Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Bagi Golongan Pelajar Oku Pertama.docx

  • Uploaded by: Athiah Shafie
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Bagi Golongan Pelajar Oku Pertama.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,985
  • Pages: 13
KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING BAGI GOLONGAN PELAJAR OKU

1.

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, sering dilaporkan tentang kemudahan, kebajikan, pendidikan dan perancangan berkenaan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia. Malahan di Malaysia, bilangan OKU ialah seramai 354,874 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (2016) secara sukarela Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). OKU terbahagi kepada 6 kategori iaitu OKU yang menghadapi masalah pembelajaran seramai 126,511 orang, OKU fizikal 121,175 orang, OKU cacat penglihatan seramai 331,756 orang, OKU pendengaran seramai 29,061 orang, OKU mental seramai 28,282 orang, OKU pertuturan 1,736 orang dan OKU masalah pelbagai seramai 16,353 orang (KPWKM). Seiring dengan perkembangan fasiliti kepada golongan pelajar OKU, sokongan dan bantuan perkhidmatan Kaunseling kepada golongan ini adalah perlu. Ini kerana OKU juga adalah manusia yang mempunyai perasaan sama seperti manusia biasa yang lain. Malahan, tekanan atau cabaran yang dihadapi oleh golongan ini adalah lebih mencabar berbanding masyarakat normal dan ini tidak terlepas kepada golongan pelajar OKU. Menerusi perkhidmatan kaunseling yang disediakan dapat membantu mengurangkan masalah psikososial agar OKU dapat terus berada dalam kalangan masyarakat normal. Di Malaysia, perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah berbentuk intervensi krisis (Suradi Salim 2004). Intervensi krisis ialah cara mengatasi atau pencegahan krisis seperti ancaman bunuh diri, trauma, depresi dan kejutan. Justeru, perkhidmatan kaunseling perlu kerana memainkan peranan penting dalam membantu golongan pelajar OKU untuk berfikiran positif dan dapat berhadapan dengan masyarakat. Ini kerana tiada perkhidmatan kaunseling khusus untuk golongan pelajar OKU dan kaunselor memainkan peranan dalam membantu golongan ini untuk membuat pilihan dan keputusan untuk kebaikan mereka.

1

2.

DEFINISI KAUNSELING

Perkataan kaunseling semakin signifikan dalam masyarakat hari ini. Ini membuktikan bahawa masyarakat semakin tahu kepentingan fungsi dan peranan perkhidmatan kaunseling dalam dunia yang semakin bersaing, maju dan global. Menurut Bahmah a/p Gopal (2012), kaunseling adalah satu perhubungan “menolong” yang melibatkan penolong dan individu yang ditolong. Mengikut Gladding (2004), kaunseling ialah proses menolong individu yang normal dan menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup. Tujuannya ialah untuk mengenali diri, permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien. Menurut Rogers (1958), dalam satu proses kaunseling, seseorang klien akan menceritakan hal-halnya dari kejadian yang lepas dan beransur kepada yang lebih meruncing sehingga menceritakan “saya”, “di sini” dan “pada masa ini” ialah keadaan semasa tentang dirinya sahaja. The Random House Dictionary Of The English Language mendefinisikan

kaunseling

sebagai

memberikan

bimbingan

(2007)

mengembangkan

pemikiran ataupun menyusun langkah-langkah bagi membaiki tingkah laku orang lain. Mengikut Azzah Sabrina (2010), kaunseling dapat didefinisikan sebagai proses seseorang kaunselor menolong individu secara memberi bimbingan dan nasihat bagi membuat keputusan atau pilihan sendiri bagi mencapai sesuatu objektif atau impian masing-masing. Secara kesimpulan, perkhidmatan kaunseling dapat didefinisikan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien kepada yang boleh diterima. Perkhidmatan kaunseling terbuka kepada sesiapa sahaja dan tiada syarat penerimaan dan sesi kaunseling mementingkan faktor kerahsiaan. Oleh itu, kaunseling ialah proses untuk semua individu atau bukan individu dan ini termasuklah untuk golongan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU). Pelajar OKU tidak kira sama ada yang bersekolah kerajaan, swasta ataupun di mana-mana Institutsi Pengajian Tinggi merupakan individu yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara bila masa tanpa syarat. Oleh itu tiada istilah pelajar OKU dianak tirikan dalam sistem perkhidmatan awam terutama dalam perkhidmatan kaunseling. 2

