Kerja Kursus Geografi 2009

  • Uploaded by: NAZMI RAJAIE BIN MOHAMAD
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,324
  • Pages: 20
PETEMPATAN DI KAWASAN NO 11 JALAN BASONG TAMAN DATO ABD RAHMAN JAAFAR 83000 BATU PAHAT,JOHOR DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI PULAU JAWA, INDONESIA

SENARAI KANDUNGAN BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

ISI KANDUNGAN Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Peta Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Lampiran Rujukan Penilaian Umum

HALAMAN

PENGHARGAAN Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua sekolah, Ustaz Nor Azam Bin Sobikin yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya, En.Abd Gafar Bin Ahmad kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohamad Bin Ismail dan bonda Asmaliza Binti Abdullah yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya iaitu Hafizudin Bin Salim Dan Ahmad Lutfi Bin Karim yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama. Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat di kawasan kajian saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN Nama sayaNazmi Rajaie Bin Mohamad. Saya belajar di tingkatan 3Bukhari di Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah, Batu Pahat, Johor. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Goegrafi Tempatan.

Saya telah memilih tajuk petempatan dan perkembangannya. Kawasan yang saya akan kaji ialah di No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor dan perbandingannya dengan petempatan Di Pulau Jawa, Indonesia. Sebab- sebab pemilihan adalah kerana terdapat pelbagai perbandingan petempatan antara No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor dengan Pulau Jawa di Indonesia. Kedudukan No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor. Contohnya dari segi ekonomi, muka bumi, dan nilai patriotisme. Memudahkan kajian saya kerana ia adalah rumah saya . Di kawasan No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor juga terdapat banyak aktiviti yang dijalankan. Saya telah menjalankan aktiviti ini selama empat bulan iaitu dari Feb-Mei 2009.

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan No 11 Jalan

Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor, serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di Pulau Jawa, Indonesia.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti kegiatan

ekonomi yang terdapat di kawasan No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Pulau Jawa, Indonesia .

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan No 11 Jalan

Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Pulau Jawa, Indonesia.

4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan No 11

Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Pulau Jawa, Indonesia.

5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di

kawasan No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu

Pahat, Johor serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di Pulau Jawa, Indonesia 6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap kawasan No 11

Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor

Kawasan Kajian Kawasan kajian saya adalah No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor. Ia adalah merupakan kawasan petempatan bandar raya di Batu Pahat, Johor. No 11 Jalan Basong Taman Dato Abd Rahman Jaafar 83000 Batu Pahat, Johor adalah berasal daripada kawasan belukar yang berhampiran dengan Sungai Batu Pahat. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Bandar Batu Pahat. Taman Dato Abd Rahman Jaafar terletak lebih kurang 3km dari bandaraya Batu Pahat. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Taman Dato Abd Rahman Jaafar adalah Taman Makmur, Kampung Merdeka, dan cawangan Maybank,

Taman Dato Abd Rahman Jaafar dapat dikatakan sebagai Taman Yang pertama di Batu Pahat. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Summit, Square One, BP Mall dan lain-lain. Taman Dato Abd Rahman Jaafar juga hanya bersebelahan dengan Pejabat Tanah, Balai Bomba, dan Balai Polis juga berhampiran dengan kawasan ini.

Kaedah Kajian Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah, kaedah rujukan, kaedah soal selidik serta kaedah temu bual. •

Kaedah Rujukan Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang saya pilih serta maklumat tambahan.



Kaedah Soal Selidik

Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat. •

Kaedah Temu Bual Saya telah meninjau di tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 7 orang penduduk di situ. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.

DAPATAN KAJIAN 8.1 : Jenis dan Pola Petempatan •

Jenis dan Pola Petempatan Taman Dato Abd Rahman Jaafar adalah sebuah petempatan bandar yang terdapat

di Malaysia dan padat dengan penduduk. Ini kerana Taman Dato Abd Rahman Jaafar mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik. Manakala pola petempatan yang terdapat di Taman Dato Abd Rahman Jaafar ialah berpusat, berkelompok dan terancang Pola petemapatan di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar

Berpusat

Berkelompok

Terancang

Peratusan %

80

15

5

Pola Petempatan 5% 15% Berpusat Berkelompok Terancang 80%

Pulau Jawa, Indonesia merupakan pola petempatan yang berselerak tidak seperti di Taman Dato Abd Rahman Jaafar Walaubagaimanapun, Taman Dato Abd Rahman Jaafar tidak sepadat Pulau Jawa, Indonesia. kerana Pulau Jawa, Indonesia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 2,750,000 di kawasan tersebut dan sekitarnya. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah air yang aman dan makmur.

