Oku

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Oku as PDF for free.

More details

  • Words: 2,674
  • Pages: 18
Pengenalan Laman web ini disediakan atas rasa kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan orang kurang upaya.Pernahkah terlintas di fikiran kita betapa sukarnya golongan kurang upaya untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain atau akses ke sesuatu bangunan?Tentu sekali kita tidak terfikir betapa sukarnya kesulitan yang dialami mereka untuk bergerak ke sesuatu tempat atau akses ke sesuatu bangunan.Sudah tentu golongan ini merasakan seperti "anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Orang kurang upaya (OKU) memerlukan kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang diperolehi oleh orang biasa.Kemudahan-kemudahan ini diperlukan bagi memudahkan pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain.Sebagai contoh mereka memerlukan kemudahan akses untuk ke sesuatu bangunan. Sehubungan dengan itu , satu tinjauan telah dilakukan untuk melihat kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di Fakulti Kejuruteraan,Universiti Malaya.Hasil daripada tinjauan itu,laman web ini telah diwujudkan.

Fakulti Kejuruteraan SEJARAH RINGKAS Fakulti Kejuruteraan ,Universiti Malaya merupakan fakulti yang tertua di Universiti Malaya dan mempolopori pendidikan kejuruteraan peringkat tertiari di Malaysia.Ia mula dibuka pada tahun 1956 dengan menawarkan kursus Kejuruteraan Awam. Selepas itu, ia mula menawarkan pengajian Kejuruteraan Mekanik (1958), Kejuruteraan Elektrik (1959) dan Kejuruteraan Kimia (1975). Mulai sesi 1996/1997 fakulti semakin berkembang pesat dengan menawarkan beberapa program baru. Antaranya:a) Kejuruteraan Alam Sekitar b) Kejuruteraan Telekomunikasi c) Kejuruteraan Bahan d) Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan Terbantu Komputer e) Kejuruteraan Pembuatan f) Kejuruteraan Bioperubatan MISI Untuk menjadi sebuah Fakulti Kejuruteraan bertaraf dunia yang mengeluarkan graduan berkaliber tinggi dan menghasilkan produk serta menyediakan perkhidmatan berkualiti dunia.

VISI Menjadi sebuah Fakulti Kejuruteraan bertaraf dunia pada peringkat antarabangsa.

PERSEKITARAN FAKULTI KEJURUTERAAN Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, terletak di atas kawasan yang berbukit.Setiap jabatan yang terdapat di Fakulti Kejuruteraan mempunyai blok masing-masing.Sebagai contoh jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Awam, Rekabentuk dan Pembuatan Terbantu Komputer dan Kimia mempunyai blok masing-masing.Secara puratanya setiap blok mempunyai 3 tingkat dan dihubungi dengan tangga sahaja. Manakala jabatan-jabatan lain terletak di tingkat 4,5 di Menara Fakulti Kejuruteraan. Kesemua bilik kuliah dan dewan kuliah berpusat di atas bukit dan separuhnya terdapat di tingkat 3 dan 4 di Menara Fakulti Kejuruteraan.Di Menara Fakulti Kejuruteraan ia dihubungkan dengan lif pada setiap tingkat.Blok Kuliah yang terletak di atas bukit dihubungkan dengan tangga pada setiap tingkat. Sila Klik untuk melihat Pelan Fakulti Kejuruteraan

Definisi Orang Kurang Upaya (OKU) Definisi Orang Kurang Upaya menurut WHO (World Health Organisation) " Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional"

Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Terbahagi kepada 3 kategori utama :A) KECACATAN FIZIKAL Kecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi dan vokasional. Contoh :Palsi Serebrum, autism , muscular dystrophy , spina bifida ,kecacatan anggota kongenital , klef lelangit dan bibir B) KECACATAN MENTAL Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas

Contoh :Down's Syndrome C) KECACATAN SENSORI Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contoh :Pekak dan buta

Statistik Orang Kurang Upaya (OKU) • • •





Menurut WHO (World Health Organisation), 1-3% penduduk sesebuah negara terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Ini bermakna , Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 25 juta terdiri daripada 250 ,000 golongan orang kurang upaya. Jumlah orang kurang upaya yang didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah kurang daripada sasaran WHO .Ini adalah kerana ramai ibu-bapa yang tidak mendaftarkan anak-anak mereka yang kurang upaya di JKM. Pada akhir tahun 1999, terdapat seramai 86,348 orang kurang upaya yang didaftarkan di JKM JENIS KURANG UPAYA JUMLAH Kurang Upaya Penglihatan 12 874 Kurang Upaya Pendengaran 15 876 Kurang Upaya Fizikal 29 469 Kurang Upaya Mental 28 129 JUMLAH 86 348 Pada awal tahun 2001, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar ialah 99 500 . Ia meningkat lebih 10 000 orang dalam masa yang singkat

