ULASAN JURNAL: KETERLIBATAN UNI SOVIET DALAM KONFLIK SUEZ DAN PERIMBANGAN KEKUATAN DI TIMUR TENGAH Penulis: Arif Nor Cahyo (2014) Program Studi Rusia, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia.
Penulisan utama yang dibangkitkan di dalam artikel ini adalah mengenai keterlibatan Kesatuan Soviet dalam krisis Terusan Suez 1956 sebagai usaha menjaga pengaruh kekuasaannya di Timur Tengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatannya dalam Perang Suez 1956.1 Penulis menggunakan teori Keseimbangan Kekuatan oleh Ernst B.Haas (1961: 446-458) untuk membahas kajian ini. Hanya tiga daripada lapan pendekatan Keseimbangan Kekuatan yang digunakan untuk membahas kajian ini iaitu Keseimbangan Kekuatan sebagai Equilibrium, Keseimbangan Kekuatan sebagai Hagemoni, Keseimbangan Kekuatan sebagai Kekuatan Politik.2 Dasar Luar Negara Kesatuan Soviet Penulisan artikel ini dimulakan dengan penerangan mengenai dasar luar negara Kesatuan Soviet (Rusia) semasa pemerintahan Lenin, Stalin dan Nikita Khrushchov iaitu kecenderungan Kesatuan Soviet menyokong mana-mana perjuangan yang menentang fahaman kapitalisme, imperialisme dan feudalisme dari kalangan rakyat kebanyakan (rakyat biasa) dan bukannya dari kalangan intelektual dan bangsawan kerana kelompok intelektual dan bangsawan dipercayai berpotensi melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan nasionalisme. 3 Pelbagai kajian dibuat untuk melihat kedudukan negara-negara dunia ketiga bagi penentuan dasar luar negara Kesatuan Soviet.4 Penulis
juga
menceritakan
sejarah
ringkas
berkenaan
perkembangan
hubungan Kesatuan Soviet dengan negara-negara di Timur Tengah yang terjalin 1
Arif Nur Cahyo. Artikel: Keterlibatan Uni Soviet Dalam Konflik Suez dan Perimbangan Kekuatan Di Timur Tengah. Universitas Indonesia. 2014. hlm 4.
2
Ibid. hlm 5.
3
Ibid. hlm 1.
4
Ibid. hlm 4.
berdasarkan bentuk perjuangan yang dibawa bangsa-bangsa Arab. Kesatuan Soviet membuka peluang untuk menjalinkan semula hubungan dengan negara-negara di Timur Tengah ketika munculnya gerakan revolusi di negara-negara Arab termasuk di Mesir selepas berlakunya Perang Arab – Israel pada 14 Mei 1948 rentetan daripada tindakan Israel mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei 1948. 5 Latar Belakang Politik Mesir Latar belakang politik negara Mesir dimulakan dengan kisah bagaimana Presiden Gamal Abdul Nasir mendapat jawatan/kedudukan sebagai Presiden Mesir pada tahun 1954. Sebuah gerakan revolusi yang dipanggil Perwira Bebas ( Free Officers) melakukan rampasan kuasa tidak berdarah terhadap Raja Farouk II (1952). Jeneral Muhammad Najib diangkat sebagai Presiden Mesir yang pertama pada tahun 1953. Namun, pada tahun 1954 Gamal Abdul Nasir mengambil alih jawatan Presiden Mesir setelah Muhammad Najib digugurkan jawatan sebagai Presiden Mesir atas alasan hubung rapat Muhammad Najib dengan gerakan politik Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin.
6
Memegang kuasa tertinggi dalam pemerintahan Mesir ini, Gamal Abdul Nasir memainkan peranan memperjuangkan gagasan berideologi nasionalisme sosialis dengan cita-cita besar untuk menghalau imperialisme Barat serta pemerintah proBarat yang berfikiran kolot. Nasir ingin membangun sebuah masyarakat Arab moden, membentuk persatuan negara-negara Arab yang dikenali sebagai Pan-Arabisme bagi menentang Imperialisme dan Zionisme dan melaksanakan dasar Mesir yang menetapkan satu parti pemerintah sebagai media aspirasi politik, nasionalisasi aset-aset swasta dan reformasi pertanian.
5
Ibid. hlm 2.
6
Ibid. hlm 2.