8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan •

Sejarah Taman Dato Abd Rahman Jaafar merupakan sebuah belukar pada masa dahulu.

Penduduk di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar ini terdiri penduduk yang berbilang kaum. Tetapi kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu.Orang Cina dan orang India mula menduduki kawasan ini setelah terbinanya kawasan perumahan. Jadual dan carta pai di bawah ini mewakili peratusan penduduk di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar. Penduduk di Kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar. Peratusan

Melayu 80%

Cina 10%

India 5%

Lain-Lain 5%

Penduduk Di Kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar 5% 5% 10%

Melayu Cina India Lain-lain 80%

Pulau Jawa, Indonesia pula mempunyai pola petempatan yang berselerak. Pulau Jawa, Indonesia merupakan sebuah pulau yang padat. Pada tahun 2002, dicatatkan bahawa 12% penduduk di Pulau Jawa adalah kanak-kanak, 80.4% pula merupakan golongan yang bekerja dan selebihnya adalah penduduk senior. •

Bentuk Muka Bumi 80% daripada kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar adalah tanah pamah.

Manakala 20% lagi merupakan kawasan tanah tinggi. Taman Dato Abd Rahman Jaafar merupakan kawasan yang rata. Dan 40% daripada kawasan Pulau Jawa adalah tanah pamah . Manakala 60% pula adalah tanah tinggi.



Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang terdapat di Taman Dato Abd Rahman Jaafar adalah

perniagaan. Hampir 60% rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Melayu. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan perbankan dijalankan. Di Taman Dato Abd Rahman Jaafar juga, dahulunya dijalankan pembalakan. Pulau Jawa, Indonesia pula hanya mempunyai beberapa kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perikanan. •

Sosial/Budaya

Di Taman Dato Abd Rahman Jaafar, penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, wujudnya tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala kuil didirikan penduduknya yang beragama hindu. Terdapat tokong sebagai tempat beribadat orang Cina yang beragama budha. Di Pulau Jawa, Indonesia berlakunya pergaulan yang tidak terbatas dan pergaduhan berlaku Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana mempunyai bentuk muka bumi yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu, kita juga mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.

8.3 : Fungsi Petempatan Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan di Taman Dato Abd Rahman Jaafar serta penduduk di bandarBatu Pahat.Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Malaysia telah dinaiktaraf pendidikannya. Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar seperti Tabika kemas. Tabika tersebut mempunyai banyak kemudahan yang

lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding tabika lain yang ada di Taman Dato Abd Rahman Jaafar.Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Taman Dato Abd Rahman Jaafar yang semakin baik dan selesa. Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan bertar dan juga tabika yang dinyatakan di atas. Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Pulau Jawa, Indonesia pula tidak terurus. Ini kerana di Pulau Jawa, Indonesia penduduknya yang telalu padat. Dan mengikut kajian, sistem pendidikan di Pulau Jawa tidak sebaik negara Malaysia, Peratus pelajar buta huruf masih ramai di Pulau Jawa. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

8.4 : Masalah Petempatan Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar

Selain itu, Taman Dato Abd Rahman Jaafar juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampahsarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Taman Dato Abd Rahman Jaafar berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan bermotor. Pulau Jawa, Indonesia juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Taman Dato Abd Rahman Jaafar. Pulau Jawa, Indonesia juga mengalami masalah pencemaran udara. Ini berikutan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni Pulau Jawa, Indonesia kerana penduduknya amat padat,seramai 5,750,000.Oleh kerana penduduknya yang ramai, masalah bau juga timbul kerana penduduk di Pulau Jawa tidak mentitik beratkan kebersihan. Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenangwenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, kita seharusnya

bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar dan Pulau Jawa Indonesia ialah melebarkan jalan raya,menguatkuasakan undang-undang,mengitar semula,menyediakan tapak pelupusan dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya. Contohnya,di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan taman untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik darjah ketersampaian.Selain itu,untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah menggalakkan penggunan kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas, langkah ini juga telah mengurangkan pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran.Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan.Tambahan pula,kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku.

.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkahlangkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

RUMUSAN Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan

juga negara bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia seperti menigkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Taman Dato Abd Rahman Jaafar serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik. Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.

Related Documents


More Documents from "Tim Brandon"