Ini sejajar dengan Deklarasi Dunia di Jomtien

pada tahun 1990

menyatakan semua kanak-kanak, murid, pelajar berhak mendapat pendidikan tidak mengira sebarang keadaan ketidakupayaan mereka. Pelajar OKU mendapat keistimewaan untuk belajar atau menerima faedah daripada pendidikan tanpa diskriminasi dalam sebarang ketidakupayaan atau kekurangan. Data JKMM 2010, menerangkan secara jelas bahawa golongan OKU di Malaysia terbahagi kepada 6 kategori kecacatan utama iaitu kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran, kecacatan fizikal, masalah pembelajaran, cerebral palsy atau kecacatan saraf dan masalah mental. Kelainan Upaya atau Ketidakupayaan boleh terjadi disebabkan 3 cara iaitu Kurang Upaya sejak dilahirkan, contohnya dilahirkan tanpa tangan. Manakala cara kedua ialah Kurang Upaya akibat diserang penyakit seperti mengalami kekejangan tubuh badan akibat diserang demam panas dan cara ketiga ialah Kurang upaya akibat kemalangan, misalnya kaki kudung selepas kemalangan jalan raya. Walau bagaimana pun, isu berkaitan Orang Kelainan Upaya (OKU) banyak dibincangkan kebelakangan ini. Antara isu utama yang sering diperkatakan ialah tentang kemudahan yang disediakan, peluang pekerjaan, kemahiran yang diperlukan, kemampuan fizikal, persepsi masyarakat, keyakinan diri OKU untuk menerima kekurangan diri dan sebagainya ( Mohd Safarin Nordin, Muhammad Sukri Saud & Maslinda Mat Daros, 2012). (Siti Hasiah & Mohd Husaini Hussin, 2006) mendefinisikan pelajar OKU ialah individu yang mengalami kecacatan anggota tubuh badan atau individu yang mengalami kecacatan mental. Malahan hujahan penulis juga agak melampau kerana membayangkan pelajar OKU ialah golongan mereka yang tidak memiliki masa hadapan, tidak memiliki impian serta pembelaan. Malahan hasil daripada kajian-kajian yang lepas, golongan pelajar OKU mudah cenderung untuk mengalami masalah psikososial dan jika mereka tidak dapat mengawal dengan bijak, golongan ini akan mudah berfikiran negatif serta tiada motivasi untuk membuat perubahan diri kerana beranggapan mereka tiada harapan dan hanya hadir untuk membebankan masyarakat. Oleh itu peranan perkhidmatan kaunseling adalah penting kepada golongan pelajar OKU untuk membantu mereka supaya sentiasa berfikiran positif. Menerusi pemikiran positif dan tahap motivasi tertinggi, golongan pelajar OKU juga dapat bersaing dengan pelajar tipikal (pelajar yang tiada masalah OKU) dan seterusnya 3

mempunyai harapan untuk mencorak perjalanan hidup yang cantik seperti insan yang lain. Justeru, perkhidmatan kaunseling untuk golongan pelajar OKU memang sangat diperlukan untuk tujuan membantu dan mendorong menyelesaikan masalah-masalah berkaitan isu OKU. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah termaktub matlamat pendidikan negara ialah untuk melahirkan kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012) menegaskan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan bermula tahun 2013 sehingga 2025 juga mempunyai objektif tertentu berkaitan pendidikan khas. Di dalam Artikel 28 dalam Akta Orang Kurang Upaya (2008) ada menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberi sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Malahan untuk memastikan mutu kualiti perkhidmatan untuk Pelajar OKU di peringkat sekolah rendah atau dapat dikesan dan dibantu dari awal, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas telah mewujudkan Pusat perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di setiap negeri di seluruh Malaysia untuk memberi sokongan kepada murid berkeperluan khas. Pusat ini merupakan sebuah pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan konsultasi bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas ke arah kualiti kehidupan yang lebih baik. Antara fungsi dan peranan 3PK ialah menawarkan khidmat konsultasi, khidmat bantu dan nasihat berkaitan pendidikan khas.

4

3.

PERANAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Dalam bahagian ini akan diterangkan mengenai perkhidmatan kaunseling iaitu merancang aktiviti atau program bimbingan, mengadakan sesi kaunseling, menjalankan pentafsiran dan penilaian , sebagai koordinator, kerjaya dan temuduga, kaunseling keluarga, khidmat nasihat kepada guru dan pentadbiran serta terlibat dalam penyelidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (1993) telah menetapkan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti berikut : 1.

Memberi khidmat penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek

perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang semua kepada kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan fikiran pelajar. 2.

Menyediakan khidmat pencegahan iaitu menghindari pelajar daripada terlibat

dalam perbuatan salah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, vandalisme, buli, dan masalah sosial yang lain. 3.

Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan meoreantasikan semua

pelajar yang menghadapi masalah peribadi / keluarga, akademik, laluan kerjaya dan perkembangan mental dan sosial supaya mampu menghadapi atau mengatasi masalah masing-masing. Amaluddin dan Noralina (2008) berpendapat kepentingan peranan kaunselor di sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan. Antara tumpuan kaunselor sekolah adalah terhadap perkembangan individu dan pencegahan tingkah laku bermasalah. Secara umumnya, peranan kaunseling di peringkat sekolah ialah lebih kepada membantu pelajar untuk mengenali diri sendiri dalam menggali potensi yang ada dalam diri supaya dapat kemahiran, pengetahuan untuk mengurus kehidupan seharian serta maklumat laluan kerjaya agar dapat merancang perjalanan hidup setelah tamat alam persekolahan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah termaktub matlamat pendidikan negara ialah untuk melahirkan kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012) menegaskan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan bermula tahun 2013 sehingga 2025 juga mempunyai objektif tertentu berkaitan 5

pendidikan khas. Di dalam Artikel 28 dalam Akta Orang Kurang Upaya (2008) ada menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberi sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Di dalam kajian Lau Poh Li (2011) ada menerangkan kenyataan R.M. Roth, D.B. Henderson dan T.Hilliard berkenaan perkhidmatan kaunseling antara OKU. Justeru, segala keputusan yang dipilih hendaklah selari dengan kemampuan golongan ini. Kaunselor perlu bertindak secara realistik dan tidak terlalu mengikat kekangan tertentu seperti perasaan empati yang berlebihan. Ini akan mengganggu perjalanan sesi kaunseling kerana OKU juga mempunyai harapan, impian, perasaan dan aspirasi. Oleh itu, hak-hak mereka sebagai insan yang memiliki keinginan untuk mencapai impian dan kebahagian tetap dapat dipelihara. Oleh itu keperluan kaunseling adalah diperlukan untuk golongan pelajar OKU kerana:

4.

KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

4.1 PERTAMA : MERASIONALKAN SISTEM PEMIKIRAN KLIEN Menurut Albert Ellis iaitu bapa kepada Teori Rasional Emotif Terapi, salah satu penyebab gangguan pemikiran seseorang individu berpunca daripada sistem kepercayaan tidak rasional menjadi pegangan mereka. Dalam bahasa yang mudah pemikiran negatif iaitu tahap kemampuan golongan OKU adalah di tahap paling minimum dan mereka tidak boleh berubah. Bagi mengatasi masalah ini peranan kaunseling adalah penting dalam usaha membantu OKU menukar sistem kepercayaan tersebut kepada set kepercayaan baharu yang lebih rasional dan praktikal. Peranan kaunselor dalam kaunseling membuktikan kemampuan kepada golongan pelajar OKU bahawa kepercayaan dan pemikiran negatif merupakan punca kepada penghalang mereka untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat.

4.2 KEDUA : MENJALANKAN KAUNSELING KELOMPOK Salah satu cara sesi yang boleh dilaksanakan kepada golongan pelajar OKU ialah sesi kaunseling kelompok. Menerusi sesi kaunseling kelompok dipercayai dapat membantu pelajar OKU untuk berkongsi kepada setiap ahli kumpulan tentang perasaan, hasrat atau pengalaman dan masalah mereka Menerusi kaunseling juga dapat membantu golongan 6

pelajar OKU untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan yang ada dan dapat bergaul atau bertoleransi dalam masyarakat.

4.3

KETIGA

:

MENJALANKAN

KAUNSELING

KERJAYA

DAN

VOKASIONAL Seringkali kita melihat di peringkat sekolah, bimbingan kerjaya telah didedahkan kepada golongan pelajar. Malahan di peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar telah menjalani ujian personaliti dan ujian kerjaya dalam membantu mereka untuk membuat perancangan masa hadapan. Keadaan ini turut dialami oleh pelajar OKU kerana dengan bimbingan atau kaunseling kerjaya, golongan pelajar OKU dilihat dapat mengubah nasib mereka kerana kejayaan mereka mendapatkan kerja. Peranan kaunseling pada peringkat ini ialah menyediakan program bimbingan kaunseling kerjaya dan vokasional yang difikirkan sesuai dan praktikal kepada golongan pelajar OKU.

