Kerja Kursus Geografi Pmr 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi Pmr 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,574
  • Pages: 21
BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

PERKARA Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 6.1 Jenis dan Pola Petempatan 6.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan 6.3 Fungsi Petempatan 6.4 Masalah Petempatan

7.0 8.0 9.0

6.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

Saya ………………………………………. ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua, Puan Fuziah binti Mahmood yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Mahani binti SaiAbu Seman, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai. Jutaan terima kasih saya juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang yang telah banyak membantu dan memberikan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih saya juga ditujukan kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Juga tidak lupa kepada rakanrakan yang banyak membantu.

Saya telah memilih tajuk “Kajian Petempatan dan Perkembangannya di Kawasan Persiaran Multimedia, Cyberjaya dan Perbandingannya dengan Negara Kanada” untuk Kerja Kursus Geografi PMR 2009. Saya mengkaji tentanag aspaek-aspek jenis dan pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan dan masalah petempatan. Saya telah memilih kawasan Persiaran Multimedia, Cyberjaya sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya. Ini memudahkan saya dan rakan-rakan mengumpul maklumat. Tempoh saya menyiapkan kajian ini ialah lebih kurang lapan minggu iaitu mulai bulan Mac hingga Jun.

Objektif kajian saya ialah : 3.1 Mengenalpasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian dan di negara bandingan. 3.2 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian dan di negara perandingan. 3.3 Mengenalpasti fungsi petempatan di kawasan kajian dan di negara perbandingan. 3.4 Menjelaskan masalah petempatan di kawasan kajian dan di negara perbandingan 3.5 Mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan kajian dan di negara perbandingan

Saya sebagai pengguna di kawasan Persiaran Multimedia berasa bangga dan bersyukur kerana pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti kedai alat tulis, kedai makan dan kedai runcit. Saya akan bekerjasama memlihara alam sekitar di kawasan kajian.

Kawasan kajian saya ialah kawasan Persiaran Multimedia yang terletak di Cyberjaya. Bandar Cyberjaya ialah sebuah bandar baru dengan keluasan kira-kira 7000 ekar. Ia telah dibangunkan secara terancang oleh syarikat Malaysia, Setia Haruman Sdn. Bhd. untuk menjadi sebuah bandar pintar berasaskan teknologi maklumat dan multimedia. Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Cyberjaya terletak di daerah Sepang, Selangor dan terletak kira-kira 30 km di selatan Kuala Lumpur dan bersebelahan Putrajaya. Pembangunan yang terdapat di pinggir Persiaran Multimedia ialah seperti Universiti Multimedia Malaysia (MMU), kawasan perumahan, terminal bas dan teksi, perkedaian, syarikat korporat dan sekolah. Bentuk muka bumi Cyberjaya adalah beralun yang asalnya merupakan kawasan penanaman kelapa sawit dan getah.

Petunjuk :

Sabak Bernam

Sempadan Negeri

Hulu Selangor

Sempadan Daerah Kawasan Kajian,

Kuala Selangor Tajuk : Daerah-daerah Kuala KlangPetaling di Langat Selangor Gombak Sepang Hulu Langat Bandar Cyberjaya

Kanada ialah negara perbandingan saya untuk kajian ini. Kanada adalah sebuah negara di benua Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Ibu negara Kanada ialah Ottawa.

5.1

Pemerhatian : Saya memerhati jenis-jenis petempatan di Cyberjaya

5.2

Kaedah temu bual : Kaedah ini digunakan ketika menemubual 3 orang responden

5.3

Rujukan : Saya membuat rujukan di internet.

6.1

Jenis dan Pola Petempatan

Jenis petempatan di Persiaran Multimedia, Cyberjaya ialah bandar. Bandar Cyberjaya dibina secara terancang untuk menjadikan sebuah bandar pintar yang berasaskan teknologi maklumat dan multimedia. Pola petempatannya ialah berpusat. Pusat aktiviti yang terdapat sepanjang di Persiaran Multimedia ialah sekolah, terminal bas, MMU dan kompleks perdagangan. Di Bandar Ottawa, Kanada, jenis petempatan juga jenis bandar. Pola petempatan adalah berpusat. Pusat aktiviti yang terdapat di Bandar Ottawa ialah kompleks perdagangan, Universiti Ottawa dan taman rekreasi. Saya rasa berbangga dengan pembangunan petempatan berpusat di kawasan kajian yang terancang dengan baik. Pola berpusat memudahkan saya dan rakan saya untuk menggunakan kemudahan yang ada.