Bagi mencapai cita-cita ini, Mesir harus membina hubungan dengan negara lain yang lebih kuat dan mampu mempertahankan Mesir apabila berlakunya sebarang konflik dengan pihak British dan sekutunya di Timur Tengah. 7 Hubungan Kesatuan Soviet Dan Mesir Sokongan Kesatuan Soviet terhadap Mesir adalah atas sebab gagasan perjuangan nasionalisme Mesir yang anti-Barat dan juga perlaksanaan dasar negara Mesir yang mirip dengan dasar yang diperjuangkan oleh Kesatuan Soviet. Penulis melihat bentuk sokongan yang diberikan Kesatuan Soviet kepada Mesir ketika meletusnya Perang Suez adalah bersesuaian dengan teori Keseimbangan Kekuatan oleh Ernst B.Haas (1961: 446-458). Selepas termetrainya Perjanjian Baghdad (24 Februari 1955) dan berikutnya serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza (28 Februari 1955), Nasir merasakan Mesir berada dalam kedudukan yang terancam. Maka, dengan bantuan Perdana Menteri Republik Rakyat Tiongkok (RRT) Ziou En Lai, Mesir berjaya mencapai hasrat untuk mencari bantuan persenjataan dan ekonomi daripada Kesatuan Soviet dan membina hubungan yang kuat. Pada September 1955, Mesir mengadakan perjanjian jual beli senjata dengan Cekoslovakia. Faktor Meletusnya Perang Suez Nasir menyedari bahawa posisi Mesir dan dunia Arab sangat penting di mata dunia baik terutamanya dari sektor ekonomi dan kekayaan hasil bumi. Selama ini, keuntungan perekonomian di Terusan Suez didominasi oleh pihak imperialis British dan Perancis. Maka, Nasir telah membuat keputusan pada 26 Julai 1956 untuk menasionalisasikan Terusan Suez. Tindakan Nasir ini mengundang kemarahan pihak imperialis. Satu pakatan jahat yang dinamakan Operasi Musketeer direncanakan oleh pakatan tiga negara iaitu Britain, Perancis dan Israel dengan tujuan untuk merampas semula Terusan Suez melalui muslihat pengamanan dan perdamaian. 7
Ibid. hlm 11.
Saat meletusnya Perang Suez, masyarakat Mesir dan dunia internasional menyokong kuat tindakan Nasser dan pasukan tenteranya mempertahankan wilayah Suez daripada serangan pihak pencerobohan Israel dan sekutunya iaitu Britain dan Perancis. Kesatuan Soviet sebagai pihak superpower dunia telah memberi sokongan paling kuat kepada Mesir dengan cara rundingan diplomatik dengan anggota PBB dan memberi ancaman keras kepada pihak penceroboh seperti mengancam akan melancarkan bom nuklear terhadap negara-negara yang menceroboh Terusan Suez dan akan turut serta dalam peperangan tersebut bersama negara-negara anggota PBB yang lain. Persaingan untuk mendapat pengaruh di Timur Tengah di antara blok Barat dan blok Timur menyebabkan Amerika Syarikat turut memberi sokongan kepada Mesir dengan cara memberi gertakan menarik balik bantuan ekonomi dan membatalkan segala perjanjian kesepakatan bersama pihak Britain dan Perancis. 8 Kedua-dua kuasa besar ini menyedari adanya tiga asas kekuatan penting di Timur Tengah iaitu kuasa progresif sosialis Mesir, British serta jajahannnya (Irak dan Jordan) dan Israel. Dengan tekanan yang diberikan oleh dua kuasa besar dunia ini, akhirnya gencatan senjata Berjaya diadakan. Walaupun Mesir kalah dalam peristiwa Perang Suez, namun Perang Suez ini memberi impak besar terhadap imej Nasser yang dianggap sebagai pahlawan rakyat Mesir dan dunia Arab. Faktor-Faktor Mempengaruhi Keterlibatan Kesatuan Soviet Dalam Krisis Perang Suez Semasa meletusnya Perang Suez, Kesatuan Soviet memainkan peranan besar mendukung Mesir atas beberapa faktor. Pertama, Kesatuan Soviet melihat posisi 8
Ibid. hlm 9,
