rumusan dapat dilakukan bahawa murid tahun empat di SK Pekan Kiulu ini memang menghadapi masalah dalam penggunaan kata kerja berimbuhan. Diharapkan kajian ini dapat berjaya untuk mengatasi masalah murid ini.

15

Rujukan

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Asmah Haji Omar. (1993). Susur –Galur Bahasa Melayu,, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Plannig, Conducting and Evaluating Kuantitative & Qualitative REsearchs. Chicago: Aldine Hajar Noresah bt. Baharom. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jerry Wellington (2015). Educational Research (2nd ed.) London: Bloombury. Kemmis, S dan Mc Taggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press. Kemmis, S. Wilkinson, M. (1998). Participatory Action Research and the Study of Practice. Dalam B. Atweh, S. Kemmis, and P. Weeks. (Eds), Action Research in Practise: Partnerships for Social Justice in Education. London: Routledge. Lee Keok Cheong. Zakri A. Chua L, W. (2018). Penyelidikan dalam Tindakan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. McNiff, J. Dan

Whitehead, J. (2005). Action Research for Teachers: A

Practical Guide. New York: David Fulton Publisher. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985).Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16

Rizal, a. S. (2011). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pendidikan

Agama

Islam,

(57),

1–29.

https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Sew, J. W. (2011). Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan beR. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(2), 155– 170. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Suraiya Chapakiya. (2014). Asas Linguistik. PTS Akademia: Kuala Lumpur. Zulkifley Hamid,Ramli Mh. Salleh dan Rahim Aman. (2007). Linguistik Melayu (Edisi Kedua). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

Related Documents


More Documents from "ZAKARIA BIN MAT ISA pju17C319"