Kerja Kursus Geografi 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 672
  • Pages: 11
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

NAMA MOHAMAD NOR SYAHID BIN MOKHTAR

TINGKATAN 2 IBNU QUDAMAH

TAJUK KAJIAN TENTANG FUNGSI-FUNGSI PETEMPATAN DI KAWASAN LINGKUNGAN 3 KM

NAMA GURU PUAN FAZILLA BINTI MUKHTAR

Senarai Kandungan Tajuk

Muka Surat

Penghargaan

1

Pendahuluan

2

Objektif Kajian

3

Kawasan Kajian

3-7

Kaedah Kajian

8

Hasil Kajian

9

Rumusan

10

Rujukan

10

Lampiran

11

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut: • Pengetua sekolah kerana memberi kebenaran menjalankan kajian. • Guru Geografi, Puan Fazilla bt Mukhtar, yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar. • Kedua-dua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. • Rakan saya, Muhammad Zulfarimi dan Mohd Ariff kerana kerjasama mereka mengumpulkan maklumat. •

Ketua JKKK Kg Tasek, Encik Shafie bin Abdullah kerana banyak memberi maklumat kepada saya untuk menjayakan KGT ini.

• Penduduk tempatan yang memberi maklum balas semasa menjalankan kajian.

Pendahuluan

Saya dan rakan-rakan, iaitu Farimi dan Ariff membantu saya menjalankan kajian ini di Bukit Payong, Marang, Terengganu. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan yang didiami oleh penduduk pelbagai kaum masih mengamalkan kegiatan pertanian dan perdagangan sebagai kegiatan ekonomi utama. Ada pihak menyatakan kawasan ini mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan kegiatan domestik penduduk di sini. Saya menjalankan kajian ini semasa cuti pertengahan tahun. Saya memperuntukkan selama seminggu untuk menyiapkan laporan ini. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.

Objektif Kajian

Kami menjalankan kajian ini untuk: (a) Mengkaji taraf hidup penduduk di kawasan kajian. (b) Mengenal pasti fungsi-fungsi petempatan penduduk lingkungan 3 km.

Kawasan Kajian

Bukit Payong ialah kawasan lingkungan 3 km dari kampung saya. Kawasan ini terletak di Daerah Marang. Kawasan ini terletak kirakira 15 km dari sekolah saya. Saya memilih kawasan ini untuk dikaji kerana terdapat pelbagai fungsi-fungsi yang tertentu.

Antaranya ialah masjid yang menjadi tempat ibadah penduduk yang beragama Islam. Sebanyak empat buah masjid yang dibina di kawasan ini. Jumlah penduduk di kawasan ini kira-kira 145,789

orang menjadikan kawasan ini optimum dengan sumber-sumber yang terdapat di kawasan ini.

Selain itu, terdapat sebuah balai polis yang dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kawasan ini. Terdapat juga Bank Simpanan Nasional (BSN) yang memudahkan perbankan dan urusan kewangan para penduduk.

Justeru, banyak kedai, pasar dan pasaraya yang dapat memudahkan penduduk membeli barang yang diperlukan. Mereka tidak perlu pergi ke bandar untuk mendapatkan keperluan dan kehendak mereka.

Terdapat lima buah sekolah yang menjadi suatu kemudahan pendidikan dan membolehkan kanak-kanak dan para remaja menimba ilmu. Kawasan ini juga berfungsi sebagai kawasan pertanian. Penduduk di kawasan ini dapat memperoleh keperluan asas mereka dengan mudah. Pertanian yang dijalankan di kawasan ini ialah penanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai jenis.

Berikut ialah peta kawasan Bukit Payong dan kawasan lingkungannya:

Kaedah Kajian

Kami menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah (a) Kaedah pemerhatian: Kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti fungsi-fungsi kawasan Bukit Payong. (b)

Kaedah temu bual: Kami telah menemu bual sebanyak 10 orang responden dan salah satunya ialah JKKK kawasan ini.

(c) Kaedah rujukan: Kami memperoleh peta lakar dan beberapa maklumat yang berguna daripada laporan dan catatan yang disimpan di Pusat Rukun Tetangga.

Hasil Kajian

Kami telah menemu bual 10 orang responden. Kesemuanya merupakan kaum lelaki yang memikul tanggungjawab selaku ketua keluarga. Kebanyakan mereka terlibat dalam pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pertanian dan ekonomi.

Fungsi-fungsi petempatan Pertanian Perdagangan Ekonomi Jumlah

Bilangan Responden 3 orang 3 orang 4 orang 10 orang

Rumusan

Hasil kajian ini mendapati fungsi-fungsi kawasan ini banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat. Antara manfaatmanfaatnya ialah memberi keperluan asas, menyenangkan penduduk dan memudahkan penduduk setempat menjalankan kegiatan harian.

Rujukan

1) Perpustakaan Desa Kampung Tasek. 2) Encik Shafie bin Abdullah. 3) Laporan dan catatan di Pusat Rukun Tetangga. 4) Penduduk-penduduk kampung di kawasan ini.

Lampiran

Borang Temu Bual Borang Temu Bual 1 2 3 4 5 6

Nama ketua kampung : Encik Shafie bin Abdullah Umur : 50 tahun Kaum : Melayu Tahap pendidikan : Ijazah Jenis pekerjaan : Ketua kampung Pendapatan bulanan : RM 1,450

Related Documents