Kata Hubung 'dan'

  • Uploaded by: johari
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kata Hubung 'dan' as PDF for free.

More details

  • Words: 3,958
  • Pages: 29
1 1.0

PENDAHULUAN

Sebelum

strukturalisme,

persoalan-persoalan

bahasa

telah menarik minat dan mendapat perhatian ahli-ahli falsafah, nahu dan kritikan sastera.

Sarjana-sarjana falsafah seperti

Plato dan Aristotle, sering membincangkan asal-usul dan sifat-sifat bahasa. Tradisi ini berterusan sehingga kini, dengan ahli-ahli

falsafah

memberi

perhatian

kepada

persoalan-

persoalan makna, kebenaran, logik dan falsafah bahasa.

Dalam bidang nahu, penyelidikan terhadap bahasabahasa

Yunani

dan

Latin

menimbulkan

konsep

nahu

‘preskriptif’, iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang betul. Tradisi ini berkembang dan mempengaruhi kegiatan kebahasaan di seluruh benua Eropah. Dalam abad ke19, pendekatan

sejarah

atau

linguistik

diakronik

telah

bertapak dan berpengaruh. Disebabkan pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi, maka pendekatan dalam ilmu bahasa barat condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras dengan pertumbuhannya. Hasilnya, minat pengkajian dalam abad ke-19 hanya tertumpu pada aspek sejarah dan perbandingan bahasa.

Perubahan mula berlaku dengan pendekatan yang dibuat oleh Fedinard de Sassure, yang kini dikenali sebagai ‘Bapa

2 Linguistik Moden’. De Sassure dan linguistik sinkronik telah mempengaruhi pengajian nahu selepasnya. Konsep linguistik sinkronik ialah kajian terhadap bahasa sebagai sistem yang wujud pada kesatuan masa yang tertentu. Berbeda dengan linguistik diakronik yang melihat bahasa dari segi sejarah dan perkembangannya.

De Sassure berpendapat bahawa satu aspek yang tidak dipentingkan oleh pendekatan sejarah ialah aspek penggunaan bahasa. Pengkajian bahasa dari segi sejarah tidak memberikan apa-apa maklumat tentang fungsi bahasa dari segi orang yang menggunakan bahasa tersebut. Ini kerana sejarah bahasa tidak penting bagi seseorang penutur sewaktu penggunaan sesuatu bahasa itu. Yang penting ialah hubungan antara unit-unit bahasa dan konteks sistem bahasa itu sendiri.

Misalnya, bahasa Inggeris membezakan unsur pada vokal sehingga [sit] berlainan maksudnya daripada [si:t]. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu hal ini tidak penting. Begitu juga dengan bahasa Inggeris (dan bahasa Melayu) membezakan /l/ daripada /r/. Kedua-duanya fonem berasingan. Manakala bahasa Jepun tidak membezakannya, /l/ dan /r/ tergolong dalam satu fonem. Inilah yang dimaksudkan dengan konsep bahasa bagi de Sassure iaitu satu kesatuan yang mengandungi hubungan

3 rangkaian dan di mana nilai tiap-tiap unsur bergantung kepada nilai antara satu sama lain.

De Sassure juga terkenal dengan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Konsep ini timbul dari pandangan beliau terhadap bahasa sebagai fakta sosial, satu konsep sosiologi yang diperkenalkan oleh Durkheim. Mengikut Durkheim, fakta-fakta sosial adalah idea yang dihasilkan dalam pemikiran secara kolektif oleh sesuatu masyarakat. Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pengangan yang membezakan ‘langue’ dan ‘parole’ ini menghasilkan aliran struktural.

Ciri-ciri utama yang dikemukakan oleh de Sassure yang menjadi asas linguistik moden dan seterusnya pendekatan strukturalisme ialah :

1.

Penekanan

terhadap

bahasa

lisan.

Tanpa

sebarang hubungan di antara non-verbal dan psikologis,

pertuturan

adalah

semata-mata

ujaran secara sembarangan. Bahasa bertugas sebagai penghubung antara fikiran dan bunyi. Fikiran/psikologis/non-verbal

adalah

sesuatu

yang ditandai atau yang dimaksudkan (signified) dan

pengucapan

(signifier).

adalah

pelambangnya

4

2.

Bahasa

linguistik

moden

ialah

linguistik

deskriptif dan bukannya linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merupakan kajian peristiwa bahasa pada aras masa yang sama. Ia juga dikenali sebagai linguistik deskriptif. Manakala linguistik diakronik merupakan kajian peristiwa bahasa pada suatu jangka masa tertentu. Ia juga dikenali sebagai linguistik historis, sejarah dan evolusi.

