Kerja Kursus Geografi 2009

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,337
  • Pages: 23
Kerja Kursus Geografi 2009

Nama: Hilman bin Mohamad Arif Tingkatan: 1 Setia Nama Guru: Cik Norhazleyna binti Hamzah

Matapelajaran: Geografi

Isi Kandungan Bil 1

Tajuk

Muka Surat

Penghargaan

4

Pendahuluan

5

Objektif Kajian

6

Kawasan Kajian

7

Peta Kajian

8, 9, 10, 11

Kaedah Kajian

12

7

Hasil Kajian: Bentuk Muka Bumi dan Cirinya

13

8

Hasil Kajian: Potensi di Kawasan Kajian

14

9

Hasil Kajian: Halangan di Kawasan Kajian

15

10

Hasil Kajian: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Hasil Kajian: Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Carta Pai

2 3 4 5 6

11 12

16 17 18

13

Graf 19

14

Rumusan 20

15

Rujukan 21

16

Lampiran 22 2

Tajuk Bentuk Muka Bumi di Kawasan Kajian

3

Penghargaan Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua, Puan Faizah binti Yusoff. Selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, beliau banyak membantu kami termasuk membenarkan kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru saya, guru geografi kelas 1 Setia, Cik Norhazleyna binti Hamzah. Tanpa pertolongan beliau, saya tidak mungkin dapat menyiapkan kajian ini pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang turut membantu saya dalam menyiapkan kajian ini dari segi kewangan. Mereka juga telah memberikan dorongan kepada saya dalam menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan banyak cadangan dan pendapat.

Sekian, terima kasih,

4

Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 1, semua murid tingkatan 1 wajib menjalankan kerja kursus Geografi. Tajuk kajian yang saya jalankan ialah “ Bentuk muka bumi di kawasan kajian”. Kawasan kajian yang saya pilih ialah Seri Serdang. Sepanjang saya mengkaji tempat ini, saya akan mengkaji segala potensi dan halangan di kawasan ini. Saya dan rakan-rakan yang lain memilih Taman Seri Serdang ini sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal di kawasan ini. Ini memudahkan kami untuk mengumpulkan maklumat. Tambahan pula, keluarga saya sudah tinggal di kawasan ini hampir 14 tahun. Ini membolehkan saya untuk menanyakan tentang kawasan ini. Tempoh masa yang diberi untuk meyiapkan kajian ini ialah selama 2 bulan. Saya mengambil masa dari 8 September hingga 15 September. Walaupun masa yang ditetapkan telah lama berakhir tetapi guru saya telah memberikan masa tambahan untuk kami menyiapkan dengan lengkap dan sempurna.

5

Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah: ⇒ Mengkaji bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Seri Serdang. ⇒ Mengkaji potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Seri Serdang. ⇒ Mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Seri Serdang. ⇒ Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Seri Serdang. ⇒ Mengkaji langkah-langkah yang dapat mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Seri Serdang. ⇒ Mengenal pasti penerapan nilai dan unsur patriotisme yang terdapat di Seri Serdang.

6

Kawasan Kajian Nama Serdang berasal daripada sebatang pokok yang kini boleh didapati di Universiti Putra Malaysia(UPM).Taman Seri Serdang terletak di Bandar Seri Kembangan dalam daerah Petaling. Taman perumahan ini dihubungkan dengan tempat-tempat lain seperti Balakong,Kepong dan Kuala Lumpur melalui jalan raya dan lebuh raya. Jarak antara Taman Seri Serdang dengan pusat perdaganagn Seri Kembangan ialah 3 kilometer. Taman Seri Serdang dibuka sekitar tahun 1980-an ekoran daripada pembukaan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan berhampiran. Sejak itu, ramailah penduduk berhijrah ke kawasan ini dan bekerja sebagai pelombong. Kini, walaupun aktiviti perlombongan tidak lagi dijalankan, namun penduduk terus menetap di sini kerana terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan.

7

8

9

10

11

Kaedah Kajian Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang di gunakan: a) Rujukan - Bagi mendapatkan maklumat di kawasan kajian saya iaitu Seri Serdang, saya telah menggunakan kaedah rujukan. b) Pemerhatian - Kaedah ini dijalankan untuk melihat bentuk muka bumi di Taman Seri Serdang ini. Saya telah mengumpul beberapa maklumat dari pemerhatian saya di kawasan ini. c) Soal selidik. - Kaedah ini digunakan untuk mengkaji jenis-jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian. Saya telah mengedarkan boring-borang soal selidik di sekeliling kawasan rumah saya.