Dilema Yang Dihadapi Oleh Orang Kurang Upaya (OKU) Daripada tinjauan yang dilakukan , didapati golongan kurang upaya menghadapi beberapa kesukaran atau dilema dalam menjalankan aktiviti seharian sebagai pelajar di Fakulti Kejuruteraan ,Universiti Malaya.Di antaranya ialah :•

Kesukaran untuk akses masuk ke bangunan di Fakulti Kejuruteraan misalnya makmal kerana kekurangan kemudahan ramp dan railing



Kebanyakan bangunan di Fakulti Kejuruteraan terdiri lebih daripada 3 tingkat misalnya bangunan untuk setiap jabatan.Malangnya tiada

kemudahan lif disediakan untuk membolehkan golongan kurang upaya untuk pergi ke jabatan tersebut. •

Keadaan dewan kuliah yang tidak mesra pelajar kurang upaya.



Tandas yang disediakan untuk golongan kurang upaya tidak berada dalam keadaan baik.Misalnya kerosakan tombol pintu tandas yang tidak dibaiki dengan segera.



Kesukaran untuk bergerak kerana laluan pejalan kaki yang disediakan tidak berada dalam keadaan baik

Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya di Fakulti Kejuruteraan

Kemudahan meletak kereta untuk golongan kurang upaya di Fakulti Kejuruteraan

Ramp disediakan di Menara Kejuruteraan untuk memudahkan akses masuk ke Menara Kejuruteraan

Tandas khas untuk golongan orang kurang upaya

Kemudahan lif disediakan di Menara Kejuruteraan

Kemudahan laluan pejalan kaki untuk memudahkan pergerakan golongan orang kurang upaya

Lintasan pejalan kaki bagi memudahkan golongan kurang upaya melintas jalan

Halangan untuk Orang Kurang Upaya di Fakulti Kejuruteraan

Tidak mempunyai akses iaitu ramp ke dewan kuliah

Kemudahan laluan pejalan kaki yang tidak berada dalam keadaan sempurna

Kemudahan laluan pejalan kaki yang terputus dan dalam keadaan tidak sempurna

Tangga yang tidak mempunyai kemudahan pemegang susur tangga (handrail)

Tidak mempunyai akses iaitu ramp

Keadaan dewan kuliah yang tidak mesra pelajar kurang upaya dan tidak kondusif

Cadangan Untuk PembaikPulih Berikut merupakan cadangan pembaik-pulih yang diharapkan dapat menyenangkan golongan kurang upaya menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya:•

Menyediakan lebih banyak kemudahan ramp dan railing di kawasan tumpuan ramai .



Tandas yang disediakan untuk golongan kurang upaya hendaklah berada dalam keadaan sempurna.



Memperbanyakkan kemudahan lif agar memudahkan golongan kurang upaya naik ke bangunan yang bertingkat.



Memperbaiki keadaan laluan pejalan kaki agar memudahkan pergerakan orang kurang upaya.



Keadaan dewan kuliah hendaklah diubah supaya menjadi mesra untuk orang kurang upaya.

Konklusi Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan didapati bahawa kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk golongan kurang upaya telah disediakan di Fakulti Kejuruteraan ,Universiti Malaya.Kemudahan yang diperlukan oleh golongan kurang upaya untuk akses masuk ke bangunan seperti ramp dan railing juga telah disediakan.Kemudahan ini hanya terdapat di kawasan-kawsan tumpuan utama seperti di kawasan Menara Kejuruteraan.Alangkah baiknya jikalau kemudahan tersebut disediakan di semua kawasan.Ini adalah kerana didapati di kawasan dewan kuliah masih tidak

terdapat kemudahan ini.Cuba bayangkan betapa susahnya golongan kurang upaya ini untuk masuk ke dewan kuliah? Di samping itu, kemudahan lif hendaklah diperbanyakkan kerana semua bangunan di Fakulti Kejuruteraan bertingkat.Keadaan dewan kuliah yang tidak kondusif haruslah dilakukan sedikit pengubahsuaian agar ia lebih mesra kepada pelajar kurang upaya.Laluan pejalan kaki yang tidak sempurna kerana terdapat sedikit projek pembinaan, hendaklah diperbaiki agar memudahkan pergerakan golongan kurang upaya. Secara keseluruhannya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk golongan kurang upaya tetapi masih terdapat sedikit kekurangan yang diharapkan boleh diperbaiki dalam masa terdekat.