3.

Bahasa pengkaji bahasa berminat terhadap semua bahasa (tiada bahasa yang lebih primitif daripada yang lain).

4.

Penekanan

kepada

huraian

yang

bersifat

sinkronik dan bukannya diakronik.

5.

Perbezaan antara ‘langue’ dan ‘parole’. ‘Parole’ iaitu pertuturan yang sebenar dihasilkan oleh seseorang

penutur.

Bahasa

setiap

penutur

berbeza dengan penutur yang lain. Terdapat juga sistem abstrak selain bahasa penutur tersebut, dan ini dinamakan ‘langue’.

5 Secara kasar, pendekatan strukturalisme bermaksud setiap bahasa itu dianggap sebagai satu sistem hubungan elemen-elemen di mana, bunyi, perkataan dan sebagainya, tidak ada atau tiada kesahihan dalam pergantungan hubungan kesamaan dan pertentangan yang mana memaut di antara mereka.

Dua aspek penting yang menyertai pendekatan struktural ialah

aspek

sosial

dan

aspek

formal.

Aspek

sosial

menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penutur-penuturnya. Manakala aspek formal bermaksud semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti emperikal, bukannya contoh dibuat-buat (Azhar M. Simin).

Di Malaysia, selepas kemerdekaan, penghasilan bukubuku mengenai nahu bahasa Melayu semakin bertambah. Hasilnya, muncul huraian-huraian nahu yang menggunakan prinsip-prinsip ilmu linguistik moden, iaitu mengikut cara analisa aliran-aliran stuktural dan transformasi generatif. Di antara ahli nahu yang menggunakan pendekatan struktural ialah Asmah Hj. Omar dan Abdullah Hassan.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN NAHU STRUKTURAL

6 Dalam ilmu linguistik, istilah strukturalisme terdapat dua pengertian yang utama iaitu pendekatan struktural dan istilah

strukturalisme. Pendekatan struktural bermaksud

pendekatan analisis yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dalam sistem. Dalam hal ini, semua pendekatan linguistik dalam abad ke-20 boleh dikatakan bersifat struktural.

Keduanya iaitu istilah strukturalisme dikaitkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di eropah dan di Amerika Syarikat dengan ciri-ciri tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskriptif di Amerika Syarikat.

2.1

Aliran Struktural : Pendekatan Eropah

Pada amnya, aliran struktural meliputi tahun-tahun 1925-1950

dan

bermula

dengan

pendekatan

deskriptif.

Pendekatan ini bermula dengan penyelidikan yang intensif terhadap dialek-dialek dan daripada perkembangan yang pesat dalam bidang fonetik.

Di Eropah, tokoh yang paling terkenal daripada aliran ini ialah Nikolai S. Trubetzkoy, seorang ahli bahasa yang berasal dari Rusia. Sewaktu mengajar di Vienna, beliau bersama-sama

7 temannya, Roman Jabobson yang tinggal di Prague, telah mempelopori pendekatan ini.

Jabobson

dan

rakan-rakannya

di

Prague

telah

menubuhkan Persatuan Linguistik Prague. Merekalah yang memulakan pendekatan yang kemudiannya dikenali dengan beberapa

nama.

Antaranya,

Mazhab

Prague,

Mazhab

‘Fonemik’ Prague, Linguistik Struktural dan Linguistik Fungsional.

Konsep-konsep dasar aliran mula diperkenalkan kepada dunia ilmu linguistik pada ‘ Kongres Pertama Linguistik Antarabangsa’ di Hague, Belanda (1920) dan pada ‘Kongres Antarabangsa Pertama Fonologi Rumpun Bahasa’ di Prague (1929).

Kesannya

amat

luas

kerana

dalam

abad

ke-20,

kebanyakan ahli linguistik adalah ahli linguistik pendekatan struktural. Rujukan utama mazhab ini ialah ‘Grundzuge der Phonologic’ terbitan 1939 oleh Trubetzkoy (Edisi Inggeris, Principles of Phonology).

Menurut Sampson, fonologi Trubetzkoy seperti deskriptif Amerika,

memberi

peranan

pusat

kepada

fonem;

tetapi

8 Trubetzkoy, dan Sekolah Prague secara umumnya berminat terutamanya dalam hubungan paradigmatik di antara fonem.

Contohnya

sifat

tentangan

di

antara

fonem

begitu

berpotensi membandingkan dengan satu sama lain kepada pemberian nilai dalam struktur fonologikal, lebih tepat daripada dalam hubungan sintagmatik di mana membezakan bagaimana fonem mungkin terbentuk kepada rangkaian (urutan, set teratur) dalam bahasa (Sampson (1980 ), halaman 107-108).

