Kerja Kursus Pmr Geografi 2009

  • Uploaded by: Tim Brandon
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Pmr Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,649
  • Pages: 26
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009 Petempatan dan Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura

Nama Murid : Tim Brandon Sawing Nombor Kad Pengenalan : 940330-13-6171 Tingkatan : 3 Anggerik Nama Guru :Puan Sopi Sahah

1

2

Senarai Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

3

Penghargaan Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Ang Siew Jin, Pengetua SMK Merbau Miri kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Sopi Sahah, guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohd Azmi, Asrul Haniff dan Roystance Ling kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Encik Tan Chen Chin dan Encik Chua Ah Loi, kakitangan Syarikat Perumahan Naim Cendera Sdn. Bhd., Miri, kerana memberi maklumat dan sebagainya. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami.

4

Pendahuluan Saya dan rakan-rakan sekelas telah diwajibkan untuk memilih tajuk Petempatan dan Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura sebagai tugasan PMR kami bagi tahun 2009. Kami diwajibkan memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana kawasan ini dekat dengan sekolah dan tempat tinggal kami. Kawasan ini merupakan salah sebuah petempatan bagi Bandar Baru Permyjaya. Saya beranggapan bahawa kawasan perumahan ini memainkan peranan penting sebagai keperluan asas kehidupan manusia. Tanpa kawasan perumahan ini, banyak masalah yang akan berlaku kepada manusia yang sukar dibendung. Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat lapangan yang dikumpulkan secara individu juga. Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan bermula dari bulan Febuari hingga bulan Mei 2009.

5

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura. b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. c) Mengenal pasti fungsi petempatan di kedua-dua kawasan tersebut serta negara Singapura yang

dijadikan bandingannya. d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut. e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan

tersebut. f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

Kawasan Kajian 6

Kawasan yang saya kaji ialah Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Petempatan ini dimajukanoleh Syarikat Perumahan Naim Cendera pada tahun 1998. Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan hutan-hutan di sekeliling kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini. Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 terletak di Bandar Baru Permyjaya, Miri. Jarak petempatan ini dengan bandar terdekat iaitu Bandaraya Miri kira-kira 20 kilometer. Kawasan ini terletak di arah timur negeri Sarawak.

Peta Kajian 1) Peta daerah : Bandaraya Miri

7

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura

8

3) Peta kawasan kajian : Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2

9

Kaedah Kajian

Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti cirri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian. Selain itu, kami juga memerhatikan kesan penerokaan sumber yang terdapat di situ.Selain itu juga, kami menggunakan kaedah temubual. Kami mengumpulkan maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual pegawai yang bertugas di Syarikat Naim Cendera tersebut. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah lain yang kami gunakan. Kami telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. 10

Hasil Kajian 8.1 Jenis dan pola petempatan 1) Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2 Jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 ialah berjajar. Kawasan perumahan ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati di kawasan tersebut. 2) Negara Bandingan : Singapura Jenis pola petempatan di negara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di negara Singapura lebih padat berbanding kawasan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Kawasan perumahan penduduk di negara Singapura tertumpu ke kawasan pusat bandar. 3) Nilai dan unsur patriotisme Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya bersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.

11

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 Sejarah Petempatan Desa Indah 1 dan 2 dibuka pada tahun 1998. Kawasan ini dibangunkan Syarikat Perumahan Naim Cendera. Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun. Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik. Bentuk muka bumi Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Kegiatan Ekonomi Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Antara kegiatan ekonomi tersebut ialah perniagaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini.

Dasar kerajaan

12

Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang disediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah.

2) Negara Bandingan : Singapura Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah di bahagian selatan negara Malaysia. Kegiatan ekonomi Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan yang menguntungkan ekonomi Singapura.

Dasar kerajaan Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.

Nilai dan unsur patriotisme

13

Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.

8.3 Fungsi petempatan 1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat perniagaan. Terdapat banyak tempat berniaga yang telah disediakan oleh Syarikat Perumahan Naim Cendera untuk penduduk menjalankan kegiatan perniagaan sendiri. 14

2) Negara Bandingan : Singapura Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan ekonomi sendiri.

Nilai dan unsur patriotisme Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

8.4 Masalah petempatan 1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan tersebut ialah kekurangan infrastruktur, kesesakan lalulintas serta pencemaran. Masalah kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam. Masalah kesesakan lalulintas pula sentiasa berlaku semasa awal pagi apabila semua orang sibuk hendak ke tempat kerja dan menghantar murid ke sekolah. Masalah ini telah berlaku sejak beberapa

15

tahun. Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari asap-asap kenderaan dan kilang-kilang yang terdapat di sekitar kawasan petempatan ini.

2) Negara Bandingan : Singapura Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Antara masalahmasalah yang tersenarai ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Nampaknya negara Singapura mempunyai masalah petempatan yang hampir sama dengan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil. Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru. Keadaan ini juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan 1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 adalah seperti berikut. Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini. Bagi masalah kesesakan lalulintas pula, jalan raya yang disediakan harus dilebarkan atau ditambah jaraknya lagi. Dan masalah pencemaran pula, pihak tempatan seharusnya menguatkuasakan undangundang supaya keadaan pencemaran dapat dikurangkan secara berperingkat. 2) Negara Bandingan : Singapura 16

Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Seperti keadaan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu menyelesaikan perkara ini. Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.

17

Bahan Grafik Jenis kaum responden yang disoal-selidik Kaum/Kawasan Melayu Cina India Iban Lain-lain

Desa Indah 1 3 4 1 2 2

Bahan Grafik Kedua

18

Desa Indah 2 1 2 4 1

Rumusan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat hidup aman dan damai serta sejahtera.

19

LAMPIRAN

20

LAMPIRAN 21

LAMPIRAN

22

LAMPIRAN

23

LAMPIRAN 1) Negara Singapura 24

2) Bandar Baru Permyjaya yang merangkumi Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

25

Rujukan •Internet - http://www.naimcendera.com/ - http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm • Orang sumber - Puan Sopi Sahah (Guru Matapelajaran Geografi) • Buku teks - Geografi Tingkatan 3

26

Related Documents


More Documents from ""

Puisi Mulok Fika.docx
April 2020 6
Maria Sofia Bruno
April 2020 6
Test Sheet
October 2019 13
Hoasdflst 1 Fenadsfnell 3
October 2019 11
Hostz 1 Fzennell 3
October 2019 21