12

Hasil Kajian Bentuk Muka Bumi Tanah Pamah Bentuk muka bumi di Taman Seri Serdang ialah tanah pamah. Kawasan tanah pamah adalah kawasan yang paling sesuai untuk menanam tanaman kelapa sawit, kelapa dan mempelam. Kawasan tanah pamah juga adalah sangat sesuai untuk petempatan, perindustrian dan pertanian. Majoriti tanah pamah di taman kawasan ini adalah subur. Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yg sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Tanah pamah ini juga terdapat sebatang sungai yg dikenali dengan nama Sungai Kuyoh.

13

Potensi Bentuk Muka Bumi kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Kajian. Potensi di Kawasan Kajian Tanah Pamah Petempatan Seri Serdang menjadi tumpuan tempat tinggal penduduk disebabkan banyak kegiatan ekonomi seperti aktiviti perindustrian, perniagaan, pendidikan(Univeriti Putra Malaysia,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang) dan pertanian. Pengangkutan Terdapat pelbagai jenis pengangkutan di Taman Seri Serdang ini. Antaranya ialah bas awam, teksi dan bas sekolah. Pelajar-pelajar universiti banyak menggunakan bas awam sebagai pengangkutan untuk pergi menghadiri kuliah atau tutorial. Bagi pelajar-pelajar sekolah pula, mereka menaiki bas sekolah di samping menggunakan perkhidmatan bas awam.

14

Halangan di Kawasan Kajian

Tidak boleh membina bangunan yang tinggi melebihi 5 tingkat. Perkara ini adalah disebabkan kawasan Taman Seri Serdang adalah bekas tempat pelombongan bijih timah. Selain itu, kawasan Taman Seri Serdang juga adalah kawasan yang bertanah tanah tambakan bekas lombong. Perkara ini juga adalah salah satu penyebab kepada halangan ini.

15

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Kajian Pencemaran air sungai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) membuang sisa industri pepejal dan cecair ke dalam Sungai Kuyoh. Ini menyebabkan sungai tersumbat dan kotor. Banjir juga berlaku disebabkan oleh sungai tersumbat. Tabiat orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam longkang dan sungai juga telah mencemarkan sungai.

Pencemaran udara Perindustrian di Taman Seri Serdang ini telah menyebabkan pencemaran udara kerana kilang-kilang yang beroperasi secara haram telah mengeluarkan asap toksik.

16

Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Kajian Membersihkan kawasan yang kotor Pencemaran air boleh ditangani jika pihak-pihak yang tertentu membersihkan kawasan yang kotor dan tersumbat. Perkara ini boleh dilakukan secara beramai-ramai atau mengupah pekerja untuk melakukannya. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membina kawasan tadahan bagi menyalurkan air yang bersih kepada penduduk. Mengurangkan kerja-kerja pembinaan Pencemaran udara adalah disebabkan pembinaan yang kerap dijalankan di kawasan ini. Selain itu, pelepasan asap yang bertoksik juga adalah masalahnya. Pembinaan secara besar-besaran akan menyebabkan tanah menjadi mendap. Hal ini adalah disebabkan kawasan Taman Seri Serdang ini adalah tempat bekas perlombongan bijih timah.

17

Carta Pai Kemudahan Yang Terdapat di Seri Serdang Kemudahan Di Tanah Pamah

Kediaman Infrastruktur

Kemudahan

Peratusan

Kediaman

85 %

Infrastruktur

15 %

18

Graf Bentuk Muka Bumi di Seri Serdang

Peratusan Bentuk Muka Bumi

Bentuk Muka Bumi 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Tanah Pamah

Bukit Bukau

Bentuk Muka Bumi

Peratusan

Tanah Pamah

90 %

Bukit Bukau

10 %

19

Rumusan Kajian saya telah memberikan saya pengetahuan tentang kawasan Seri Serdang. Kajian ini membolehkan saya mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan jelas tentang potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia, halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia dan langkah-langkah untuk mengurangkannya. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan membersihkan kawasan di Taman Seri Serdang yang telah tercemar. Pembersihan ini juga boleh dilakukan oleh penduduk setempat. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita tidak mempunyai masalah peperangan dan pengganas. Negara kita yang merdeka ini memberikan kita peluang untuk hidup dengan aman dan damai. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama sebagai penduduk Malaysia bekerjasama menjaga segala kemudahan dan kawasan petempatan yang ada.

20

Rujukan •

Buku Buku Teks Geografi Tingkatan 1 2009



Orang Sumber Guru Geografi: Norhazleyna binti Hamzah 25 Tahun



Internet Laman web: www.google.com www.google.com.my www.pdfcoke.com www.google-maps.com www.google-earth.com www.wikipedia.com www.wikimapia.com

21

Lampiran Salinan Kad Pengenalan

22

Borang Soal Selidik Umur: ____________ Jantina: Lelaki/Perempuan Pekerjaan: ______________________________ Pendapatan isi rumah:_____________________ Tahap pendidikan:________________________ Masalah yang dihadapi: _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ ____ Langkah untuk mengurangkan masalah tersebut: _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ ____

23

Related Documents