2.2

Aliran Struktural : Pendekatan Amerika

Di Amerika, Franz Boas telah mempelopori bidang linguistik sinkronik serentak dengan perkembangan pemikiran de Sassure di Eropah. Franz Boas menghadapi masalah keperluan menghuraikan bahasa-bahasa yang pernah dikenali, yang penutur-penuturnya makin berkurangan, dan sejarahnya tidak diketahui iaitu bahasa-bahasa orang ‘Red Indian’.

Di mana masalah ini tidak pernah dihadapi oleh ahli-ahli bahasa Eropah. Masalah ini menyebabkan lahirnya satu tradisi baharu dalam bidang penyelidikan, iaitu tradisi huraian (deskriptif). Ini kerana huraian dari bahasa seseorang akan tamat/selesai secara sendirinya, atau perlu lebih dahulu

9 berhenti ke arah pengertian atau pemahaman budaya yang luas dari pencirian masyarakat (Sampson (1980), halaman 59). Aliran ini disebut aliran deskriptif. Buku Franz Boas, ‘A Handbook of

American Indian Language’

(1911)

memberi

gambaran tentang pendirian aliran ini.

2.3

Pendirian Aliran Struktural : Pendekatan Eropah

Pertamanya, mereka lebih berminat terhadap sistem dan tidak terhadap ciri-ciri yang kecil dan terperinci. Mereka tidak mengkaji setiap terkecil sesuatu bahasa, tetapi lebih cenderung untuk mengenali struktur keseluruhan, iaitu sistemnya. Ini bererti bahawa setiap unit bahasa ditinjau pada mulanya sebagai sebahagian daripada sistem.

Mereka juga menumpukan perhatian yang rapi terhadap persoalan mendefinisikan dan mengenalpasti fonem. Aspek ini dimulakan pada zaman Trubetzkoy dan mencatat kemajuan akibat daripada penyelidikan ahli-ahli nahu mazhab Prague.

Pendirian mereka (dan ahli fonetik lain di Eropah) terhadap

konsep

fonem

ialah

tanpa

menghiraukan

apa

kenyataan bunyi atau ‘phones’ di mana ucapan oleh penutur atas pemberian alasan, unit daripada bahasa bukannya ‘phone’ tetapi ‘phoneme’.

10

Selain itu, adanya konsep fungsional. Di mana mereka menganalisi bahasa dengan tujuan untuk memperlihatkan fungsi-fungsi yang dimainkan oleh setiap kompenen struktur bahasa dalam konteks penggunaannya.

Bezanya,

mereka

bukan

setakat

melihat

dan

menghuraikan bahasa, tetapi menerangkan ciri-ciri bahasa. Ahli-ahli

bahasa

mazhab

Prague

melihat

bahasa

seperti

melihat jentera, iaitu dengan tujuan untuk memahami fungsi yang dimainkan oleh setiap bahagian dan bagaimana bahagianbahagian itu berhubung di antara satu sama lain (Sampson (1980), halaman 104).

2.4

Pendirian Aliran Struktural : Pendekatan Amerika

Pendekatan deskriptif oleh Franz Boas ini dilanjutkan dan diberi pendekatan falsafah oleh L. Bloomfield. Di samping mendalami saintifik

bidang

kepada

deskriptif, bidang

Bloomfield

linguistik

di

memberi

status

Amerika.

Beliau

diperngaruhi oleh bidang psikologi yang dikenali sebagai behaviourisme.

Pada satu aspek, behaviourisme ialah satu prinsip metodologi sains iaitu satu cara di mana mengatakan yang

11 beberapa perkara yang mungkin digunakan untuk sahkan atau menyangkal teori saintifik di kalangan secara peribadinya, dapat dilihat fenomena, lebih tepat daripada penelitian fikiran seseorang atau perasaan diri atau intuisi (gerak hati).

Dari situ, lahir satu generasi ahli-ahli bahasa yang menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang dapat dilihat pada

bahasa

dan

mengenepikan

aspek-aspek

yang

ada

hubungan dengan penelitian fikiran (intuisi/gerak hati).

Di sini kita boleh lihat cabang-cabang ilmu linguistik, iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis ialah cabang-cabang yang dapat dikaji sebagai data dapat dilihat dan secara saintifik. Sebaliknya, semantik tidak dapat dikaji secara saintifik kerana sebahagian besar daripada cirinya mempunyai kaitan dengan fikiran dan prasangka. Buku Bloomfield, ‘Language’ adalah buku utama bagi aliran ini.