4.4 KEEMPAT : MENYEDIAKAN PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA Menerusi fungsi kaunseling juga dapat membimbing pelajar OKU ke laluan pendidikan iaitu pemilihan golongan ini dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi mengikut tahap kemampuan masing-masing. Melalui Program pendidikan kerjaya golongan pelajar OKU, dapat merangka perjalanan hidup mereka selepas alam persekolahan iaitu sama ada untuk mengikuti kursus kemahiran yang bersesuaian mengikut kategori kecacatan, ataupun meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di IPTA atau IPTS. Faktor pemilihan dan keputusan pelajar golongan OKU adalah penting kerana ini membawa maksud sama ada jurusan yang dipilih oleh mereka adalah bersesuaian dengan keadaan mereka. Dan seterusnya memberi impak kepada kerjaya yang bakal diceburi apabila tamat pengajian kelak.

4.5 KELIMA: MEMBINA KEYAKINAN DIRI Peranan perkhidmatan kaunseling kepada golongan pelajar OKU bukan tamat sehingga alam persekolahan sahaja, malah diteruskan di IPTA atau IPTS. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling untuk golongan pelajar OKU adalah perlu dan jika dilihat bilangan enrolmen pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2012 hingga 2013 ialah seramai 1, 327 pelajar OKU (Perangkaan Pendidikan Negara : Sektor Pengajian Tinggi 2013). Menerusi laluan di IPTA atau Institusi 7

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), berjaya memberi impak kepada keyakinan diri mereka untuk berdikari dan maju bersama pelajar tipikal serta seterusnya membuka peluang kepada golongan OKU dalam mencapai kestabilan ekonomi tanpa bantuan sesiapa.

4.6 KEENAM : MEMBANTU PROSES PEMULIHAN Kaunseling pemulihan ialah bentuk perkhidmatan yang baharu di Malaysia dan kaunseling pemulihan ialah membantu golongan pelajar OKU mengenal pasti masalah memberi bimbingan kepada golongan OKU untuk berfikir supaya dapat mencari peluang kehidupan yang lebih bermakna dan bukan sahaja bersedih dengan takdir( Mohd Hafiz Halim 2009). Peranan kaunseling membantu golongan pelajar OKU untuk terus berada dalam masyarakat dan boleh menjalani kehidupan seperti individu lain. Menurut Feltham dan Horton (2006) OKU memerlukan ruang untuk belajar hidup dengan kekurangan yang ada.

8

5.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan Isu dan bagaimana kaunseling kepada golongan pelajar OKU adalah satu keperluan, kerajaan dan juga badan-badan yang berkenaan perlu membuat kajian penambahbaikan perkhidmatan kaunseling khasnya untuk golongan OKU. Antara langkah yang boleh disarankan kepada pihak terbabit ialah seperti berikut:

5.1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN KAUNSELOR BERDAFTAR DENGAN TERAPI PEMULIHAN Memperluaskan pendekatan kaunseling pemulihan atau kaunseling cara kerja di kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kaunseling pemulihan ditakrifkan oleh Parker, Szymanski dan Patterson (2004) sebagai satu proses yang dilaksanakan bertujuan membantu individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tujuannya ialah supaya golongan ini dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya di dalam aspek kehidupan masyarakat. Oleh itu, kaunselor yang terlibat mestilah yang telah mendapat latihan dan memiliki pengetahuan luas serta memiliki sikap yang diperlukan bagi menjayakan kolaborasi perhubungan profesional dengan individu yang mengalami kecacatan untuk mencapai impian, harapan, psikososial, pendidikan dan vokasional mereka. Didi Tarsidi (2008) mentakrifkan kaunseling pemulihan ialah pendekatan untuk membantu individu yang mengalami kurang upaya fizikal, mental ataupun sensori supaya sentiasa menjadi individu proaktif dalam masyarakat.

5.2

MENINGKATKAN LATIHAN ASAS KAUNSELING KHUSUS OKU

Dalam memastikan kaunseling menawarkan perhidmatan yang diperlukan oleh golongan OKU terutama para pelajar, latihan atau kursus kaunseling khusus keperluan OKU perlu dimasukkan dalam kursus wajib yang perlu ada dalam kurikulum untuk melayakkan graduan Bimbingan dan Kaunseling tamat pengajian Ijazah pertama di IPTA atau IPTS tempatan. Oleh itu, golongan OKU akan mendapat khidmat kaunseling yang lebih berkesan kerana para kaunselor mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes OKU.

9

5.3

MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN KELUARGA OKU

Bagi memastikan golongan OKU dapat hidup dan bersosial sama seperti masyarakat yang lain, maka program khas untuk membantu golongan ini meningkatkan taraf keluarga menerusi pendidikan adalah perlu. Menerusi kesedaran yang wujud tentang kepentingan pendidikan dalam membantu ekonomi keluarga mereka, badan yang bertanggungjawab perlu sentiasa tanpa henti membuat kempen tanpa henti berkenaan kepentingan pendidikan. Malahan pandangan sinis atau persepsi masyarakat juga akan berubah apabila melihat taraf ekonomi golongan OKU sama seperti masyarakat yang normal.