Mesir yang stategik sebagai pusat nasionalisme Arab pada masa itu untuk membangun hegemoni di Timur Tengah. Kedua, faktor persamaan ideologi sosialisme Arab yang dibawa oleh Gamal Abdul Nasir dengan ideologi Kesatuan Soviet telah menjadi batu loncatan Kesatuan Soviet untuk menghalang pengaruh imperialisme Barat di Timur Tengah. Ketiga, faktor komitmen bersama antara Kesatuan Soviet dan negara-negara nasionalis Arab untuk melawan status quo di Timur Tengah oleh pihak berkepentingan.9 Setelah berakhirnya krisis Terusan Suez, imej Kesatuan Soviet tergambar sebagai pembela bangsa Arab, terutamanya kepada Mesir. Keadaan ini merupakan satu kejayaan Kesatuan Soviet bagi menyekat dominasi pihak Barat khususnya Amerika Syarikat di negara-negara Timur Tengah. 10 Peranan Kesatuan Soviet Menjadikan Mesir Menjadi Kuasa Keseimbangan Kekuatan
i)
Keseimbangan kekuatan sebagai equilibrium11 Teori ini membawa erti bahawa terdapat suatu peraturan khusus yang perlu dipatuhi negara-negara yang terlibat dalam pertarungan politik bagi memelihara keseimbangan kekuatan dalam satu kawasan. Mesir dipandang sebagai penyeimbang kuasa di Timur Tengah. Jatuhnya negara Mesir dan pengaruh Gamal Abdul Nasir dalam Perang Suez akan menyebabkan dominasi Barat di Timur Tengah menjadi sempurna. Manakala, Israel yang mendapat sokongan ketenteraan daripada Perancis dan sokongan ekonomi daripada Amerika Ayarikat akan muncul sebagai kekuatan dominan baru di Timur Tengah.
9
Ibid. hlm 12.
10
Ibid. hlm 3.
11
Ibid. hlm 12 – 14.
Maka, Kesatuan Soviet harus mengekalkan Mesir agar tidak musnah sepenuhnya dalam Perang Suez bagi menjaga keseimbangan kekuasaan equilibrium dalam satu kawasan yang sama. ii) Keseimbangan kekuatan sebagai hagemoni12
Teori ini membawa erti bahawa sebuah negara akan berusaha mendominasi dan membentuk hagemoninya di suatu kawasan dengan tujuan untuk mengatur keseimbangan kekuatan pihak-pihak terlibat dalam kawasan tersebut. British merupakan salah sebuah pemegang kuasa dominasi di Timur Tengah apabila wujudnya negara-negara pro-British seperti Kuwait dan Yaman Selatan. Perkara ini menunjukkan hegemoni British di Timur Tengah. Amerika Syarikat mempunyai kekuatan hegemoni di Timur Tengah dengan membina kekuatan ekonomi dan ketenteraan di Arab Saudi, serta menyalurkan bantuan Doktrin Truman kepada Turki dan Yunani. Maka, Soviet Union hadir membantu Mesir bagi mewujudkan keseimbangan kekuatan equilibrium. Melalui bantuan kekuatan ketenteraan dan ekonomi yang disalurkan kepada Mesir, Kesatuan Soviet berjaya mendapat kerjasama daripada negara anti-Barat dan Mesir menjadi salah satu kuasa hegemoni di Timur Tengah atas bantuan Kesatuan Soviet.
iii) Keseimbangan kekuatan sebagai kekuatan politik13
Teori ini bermaksud bahawa situasi kedudukan kekuatan politik sesebuah negara dalam persaingan internasional. Negara-negara yang bersaing di Timur Tengah
12
Ibid. hlm 9 – 12.
13
Ibid. hlm14 – 17.
akan terus berjuang untuk mendapatkan kedudukan dan kekuatan yang lebih baik untuk membentuk hegemoni. Faktor-faktor yang membawa sesebuah negara kepada kedudukan yang lebih baik dalam keseimbangan kekuatan adalah potensi tentera, potensi kekuatan ketenteraan, dan kedudukan strategik suatu negara dan asset-aset ekonomi utama yang dimiliki suatu negara. Mesir
pada
masa
tersebut
berusaha
menempatkan
agenda
utama
diplomasinya mengenai masalah persenjataan. Faktor kekuatan persenjataan ini akan menjadikan Mesir dan Nasir memiliki nilai dan kekuatan politik yang tinggi di kawasan Timur Tengah. RUMUSAN Berdasarkan teori Keseimbangan Kekuatan yang dibahaskan iaitu keseimbangan kekuatan sebagai equilibrium, keseimbangan kekuatan sebagai hegemoni dan keseimbangan kekuatan sebagai kekuatan politik, artikel ini dapat diterangkan dengan lebih baik dan jelas berkenaan faktor-fakor yang mempengaruhi keterlibatan Kesatuan Soviet dalam krisis Terusan Suez 1956 dalam membangun perimbangan kekuatan di Timur Tengah.