Pendekatan behaviourisme ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya ialah kemunculan satu tradisi huraian terhadap struktur-struktur bahasa yang amat tepat dan saintifik, dan pengenepian cara-cara huraian yang tidak berasaskan teknikteknik

sains.

Kesannya,

banyak

penyelidikan

yang

menumpukan perhatian kepada aspek-aspek struktur bahasa;

12 maka

lahirlah

istilah

‘strukturalisme’

bagi

pendekatan

sedemikian yang dipegang oleh ahli-ahli bahasa di Eropah.

Keburukannya

ialah

penekanan

yang

terlalu

berat

terhadap aspek-aspek formal penyelidikan bahasa. Ahli-ahli deskriptif, pada waktu itu, mendapati dari linguistik umum banyak seperti kelompok dari teknik huraian daripada seperti kelompok kepercayaan tentang sifat bahasa (Sampson (1980), halaman 74).

Selain

itu,

terlalu

memberi

perhatian

semata-mata

kepada aspek teknik-teknik penyelidikan, iaitu bahawa tujuan formalisasi prosedur

dalam

linguistik

(langkah-langkah)

adalah di

untuk

mana

boleh

mengungkap digunakan

memproleh nahu yang betul dari sesuatu bahasa daripada korpus (satu set tulisan) dari pemerhatian maklumat dalam cara mekanikal semata-mata.

3.0

KONSEP DAN ASAS NAHU PENDEKATAN STRUKTURAL

Mengikut

konsep

aliran

struktural,

penganalisaan

nahu

menekankan pada morfologi dan sintaksis yang berdasarkan struktur berlandaskan konstituen terdekat.

13 Dengan perkataan lain, golongan nahu struktural membuat penelitian bahasa berdasarkan sesuatu korpus dan rumusan dari korpus itu. Asas tatabahasa struktural adalah seperti berikut :

1.

Nahu

struktural

menggunakan

penghuraian

berdasarkan struktur dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis.

2.

Nahu

struktural

menyatakan

‘observable

facts

of

language’.

3.

Nahu

struktural

menganalisa

dengan

peringkat

morfologi dan yang terakhir sekali peringkat sintaksis.

4.

Nahu struktural mengkaji semua ujaran dengan tujuan untuk menghuraikan ciri-ciri yang berbeza.

5.

Nahu struktural menyatakan kategori-kategori nahu hendaklah dihuraikan mengikut struktur tiap-tiap bahasa tanpa kaitan dengan aspek-aspek universal bahasa.

4.0

NAHU YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN STRUKTURAL

14 Nahu

bahasa

Melayu

kebanyakannya

nahu

bebas-

konteks. Nahu ini menggunakan ayat tunggal dan bebaskonteks. Nahu bebas-konteks bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu nahu pola, nahu ayat dan nahu separuh wacana.

Menurut Azhar M. Simin, nahu ayat menggunakan ayatayat peribadi, idiolek, bikinan dan tunggalan sebagai asas untuk membuat pernyataan tentang sintaksis bahasa Melayu. Contoh nahu ini yang nyata ialah pengaruh pendekatan transformasi generatif. Tokohnya ialah Nik Safiah Karim dan Yeoh Chiang kee.

Pengaruh

pendekatan

struktural

menyebabkan

kemunculan nahu separuh wacana dan nahu pola di dalam bahasa

Melayu.

Nahu

separuh

wacana

kebanyakannya

menggunakan ayat-ayat tunggal yang dipetik dari teks-teks tertentu sebagai asas untuk membuat pernyataan sintaksis.

Ayat-ayat teks ini bukanlah ayat ciptaan sendiri seperti yang terdapat di dalam nahu ayat. Ia adalah ayat yang sahih penggunaannya, iaitu ayat-ayat yang digunakan dalam teks Melayu. Tetapi ayat sahih ini masih ayat bebas-konteks oleh sebab ayat ini diambil daripada teks tertentu dan diperikan ayatnya tanpa merujuk kepada konteks. Contoh ahli nahu separuh wacana ialah Asmah Hj. Omar dan Azhar M. Simin.

15 Nahu Pola pula adalah acuan untuk membuat ayat-ayat dasar Melayu bebas-konteks. Di antara tokoh ahli nahu pola adalah Abdullah Hassan.