Link Berikut disenaraikan laman web yang membincangkan mengenai kemudahan orang kurang upaya. Anda boleh memilih laman web di bawah untuk bacaan lanjut 1)http://www.un.org/esa/socdev/enable/designm/index.html 2)http:// barrier-free.arch.gatech.edu/Research/concepts.html 3)http://www.kempadu.gov.my/jkm/

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perkhidmatan yang disediakan bagi orang kurang upaya:







• •







Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya:





Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan. Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang murah

Jabatan Tenaga Kerja

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja

• • •

Melaksanakan program promosi/penggalakan penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta Membantu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta dan menguatkuasakan Akta Kerja 1955 Menerima aduan dan menyelesaikan aduan berkaitan pekerjaan

Proses Pendaftaran Mendapatkan Perjaan Bagi Orang Kurang Upaya Langkah 1 - Pendaftaran

Pendaftaran Orang Kurang Upaya boleh dilakukan melalui 2 cara: 1.

2.

Melengkapkan Borang ‘P’ yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan/Persatuan OKU, dan Pejabat Penghulu/Penggawa Melayari laman web JTK Pencari Kerja di alamat: www.mohr.gov.my

Maklumat-maklumat penting yang diperlukan: • • •

Nama dan Alamat Orang Kurang Upaya/waris/pihak kedua yang boleh dihubungi No. Pendaftaran Orang Kurang Upaya dan pengesahan tahap kesihatan diri / kurang keupayaan Latar belakang pendidikan / kemahiran / pengalaman dan lain-lain maklumat sokongan

Calon boleh mendapatkan buku ‘Kod Amalan Pengajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta’ semasa mengunjungi mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri / Daerah Langkah 2 : Perakuan Pendaftaran

Calon diberi perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh sahnya selama 6 bulan. Langkah 3 : Pangilan Temuduga

Jabatan Tenaga Kerja akan membantu mendapatkan majikan yang memerlukan pekerja. Calon akan menerima pangilan temuduga. Temuduga akan diadakan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran tempat tinggal, atau di tempat-tempat pekerjaan yang menawarkan peluang pekerjaan tersebut. Langkah 4 : Menghadiri Temuduga

Calon dikehendaki menghadiri temuduga yang ditetapkan dengan membawa semua maklumat dan dokumen termasuk dokumen sokongan. Langkah 5 : Penempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi Perkhidmatan:

Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan Langkah 1 : Penilaian Awal

Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan. Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan

Pengesahan dalam ‘Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas’. * Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan / perkhidmatan kebajikan. Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan pegawai pemakanan. Langkah 4 : Perancangan Rawatan Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula

Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah vokasional Langkah Selanjutnya :

Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

A KDISC FACTSHEET The Kiwanis Disability Information and Support Centre No. 21 Jalan SS3/82, Petaling Jaya, 47301, Selangor, Malaysia Tel: 03-7877 0096, Fax: 03-7877 8096 Email: [email protected] Website: www.disabilitymalaysia.com A Community Service Project of the Kiwanis Club of Pantai (KL)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Perkhidmatan yang disediakan bagi kanak-kanak kurang upaya Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:

• •

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Kurikulum Program Pendidikan Khas

Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas:

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional. Program Pendidikan Pemulihan Khas:





Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara.

Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

• • •

berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas) berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah Pendidikan Khas) berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah

Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

, kanak-kanak kurang upaya perlu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai orang kurang upaya, dan kemudiannya didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perkhidmatan ini lebih difokuskan kepada kanak-kanak yang berumur daripada 0 - 18 tahun. Untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan

: Kurang upaya penglihatan, Kurang upaya akal, Kurang upaya berganda, Kerencatan serius, Kurang upaya pendengaran, Kurang upaya fizikal, Bermasalah pembelajaran, dan lain-lain ketidakkeupayaan. Kategori-kategori kurang upaya yang diambilkira termasuk

Kementerian Kesihatan -

• • • •

Menyediakan perkhidmatan seperti:

Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, Rawatan psikologi

Jabatan Kebajikan Masyarakat -

• • • • •

Pendaftaran dan kad kenal diri orang kurang upaya Pemulihan dalam Kommuniti (PDK) Perkhidmatan luar (bantuan, geran pelancaran, elaun pekerja cacat, alat tiruan) Perkhidmatan Pemulihan di Institusi Perkhidmatan kaunseling & khidmat nasihat, Latihan vokasional, Penempatan kerja

Kementerian Pendidikan -

• • •

• •

Menyediakan perkhidmatan seperti:

Pra-sekolah Program Integrasi bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan Sekolah pendidikan khas, Sekolah menengah vokasional

Jabatan Tenaga Kerja -



Menyediakan perkhidmatan seperti:

Menyediakan perkhidmatan seperti:

Melaksanakan program-program promosi/penggalakan penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta, Membantu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta Menguatkuasakan Akta Kerja 1955 Menerima aduan dan menyelesaikan aduan berkaitan pekerjaan

Membantu agensi-agensi kerajaan dengan menyediakan perkhidmatan seperti: NGO berkaitan -



Pusat harian dan pusat latihan, Pemulihan dalam komuniti, Program intervensi awal

Related Documents

Oku
June 2020 10
Oku
October 2019 8
Beni Oku
June 2020 10
Rang Undang2 Oku
April 2020 10