10

6.

KESIMPULAN

Apabila melihat kepada peranan dan istimewanya golongan pelajar OKU, jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling untuk golongan ini bukan pekerjaan mudah. Kaunselor perlu memainkan peranan kerana cabaran dan keterlibatan dengan kepelbagaian kategori OKU yang mempunyai keperluan dan limitasi yang berbeza. Kejayaan perkhidmatan kaunseling kepada golongan pelajar OKU adalah berdasarkan kecekapan dan sikap kaunselor itu sendiri. Kaunselor yang berpengetahuan luas atau lebih tentang pelajar OKU, keselesaan bersama OKU, sifat keterbukaan menerima tanpa syarat, ikhlas, proaktif dan kreatif akan menjadikan proses kaunseling itu mudah dan lebih menarik. Ini memberi impak kepada perubahan dan pemikiran pelajar OKU ke arah positif dan berdaya saing dalam masyarakat. Justeru, peranan kaunseling dalam keperluan golongan pelajar OKU adalah penting dan perkhidmatan kaunseling perlu sentiasa ke hadapan ilmunya supaya seiring dengan peredaran masa dan keperluan golongan pelajar OKU pada masa kini. Malahan dengan kejayaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menawarkan bantuan kepada golongan OKU, dapat menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap OKU. Hazlin, Safura, Norazla dan Nurzakira (2015) mengatakan bahawa golongan OKU di Malaysia masih menghadapi diskriminasi dan persepsi negatif daripada masyarakat. Keadaan ini jika berterusan akan memberi motivasi rendah kepada golongan OKU. Oleh itu keperluan perkhidmatan kaunseling bagi golongan OKU terutama pelajar adalah perlu sebagai bantuan bimbingan kepada mereka agar lebih berkeyakinan berhadapan dengan cabaran kerana golongan OKU juga adalah insan yang sama seperti kita dan seharusnya mereka juga turut menerima peluang sama seperti manusia yang lain.

11

BIBLIOGRAFI

Akta Orang Upaya. 2008. Artikel 28, Undang0undang Malaysia. Akta 685 Deklarasi Pendidikan Dunia di Jomtien. 1990. The World Declaration on Education For All: Meeting Basic Learning Needs, Jomtien Thailand. The World Bank, UNESCO, UNICEF & UNDP. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012. Laporan Awal: Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelan Tindakan OKU 2016, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Zakiyah Jamaluddin 2011. Kemiskinan Dan Keciciran Dalam Pendidikan. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 37, 1-17 Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad, Chew Fong Peng 2011. Jurnal Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: UM Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Halim, Md Noor Saper 2009. Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd Terri.M

2006. What are special needs?Retrieved 13 April 2008 http://specialchildren.about.com/old/gettingdiagnosis/p/whatare.htm

from

Suradi Salim 2004. Perhidmatan Kaunseling di Malaysia: Perkembangan, cabaran & halangan. Syarahan Perdana Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Gladding, S.T. 2004. Counselling: A Comprehensive (5th ed.) Upper Sadle River, NJ: Pearson. Bahmah a/p Gopal, & Wan Marzuki B Wan Jaafar 2012. Penilaian pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bandar Baru Bangi: Neurox Rogers, C.R 1958. The Characteristics of helping relationship. Personnel and Guidance Journal The Random House Dictionary of The English Launguage – The Unabridged Edition 2007

12

Amaluddin AB. Rahman & Noralina Omar. 2008. Kauseling Remaja: Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Perangkaan Pendidikan Negara : Sektor Pengajian Tinggi 2013 C.Feltham & Ian Horton 2006. The SAGE Handbook of Counselling and Psychotherapy. London: Sheffield Hallam University. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2008. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar dan Norsuzaini Sujak. 2010. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. AJTLHE,Vol1,No2, 18-29 ISSN:1985-5826 Hazlin Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazla Abdul Wahab & Nurzakira Afnee Zakaria. 2015. Kesedaran golongan majikan terhadap orang kurang upaya (OKU) di Malaysia : Melalui perspektif media. E-ISBN:978-967-0850-25-2 Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad dan Chew Fong Pi. 2011.Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya.

13

Related Documents

Oku
June 2020 10
Oku
October 2019 8
Kaunseling
October 2019 41
Kaunseling
October 2019 55

More Documents from "Along"