4.1

Nahu Pola

Pendekatan struktur dalam memeri nahu bahasa Melayu menyebabkan muncul nahu pola dalam bahasa Melayu. Nahu pola pada dasarnya adalah satu senarai pola ayat. Setiap pola adalah satu rangkaian nama-nama kelas bagi konstituen ayat. Setiap pola adalah formula untuk membuat satu jenis ayat inti. Setiap nahu pola adalah satu koleksi formula untuk membuat berbagai-bagai jenis ayat inti.

Ini bermakna nahu pola adalah nahu formula atau nahu yang mengisi yang mengandungi dua jenis senarai-senarai pola dan senarai konstituen ayat. Selain itu, terdapat juga senarai ayat inti ke bentuk ayat terbitan. Boleh dikatakan juga nahu pola adalah nahu senarai.

Contoh karya-karya nahu pola yang tercetak dalam tahun-tahun 1960-an ialah karya A. Bakar Hamid, ‘Beberapa Cara Pengkajian Sintaksis’, dalam Dewan Bahasa Keluaran Mei 1964; Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah dalam

‘An

Introduction to Malay Grammar’ dan Asmah Hj. Omar dalam

16 ‘Morfologi-Sintaksis

Bahasa

Melayu

(Malaya)

dan

Bahasa

Indonesia : Satu Perbandingan Pola’.

Berikut adalah pola-pola ayat Melayu, formula untuk membuat inti yang dipetik dari Asmah Hj. Omar. Kini, beliau tidak lagi menggunakan pendekatan ini (pola) untuk menulis nahu bahasa Melayu iaitu pendekatan yang mengabaikan konteks.

Ini

terbukti

dengan

terhasilnya

‘Nahu

Melayu

Mutakhir’.

Di sini hanya diturunkan contoh pola Asmah Hj. Omar kerana nahu pola beliau adalah nahu pola yang paling teoritis.

a. Pelaku + Perbuatan (Saya tidur) b. Pelaku + Perbuatan + Pelengkap (Dia menjirus bunga) c. Perbuatan + Pelengkap (Baca buku) d. Diterangkan + Menerangkan (Malam Sepi) e. Digolong + Penggolong (Bapa Guru) f. Pelengkap + Perbuatan + Pelaku (Ikan dimakan kucing) g. Pelengkap + Perbuatan (Pintu dibuka)

(Asmah Hj. Omar dan R. Subbiah (1968), halaman 40-45)

Nahu pola Asmah Hj. Omar menunjukkan bahawa orang Melayu berujar secara berpola-pola berdasarkan kajiannya

17 tentang ayat-ayat Melayu lisan. Maka nahu pola Asmah Hj. Omar bersifat emperik.

Nahu pola bahasa Melayu yang kedua adalah nahu pola Abdullah Hassan dalam bukunya, ‘Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia’. Nahu pola Abdullah Hassan berbeza dengan pola Asmah Hj. Omar. Berikut dikemukakan satu set pola ayat dasar (ayat inti) yang dipetik daripada Abdullah Hassan (Halaman 198-200).

1.

Katanama + Katanama (Ali Guru)

2.

Katanama + Katakerja Tidak Transitif + (Katadverb) (Dia datang)

3.

Katanama + Katasifat (Rumah itu besar)

4.

Katanama 1 + Katakerja Transitif + Katanama 2 (Emak memasak nasi)

5.

Katanama + Ada/Punya + Katanama (Dia ada wang)

18

6.

Ada + Katanama + Katadverb (Ada buah di atas pokok)

4.2

Nahu Separuh Wacana

Nahu wacana adalah nahu yang sesuai yang memeri ayat-ayat yang digunakan dalam sesuatu wacana tertentu. Nahu separuh wacana adalah nahu yang memetik keluar ayat tertentu daripada sesuatu wacana untuk dibuat pernyataan linguistik berkenaan dengannya.

Nahu ini menggunakan pendekatan bahasa-dulu dalam membuat pernyataan sintaksis. Oleh itu, nahu ini tidak mengandungi ayat bukan emperik. Dengan perkataan lain, nahu ini berasaskan ayat-ayat yang digunakan dalam wacana.

Nahu Asmah Hj. Omar tergolong di dalam nahu separuh wacana.

Beliau

menggunakan

pendekatan

wacana

dalam

pentafsirannya terhadap nahu bahasa Melayu, “dalam menulis buku ini saya mencuba memasukkan sebanyak yang mungkin, gejala pembentukan dalam bahasa Melayu dari tingkat morfem, yang merupakan tingkat yang paling tinggi, dilihat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Di samping itu, tidaklah saya

19 abaikan wacana (discourse) yang lebih besar dari ayat.” (Asmah Hj. Omar (1980), halaman ix).