6.2

Faktor yang Mempengaruhi Petempatan

Darjah Ketersampaian Dasar Sumber Kerajaan

Faktor-faktor yang Kegiatan Sejarah Ekonomi Bentuk Muka Bumi Mempengaruhi Petempatan



Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi di Persiaran Multimedia mempengaruhi perkembangan dan petempatan Cyberjaya. Kegiatan utama ialah perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat dan multimedia. Syarikat korporat yang terdapat di sini ialah BMW, FUJITSU, DHL, HSBC dan sebagainya. Kegiatan ekonomi kedua ialah perniagaan. Daripada pemerhatian, kami mendapati bahawa terdapat 13 buah kedai di kawasan kompleks perdagangan di Persiaran Semarak Api. Kegiatan ekonomi ketiga ialah pendidikan. Terdapat sebuah universiti MMU yang sebahagian besar pelajar dari luar negara.

Saya telah mengumpul maklumat tentang jenis perniagaan yang terdapat di kompleks perdagangan tersebut. Saya telah menyusun maklumat dalam bentuk jadual dan graf.

Jenis perniagaan Jumlah Pelbagai barangan 2 Perkhidmatan 3 Makanan 8 Jumlah 13 Jadual : Jenis Perniagaan di Kompleks Perdagangan Persiaran Semarak

Jenis Perniagaan Makanan Perkhidmatan Pelbagai barangan

0

2

4

Bilangan Kedai (buah)



Darjah Ketersampaian

6

8

10

Kedudukan Cyberjaya bersebelahan dengan Putrajaya menyebabkan kawasan kajian mudah dihubungi dari pelbagai arah. Pengguna dari Putrajaya boleh menggunakan Persiaran Selatan atau Persiaran APEC. Jarak kawasan kajian ke Putrajaya hanyalah 10 km. Faktor ini menyebabkan pembangunan di Persiaran Multimedia cepat membangun. Pengguna dari Puchong dan Dengkil boleh menggunakan Lebuh raya JKR15 untuk ke Cyberjaya. Pengguna dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuh raya KLPutrajaya untuk ke Putrajaya dan Cyberjaya. Pengguna boleh menggunakan bas atau teksi untuk ke kawasan kajian. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat Rapid KL. Kekerapan laluan ialah 15 minit. Di Bandar Ottawa, Kanada, petempatan dan perkembangannya juga di pengaruhi faktor kegiatan ekonomi dan darjah ketersampaian. Pelbagai jenis kegiatan perkhidmatan dan perdagangan dijalankan di Bandar Ottawa. Bandar Ottawa mempunyai darjah ketersampaian penduduk yang tertinggi kerana terdapat jalan raya dan lebuhraya yang lebar dan padat. Dua jenis pengangkutan awam utama di Bandar Ottawa ialah perkhidmatan Bas Rapid dan perkhidmatan keretapi elektrik yang dikenal sebagai Otrain. Saya berasa bangga dengan kemajuan ekonomi di kawasan kajian. Sebagai pelajar, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi warganegara yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan kajian.

6.3

Fungsi Petempatan

Bandar Cyberjaya dibangunkan secara terancang untuk menjadi pusat bagi pembangunan teknologi maklumat dan multimedia. Cyberjaya adalah hub kepada Koridor Raya Multimedia (MSC). Sehubungan itu, kawasan kajian menjadi tumpuan syarikat korporat berasaskan teknologi maklumat dan multimedia. Selain itu, kawasan kajian juga berfungsi sebagai kawasan pendidikan tinggi dengan adanya Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang menjadi tumpuan pelajar tempatan dan luar negara. Bandar Ottawa adalah ibu negara Kanada berperanan sebagai kawasan pentadbiran. Selain itu, terdapat pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan. Juga turut menjadi bandar pendidikan dengan adanya Universiti Ottawa. Sebagai pelajar, saya berasa bangga dapat belajar di SMK Cyberjaya yang dilengkapi dengan kemudahan ICT. Sekolah saya menjadi anak angkat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana terletak di Cyberjaya.