Nahu

Asmah

Hj.

Omar

adalah

nahu

elektik.

Ia

berasaskan beberapa perkara yang berikut; nahu sistem, pendekatan struktur, analisis konstituen terdekat, analisis makna kompenen dan analisis wacana. Ini kerana pengalaman beliau membuktikan bahawa bahasa Melayu menurut satusatu aliran tertentu itu tidak dapat menerangkan sebanyakbanyak mungkin gejala yang ada dalam bahasa (Asmah Hj. Omar (1980), halaman 5).

5.0

PENGGOLONGAN KATA OLEH GOLONGAN STRUKTURAL

Golongan kata adalah suatu bidang yang amat penting dalam nahu sesuatu bahasa. Nahu aliran ini nahu yang berminat

kepada

bentuk-benmtuk

atau

unit-unit

yang

membentuk nahu dan perhubungan fungsional di antara unitunit itu yang membentuk rentetan ujaran yang disebut ayat. Dalam pengkajian nahu struktur menitikberatkan bentuk atau struktur yang sebenar dalam sesuatu bahasa.

Pembentukan

struktur

dalam

sesuatu

bahasa

merupakan perhubungan unit-unit (kecuali ayat) yang boleh membentuk unit-unit terlebih darinya. Contohnya, morfem

20 boleh membentuk kata, kata boleh membentuk frasa, frasa boleh membentuk klausa dan klausa boleh membentuk ayat. Dengan proses tersebut, tiada memerlukan perletakkan makna sebagai asas terpenting untuk menerangkan sesuatu unit nahu.

Penghuraian yang dilaksanakan oleh golongan struktural (dengan melihat pada nahu Asmah Hj. Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir) adalah secara berperingkat-peringkat. Ia dilakukan menurut skala tatatingkat unit-unit nahu. Di mana unit morfem pada tingkat yang paling bawah dan ayat pada tingkat yang paling tinggi.

Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Setiap unit yang letaknya pada tingkat yang lebih bawah merupakan unsur bagi unit di atasnya. Dengan itu, morfem merupakan unsur bagi kata, kata unsur bagi frasa, frasa unsur bagi klausa dan klausa unsur bagi ayat.

Misalnya,

awalan

‘ber’

yang

ada

dalam

kata-kata

‘bertikam, berlawan, bergaduh’, aliran struktur menerangkan awalan ‘ber’ itu sebagai morfem terikat yang tergolong dalam

21 awalan kata kerja yang diimbuhkan kepada morfem lain yang menjadikan kata kerja. Kata ‘bertumbuk, berlawan, bergaduh’, dapat dihuraikan dalam sesuatu ayat atau konteks tertentu.

Aliran struktural juga melihat nahu melalui hubungan antara unit-unit nahu itu. Perhubungan itu boleh dilihat berdasarkan hubungan sintagmatik (hubungan antara unsurunsur

yang

membetulkan

struktur

mendatar

di

tingkat

tertentu) dan hubungan paradigmatik (hubungan di antara unsur-unsur yang segolongan yang menbentuk tempat tertentu dalam

sesuatu

struktur.

Jadi

hubungan

sintagmatik

membentuk struktur dan hubungan paradigmatik membentuk sesuatu di dalam struktur.

Lihat contoh-contoh di bawah (Hashim Musa, Dewan Bahasa, Jan, 1973, halaman 16-17).

(a)

(b)

Frasa bendaan Dia Kita Saya Ahmad

Frasa karyaan bernyanyi sudah bernyanyi selalu belajar mesti bermain bersunguh-

Mereka Anda

sunguh harus rajin harus sihat

22 Frasa Karyaan Kata Kerja Bantu selalu selalu mesti harus harus

Kata Karyaan bernyanyi belajar bermain rajin sihat

Adverbal

dengan bersunguh-sunguh

(c) Kata Karyaan Kata Kerja bernyanyi belajar bermain

Kata Sifat

rajin sihat Rumusan dari (a), (b) dan (c) di atas ialah : 1.

#Ayat#

2.

Ayat – Frasa Bendaan + Frasa Karyaan

3.

Frasa Karyaan – (Kata Kerja Bantu) + Kata Karyaan + (Adverbal)

4.

Frasa Bendaan – Kata Ganti Nama, Kata Nama

5.

Kata Karyaan – Kata Kerja, Kata Sifat

6.

Kata Kerja Bentuk – selalu, mesti, harus

7.

Kata Ganti Nama – dia, kita, anda, mereka

8.

Kata Nama – Ahmad

9.

Kata Kerja – bernyanyi, belajar bermain

10.

Kata Sifat – rajin, sihat

23 Dengan

melihat

hubungan

sintagmatik

dan

paradigkamatik boleh membuat penggolongan morfem, kata dan seterusnya ayat tanpa melihat unsur-unsur makna tetapi dapat melihat kedudukan atau fungsi di dalam struktur.

Dengan itu aliran struktural dikatakan dapat membuat satu deskripsi yang tepat. Aliran ini boleh menghuraikan sesuatu

struktur

dan

menunjukkan

bagaimana

sesuatu

struktur itu boleh dibentuk.

Dalam pembahagian kepada unit dan unsur, terdapat gejala pertindihan di antara unit-unit tersebut. Misalnya, morfem

bebas boleh berfungsi sebagai kata.

Contohnya,

perkataan rumah, anak dan lawan boleh mempunyai dua taraf iaitu taraf kata dan juga taraf morfem.

Di samping itu, kata boleh berfungsi sebagai bentuk frasa yang minimal. Oleh itu, sesuatu pertuturan yang secara am dinamakan kata, boleh menduduki ketiga-tiga tingkat nahu yang disebutkan tadi, dan dengan itu mempunyai tiga fungsi.

Menurut Asmah Hj. Omar, frasa juga boleh berlaku pertindihan dengan klausa. Contohnya, klausa relatif pembatas seperti cantik, yang baik dan yang makan gaji bukan sahaja

24 berfungsi sebagai frasa eksosentrik, tetapi dalam konteks ayat mempunyai fungsi klausa.

Begitu juga dengan klausa dan ayat boleh mempunyai keserupaan bentuk. Perbezaan keduanya baru nyata apabila dimasukkan dalam wacana lisan atau wacana tulisan.

Setiap unit nahu dihuraikan menurut paksi rantaian dan pilihan. Ini bermakna bahawa unit yang berkenaan dilihat dari segi struktur dan sistem. Yang dimaksudkan dengan struktur ialah hubungan rantaian antara unit-unit yang letaknya pada garis latar atau garis waktu.

Oleh itu sesuatu unit itu dikatakan mempunyai struktur AB jika A diikuti secara langsung oleh B. Struktur ini rangka yang diberi pengisinya, misalnya pengisi A ialah a, dan B ialah b.

Struktur : AB Pengisi : ab

Jika pengisi ab digantikan dengan perbendaharaan kata, maka terdapatlah pertuturan seperti orang baik atau orang jahat dengan syarat AB merupakan frasa. Tetapi jika AB

25 merupakan ayat maka ab mungkin berbunyi orang itu baik atau orang itu jahat.

Sistem

dalam

bahasa

menunjukkan

pilihan

yang

mungkin diadakan pada bahagian-bahagian tertentu dalam struktur. Misalnya, jika A dalam struktur AB boleh diisi oleh a dan juga c, maka dengan itu dikatakan bahawa a dan c memasuki satu sistem yang sama.

Demikian juga jika b dalam B boleh digantikan dengan d, maka b dan d menganggotai satu sistem yang sama yang barangkali berlainan dengan sistem yang dianggotai oleh a dan c tadi. Dengan ini didapati bahawa untuk memasuki sesuatu sistem, unsur-unsur hendaklah boleh saling menggantikan satu sama lain.

Sistem bagi morfem, kata, frasa dan klausa, jika dilihat dari segi struktur, melahirkan golongan. Dengan demikian, timbullah golongan-golongan morfem, kata, frasa dan klausa. Asmah Hj, Omar membahagikan unit-unit ini di dalam tiga golongan iaitu golongan benda, karyaan dan bendaan. Setiap golongan ini dipecahkan kepada subgolongan-subgolongan.

Pada tingkat ayat, penggolongan ke dalam sistem dilihat dari segi keseluruhan ayat. Dengan demikian ayat dimasukkan

26 ke

dalam

berbagai-bagai

sistem

dan

pembahagian

ini

berhubung erat dengan keanggotaan unsur-unsurnya dalam sistem atau subsistem tertentu.

Contohnya, Asmah Hj. Omar mengatakan ayat tertentu mempunyai sistem modalitas kerana ada kata kerja modalitas yang berfungsi di dalamnya, atau dikatakan ayat mempunyai sistem modus disebabkan perlu atau tidaknya ayat itu kepada gerakbalas dan sama ada gerakbalas itu merupakan gerakbalas kebahasaan atau perbuatan.

Setiap sistem dan subsistem diperincikan lagi menurut jenis dan subjenis. Pembahagian ini berpandukan ciri struktur, keanggotaan pengisi struktur dalam sistem dan subsistem, dan makna.