6.4

Masalah Petempatan

Kawasan kajian adalah kawasan petempatan yang baru berusia 7 tahun. Masalah petempatan adalah hampir tiada. Walaubagaimanapun terdapat dua masalah iaitu penghuni Kondominium Cyberia dan Pelajar MMU meletakkan kenderaan di tepi Persiaran Multimedia menyebabkan gangguan kepada lalulintas. Masalah kedua ialah kekurangan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Daripada pemerhaitan, lalulintas berhampiran MMU dan Cyberia terganggu disebabkan banyak kereta diletakkan di tepi jalan. Dianggarkan pada waktu pagi lebih kurang 130 buah kenderaan diletakkan di kiri dan kanan jalan. Kejadian kemalangan jalan raya juga direkodkan meningkat di persimpangan berhampiran Cyberia. Daripada pemerhatian, di kawasan kajian tidak terdapat rumah kos rendah atau sederhana rendah dibina. Ini mungkin menybabkan golongan berpendapatan rendah tidak berupaya memiliki rumah mampu milik di kawasan kajian. Mungkin strategi pemasaran lebih menumpoukan kepada rumah kos tinggi yang dilengkapi dengan jalur lebar untuk akses internet. Sebagai pelajar, saya berpendapat pembinaan rumah mampu milik dapat meringankan beban pelajar MMU yang terpaksa menyewa.

Berbeza dengan Bandar Ottawa, Kanada, masalah petempatannya adalah banyak dan pelbagai seperti masalah pengangkutan awam, pencemaran udara dan kesesakan

lalulintas. Bandar Ottawa adalah bandar yang padat dengan bangunan. Jumlah penduduk sekitar 820 orang. Sebagai pelajar, saya bersyukur dapat belajar di SMK Cyberjaya yang terletak dalam petempatan yang aman damai dan tenang. Saya akan turut membantu memelihara alam sekitar supaya kekal bersih.

6.5

Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Menambah kemudahan infrastruktur

Menguatkuasa undangundang

Manaik taraf jalan raya

Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Membina rumah kos rendah / mampu milik



Menguatkuasa Undang-undang

Menaik taraf kemudahan pengangkutan awam

Melebarkan jalan raya

Untuk mengatasi masalah penghuni Cyberia dan pelajar MMU yang meletakkan kereta di tepi jalan sehingga menyebabkan gangguan kepada lalulintas, saya mencadangkan langkah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas. Daripada kajian, saya mendapati telah ada rondaan polis trafik di kawasan tersebut. Pemilik kenderaan diberikan amaran dan saman. Namun begitu masalah tetap berterusan. Tindakan merantai tayar mungkin sesuai dijalankan. Langkah kedua yang boleh diambil ialah menyediakan lebih banyak tempat letak kereta supaya pengguna tidak meletakkan kereta di tepi jalan.



Membina Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah

Dengan membina rumah kos rendah, lebih ramai pekerja di kawasan kajian dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerja. Pelajar MMU dapat mengurangkan kos sara hidup. Kos yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membeli buku. Di Kanada, kerajaan Kanada telah mewujudkan Sistem Trafik Pintar bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas. Sistem ini terbukti dapat mengawal lalulintas supaya tidak terlalu sesak di waktu puncak. Jumlah kekerapan laluan bas dan keretapi pula telah dipertngkatkan. Ini bagi memudahkan pengguna untuk melakukan tugas harian. Saya berasa gembira kerana lalulintas di kawasan kajian secara keseluruhannya adalah tenang dan lancar. Saya akan turut menjadi pengguna yang berhemah.



Surat pengenalan diri murid



Surat kebenaran membuat kajian



Surat makluman kepada ibu bapa



Abdul Rahim M.d Nor, Geografi Tingkatan 3 KBSM 2007, Cerdik Publications Sdn. Bhd. Selangor.



Goh Cheng Leong, 2003. atlas Eksplorasi Geografi KBSM, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.



Chong Mui Sen, 2006. Ulangkaji Total Geografi, Sasbadi Sdn. Bhd. Selangor.



http://en.wikipedia.org/wiki/Transportation_in_Canada

Related Documents