Struktur dilihat dari segi ada atau tiadanya peluasan yang berlaku. Dengan demikian sesuatu unsur itu boleh dijeniskan sebagai unsur selapis dan unsur kompleks. Jenis kompleks pula dibahagikan kepada jenis kompleks setara dan jenis kompleks tak setara menurut proses yang berlaku dalam perluasan. Ini bergantung, sama ada perluasan berkenaan bersifat pelapisan atau penggabungan. Dalam ayat, terdapat juga proses perluasan serentak dan pengiringan.

27 Pada tingkat ayat juga, terdapat dua proses yang lain yang boleh memberi asas kepada pengjenisan ayat iaitu penghilangan dan penyusunan semula. Proses penghilangan banyak berlaku dalam wacana lisan dan proses penyusunan semula berlaku dalam bahasa lisan dan bahasa tulisan. Perlakuan terhadap juga dapat dilihat dari segi pembahagian kepada konstituen ayat. Terbukti, nahu yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar berdasarkan pendekatan struktural.

6.0

KESIMPULAN

Pendekatan ini dikatakan struktural kerana pengkajian dan penganalisaan berdasarkan bentuk struktur. Di antara buku-buku nahu bahasa Melayu yang disusun berdasarkan pendekatan struktural ialah ;

1. Asraf (1971), ‘Mari Belajar Bahasa Kita’. 2. Asmah Hj. Omar (1968), ‘Morfologi – Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia : Satu Perbandingan Pola’. 3. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968), ‘An Introduction To Malay Grammar’. 4. Asmah Hj. Omar (1970-1975), ‘Bahasa Malaysia Kini : Satu Perkenalan Melalui Struktur’ (Buku 1 – 5).

28 5. Zahrah

Buang

(1970),

‘Mengenai Fonologi, Morfologi dan

Sintaksis’ dalam Pengantar Pengajaran Bahasa Melayu dan Tatabahasa Melayu. 6. Abdullah Hassan (1973), ‘The Morphology of Malay’. 7. Asmah Hj. Omar (1980), ‘Nahu Melayu mutakhir’. 8. Abdullah Hassan (1980), ‘Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia’.

Nahu struktur dapat memberikan kemahiran linguistik kepada pelajar-pelajar dengan secara membiasakan mereka dengan polapola struktur.

Pola-pola struktur

yang disampaikan adalah

berperingkat-peringkat dan pemilihan yang sesuai (Asmah Hj. Omar (1975), halaman 157). Dengan perkataan lain, nahu struktur memudahkan pelajar-pelajar di peringkat sekolah belajar nahu, dan ini meningkatkan pengetahuan nahu bahasa Melayu di kalangan mereka.

Sebelum kemerdekaan, pelbagai buku nahu bahasa Melayu diterbitkan. Antaranya;

1. Raja Ali Haji, ‘Bustanul – Katibin’. 2. Muhammad Ibrahim Munsyi, ‘Pemimpin Johor’. 3. Abdullah

Abdul

Rahman

(mengikut

pendapat

‘Pertuturan Melayu’) , ‘Permulaan Pertuturan Melayu’ 4. Mohd. Syah Yusoff, ‘Senjuh Suratan’.

Za’ba,

29 5. O.T. Dussek dan Muhammad Hashim b. Hj. Taib, ‘Kitab Pelita Mengarang’. 6. Za’ba, ‘Pelita Bahasa Melayu’. 7. Abdullah Bin Talib, ‘Punca Bahasa’. 8. Haji Muhammad Said, ‘Jalan Basa Melayu’ dan ‘Penokok dan Penambah’.

Selepas kemerdekaan, penghasilan nahu bahasa Melayu semakin bertambah. Penulisannya kini berasaskan analisa airan-aliran

struktural

dan

transformasi

generatif.

Aliran

struktural lebih dikenali sebagai nahu pola dan antara tokohnya ialah Asmah Hj. Omar dan Abdullah Hassan. Manakala aliran transformasi generatif dikenali sebagai nahu ayat. Antara tokoh aliran ini ialah Nik Safiah Karim.

Kini terdapat penganalisan nahu dengan pendekatan baru. Pendekatan yang dimaksudkan ialah pendekatan wacana dan dikenali nahu separuh wacana seperti yang diushakan oleh Azhar M. Simin di dalam bukunya ‘Sintaksis Wacana ‘Yang’ Dalam Bahasa Melayu’.

Related Documents


More Documents from "Adinda Noni Fitriyani Tarigan"